Others Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1 · SBP
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1 · SBP
Percubaan SBP · 2024
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
12 markah
Rajah 1 menunjukkan $\overrightarrow{OQ} = \underset{\sim}{a}$ dan $\overrightarrow{OP} = \underset{\sim}{b}$ di atas grid bersisi 1 unit.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan/atau $\underset{\sim}{b}$.
a
$\overrightarrow{OR}$
1 markah
b
$\overrightarrow{RS}$
1 markah
24 markah
Rajah 2($a$) menunjukkan graf lengkung $y = -2x^2 + 4$. Rajah 2($b$) menunjukkan graf garis lurus yang diperolehi apabila $y = -2x^2 + 4$ diungkap dalam bentuk linear $Y = 4X + c$.
a
Ungkapkan $X$ dan $Y$ dalam sebutan $x$ dan/atau $y$.
3 markah
b
Cari kecerunan graf pada Rajah 2($b$).
1 markah
35 markah
a
Tiga sebutan berturutan bagi suatu janjang aritmetik ialah $p$, $q$ dan $r$. Nyatakan hubungan antara $p$, $q$ dan $r$.
2 markah
b
Tiga sebutan pertama yang positif bagi suatu janjang geometri ialah $x - 4$, $x$, $5x - 12$. Cari nilai $x$.
3 markah
45 markah
Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = \frac{12}{x^2}$.
Cari
a
luas kawasan $A$,
2 markah
b
nilai $p$ dengan keadaan kawasan $B$ dan $C$ mempunyai luas yang sama.
3 markah
56 markah
Diberi bahawa fungsi $f : x \rightarrow \frac{4x + a}{5}$ dan $f^{-1} : x \rightarrow \frac{bx + 14}{8}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
a(i)
Cari nilai $a$ dan nilai $b$.
3 markah
a(ii)
Jika $ff^{-1}(m) = 4$, tentukan nilai $m$.
1 markah
b
Diberi fungsi $f : x \rightarrow \frac{4}{x}, x \neq 0$ dan $g : x \rightarrow 2x - 5$. Ungkapkan $\frac{4}{2x - 5}, x \neq \frac{5}{2}$ dalam sebutan $f$ dan/atau $g$. Seterusnya, berikan justifikasi anda.
2 markah
63 markah
Maklumat berikut adalah berkaitan dengan vektor $\underset{\sim}{m}$ dan vektor $\underset{\sim}{n}$.
$\underset{\sim}{m} = \begin{pmatrix} 2 \\ k \end{pmatrix}$ , $\underset{\sim}{n} = \begin{pmatrix} 3 \\ 11 \end{pmatrix}$
Cari nilai $k$ jika vektor $2\underset{\sim}{m} + \underset{\sim}{n}$ adalah selari dengan $\begin{pmatrix} 1 \\ -1 \end{pmatrix}$.
3 markah
77 markah
Suatu fungsi kuadratik diberi oleh $f(x) = 4x^2 - 16x + k$, dengan keadaan $k$ ialah pemalar.
a
Cari nilai terkecil $k$ dengan keadaan $f(x) > 0$ dan $k$ ialah integer.
2 markah
Punca-punca bagi persamaan kuadratik apabila $f(x) = 0$ ialah $\alpha$ dan $\beta$.
b(i)
Jika $\beta$ melebihi $\alpha$ sebanyak 1, tentukan nilai $k$ yang memenuhi persamaan tersebut.
3 markah
b(ii)
Jika hasil darab punca ialah $2\alpha + 5$. Ungkapkan nilai $\alpha$ dalam sebutan $k$.
2 markah
87 markah
Rajah 4 menunjukkan persilangan Jalan Mawar dan Jalan Ros dalam sebuah pekan kecil. Terdapat warung $A$, $B$ dan $C$ di kawasan tersebut yang terletak berdekatan di antara satu sama lain seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.
Diberi $OABC$ adalah sebuah segi empat selari.
a
Jika kedudukan tempat pertemuan Jalan Mawar dan Jalan Ros ialah $O$ dan diwakili oleh $(0, 0)$, nyatakan kedudukan warung $B$ dan warung $C$.
2 markah
b
Cari jarak terdekat di antara tempat persilangan Jalan Mawar dengan Jalan Ros, $O$ dan kedudukan warung $A$.
3 markah
c
Satu lagi warung $D$ dibuka dengan keadaan jaraknya dari warung $A$ adalah 2 kali jaraknya dari warung $C$. Cari kedudukan warung $D$.
2 markah
97 markah
a
Rajah 5 menunjukkan sebuah silinder.
Diberi bahawa jejari bagi silinder itu ialah $4\sqrt{3}$ cm, tinggi $h$ cm dan jumlah luas permukaan $56\pi\sqrt{6}$ cm$^2$. Ungkapkan $h$ dalam bentuk $m\sqrt{2} + n\sqrt{3}$, dengan keadaan $m$ dan $n$ ialah pemalar.
3 markah
b
Diberi bahawa $\log_p k = a$ dan $\log_q k = b$, tunjukkan bahawa $\log_k pq = \frac{a + b}{ab}$.
2 markah
c
Selesaikan :
$$\ln\left(\frac{1}{x}\right) = 3$$
Beri jawapan betul kepada empat angka bererti.
2 markah
105 markah
Seorang peserta kuiz Matematik menjawab 40 soalan objektif dengan keadaan setiap soalan mempunyai empat pilihan jawapan dengan satu daripadanya adalah betul. Peserta tersebut mengetahui jawapan untuk 35 soalan sahaja dan meneka jawapan bagi soalan yang lain. Anggapkan peserta tersebut menjawab 35 soalan dengan betul.
a
Cari kebarangkalian peserta tersebut meneka semua jawapan dengan betul.
2 markah
b
Anggarkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul oleh peserta tersebut dan terangkan jawapan anda.
3 markah
117 markah
Kad berlabel dengan 7 huruf konsonan dan 5 huruf vokal diletakkan di atas sebuah meja. Cari
a(i)
bilangan cara pemilihan 10 huruf boleh dibuat jika bilangan huruf konsonan mesti sama dengan bilangan huruf vokal.
1 markah
a(ii)
bilangan susunan yang mungkin jika semua 12 huruf tersebut perlu disusun dalam satu bulatan dengan keadaan huruf vokal disusun berasingan.
3 markah
b
Cari bilangan kata laluan yang terdiri daripada 4 huruf dan diikuti dengan 2 digit, tanpa ulangan, yang boleh dibentuk jika hasil tambah digit-digit ialah 5.
3 markah
126 markah
a
Penyelesaian yang menggunakan selain daripada kalkulus adalah **tidak** diterima.
Cari perubahan kecil dalam isipadu sebuah kubus apabila setiap sisinya bertambah daripada 2 cm kepada 2.02 cm.
3 markah
b
Dania cuba mencari terbitan pertama bagi $y = x^2 - 2x - 3$ dengan menggunakan prinsip pertama tetapi tidak dapat meneruskan jalan kerjanya.
> $y = x^2 - 2x - 3$
>
> $y + \delta y = (x + \delta x)^2 - 2(x + \delta x) - 3$
>
> $y + \delta y = x^2 + 2x(\delta x) + (\delta x)^2 - 2x - 2\delta x - 3$
>
> ....
Bantu Dania menjawab soalan tersebut.
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
a
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, ungkapkan $f(x) = 8 - 6x - x^2$ dalam bentuk $f(x) = a - (x + b)^2$. Seterusnya, cari julat $f(x)$ tersebut.
3 markah
b
Diberi bahawa fungsi kuadratik $f(x) = a(x - m)^2 + n$, di mana $a > 0$ mempunyai nilai pembezalayan negatif. Lakarkan graf yang mungkin bagi fungsi kuadratik tersebut.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan kedudukan titik pusingannya.)*
2 markah
c
Cari julat nilai $x$ bagi $(1 - x)^2 + 2x \geq 17$ dengan menggunakan kaedah garis nombor.
*(Huraikan garis nombor anda dalam perkataan: nilai-nilai genting, titik ujian yang dipilih dan tanda bagi setiap rantau.)*
3 markah
148 markah
a
Diberi $f(\theta) = 5\sin X\theta + Y$ bagi $0^\circ \leq \theta \leq 360^\circ$. Kala bagi graf itu ialah $180^\circ$ dan nilai minimum bagi $f(\theta)$ ialah $-1$.
Nyatakan nilai $X$ dan nilai $Y$.
2 markah
b
Lakarkan graf $y = \operatorname{kos} 2x$ bagi $0 \leq x \leq \frac{3\pi}{2}$. Pada paksi yang sama, lakarkan garis lurus yang bersesuaian untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\frac{6x}{\pi} + 4\operatorname{kos} 2x = 3$. Seterusnya, nyatakan bilangan penyelesaian tersebut.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, bilangan kitaran dalam domain, persamaan garis lurus dan titik-titik yang dilaluinya, serta bilangan penyelesaian.)*
6 markah
158 markah
a
Diberi bahawa $81\sqrt{3\sqrt{27}} = 9^k$. Cari nilai $k$.
2 markah
**Penyelesaian secara penyenaraian tidak diterima.**
Selepas $t$ tahun, harga bagi kereta yang dibeli oleh Nik ialah RM78 000$(0.8)^t$.
b(i)
Tentukan harga kereta tersebut selepas 6 tahun.
1 markah
b(ii)
Cari bilangan minimum tahun yang akan diambil untuk harga kereta kurang daripada RM30 000.
2 markah
b(iii)
Bermula tahun ketujuh dan seterusnya, harga kereta tersebut mengalami susut nilai sebanyak 65%.
Jika Nik membeli kereta itu pada tahun 2018, kira nilai harga bagi kereta Nik pada tahun 2027.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini