Suatu garis lurus yang mempunyai kecerunan 1 memotong paksi-$y$ pada $(0, 7)$. Garis lurus itu menyentuh lengkung $x^2 + (y - 3)^2 = 8$ pada titik $K$. Cari koordinat titik $K$.
Others Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · SBP
- Percubaan SBP · 2024
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 1 menunjukkan segitiga $ABC$. Titik $D$ terletak pada garis $AC$.
a
2 markah
Titik $P$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik $A$ sentiasa 4.5 unit. Cari persamaan lokus bagi $P$.
b
2 markah
Diberi $2AD = 3DC$. Cari nilai bagi $p$ dan bagi $q$.
c
2 markah
Cari persamaan garis lurus yang melalui titik $B$ dan berserenjang dengan garis $AB$.
Rajah 2 menunjukkan sebuah wau bulan yang terdiri daripada gabungan dua buah sektor bulatan $OABC$ dan $OPQ$ berpusat di $O$.
Diberi jejari bagi sektor $OPQ$ ialah 10 cm dan $\angle AOC = 61^\circ$. Sebuah bulatan berpusat $E$ yang berjejari 8 cm terterap di dalam sektor $OABC$. Garis lurus $OA$ dan $OC$ adalah tangen kepada bulatan pada titik $M$ dan titik $N$.
[Guna/ *Use* $\pi = 3.142$]
Hitung
a
5 markah
perimeter, dalam cm, bagi seluruh rajah,
b
4 markah
luas, dalam cm$^2$, bagi kawasan berlorek.
a
2 markah
Diberi $\frac{d}{dt}\left[\frac{t^2}{2(1 - t)}\right] = 2g(t)$. Cari $\int g(t)\,dt$.
Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada graf bagi lengkung $y = f(x)$ dan $y = g(x)$ yang menyilang pada titik $P$.
b(i)
1 markah
Diberi $f(x) = 3x^2$ dan $g(x) = 2x^2 + 1$.
Pada Rajah 3 di atas, lorekkan rantau yang diwakili oleh $\int_0^a g(x)\,dx - \int_0^a f(x)\,dx$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: lengkung, garis dan paksi yang membatasinya.)*
b(ii)
1 markah
Tentukan koordinat titik $P$.
b(iii)
3 markah
Cari isipadu janaan dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $y = g(x)$, paksi-$y$ dan garis lurus $y = 5$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$y$.
Rajah 4 menunjukkan fungsi $f^{-1}$ memetakan set $A$ kepada set $B$.
Diberi bahawa $f(4) = 8m + 1$, dengan keadaan $m$ ialah pemalar.
Cari
a(i)
2 markah
nilai $m$,
a(ii)
2 markah
$f^{-1}(x)$.
b
3 markah
Diberi bahawa fungsi $g$ yang memetakan set $B$ kepada set $C$ ialah $g(x) = \frac{x + 6}{5}$.
Tulis fungsi yang memetakan set $A$ kepada set $C$ melalui set $B$ dalam sebutan $x$.
a
2 markah
Terbitkan rumus $\sin 2x = 2\sin x\,\text{kos}\,x$.
b
3 markah
Selesaikan persamaan $\sin 2x = \text{kos}\,x$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
c
3 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah segi tiga bersudut tegak $ABC$.
Ungkapkan $\tan^2 \angle ACB$ dalam sebutan $m$.
Seterusnya, cari nilai $\angle ACB$ jika $m = 2$.
Rajah 6 menunjukkan beberapa corak berbentuk segi tiga sama kaki berwarna kelabu yang dilukis pada bentangan segulung kertas berbentuk segi empat tepat.
Diberi bahawa panjang $AB = p\ \text{cm}$, $BC = (p + k)\ \text{cm}$, $CD = (p + 2k)\ \text{cm}$ dan seterusnya.
a
1 markah
Ungkapkan luas segi tiga sama kaki kedua dalam sebutan $p$ dan $k$.
b
3 markah
Diberi luas segi tiga sama kaki ke-15 dan ke-30 masing-masing ialah $700\ \text{cm}^2$ dan $1300\ \text{cm}^2$.
Cari nilai $p$ dan nilai $k$.
c
4 markah
Sebotol cat poster boleh mewarnai seluas $600\ \text{cm}^2$. Jika harga sebotol cat poster itu ialah RM2.50, hitung kos yang diperlukan untuk membeli cat poster bagi mewarnai kesemua 30 buah segi tiga sama kaki tersebut.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Rajah 7 menunjukkan dua buah segitiga $POQ$ dan $SOQ$. Garis lurus $OS$ bersilang dengan garis lurus $PQ$ pada titik $R$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{OP} = \underset{\sim}{x}$, $\overrightarrow{OQ} = 2\underset{\sim}{y}$ dan $\overrightarrow{OP} = 2\overrightarrow{QS}$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan/atau $\underset{\sim}{y}$
a(i)
2 markah
$\overrightarrow{OS}$,
a(ii)
1 markah
$\overrightarrow{PQ}$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{OR} = m\overrightarrow{OS}$ dan $\overrightarrow{PR} = n\overrightarrow{PQ}$, ungkapkan $\overrightarrow{OR}$ dalam sebutan
b(i)
1 markah
$m$, $\underset{\sim}{x}$ dan/atau $\underset{\sim}{y}$,
b(ii)
4 markah
$n$, $\underset{\sim}{x}$ dan/atau $\underset{\sim}{y}$.
Seterusnya, cari nilai-nilai $m$ dan $n$.
c
2 markah
**[Bonus]** Diberi bahawa $|\underset{\sim}{x}| = 3$ unit dan $|\underset{\sim}{y}| = 5$ unit, cari $|\overrightarrow{PQ}|$.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{a}{b^{x+1}}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ adalah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 4.0 | 5.7 | 8.7 | 13.2 | 20.0 | 28.8 |
Jadual 1
a
5 markah
Plot $\log_{10} y$ melawan $(x + 1)$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$(x + 1)$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\log_{10} y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai $(x + 1)$ dan $\log_{10} y$ yang anda kira, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
b
5 markah
Menggunakan graf di 9(*a*), tulis $y = \frac{a}{b^{x+1}}$, dalam bentuk linear, seterusnya cari nilai $a$ dan nilai $b$.
*(Nyatakan pintasan dan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
Rajah 8 menunjukkan sebuah silinder yang berjejari 4 cm mengandungi air yang parasnya setinggi 6 cm dituangkan dengan kadar yang malar ke dalam sebuah kon. Pada $t$ saat, tinggi paras air dalam kon ialah $x$ cm dan isipadu air dalam kon diberi oleh $V = \frac{1}{3}\pi x^3\ \text{cm}^3$.
Jika semua air dituangkan ke dalam kon dalam masa 4 saat, cari
a
1 markah
isipadu asal air dalam silinder,
b
4 markah
kadar perubahan tinggi kon pada ketika tingginya ialah 3 cm,
c
2 markah
isipadu air dalam silinder pada masa 3 saat.
d
3 markah
masa yang diperlukan untuk ketinggian air dalam kon mencapai 5 cm.
Sebuah syarikat pembekal buah-buahan telah menghantar buah jambu ke dewan makan sebuah sekolah. Didapati bahawa 5% daripada jambu tersebut telah rosak.
a(i)
2 markah
Jika suatu sampel 10 biji buah jambu dipilih secara rawak, cari kebarangkalian tepat 9 biji adalah **elok**.
a(ii)
3 markah
Cari bilangan minimum jambu yang perlu dipilih supaya kebarangkalian untuk sekurang-kurangnya sebiji jambu rosak adalah lebih daripada 0.85.
Jisim sebiji buah jambu tersebut adalah bertabur secara normal dengan min 320 g dan varians $225\ \text{g}^2$. Cari kebarangkalian buah jambu yang dipilih secara rawak mempunyai jisim
b(i)
2 markah
lebih daripada 330 g,
b(ii)
3 markah
cari nilai $h$ dengan keadaan 90% daripada jambu tersebut mempunyai jisim lebih daripada $h$ g.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 9 menunjukkan sebuah sisi empat $PQRS$.
Cari
a(i)
2 markah
panjang, dalam cm, bagi $PR$,
a(ii)
2 markah
$\angle PRQ$.
b(i)
2 markah
Dengan menggunakan rumus Heron, hitung luas, dalam cm$^2$, segi tiga $PRS$.
b(ii)
2 markah
Cari jarak terdekat, dalam cm, dari titik $R$ ke garis lurus $PS$.
c
2 markah
Lakarkan $\Delta P'Q'R'$ yang mempunyai bentuk berbeza dari $\Delta PQR$, dengan keadaan $QR' = QR$, $QP' = QP$ dan $\angle QPR' = \angle QPR$.
Seterusnya, nyatakan nilai bagi $\angle P'R'Q'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $P'$, $Q'$ dan $R'$, panjang sisi dan sudut yang ditanda, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
Jadual 2 menunjukkan maklumat berkaitan empat bahan utama dan sukatan yang digunakan oleh Cik Normah untuk membuat kuih boko ubi.
| Bahan | Harga per kg (RM) 2021 | Harga per kg (RM) 2024 | Indeks harga pada tahun 2024 berasaskan tahun 2021 | Sukatan yang digunakan (cawan) |
|---|---|---|---|---|
| Santan | 10.00 | 13.05 | 130.5 | 7 |
| Ubi kayu | 2.50 | 3.00 | 120 | $m$ |
| Gula melaka | 20.00 | $x$ | 108 | 2 |
| Tepung beras | $y$ | 4.80 | 150 | 1 |
Jadual 2
a
3 markah
Cari nilai bagi $x$ dan $y$.
b
3 markah
Indeks gubahan untuk kos membuat kuih boko ubi pada tahun 2024 dengan tahun 2021 sebagai tahun asas ialah 125.3.
Cari nilai bagi $m$.
c
4 markah
Kos untuk membuat sedozen bekas kuih boko ubi itu meningkat sebanyak 35% dari tahun 2024 ke tahun 2026. Harga jualan sedozen bekas kuih boko ubi itu ialah RM72 dengan keuntungan sebanyak RM24 pada tahun 2026.
Hitung harga kos pembuatan bagi sedozen bekas kuih boko ubi pada tahun 2021.
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Rajah 10 menunjukkan kedudukan awal dan arah pergerakan zarah $P$ dan zarah $Q$. Kedua-dua zarah mula bergerak serentak.
Halaju bagi zarah $P$, $v_P\ \text{ms}^{-1}$, diberi oleh $v_P = 3 + 5t - 2t^2$ dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat selepas zarah $P$ melalui titik $A$ manakala zarah $Q$ bergerak dengan halaju malar $-4\ \text{ms}^{-1}$. Zarah $P$ berhenti seketika pada titik $C$. Jarak di antara titik $A$ dan titik $B$ ialah 28 m.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
a
3 markah
Hitung halaju maksimum bagi zarah $P$, $\text{ms}^{-1}$.
b
5 markah
Hitung jarak, dalam m, di antara zarah $P$ dan zarah $Q$ pada ketika zarah $P$ berada di titik $C$.
c
2 markah
Bentukkan persamaan dalam sebutan $t$, apabila zarah $P$ dan zarah $Q$ bertemu.
Satu pusat tuisyen menawarkan dua pakej, $A$ dan $K$, untuk murid tingkatan empat. Bilangan murid untuk pakej $A$ dan $K$ ialah masing-masing $x$ orang dan $y$ orang. Pengambilan murid adalah berdasarkan kepada kekangan berikut:
I Jumlah bilangan murid yang mendaftar pakej $A$ dan $K$ tidak lebih daripada $P$ orang.
II Bilangan murid untuk pakej $A$ tidak lebih daripada dua kali bilangan murid untuk pakej $K$.
III Bilangan murid untuk pakej $K$ mesti melebihi bilangan murid untuk pakej $A$ sebanyak selebih-lebihnya 10 orang.
a
3 markah
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
b
1 markah
Kekangan yang pertama diwakili oleh garis lurus dalam graf yang ditunjukkan. Nyatakan nilai $P$.
c
2 markah
Pada graf, bina dan lorek rantau $\boldsymbol{R}$ yang memenuhi ketiga-tiga kekangan itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang anda lukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
Menggunakan graf yang dibina di 15(*c*), cari
d(i)
1 markah
julat bilangan murid pakej $K$ jika bilangan murid pakej $A$ ialah 20 orang.
d(ii)
3 markah
jumlah yuran maksimum sebulan yang boleh dikutip jika yuran sebulan untuk pakej $A$ dan $K$ masing-masing adalah RM120 dan RM100.
*(Nyatakan garis fungsi objektif yang anda lukis pada graf dan titik optimum yang anda pilih.)*

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

