Negeri Sembilan Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Negeri Sembilan Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2
Percubaan Negeri Sembilan · 2024
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
16 markah
Rajah 1 menunjukkan lengkung bagi satu fungsi kuadratik $f(x) = -x^2 + 2qx - 5p + 1$.
a(i)
Ungkapkan julat nilai $p$ dalam sebutan $q$.
2 markah
a(ii)
Merujuk kepada graf fungsi dalam Rajah 1, jika nilai $b$ berubah kepada $-2q$, lakar graf fungsi kuadratik yang baru pada ruang jawapan di Rajah 2.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf baru, kedudukan paksi simetri dan titik maksimumnya, dan kedudukannya berbanding graf asal.)*
2 markah
b
Rajah 3 menunjukkan graf fungsi $g(x)$ dan $h(x)$. Tulis fungsi kuadratik $h(x)$ yang mungkin.
2 markah
28 markah
Rajah 4 menunjukkan suatu garis lurus $AB$ dengan $A(-10, k)$ dan $B(22, 12)$. Titik $P(h, 10)$ terletak di atas $AB$ dengan keadaan $AP : PB = 3 : 1$.
Cari
a
nilai $h$ dan nilai $k$,
3 markah
b
persamaan garis lurus yang berserenjang dengan $AB$ dan melalui titik $A$,
3 markah
c
persamaan lokus bagi titik bergerak $Q(x, y)$ supaya jaraknya dari titik $B$ ialah 13 unit.
2 markah
36 markah
Cari titik persilangan bagi lengkung $4x^2 + 3y^2 - 2xy = 20$ dan garis lurus $2y = x + 4$. Beri jawapan anda betul kepada 4 angka bererti.
6 markah
49 markah
Tiga sebutan pertama bagi suatu janjang geometri ialah $\beta - 2, \beta + 1$ dan $2\beta + 2$ dengan keadaan $\beta \neq -1$. Tentukan
a(i)
nilai bagi $\beta$,
2 markah
a(ii)
sama ada hasil tambah ketakterhinggaan wujud. Berikan justifikasi jawapan anda.
2 markah
Rajah 5 menunjukkan sejenis spesis tumbuhan baru yang ditemui oleh ahli botani. Ahli botani mendapati bahawa batang tumbuhan tersebut membentuk beberapa bahagian dahan yang menghasilkan 4 ranting pada setiap satunya. Tinggi bagi setiap bahagian dahan akan berkurang sebanyak 5% daripada tinggi sebelumnya.
b(i)
Cari tinggi dahan pertama, $x$ jika tumbuhan yang dikaji itu mempunyai 8 bahagian dahan dan tinggi keseluruhan pohon itu ialah 201.95 cm.
2 markah
b(ii)
Tumbuhan ini terus tumbuh dan membentuk dahan dan ranting yang baru. Cari bilangan ranting maksimum bagi tumbuhan itu jika tinggi dahan yang paling kecil adalah lebih daripada 18 cm.
3 markah
57 markah
a
Buktikan bahawa $\tan 2x = \frac{2\sin x}{2\,\text{kos}\,x - \text{sek}\,x}$.
2 markah
b
Lakar graf $y = |\tan 2x| + 1$ bagi $0 \leq x \leq \pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$ (titik mula, titik akhir, asimptot) dan bilangan kitaran.)*
3 markah
Seterusnya,
c(i)
tentukan persamaan garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\left|\frac{2\sin x}{2\,\text{kos}\,x - \text{sek}\,x}\right| = kx - 1$ bagi $0 \leq x \leq \pi$.
1 markah
c(ii)
nyatakan julat nilai $k$, dengan keadaan bahawa garis lurus tersebut tidak mempunyai penyelesaian bagi persamaan $\left|\frac{2\sin x}{2\,\text{kos}\,x - \text{sek}\,x}\right| = kx - 1$ bagi $0 \leq x \leq \pi$.
1 markah
67 markah
Sebuah kotak mempunyai jumlah luas permukaan, $A\ \text{cm}^2$, diberi oleh $A = 2x^2 + \frac{540}{x}$, dengan keadaan $x$ ialah panjang sisi kotak.
a
Apabila $x = 3$, terdapat perubahan kecil dalam $x$ sebanyak 2%. Cari peratus perubahan bagi jumlah luas permukaan kotak itu.
5 markah
b
Seterusnya, cari nilai $x$ apabila jumlah luas permukaan kotak itu maksimum.
2 markah
77 markah
Rajah 6 menunjukkan sebuah sektor $OABC$ dan $DC$ ialah panjang lengkok sebuah sukuan bulatan. $OD$ adalah pembahagi dua sama serenjang perentas $AC$.
Diberi $OA = AC = 6$ cm.
[Guna $\pi = 3.142$]
a
Nyatakan $\angle AOC$ dalam radian.
1 markah
Seterusnya, cari
b(i)
perimeter kawasan berlorek,
3 markah
b(ii)
luas kawasan berlorek.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai dua pemboleh ubah $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada satu ujikaji. Diketahui $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = px - \frac{r}{px}$ dengan keadaan $p$ dan $r$ adalah pemalar.
| $x$ | 1 | 0.70 | 0.45 | 0.38 | 0.36 | 0.32 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 5 | 2.83 | 0.59 | $-0.29$ | $-0.68$ | $-1.15$ |
Jadual 1
a
Plot $\frac{y}{x}$ melawan $\frac{1}{x^2}$ menggunakan skala 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$\frac{1}{x^2}$ dan 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$\frac{y}{x}$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $\frac{1}{x^2}$ dan $\frac{y}{x}$ yang dikira, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
5 markah
Dengan menggunakan graf di (a), cari nilai
b(i)
$p$
*(Tunjukkan bentuk linear persamaan dan bacaan daripada graf anda.)*
2 markah
b(ii)
$r$
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
2 markah
b(iii)
$y$ apabila $x = \frac{1}{2}$.
1 markah
910 markah
Rajah 7 menunjukkan sebahagian dari graf lengkung, $y = \frac{1}{2}x^2 + 3$. Persamaan tangen pada lengkung itu pada titik $A(p, q)$ ialah $y = 2x + k$ dengan keadaan $k$ ialah pemalar.
a
Pada Rajah 8 di ruangan jawapan, lorekkan kawasan yang diwakili oleh $\int_0^p \frac{1}{2}x^2 + 3\,dx - \int_0^p 2x + k\,dx$.
*(Huraikan kawasan yang anda lorek dalam perkataan: lengkung dan garis yang membatasinya serta had-hadnya.)*
1 markah
Cari
b(i)
koordinat titik $A$ dan nilai $k$,
3 markah
b(ii)
luas kawasan yang berlorek di bahagian (a),
3 markah
c
Seterusnya, cari isi padu yang dijanakan apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung dan garis lurus $y = q$ diputarkan melalui $180^\circ$ pada paksi-$y$.
3 markah
1010 markah
Rajah 9 menunjukkan sisi empat $ABCD$. Pepenjuru $AC$ dan pepenjuru $BD$ bersilang di titik $E$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{AD} = 3\underline{x}$, $\overrightarrow{AB} = 6\underline{y}$ dan $\overrightarrow{BC} = 2\underline{x} - \underline{y}$.
Ungkapkan vektor berikut dalam sebutan $\underline{x}$ dan $\underline{y}$.
a(i)
$\overrightarrow{AC}$,
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{BD}$.
1 markah
b
Jika titik-titik $B$, $E$ dan $D$ ialah segaris, $AE = 2EC$ dan $BE : ED = h : k$, cari nilai $h$ dan nilai $k$.
5 markah
c
**[Bonus]** Diberi $|\underline{x}| = 3$ unit dan $|\underline{y}| = 2$ unit, tentukan sama ada garis lurus $AB$ adalah serenjang dengan garis lurus $AD$. Berikan justifikasi anda.
2 markah
1110 markah
Dalam satu kajian, didapati bahawa 40% keluarga di luar bandar tertentu mempunyai kemudahan mengakses internet. Jika 9 buah keluarga dipilih secara rawak daripada kawasan itu, hitungkan
a(i)
nilai jangkaan bagi keluarga di luar bandar yang mempunyai kemudahan mengakses internet,
2 markah
a(ii)
sekurang-kurangnya 8 keluarga mempunyai kemudahan mengakses internet.
2 markah
Masa yang diambil untuk penghantaran makanan oleh sebuah syarikat bertaburan secara normal dengan min 35 minit dan varians 20.25 minit².
b(i)
Cari kebarangkalian bahawa masa untuk penghantaran makanan itu lebih daripada 44 minit,
2 markah
b(ii)
Diberi bahawa 56% daripada masa yang diambil untuk penghantaran makanan adalah kurang daripada $k$ minit. Berdasarkan situasi tersebut, lakar graf taburan normal piawai dan cari nilai $k$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai $z$ yang ditanda pada paksi dan kawasan yang dilorek.)*
4 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 10 menunjukkan sebuah sisi empat $ABCD$.
Hitung
a(i)
panjang, dalam cm, bagi $BD$,
2 markah
a(ii)
$\angle CBD$,
2 markah
a(iii)
luas, dalam cm², $\Delta ABD$,
2 markah
a(iv)
jarak terpendek, dalam cm, dari titik $B$ ke garis lurus $AD$.
2 markah
b(i)
Lakar sebuah segi tiga $B'C'D'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga $BCD$ dengan keadaan $C'D' = CD$, $C'B' = CB$ dan $\angle C'B'D' = \angle CBD$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $B'$, $C'$ dan $D'$, sisi dan sudut yang sama dengan segi tiga $BCD$, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
1 markah
b(ii)
Seterusnya, cari $\angle C'D'B'$.
1 markah
1310 markah
Suatu zarah bergerak pada satu garis lurus melalui satu titik tetap $O$, dengan halaju $36\ \text{ms}^{-1}$. Pecutannya $a\ \text{ms}^{-2}$ selepas melalui $O$ ialah $a = -2t + 5$, dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat. Zarah itu berhenti selepas $k$ s.
Cari
a(i)
halaju maksimum zarah itu,
3 markah
a(ii)
nilai $k$.
3 markah
b
Lakar graf halaju masa untuk $0 \leq t \leq k$. Seterusnya, hitung jumlah jarak yang dilalui oleh zarah dalam tempoh masa itu.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan koordinat titik-titik yang ditanda (titik mula dan titik akhir).)*
4 markah
1410 markah
Jadual 2 menunjukkan harga, indeks harga dan pemberat bagi empat bahan $A$, $B$, $C$ dan $D$ yang digunakan untuk membuat sejenis minuman.
| Bahan | Harga (RM) per kg pada tahun 2010 | Harga (RM) per kg pada tahun 2012 | Indeks harga bagi tahun 2012 berasaskan tahun 2010 | Pemberat |
|---|---|---|---|---|
| $A$ | 1.80 | 2.16 | $x$ | 4 |
| $B$ | 2.00 | 2.60 | 130 | 3 |
| $C$ | $y$ | 2.80 | 140 | 1 |
| $D$ | 3.00 | 3.42 | 114 | $m$ |
Jadual 2
a
Cari nilai $x$ dan $y$.
3 markah
b
Cari nilai $m$ jika indeks gubahan bagi kos penghasilan minuman pada tahun 2012 berasaskan 2010 ialah 123.80.
3 markah
Dijangkakan bahawa harga minuman akan meningkat sebanyak 30% dari tahun 2012 ke tahun 2015.
c(i)
Cari indeks gubahan untuk kos membuat minuman itu pada tahun 2015 berasaskan tahun 2010.
2 markah
c(ii)
Nyatakan harga minuman itu pada tahun 2010, jika harganya pada tahun 2015 ialah RM 3.46.
2 markah
1510 markah
Seorang tukang jahit hanya menerima tempahan untuk menjahit baju kurung dan baju Melayu sahaja. Masa persediaan dan masa menjahit sepasang baju kurung dan baju Melayu ditunjukkan dalam Jadual 3.
| Jenis Baju | Masa Persediaan (minit) | Masa Menjahit (minit) |
|---|---|---|
| Baju kurung | 50 | 50 |
| Baju Melayu | 75 | 60 |
Jadual 3
Masa persediaan maksimum yang boleh digunakan ialah 100 jam dan masa minimum menjahit ialah 50 jam. Nisbah bilangan baju kurung kepada baju Melayu mesti sekurang-kurangnya 1 : 2. Dalam suatu jangka masa yang tertentu kedai itu dapat menyiapkan $x$ pasang baju kurung dan $y$ pasang baju Melayu.
a
Tulis tiga ketaksamaan selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 20 pasang baju kurung pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 10 pasang baju Melayu pada paksi-$y$, lukis dan lorek rantau ***R*** yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
c
Diberi keuntungan menjahit sepasang baju kurung dan baju Melayu masing-masing adalah RM70 dan RM120. Diberi keuntungan maksimum yang diterima dalam jangka masa itu ialah RM$k$. Ungkapkan fungsi objektif, $k$ dalam sebutan $x$ dan $y$.
Seterusnya, dengan menggunakan graf di **15**(*b*), lukis fungsi objektif itu dan cari keuntungan maksimum.
*(Huraikan garis fungsi objektif anda dalam perkataan: persamaan garis yang dilukis dan titik-titik yang dilaluinya.)*
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini