Negeri Sembilan Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Negeri Sembilan Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1
Percubaan Negeri Sembilan · 2024
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
15 markah
a
Tentukan sama ada vektor $\frac{\sqrt{3}}{2}\underset{\sim}{i} - \frac{1}{2}\underset{\sim}{j}$ ialah vektor unit atau tidak. Justifikasi jawapan anda.
2 markah
b
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 1 menunjukkan gelanggang sejenis permainan tradisional pada satah Cartes. Titik $P$ ialah kedudukan lubang “gol”. Pemain perlu meleret guli ke dalam “gol” yang bermula dari titik asalan.
Permainan ini memberi dua kali percubaan bagi setiap pemain untuk meleret guli ke lubang “gol”, $P$. Dalam percubaan pertama, vektor guli Aiman ialah $\begin{pmatrix} 3 \\ 8 \end{pmatrix}$ dan percubaan kedua vektor guli ialah $\begin{pmatrix} p \\ q \end{pmatrix}$. Akhirnya, Aiman telah berjaya masukkan guli ke dalam lubang “gol”, $P$. Anggapkan gerakan guli dalam satu garis lurus. Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
3 markah
24 markah
Diberi fungsi $h(x) = 2x - 1$ dan $g(x) = -4x + 2$,
a
Cari $gh(x)$.
2 markah
b
Seterusnya, cari nilai $x$ apabila $gh\left(\frac{x}{2}\right) = 2$.
2 markah
35 markah
Suatu janjang aritmetik mempunyai sebutan pertama −64 dan beza sepunya 7. Jika bilangan sebutan positif janjang itu adalah $\frac{3}{2}$ kali ganda bilangan sebutan negatif, cari
a
bilangan sebutan negatif janjang itu,
2 markah
b
hasil tambah semua sebutan positif janjang itu.
3 markah
45 markah
a
Selesaikan
$$2\sqrt{x} - 1 = \sqrt{4x - 9}$$
2 markah
b
Diberi $\log_x 4 = k$, ungkapkan $\log_4 \sqrt[3]{x}$ dalam sebutan $k$.
3 markah
55 markah
a
Diberi $7^{y-4} = 3^{2x}$. Ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
2 markah
b
Tunjukkan bahawa $2^{x+5} + 2^{x+3} - 2^{x+2}$ boleh dibahagi tepat dengan 4 bagi semua integer positif $x$. Justifikasi jawapan anda.
3 markah
64 markah
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = x^2 + 4x + 4$. Rajah 2 menunjukkan satu graf garis lurus diperoleh dengan memplotkan $Y$ melawan $x$.
a
Ungkapkan $Y$ dalam sebutan $x$ dan/atau $y$,
2 markah
b
Seterusnya, cari nilai $h$.
2 markah
76 markah
a
Diberi kecerunan tangen bagi lengkung $y = x^2(px + q)$ pada titik $(1, -2)$ ialah 5. Ungkapkan $q$ dalam sebutan $p$.
3 markah
b
Dengan menggunakan kaedah Petua Rantai, tentukan pembezaan peringkat pertama bagi $y = \frac{1}{2u^5}$ jika $u = 6 - 3x$.
3 markah
87 markah
Rajah 3 menunjukkan graf fungsi $y = f(x)$.
a(i)
Jawab soalan berikut dengan menggunakan Rajah 4 dalam ruang jawapan.
Lukis graf fungsi $y = f^{-1}(x)$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis yang anda lukis pada Rajah 4 dan titik-titik yang dilaluinya.)*
1 markah
a(ii)
Tanda dan labelkan titik $A$, dengan keadaan $f(x) = f^{-1}(x)$.
*(Nyatakan koordinat titik $A$ yang anda tanda.)*
1 markah
Sebuah kilang mengeluarkan $q$ bungkus sambal goreng sehari. Bilangan pengeluaran bungkusan sambal goreng bergantung kepada bilangan pekerja, $n$, dengan fungsi, $q(n) = 200 + 3n^2$. Jumlah keuntungan sehari, $r$, dalam RM, yang diterima daripada jualan sambal goreng, $q$, ialah $r(q) = 40q$. Cari
b(i)
bilangan pekerja yang diperlukan untuk menghasilkan 500 bungkus sambal goreng dalam sehari.
2 markah
b(ii)
bilangan minimum pekerja yang diperlukan untuk kilang tersebut mendapat keuntungan sekurang-kurangnya RM116 000 sehari.
3 markah
93 markah
Diberi $\operatorname{kos}\theta = p$ dengan keadaan $0^\circ < \theta < 90^\circ$, ungkapkan dalam sebutan $p$,
a
$\operatorname{kosek}(90^\circ - \theta)$,
1 markah
b
$\sin\frac{1}{2}\theta$.
2 markah
107 markah
a
Diberi bahawa $\frac{d}{dx}\left(\frac{7}{4(3 - x)^2}\right) = 4g(x)$, cari nilai $\int_0^2 [2g(x) + 1]\,dx$.
4 markah
b
Diberi bahawa $3p + \int_k^{2k} f(x)\,dx - \int_{4p}^{2k} f(x)\,dx = 5p - 1$ di mana $k$ dan $p$ adalah pemalar. Cari nilai $p$ jika $k = 4p$.
3 markah
117 markah
a
Sempena Hari Guru sebuah sekolah, murid telah menyediakan 7 persembahan iaitu 3 nyanyian, 3 tarian dan 1 drama. Ahli jawatankuasa ingin menyusun persembahan tersebut. Cari bilangan cara menyusun persembahan murid jika persembahan mesti mula dengan tarian, berakhir dengan nyanyian dan persembahan yang sama jenis tidak boleh disusun berturutan.
3 markah
b
Satu pertandingan kuiz Matematik yang mengandungi bahagian $A$ dan bahagian $B$. Bahagian $A$ terdiri daripada 8 soalan dan bahagian $B$ terdiri daripada $n$ soalan. Murid yang menyertai pertandingan perlu menjawab 5 soalan dari mana-mana bahagian, dengan syarat bilangan soalan daripada bahagian $A$ mesti melebihi bilangan soalan daripada bahagian $B$. Diberi bahawa terdapat 1316 bilangan cara membentuk kombinasi soalan tersebut, cari nilai $n$.
4 markah
126 markah
Rajah 5 menunjukkan graf taburan binomial $X \sim B(3, p)$.
a(i)
Ungkapkan $P(X = 2) + P(X = 3)$ dalam sebutan $k$ dan $m$.
1 markah
a(ii)
**[Bonus]** Cari nilai bagi $p$.
2 markah
b
Jika $X \sim N(15, \sigma^2)$ dan $P(X \ge 8) = 0.6844$, cari nilai $\sigma$.
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Rajah 6 menunjukkan sebuah segi empat tepat $ABCD$ di atas satah Cartes.
a
Tunjukkan bahawa $y = x + 12$.
3 markah
b
Hitung luas $\triangle ABC$ dalam sebutan $x$ dan $y$.
2 markah
c
Seterusnya, cari koordinat titik $A$ diberi luas segi empat tepat $ABCD$ ialah 120 unit$^2$.
3 markah
148 markah
a
Diberi persamaan kuadratik $ax^2 + bx + c = 0$, dengan keadaan $a$, $b$ dan $c$ ialah pemalar dan $a \ne 0$. Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, terbitkan rumus $x = \frac{-b \pm \sqrt{b^2 - 4ac}}{2a}$.
3 markah
b
Seterusnya, diberi persamaan kuadratik $x^2 - 2kx + 2 - k = 0$ ungkapkan punca-punca bagi persamaan kuadratik dalam sebutan $k$.
2 markah
c
Jika persamaan kuadratik di (b) mempunyai punca-punca nyata, tentukan julat nilai $k$ dengan menggunakan kaedah garis nombor.
*(Huraikan garis nombor anda dalam perkataan: nilai-nilai genting dan tanda ungkapan dalam setiap selang.)*
3 markah
158 markah
a
Rajah 7 menunjukkan sebuah trapezium $ABCD$.
Terbitkan satu identiti asas yang melibatkan $\tan\theta$ dan $\operatorname{sek}\theta$.
2 markah
b
Selesaikan persamaan $\sin x \operatorname{sek} 2x = 1$ untuk $0 \le x \le 360^\circ$.
3 markah
Diberi $\operatorname{kos}(x - y) = \frac{p}{q}$ dan $\sin x \sin y = q$. Tulis dalam sebutan $p$ dan sebutan $q$
c(i)
$\operatorname{kos} x \operatorname{kos} y$,
2 markah
c(ii)
$\operatorname{kos}(x + y)$.
1 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini