Selangor Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1 · Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Selangor Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1 · Set 1
Percubaan Selangor Set 1 · 2024
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
14 markah
Rajah 1 menunjukkan sektor $OPR$ berpusat $O$ yang terterap di dalam trapezium $OPQR$.
[Guna $\pi = 3.142$]
a
Tunjukkan bahawa $\theta = 0.948$ radian.
2 markah
b
Seterusnya, hitung panjang lengkok $PR$.
2 markah
24 markah
Rajah 2 menunjukkan graf $\ln y$ melawan $x$.
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan dengan persamaan $y = e^{4x - 1}$.
Cari nilai $p$ dan $q$.
4 markah
35 markah
a
Tentukan sama ada jujukan berikut ialah janjang geometri atau bukan. Beri justifikasi anda.
$$6\pi,\ 9\pi,\ 12\pi,\ 15\pi,\ \ldots$$
2 markah
b
Jika $a$ ialah sebutan pertama dan $r$ ialah nisbah sepunya bagi suatu janjang geometri, tunjukkan bahawa hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi janjang itu ialah
$$S_n = \frac{a(r^n - 1)}{r - 1}$$
3 markah
47 markah
a
Alvin menjalani dua sesi latihan larian. Dalam setiap sesi, Alvin berlari sejauh 5 km. Pada sesi pertama, Alvin berlari dengan laju purata $x$ kmj$^{-1}$. Pada sesi kedua, Alvin mengurangkan laju puratanya sebanyak 2 kmj$^{-1}$, dan menamatkan latihan itu 3 minit lebih lambat berbanding dengan sesi pertama. Hitung laju purata Alvin pada sesi yang pertama.
(Berikan jawapan anda betul kepada empat angka bererti.)
4 markah
b
Diberi $\alpha$ dan $\beta$ ialah punca-punca bagi persamaan kuadratik $3x^2 - 4x + 9 = 0$.
Cari persamaan kuadratik baharu yang mempunyai punca-punca $\frac{1}{\alpha}$ dan $\frac{1}{\beta}$. Berikan jawapan anda dalam bentuk $ax^2 + bx + c = 0$ dengan keadaan $a$, $b$ dan $c$ ialah integer.
3 markah
57 markah
a
Tentukan sama ada kuantiti di bawah adalah kuantiti skalar atau kuantiti vektor. Berikan justifikasi anda.
> Semasa pendaratan di atas tanah, ahli payung terjun membengkokkan kaki. Dengan cara ini, dapat mengurangkan daya impuls dengan memanjangkan masa hentaman kaki dengan tanah.
1 markah
Rajah 3 menunjukkan segi tiga $OPR$. Garis lurus $OQ$ dan $PS$ bersilang pada titik $T$.
b(i)
Diberi bahawa $5\overrightarrow{OT} = 2\overrightarrow{OQ}$, $8\overrightarrow{PQ} = 3\overrightarrow{PR}$, $\overrightarrow{PR} = 8\underset{\sim}{x}$ dan $\overrightarrow{OP} = \underset{\sim}{y}$, $\overrightarrow{PS} = k\overrightarrow{PT}$, $\overrightarrow{OS} = h\overrightarrow{OR}$.
Ungkapkan $\overrightarrow{PS}$ dalam sebutan $k$, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$.
2 markah
b(ii)
Ungkapkan $\overrightarrow{PS}$ dalam sebutan $h$, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$.
1 markah
b(iii)
Seterusnya, cari nilai bagi $h$ dan $k$.
3 markah
65 markah
a
Diberi $y = x(5 - x)$, ungkapkan $y\frac{d^2y}{dx^2} + \left(\frac{dy}{dx}\right)^2 + 15$ dalam sebutan teringkas.
3 markah
b
Luas segi empat sama dengan sisi $x$ cm menokok pada kadar 3 cm$^2$s$^{-1}$. Cari kadar perubahan sisi apabila luasnya ialah 9 cm$^2$.
2 markah
74 markah
Rajah 4 menunjukkan corak bulatan pada jubin dinding dengan menggunakan lapan sektor yang kongruen dengan jejari 10 cm.
Cari luas kawasan berlorek.
[Guna $\pi = 3.142$]
4 markah
88 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala dan vektor **tidak** diterima.
Koordinat bagi titik $A$, $B$ dan $C$ masing-masing ialah $(0, 1)$, $(2, 5)$ dan $(6, -1)$.
Cari
a
persamaan garis lurus yang melalui titik $A$ dan titik tengah $BC$,
4 markah
b
luas segi tiga $ABC$,
2 markah
c
persamaan lokus bagi satu titik bergerak $P(x, y)$ supaya jaraknya dari titik $A$ dan titik $C$ adalah sama.
2 markah
97 markah
a
Cari bilangan nombor ganjil yang dapat dibentuk daripada semua angka 5, 2, 4, 6 dan 8 dengan semua angka selain 5 muncul tepat dua kali.
2 markah
Rajah 5 menunjukkan tiga garis lurus, $l_1$, $l_2$ dan $l_3$.
b(i)
Diberi 3 titik berada pada garis $l_1$, 3 titik berada pada garis $l_2$ dan 2 titik berada pada garis $l_3$. Jika titik-titik dari setiap garis itu digunakan untuk membentuk suatu poligon,
cari bilangan
segi tiga yang dapat dibentuk,
2 markah
b(ii)
segi empat yang dapat dibentuk.
3 markah
103 markah
Diberi bahawa $\frac{d}{dx}\left(\frac{2x}{1 - 3x} - 5\right) = f(x)$, cari $\int_{-2}^{1} 3f(x)\,dx$.
3 markah
115 markah
Suatu lengkung dengan fungsi kecerunan $x - \frac{27}{x^2}$, mempunyai titik pegun $(m, 3)$.
a
Cari nilai $m$.
2 markah
b
Seterusnya, tentukan sifat titik pegun tersebut.
3 markah
125 markah
Dalam satu tinjauan, didapati 3 daripada 4, tayar kereta jenama $A$ mempunyai jangka hayat lebih 4 tahun. Satu sampel mengandungi $n$ tayar kereta jenama $A$ dipilih secara rawak.
Jika kebarangkalian semua tayar kereta bertahan lebih 4 tahun ialah 0.5625,
a
cari nilai $n$,
3 markah
b
hitung min jangka hayat bagi tayar kereta jenama $A$.
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Rajah 6 menunjukkan graf fungsi $f(x) = |3x - 2|$ bagi domain $-1 \le x \le 6$.
a(i)
Cari imej bagi −1 dan 6.
2 markah
a(ii)
Lakarkan graf $g(x) = 2 - f(x)$ untuk domain $-1 \le x \le 6$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan koordinat titik-titik penting yang dilabel pada graf.)*
2 markah
b
Diberi bahawa fungsi gubahan $hk : x \rightarrow 3x + 5$ dan $h : x \rightarrow \frac{2}{x - 3}$, $x \ne 3$, tentukan fungsi $k(x)$.
4 markah
148 markah
a
Selesaikan persamaan $2^{x + 6} - 2^{x + 5} = 4$.
3 markah
b
Diberi bahawa $\log_2 m - \log_{16} n = 4$, ungkapkan $m$ dalam sebutan $n$.