Selangor Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Selangor Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Percubaan Selangor Set 1 · 2024
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
16 markah
Rajah 1 menunjukkan sebuah taman bunga berbentuk gabungan dua segi empat sama yang dimiliki oleh Cik Deviyna.
Jika dia mempunyai pagar sepanjang 120 m untuk memagari 720 m² kawasan tamannya, cari nilai $x$ dan $y$.
6 markah
26 markah
a
Diberi bahawa $\log_{\sqrt{x}} 9 = s$ dan $\log_y 3 = t$, ungkapkan $\log_9 x^8 y^7$ dalam sebutan $s$ dan/atau $t$.
3 markah
b
Sebuah bank membayar faedah tahunan sebanyak 4.3% kepada akaun-akaun simpanan. Akaun simpanan $M$ mempunyai baki RM10 000. Hitungkan bilangan tahun yang diperlukan supaya baki akaun $M$ melebihi RM70 000. Diberi formula untuk menghitung jumlah simpanan, $p$, selepas $q$ tahun ialah $p = 10\,000(1.043)^q$.
3 markah
37 markah
Diberi bahawa $f(x) = -\sqrt{2x - 9}$, $x \geq \frac{9}{2}$ mempunyai fungsi songsang $f^{-1}(x)$,
a(i)
berikan justifikasi bagi kewujudan $f^{-1}(x)$.
1 markah
a(ii)
tentukan $f^{-1}(x)$ dan domainnya.
2 markah
Diberi bahawa $f : x \rightarrow \frac{2}{x}$, $x \neq 0$ dan $gf : x \rightarrow 3x$. Cari
b(i)
$g(x)$,
2 markah
b(ii)
$g^{2n+1}(x)$.
2 markah
47 markah
a
Rajah 2 menunjukkan suatu lengkung $y = -x^2 + 4x - 3$ bersilang dengan satu garis lurus $y = mx + 6$ pada dua titik yang berbeza.
Cari julat nilai $m$ dengan menggunakan kaedah garis nombor.
*(Huraikan garis nombor anda dalam perkataan: nilai-nilai genting, titik ujian dan tanda bagi setiap julat.)*
3 markah
b(i)
Lakarkan graf bagi $g(x) = 3(x + 5)^2 - 48$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik minimum dan pintasan-pintasan paksi yang dilabel.)*
2 markah
b(ii)
Diberi bahawa $h(x) = 3(x + p)^2 + q$, nyatakan julat nilai $p$ dan $q$ jika graf $h(x)$ berada di sebelah kiri $g(x)$ dan kedudukan titik minimum $h(x)$ lebih rendah daripada $g(x)$.
2 markah
59 markah
a
Lakarkan graf bagi $y = 2\,\text{kos}\,2x + 2$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
Seterusnya dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\text{kos}\,2x = \frac{x}{\pi} - 1$, $0 \leq x \leq \pi$. Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$, persamaan garis lurus yang dilakar dan titik-titik yang dilaluinya; kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
5 markah
b
Selesaikan persamaan bagi $\text{kos}\,2x + \frac{\sin x}{2} = \text{kos}^2 x$ bagi $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
4 markah
67 markah
a
Diberi bahawa fungsi kecerunan suatu lengkung ialah $\left(x + \frac{2}{x}\right)^2$. Lengkung itu melalui titik $(1, 1)$. Cari fungsi lengkung itu.
3 markah
b
Rajah 3 menunjukkan suatu lengkung, $y = -x^3 - x^2 + 3$ dan satu garis lurus $y = -2x + 3$ bersilang pada titik $A(-2, 7)$ dan titik $B$ dengan keadaan titik $B$ terletak pada paksi-$y$.
Cari luas rantau berlorek.
4 markah
78 markah
a
Rajah 4 menunjukkan vektor $\overrightarrow{PQ}$ yang dilukis pada suatu satah Cartes.
Cari vektor unit dalam arah $\overrightarrow{PQ}$.
2 markah
Rajah 5 menunjukkan suatu sisi empat $ABCD$. $AED$ dan $EFC$ merupakan garis lurus. Diberi bahawa $\overrightarrow{AB} = 20\underset{\sim}{x}$, $\overrightarrow{AE} = 8\underset{\sim}{y}$, $\overrightarrow{DC} = 25\underset{\sim}{x} - 24\underset{\sim}{y}$, $\overrightarrow{AE} = \frac{1}{4}\overrightarrow{AD}$ dan $\overrightarrow{EF} = \frac{3}{5}\overrightarrow{EC}$.
b(i)
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$:
$\overrightarrow{BD}$
2 markah
b(ii)
$\overrightarrow{EC}$
1 markah
b(iii)
Seterusnya, tunjukkan bahawa titik-titik $B$, $F$ dan $D$ adalah segaris.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
a
Diberi bahawa $f(x) = 3x(2x + 6)^6$, cari $f'(x)$.
2 markah
b
Diberi bahawa $y = 5x^2$, cari $\frac{dy}{dx}$ dengan menggunakan prinsip pertama.
3 markah
c
Rajah 6 menunjukkan suatu lengkung $y = \frac{2x - 8}{x - 2}$ dan garis lurus $y = 3hx$. Diberi bahawa garis lurus $y = 3hx$ selari dengan tangen kepada lengkung itu pada titik $R(6, 1)$.
Cari nilai $h$. Seterusnya, nyatakan nilai kecerunan normal pada titik $R$.
5 markah
910 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala dan vektor **tidak** diterima.
Rajah 7 menunjukkan kedudukan empat kon dalam satu tapak lapang.
a
Sebuah kereta $W$ bergerak dalam bentuk bulatan berpusat kon $P$ dan melalui kon $S$. Cari persamaan lokus bagi kereta $W$.
2 markah
b
Diberi bahawa satu kon baharu diletakkan di antara kon $P$ dan kon $R$, di titik $A(h, -2)$ dengan keadaan $PA : AR = 2 : 1$. Cari nilai $h$ dan nilai $k$.
3 markah
c
Diberi bahawa luas yang dibatasi oleh segi tiga yang terdiri daripada kon $Q$, $S$ dan titik $T(t, 3)$ ialah 30 unit². Cari nilai-nilai $t$.
2 markah
d
Satu jalan lurus berserenjang dengan garis lurus $PQ$ dan melalui titik $(8, 2)$ dibina. Tentukan persamaan bagi jalan lurus tersebut.
3 markah
1010 markah
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{3}{px + 6q}$, dengan keadaan $p$ dan $q$ adalah pemalar.
| $x$ | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 2.6 | 3.4 | 5.6 | 6.3 | 14.3 |
Jadual 1
a
Plot $\frac{1}{y}$ melawan $x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.05 unit pada paksi-$\frac{1}{y}$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Tulis nilai $\frac{1}{y}$ bagi setiap nilai $x$, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
4 markah
Gunakan graf di 10(*a*) untuk mencari:
b(i)
nilai $p$ dan nilai $q$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
5 markah
b(ii)
nilai $y$ yang betul jika satu daripada nilai $y$ telah tersalah catat semasa eksperimen.
1 markah
1110 markah
Sebuah kilang menghasilkan komponen elektronik. Didapati 10% daripada produk itu rosak.
a(i)
Jika 8 sampel alat elektronik dipilih secara rawak, hitung kebarangkalian bahawa tepat 6 komponen alat elektronik itu rosak.
2 markah
a(ii)
Hitung bilangan minimum komponen elektronik yang diuji supaya kebarangkalian untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 komponen elektronik yang rosak adalah lebih besar daripada 0.85.
3 markah
b(i)
Rajah 8 menunjukkan dua lengkung taburan normal $A$ dan $B$ dengan min 200. Lengkung-lengkung tersebut diwakili oleh data berikut.
| Data | $n$ | $p$ |
|---|---|---|
| $K$ | 400 | 0.5 |
| $L$ | 300 | $\frac{2}{3}$ |
Tentukan lengkung mana yang sesuai untuk data $K$. Terangkan jawapan anda.
2 markah
b(ii)
Suatu pemboleh ubah rawak selanjar $X \sim N(\mu, 25)$ bersimetri pada $X = 12$. Nyatakan nilai $\mu$. Seterusnya, lakar graf taburan normal piawai itu dan lorekkan kawasan yang mewakili $P(10 < X < 25)$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai $z$ yang ditanda pada paksi dan kawasan yang dilorek.)*
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Suatu zarah bergerak dalam garis lurus dan melalui titik tetap $O$. Halajunya, $v\ \text{ms}^{-1}$, diberi oleh $v = -t^2 + 5t + 6$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas zarah itu meninggalkan $O$.
[Anggapkan pergerakan ke arah kanan adalah positif.]
Cari
a(i)
julat masa, dalam saat, semasa zarah itu bergerak ke arah kanan,
2 markah
a(ii)
halaju maksimum zarah itu.
3 markah
b
Tentukan jarak maksimum, dalam m, zarah itu dari titik $O$ dan nyatakan masanya, dalam saat.
5 markah
1310 markah
Jadual 2 menunjukkan indeks harga dan pemberat bagi tiga jenis bahan, $A$, $B$ dan $C$ untuk penghasilan sebiji kek pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021.
| Bahan | $A$ | $B$ | $C$ |
|---|---|---|---|
| Indeks Harga | 95 | 120 | 130 |
| Pemberat | $x$ | $y$ | $z$ |
Jadual 2
a
Diberi indeks gubahan bagi bahan $A$ dan $B$ pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021 ialah 110 manakala bagi bahan $A$ dan $C$ ialah 120. Cari nisbah $x : y : z$.
3 markah
b
Seterusnya, kira indeks gubahan bagi bahan-bahan tersebut pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021.
2 markah
c
Jika harga sebiji kek pada tahun 2023 ialah RM40.50, cari harganya pada tahun 2021.
2 markah
d
Kos keseluruhan bahan meningkat 40% dari tahun 2023 ke tahun 2024. Hitung peratus perubahan dalam kos keseluruhan bahan dari tahun 2021 ke tahun 2024.
3 markah
1410 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 9 menunjukkan sebuah segi tiga $ABC$. $ADFB$, $AEC$ dan $BGC$ adalah garis lurus dan $FG$ berserenjang dengan $BC$. $BD = 17$ cm, $DA = 15$ cm, $AE = 12$ cm, $BG = FG$ dan $\angle BAC = 80^\circ$.
Kira panjang
a(i)
$DE$
2 markah
a(ii)
$EC$
3 markah
b
Luas segi tiga $DAE$ adalah dua kali ganda luas $BFG$, hitungkan panjang $BG$.
3 markah
c
Lakarkan segi tiga $ABC$ yang mempunyai bentuk berbeza dengan keadaan $A'B' = AB$, $A'C' = AC$ dan $\angle A'B'C' = \angle ABC$.
Seterusnya, kira $\angle B'C'A'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A'$, $B'$ dan $C'$, panjang sisi dan sudut yang ditanda.)*
2 markah
1510 markah
Sebuah kedai kasut membeli dua jenama kasut, $A$ dan $B$, daripada seorang pemborong masing-masing dengan harga RM18 dan RM12 sepasang kasut. Bilangan pasang kasut jenama $A$ adalah sekurang-kurangnya satu pertiga bilangan pasang kasut jenama $B$. Kedai kasut itu hanya mempunyai modal RM12 000. Kedai itu ingin menjual kasut jenama $A$ dan $B$ masing-masing dengan harga RM30 dan RM18 sepasang, serta menetapkan jumlah keuntungan tidak kurang daripada RM3 600. Diberi $x$ ialah bilangan pasang kasut jenama $A$ dan $y$ ialah bilangan pasang kasut jenama $B$.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 100 pasang kasut pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau **R** yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di 15(*b*), cari
c(i)
bilangan minimum pasang kasut jenama $A$ yang perlu dijual.
1 markah
c(ii)
keuntungan maksimum jika 400 pasang kasut jenama $A$ dijual.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini