Diberi fungsi $f^{-2}(x) = \frac{x - 8}{9}$, cari $f(x)$, jika $f(1) = -7$.
4 markah
Diberi $g(3x - 1) = 5x + 7$, cari
b(i)
$g(x)$
2 markah
b(ii)
Ungkapkan $p$ dalam sebutan $q$, jika $g(p + 1) = 2q - 3$.
2 markah
27 markah
Dalam Rajah 1 di bawah, $P$ dan $Q$ masing-masing ialah pusat bagi dua bulatan berjejari $j$ cm.
a
Tunjukkan bahawa $\angle APB = \frac{2}{3}\pi$ rad.
3 markah
b
Cari luas rantau yang berlorek dalam sebutan $\pi$ dan $j$.
4 markah
37 markah
a
Diberi bahawa $\frac{m}{n} = 0.0454545..$, ialah satu nombor nisbah dengan $m$ dan $n$ ialah suatu integer positif. Tanpa menggunakan kaedah janjang, cari nilai $m - n$.
2 markah
b
Rajah 2 menunjukkan kedudukan bagi tiga buah kolam renang berbentuk bulatan yang sama saiz masing-masing berpusat di $A$, $B$ dan $C$.
Diberi luas kawasan berlorek ini ialah $\frac{3}{4}\left(16\sqrt{3} - 8\pi\right)$ m², cari jejari, dalam m, bagi kolam itu dalam bentuk $a\sqrt{b}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
5 markah
47 markah
Rajah 3 menunjukkan fungsi kuadratik $y = f(x)$ dan $y = g(x)$.
Diberi $f(x) = x^2 + px + 9$ dan $g(x) = -x^2 + 4x + 2q$. Kedua-dua fungsi kuadratik ini mempunyai persamaan paksi simetri yang sama.
a
Cari julat bagi nilai $p$.
3 markah
b
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, ungkapkan $q$ dalam sebutan $p$.
4 markah
57 markah
Rajah 4 menunjukkan lokus bagi titik $P$ yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa tetap dari titik $A(-3, 2)$.
Titik $B(-6, -2)$ terletak pada lokus tersebut. Garis $AB$ dipanjangkan ke titik $C$ dengan keadaan $3AB = AC$. Cari
a
Persamaan lokus bagi $P$,
3 markah
b
Koordinat titik $C$,
2 markah
c
Luas segitiga $ABO$.
2 markah
67 markah
Seutas dawai sepanjang 80 cm, dibengkokkan untuk membina bentuk yang ditunjukkan dalam Rajah 5. Bentuk itu terdiri daripada lengkok separuh bulatan, jejari $r$ cm dan tiga sisi segi empat tepat tinggi $x$ cm.
a
Ungkapkan luas bentuk itu, $A$ cm² dalam sebutan $r$ dan $\pi$.
3 markah
b
Dengan menggunakan $\pi = 3.142$, cari nilai $r$, dalam cm apabila luas bentuk tersebut adalah maksimum. Seterusnya cari luas maksimum tersebut.
4 markah
77 markah
a
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada $\frac{\pi}{4}$ rad pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$y$, lukis graf fungsi trigonometri $y = 1 + \sin 2x$ dan $y = |2\cos 2x|$ bagi $0 \leq x \leq \pi$ pada paksi yang sama.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, bentuk setiap graf, nilai maksimum dan minimum serta di mana ia berlaku, titik mula dan titik akhir, dan bilangan kitaran.)*
5 markah
Seterusnya, cari
b(i)
Bilangan penyelesaian yang memuaskan kedua dua graf tersebut,
1 markah
b(ii)
Translasi bagi fungsi trigonometri $y = 1 + \sin 2x$.
1 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 6 menunjukkan suatu kawasan berlorek di bawah sebahagian lengkung $y = kx^2 + 2m$ dengan keadaan $k$ dan $m$ ialah pemalar.
Diberi bahawa luas kawasan berlorek itu ialah $\frac{34}{3}$ unit². Cari
a
Nilai $k$ dan nilai $m$,
4 markah
b
Persamaan normal pada titik $A$,
3 markah
c
Isipadu yang dijanakan dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung dan garis lurus $y = 6$ diputarkan melalui $180^\circ$ pada paksi-$y$.
3 markah
910 markah
Rajah 7 menunjukkan segi tiga $OMN$.
Diberi bahawa $OP : PN = 4 : 1$, $MS : SO = 1 : 2$, $\overrightarrow{ON} = 15\underset{\sim}{x}$ dan $\overrightarrow{MN} = 6\underset{\sim}{y}$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$
a(i)
$\overrightarrow{PM}$,
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{OS}$.
1 markah
b
Diberi bahawa $\underset{\sim}{x} = 3\underset{\sim}{i}$ dan $\underset{\sim}{y} = -\underset{\sim}{i} + 2\underset{\sim}{j}$, cari $|\overrightarrow{OS}|$.
2 markah
c
Diberi bahawa $\overrightarrow{PT} = h\overrightarrow{PM}$ dan $\overrightarrow{TS} = k\overrightarrow{NS}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar. Cari nilai $h$ dan nilai $k$.
5 markah
1010 markah
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi pemboleh ubah $x$, $y$, $x^2$ dan $\frac{y}{x}$ yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $6y = (h + 2)x^3 - kx$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
Plot $\frac{y}{x}$ melawan $x^2$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$x^2$ dan 2 cm kepada 0.5 unit pada paksi-$\frac{y}{x}$. Seterusnya lukiskan garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Menggunakan graf di **(b)** untuk mencari nilai
c(i)
$h$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
3 markah
c(ii)
$k$.
2 markah
1110 markah
Afham dan Husna merupakan pasangan guru yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahagia.
a(i)
Jika Afham dan Husna mempunyai tiga orang anak, carikan kebarangkalian bahawa mereka mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
2 markah
a(ii)
Dalam sekolah ini, terdapat 20 keluarga guru yang masing-masing mempunyai 3 orang anak. Carikan min dan sisihan piawai bagi taburan kebarangkalian yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
3 markah
Rajah 8 menunjukkan graf taburan kebarangkalian untuk pembolehubah rawak $x$ yang bertaburan secara normal dengan varians 64. Graf ini adalah simetri pada paksi simetri $PQ$.
b(i)
Jika skor-$z$ ialah $-\frac{3}{4}$ dan $x = m$, cari nilai $m$.
1 markah
b(ii)
Seterusnya, cari luas kawasan berlorek.
2 markah
b(iii)
Jika $x$ mewakili markah yang diperolehi oleh 180 murid Tingkatan 5 di dalam suatu peperiksaan, hitung bilangan murid dengan markahnya adalah kurang daripada 33 markah.
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Sebuah kilang ingin mengambil pekerja baharu bagi jawatan penyelia dan operator. Wang berjumlah RM 32000 telah diperuntukkan untuk bayaran gaji sebulan pekerja. Gaji seorang penyelia dan seorang operator masing-masing ialah RM 600 dan RM 400 sebulan. Bilangan operator perlu melebihi bilangan penyelia seramai 10 orang atau lebih. Bilangan penyelia harus sekurang-kurangnya 10% daripada bilangan operator. Diberi $x$ mewakili bilangan penyelia dan $y$ mewakili bilangan operator.
a
Tulis tiga ketaksamaan selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 orang pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 10 orang pada paksi-$y$, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Menggunakan graf yang dibina di **(b)**, cari
c(i)
Jumlah maksimum pekerja yang boleh diambil oleh kilang tersebut jika bilangan penyelia adalah 10% daripada bilangan operator,
1 markah
c(ii)
Jumlah maksimum elaun lebih masa bagi sejam yang perlu dibayar oleh kilang tersebut jika kilang tersebut akan membayar elaun lebih masa sebanyak RM 8 sejam bagi seorang operator dan RM 16 sejam bagi seorang penyelia.
*(Huraikan garis fungsi objektif yang anda lukis pada graf dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik yang dilaluinya.)*
3 markah
1310 markah
Sebuah segi tiga $ABC$ dengan keluasan 28 cm². Diberi $AB = 9$ cm, $\angle ABC = 34^\circ$ dan $\angle BAC$ merupakan sudut terbesar dalam segi tiga $ABC$.
a
Lakar segi tiga $ABC$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A$, $B$ dan $C$, serta sudut dan panjang sisi yang ditanda.)*
1 markah
Hitung
b(i)
Panjang, dalam cm, bagi $BC$,
2 markah
b(ii)
Panjang, dalam cm, bagi $AC$,
2 markah
b(iii)
$\angle ACB$.
2 markah
c
Titik $C'$ terletak pada garis $BC$ dengan keadaan $AC' = AC$. Hitung luas segi tiga $ABC'$.
3 markah
1410 markah
Jadual 2 menunjukkan satu statistik kemalangan jalan raya yang berlaku sepanjang tahun 2021 dan 2022 mengikut jenis kenderaan yang berbeza.
| Jenis Kenderaan | Jumlah kes kemalangan 2021 | Jumlah kes kemalangan 2022 |
|---|---|---|
| Motorsikal | 5820 | $p$ |
| Kereta | 3500 | 4515 |
| Bas | $q$ | $r$ |
| Lori | 377 | 328 |
Jadual 2
a
Diberi indeks jumlah kes kemalangan melibatkan motorsikal pada tahun 2022 berasaskan tahun 2021 ialah 125, cari nilai $p$.
2 markah
b
Indeks jumlah kes kemalangan melibatkan bas pada tahun 2022 berasaskan tahun 2021 ialah 140. Jika jumlah kes kemalangan melibatkan bas pada tahun 2022 adalah 200 lebih daripada jumlah kes kemalangan melibatkan bas pada tahun 2021. Hitung nilai $q$ dan nilai $r$.
3 markah
c
Hitung purata Indeks kemalangan bagi keempat-empat jenis kenderaan itu pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021 sekiranya jumlah kes kemalangan bagi setiap jenis kenderaan dijangka meningkat sebanyak 10% dari tahun 2022 ke tahun 2023.
5 markah
1510 markah
Satu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v\ \text{ms}^{-1}$, diberi oleh $v = mt^2 + nt$, dengan keadaan $m$ dan $n$ ialah pemalar dan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$. Diberi bahawa zarah itu berhenti seketika apabila $t = 5$ s dan pecutannya ialah $3\ \text{ms}^{-2}$ apabila $t = 1$ s.
[Anggap gerakan ke arah kanan sebagai positif]
Cari
a
Nilai $m$ dan nilai $n$,
5 markah
b
Julat nilai $t$ apabila zarah itu bergerak ke arah kanan,
2 markah
c
Jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu pada saat kelima.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini