Rajah 1, menunjukkan graf tiga dimensi yang diwakili oleh paksi-$x$, paksi-$y$ dan paksi-$z$. Pemboleh ubah, $x$, $y$ dan $z$ diwakili oleh persamaan berikut.
$$4x - 3y + z = -10$$
$$2x + y + 3z = 0$$
$$-x + 2y - 5z = 17$$
Tandakan koordinat $P$ iaitu titik persilangan bagi 3 persamaan tersebut pada Rajah 1 di atas.
*(Tunjukkan pengiraan anda. Kemudian huraikan dalam perkataan: label bagi setiap paksi dan kedudukan titik $P$ yang anda tandakan.)*
6 markah
25 markah
Rajah 2 menunjukkan graf lengkung $ab^x = y$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
a
Apabila suatu garis lurus $\log_2 y$ melawan $x$ diplotkan, nyatakan koordinat bagi titik $P$ dan titik $Q$ yang sepadan.
2 markah
b
Seterusnya, ungkapkan $y$ dalam bentuk indeks.
3 markah
36 markah
Diberi fungsi $g^n(x) = -2\left(3 - \frac{1}{x}\right), x \neq 0$, dan $h^{-n}(x) = 4 - \frac{2}{3}x$, di mana $n$ adalah integer dan julat $0 < n < 2$. Cari
a
Fungsi $g^{-n}(x)$,
2 markah
b
Julat bagi $g^n(x)$ jika $x \geq 5$,
2 markah
c
Nilai $x$ jika $g^n(x) - 2 = h^{-n}\left(\frac{3}{2}\right)$.
2 markah
46 markah
a
Selesaikan persamaan kuadratik $3x^2 - 5x + 3 = 0$. Beri jawapan dalam bentuk $a + bi$.
3 markah
b
Persamaan kuadratik $(x^2 + 1)h + k = (2h - k)x$ mempunyai dua punca nyata yang sama, tentukan nisbah $h : k$.
3 markah
56 markah
a
Selesaikan persamaan berikut dengan keadaan $x > 0$.
$$28\sqrt{3^x} - 3^{x+1} = 9$$
3 markah
b
Diberi $\log_3 P = a$ dan $\log_9 Q = b$, nyatakan dalam sebutan $a$ dan $b$ ungkapan $25^{\log_5 \frac{Q}{P}}$
3 markah
64 markah
Rajah 3 menunjukkan sebuah bulatan berpusat di $O$. Diberi bahawa nisbah lengkok major $PQ$ kepada perimeter sektor minor $OPQ$ adalah $3 : 2$. Cari nilai bagi sudut $\theta$ dalam darjah.
4 markah
74 markah
Diberi fungsi kuadratik $f(x) = -2(x - 3)^2 - 3$.
a
Cari nilai $\int_p^p f(x)\,dx$.
1 markah
b
Cari nilai $m$, jika $\int_1^2 f(x)\,dx = 2m - 1$
3 markah
85 markah
Diberi bahawa $A(-6, 12)$ dan $B(2, 3)$ ialah dua titik pada satah Cartes dan $\overrightarrow{OC} + 4\overrightarrow{OB} = \overrightarrow{OA}$, cari
a
Koordinat titik $C$,
2 markah
b
$\left|\overrightarrow{AC}\right|$,
2 markah
c
Vektor unit bagi $\overrightarrow{AC}$.
1 markah
94 markah
$X$ ialah pemboleh ubah rawak selanjar bertaburan secara normal dengan min 48 dan varians 144. Cari
a
Nilai skor-$Z$ apabila $X$ ialah 63.2,
2 markah
b
Nilai $k$ apabila $P(X < k) = 0.3483$.
2 markah
104 markah
Dalam satu soal selidik yang dijalankan terhadap murid di sebuah sekolah, didapati 1 daripada 5 orang murid tidak mempunyai telefon pintar.
a
Jika 6 orang murid dipilih secara rawak dari sekolah itu, cari kebarangkalian sekurang-kurangnya 3 orang tidak memiliki telefon pintar.
3 markah
b
Jika bilangan murid sekolah tersebut ialah 705 orang. Hitung sisihan piawai bilangan pelajar yang tidak memiliki telefon pintar.
1 markah
118 markah
Dengan menggunakan nisbah trigonometri bagi sudut-sudut khas tanpa menggunakan kalkulator, cari nilai bagi setiap yang berikut
a(i)
Kos $(-225^\circ)$,
2 markah
a(ii)
Kot $\left(\frac{5}{3}\pi\right)$.
2 markah
b
Selesaikan persamaan trigonometri $\sin x(\sin x - 2) = \cos 2x$ untuk julat $0 \leq x \leq 2\pi$. Berikan jawapan dalam sebutan $\pi$.
4 markah
126 markah
Sebuah kotak mempunyai 10 biji bola ping pong yang dilabel dengan nombor 1 digit yang berlainan. Cari
a(i)
Bilangan cara memilih 4 bola ping pong dari kotak itu,
1 markah
a(ii)
Bilangan cara memilih 5 biji bola ping pong dari kotak itu jika semua bola ping pong dengan nombor perdana mesti dipilih.
2 markah
Rajah 4 menunjukkan lapan keping kad berlabel.
| A | N | U | G | E | R | A | H |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rajah 4
Hitung bilangan cara yang berlainan untuk menyusun semua kad dalam satu baris jika
b(i)
Tiada syarat dikenakan,
1 markah
b(ii)
Huruf vokal mesti disusun bersama-sama.
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
a
Dalam suatu janjang aritmetik, hasil tambah empat sebutan pertama ialah 34 dan hasil tambah empat sebutan berikutnya ialah 82. Carikan sebutan pertama dan beza sepunya.
3 markah
b
Dua buah tangki iaitu Tangki 1 dan Tangki 2 masing-masing mengandungi 3500 liter minyak dan 2700 liter minyak. Disebabkan berlakunya kebocoran pada kedua-dua tangki, minyak dalam kedua-dua tangki ini disukat semula untuk setiap 20 minit. Didapati bahawa penurunan jumlah minyak mengikuti corak geometri, di mana jumlah minyak dalam Tangki 1 berkurang sebanyak 12%, dan jumlah minyak dalam Tangki 2 berkurang sebanyak 9% untuk setiap 20 minit. Jika pemerhatian ini dimulakan pada pukul 1 tengah hari, pada pukul berapakah jumlah minyak dalam Tangki 1 akan menjadi kurang daripada jumlah minyak dalam Tangki 2 buat kali pertama?
[Tangki 1 dan Tangki 2 adalah sama spesifikasi].
5 markah
148 markah
a
Rajah 5 menunjukkan dua garis lurus $L_1$ dan $L_2$ dengan kecerunan masing-masing $m_1$ dan $m_2$.
Jika $L_1$ dan $L_2$ berserenjang di titik $C$, tunjukkan $m_1 \times m_2 = -1$.
3 markah
Diberi koordinat bagi titik $P$ dan titik $Q$ masing-masing ialah $(5, 2)$ dan $(3, 5)$. Garis lurus $QR$ berserenjang dengan garis $PQ$ dan memotong paksi-$x$ pada titik $R$. Cari
b(i)
Persamaan garis lurus $QR$,
3 markah
b(ii)
Koordinat titik $R$.
2 markah
158 markah
a(i)
Cari $f'(x)$ bagi $f(x) = 3x^2 + 1$ dengan menggunakan pembezaan dengan prinsip pertama.
3 markah
a(ii)
Cari terbitan pertama bagi fungsi $f(x) = \frac{1}{2}x^2 - 3x$.
1 markah
b
Isi padu sebuah sfera menyusut dengan kadar $2.5\pi\ \text{cm}^3\text{s}^{-1}$. Cari kadar perubahan jejari sfera itu apabila jejari ialah 5 cm.
[Isipadu sfera, $V = \frac{4}{3}\pi r^3$]
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini