Diberi vektor-vektor $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$ adalah bukan sifar dan tidak selari dimana $(h - 3)\underset{\sim}{a} = (k + 2)\underset{\sim}{b}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar, cari nilai $h$ dan $k$.
2 markah
b
Diberi $\underset{\sim}{a} = 2\underset{\sim}{i} + k\underset{\sim}{j}$, $\underset{\sim}{b} = 17\underset{\sim}{i} + 5\underset{\sim}{j}$, cari nilai-nilai $k$ jika $|\underset{\sim}{b} - \underset{\sim}{a}| = 17$ unit.
3 markah
25 markah
Rajah 1 menunjukkan lokasi bagi empat buah rumah di sebuah kampung yang dilukis di atas sebuah satah Cartes.
Diberi persamaan jalan raya yang menghubungkan rumah $P$ ke rumah $R$ ialah $6x - 3y = 18$.
a
Tulis persamaan itu dalam bentuk $\frac{x}{a} + \frac{y}{b} = 1$. Nyatakan koordinat rumah P.
2 markah
b
Rumah $Q$ terletak di antara rumah $P$ dan rumah $R$ dengan keadaan $5PQ = QR$, cari nilai $m$.
2 markah
c
Sebuah lorong akan dibina bagi menghubungkan rumah $P$ dengan rumah $S$ dan lorong itu adalah berserenjang dengan jalan raya yang menghubungkan rumah $P$, rumah $Q$ dan rumah $R$. Cari kecerunan bagi lorong tersebut.
1 markah
36 markah
Suatu fungsi $f$ ditakrif oleh $f : x \rightarrow x^2 - 3$ untuk $0 \le x \le 3$.
a(i)
Lukis graf $f$ pada paksi–paksi yang diberikan dalam Rajah 2.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik-titik hujungnya.)*
1 markah
a(ii)
Lukis graf $f^{-1}$ pada satah yang sama dan nyatakan domain bagi $f^{-1}$.
*(Huraikan graf $f^{-1}$ anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik-titik hujungnya.)*
2 markah
b
Diberi bahawa $f(x) = \frac{1}{2 - x}, x \neq 2$, cari nilai–nilai $m$ dengan keadaan $f(m - 1) = \frac{1}{2}f^{-1}(m)$.
3 markah
45 markah
Persamaan kuadratik $x^2 - 8x + 7 = 0$ mempunyai punca $h$ dan $k$, dengan keadaan $h > k$.
a
Cari nilai $h$ dan nilai $k$.
2 markah
b
Seterusnya, bentukkan persamaan kuadratik yang mempunyai punca $h + 3$ dan $2k - 1$.
3 markah
55 markah
a
Tukarkan $\log_6 254$ kepada logaritma jati dan nilaikan.
2 markah
b
Diberi $\log_n 2 = p$ dan $\log_n 3 = q$, ungkapkan $\log_3 16n^2$ dalam sebutan $p$ dan $q$.
3 markah
64 markah
Rajah 3 menunjukkan suatu lengkung. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan linear $y^2 = Mx + N$, dengan keadaan $M$ dan $N$ ialah pemalar.
a
Cari nilai $M$ dan $N$.
2 markah
b
Lakarkan graf linear $y^2$ melawan $x$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: label paksi, bentuk graf, kecerunan dan pintasan.)*
2 markah
76 markah
Alyaa menjual jambangan bunga coklat semasa cuti semester bagi menampung yuran pengajiannya yang berjumlah RM1 400. Harga jambangan bunga coklat tersebut adalah mengikut saiz. Harga bagi jambangan bunga coklat kecil ialah RM 50, sederhana RM 80 dan besar ialah RM100. Kos menghasilkan jambangan bunga coklat kecil ialah RM 30, sederhana RM 50 dan besar RM 65. Alyaa memperuntukkan sebanyak RM 2 400 untuk membuat jambangan bunga coklat tersebut. Permintaan untuk jambangan bunga coklat saiz kecil adalah 2 kali ganda saiz sederhana. Berapakah bilangan minimum jambangan bunga coklat bagi setiap saiz perlu dijual oleh Alyaa bagi membolehkan dia membayar yuran pengajiannya?
6 markah
87 markah
Rajah 5 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = \frac{2}{5}x(8 - x)^3$.
a
Cari koordinat titik bagi dua titik pegun $M$ dan $N$.
4 markah
b
Seterusnya, tentukan sifat bagi titik pegun $N$ menggunakan kaedah lakaran tangen.
*(Huraikan kaedah lakaran tangen anda dalam perkataan: nilai-nilai $x$ yang dipilih, nilai dan tanda $\frac{dy}{dx}$ bagi setiap satu, arah setiap lakaran tangen dan bentuk lakaran graf.)*
3 markah
95 markah
Syahmi melakukan tinjauan tentang peratus murid di sekolahnya yang menaiki bas sekolah. Didapati bahawa 42% daripada murid di sekolahnya menaiki bas sekolah. Jika 3 orang murid dipilih secara rawak dan $X$ mewakili bilangan murid yang menaiki bas sekolah,
a
Pemboleh ubah rawak diskret $X$ ini bertaburan Binomial atau diwakili sebagai $X \sim B(3, p)$. Nyatakan nilai $p$.
1 markah
b
Lengkapkan jadual taburan kebarangkalian binomial bagi bilangan murid yang menaiki bas sekolah dalam Jadual 1.
| $X = r$ | 0 | 1 | 2 | 3 |
|---|---|---|---|---|
| $P(X = r)$ | 0.20 | 0.42 | | |
Jadual 1
*(Tulis nilai $P(X = 2)$ dan $P(X = 3)$.)*
2 markah
c
Bina graf bagi taburan ini dalam Rajah 6.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label dan skala setiap paksi, serta kedudukan dan panjang setiap garis yang dilukis.)*
2 markah
105 markah
Rajah 7 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = f(x)$ yang melalui titik-titik $(h, 0)$ dan $(4,7)$.
a
Diberi luas kawasan berlorek ialah 22 unit$^2$, cari nilai bagi $\int_h^4 f(x)\,dx$.
2 markah
b
Pada suatu hari tertentu, kadar peningkatan suhu, $\theta^\circ$, terhadap masa $t$ saat diberi oleh $\frac{d\theta}{dt} = \frac{1}{2}(12 - t)$. Cari nilai $\theta^\circ$ dalam sebutan $t$ jika $\theta = 4$ apabila $t = 6$.
3 markah
116 markah
a
Cari bilangan cara huruf-huruf daripada perkataan ‘PARU’ dan ‘PARA’ yang boleh disusun jika tiada pengulangan huruf dibenarkan. Adakah bilangan huruf yang boleh dibentuk adalah sama? Jelaskan.
3 markah
Satu pasukan yang terdiri daripada lima orang ahli akan dipilih untuk ekspedisi ke sebuah pulau daripada empat orang perenang dan tiga orang pendaki gunung. Cari bilangan cara pasukan itu boleh dibentuk jika
b(i)
tiada syarat,
1 markah
b(ii)
bilangan perenang mesti melebihi bilangan pendaki gunung.
2 markah
124 markah
Rajah 8 menunjukkan sebuah sektor $OAB$ bagi sebuah bulatan berpusat $O$. Titik $C$ terletak pada $OB$ dengan keadaan $OC : OB = 3 : 5$.
a
Hitung nilai $\theta$, dalam radian,
2 markah
b
Jika jejari sektor $OAB$ ialah 18 cm, hitung luas kawasan berlorek, dalam cm$^2$
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Diberi $\sin A = \frac{3}{5}$ dan $\operatorname{kos} B = -\frac{24}{25}$, dengan keadaan $A$ ialah sudut tirus dan $B$ ialah sudut refleks.
Cari
a(i)
$\frac{1}{\operatorname{sek} A}$
1 markah
a(ii)
$\operatorname{kos}(A - B)$
2 markah
a(iii)
$\operatorname{kos}\frac{A}{2}$
2 markah
b
Selesaikan persamaan trigonometri $2\sin^2 x = 3\sin x + 2$ untuk $0^\circ \le x \le 360^\circ$.
3 markah
148 markah
a
Tentukan sama ada $\sqrt{16}$ adalah merupakan surd atau bukan. Beri alasan anda.
1 markah
b
Selesaikan $\ln(3x - 5) = 6$
2 markah
c
Rajah 9 di bawah menunjukkan tiga bulatan. Bulatan $J$ berjejari 6 cm dan bulatan $K$ pula berjejari 3 cm. Bulatan kecil berjejari $r$ cm.
$MN$ ialah tangen sepunya dan semua bulatan adalah bersentuhan antara satu sama lain. Tunjukkan jejari $r = \frac{6}{3 + 2\sqrt{2}}$.
5 markah
158 markah
Seorang jurutera menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 tahun pada 31 Disember 2024. Beliau ditawarkan jawatan sebagai jurutera kanan di syarikat $A$ dan syarikat $B$ dan akan mula bekerja pada 1 Januari 2025. Di syarikat $A$, beliau ditawarkan gaji sebanyak RM 7 500 sebulan dan akan mendapat kenaikan tahunan sebanyak RM 340. Di syarikat $B$ pula, dia ditawarkan gaji sebanyak RM 7 800 sebulan dan akan mendapat kenaikan tahunan sebanyak 4% daripada gajinya untuk tahun yang berikutnya.
a
Berdasarkan jumlah gaji yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat itu, syarikat manakah yang menjadi pilihan jurutera tersebut jika dia merancang untuk bersara pada umur 58 tahun di syarikat berkenaan?
4 markah
b
Seterusnya, cari gaji bulanan terakhir jurutera tersebut jika pihak syarikat menawarkan kenaikan gaji bulanan sebanyak 1% setiap bulan untuk beliau menyambung bekerja sehingga umur 60 tahun.
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini