Others Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1 · YIK
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1 · YIK
Percubaan YIK · 2024
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
15 markah
a
Bentukkan persamaan kuadratik jika punca-puncanya ialah $h$ dan $\frac{1}{h^2}$.
3 markah
b
Diberi persamaan kuadratik $(k - 2)p^2 - p + 3 = 0$ tidak mempunyai punca. Cari julat nilai $k$.
2 markah
24 markah
a
Rajah 1 menunjukkan graf bagi suatu lengkung $y = f(x)$ dan garis lurus $y = m(x)$
Pada Rajah 1, lorekkan rantau yang diwakili oleh $\int_0^a f(x)\,dx - \int_0^a m(x)\,dx$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: garis atau lengkung yang membatasinya dan had-had nilai $x$.)*
1 markah
b
Diberi $\int_1^m \frac{1}{2}g(x)\,dx = n$ dan $\int_1^m [g(x) - x]\,dx = \frac{37}{2}$ dengan keadaan $m > 0$.
Ungkapkan $m$ dalam sebutan $n$.
3 markah
36 markah
a
Rajah 2 menunjukkan fungsi $f : x \rightarrow |1 - 2x|$.
Cari nilai $h$ dan nilai $k$, dengan keadaan $h > k$.
3 markah
b
Diberi $g(x) = mx + 1$, dengan keadaan $m$ ialah pemalar. Jika $g^{-1}(p - 1) = 8$, ungkapkan $m$ dalam sebutan $p$.
3 markah
44 markah
Dalam satu kajian yang dikendalikan oleh sebuah sekolah, didapati $w\%$ guru memiliki sebuah komputer tablet. Jadual 1 menunjukkan sebahagian taburan binomial $X$ apabila satu sampel empat orang guru dipilih secara rawak. $X$ merupakan pemboleh ubah rawak binomial yang mewakili guru yang memiliki komputer tablet.
| $X$ | 0 | 1 |
|---|---|---|
| $P(X = x)$ | 0.0081 | 0.0756 |
Jadual 1
Cari
a
nilai $w$
2 markah
b
$P(X \geq 2)$
2 markah
56 markah
Rajah 3 menunjukkan enam keping kad huruf.
$$\boxed{\mathbf{K}}\quad\boxed{\mathbf{E}}\quad\boxed{\mathbf{J}}\quad\boxed{\mathbf{O}}\quad\boxed{\mathbf{R}}\quad\boxed{\mathbf{A}}$$
Rajah 3
Cari bilangan cara yang berlainan untuk menyusun semua huruf dalam satu baris tanpa ulangan jika
a(i)
tiada syarat dikenakan
1 markah
a(ii)
huruf vokal dan konsonan berselang seli, selepas dua kad baru berlabel E dan K dimasukkan ke dalam set kad tersebut
2 markah
b
Dalam satu ujian Matematik Tambahan mengandungi tujuh soalan pada Bahagian *A* dan lima soalan pada Bahagian *B*. Aqeeb perlu menjawab 10 soalan dengan syarat sekurang-kurangnya tiga soalan daripada Bahagian *B*. Cari bilangan cara Aqeeb dapat menjawab 10 soalan ujian tersebut.
3 markah
67 markah
a
Permudahkan
$$3^{-n}\left(15^n - 27^n\right)$$
2 markah
b
Ungkapkan $h$ dalam sebutan $a$ dan $b$ jika penyelesaian bagi $\sqrt{4x} - \sqrt{x} = \frac{3}{\sqrt{a} - \sqrt{b}}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ adalah pemalar bagi $x = h\left(\sqrt{a} + \sqrt{b}\right)^2$.
2 markah
c
Diberi bahawa $q = \ln p + 1$ dengan keadaan $p$ suatu nombor nisbah dan merupakan penyelesaian bagi persamaan $5e^{q-3} = e^{-2}$, cari nilai $p$.
3 markah
75 markah
Rajah 4 menunjukkan sebuah bulatan $ABCD$ berpusat $O$ dan berjejari 10 cm. $AOB$ dan $COD$ ialah sektor yang sama saiz dalam bulatan itu dan masing-masing berpusat di $A$ dan $C$.
[Guna $\pi = 3.142$]
Hitung
a
$\angle COD$, dalam $\pi$ radian,
1 markah
b
luas, dalam cm$^2$, kawasan berlorek.
4 markah
85 markah
Selesaikan persamaan serentak berikut :
$$2x - 3y = x^2 - 4y^2 - y + 2 = 5.$$
Berikan jawapan anda betul kepada tiga titik perpuluhan.
5 markah
95 markah
a
Pembolehubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = rx^2 + n$ dengan keadaan $r$ dan $n$ ialah pemalar. Graf garis lurus diperoleh dengan memplot $\frac{y}{x^2}$ melawan $\frac{1}{x^2}$ dengan kecerunan $3p$ dan pintasan-$\frac{y}{x^2}$ ialah $(p + 3)$.
Ungkapkan $n$ dalam sebutan $r$.
3 markah
b
Seterusnya, jika $(2, q)$ terletak pada garis lurus yang diplot di (a), ungkapkan $q$ dalam sebutan $r$.
2 markah
104 markah
Rajah 5 menunjukkan graf taburan normal piawai.
Diberi bahawa $P(z \geq k) = 0.1469$.
a
Cari nilai $P(|z| \leq k)$.
2 markah
b
Pembolehubah rawak selanjar $X$ mempunyai taburan normal dengan min $\mu$ dan varians 16. Diberi skor-$z$ ialah $k$ apabila $X$ = 73.2. Cari nilai $\mu$.
2 markah
115 markah
Diberi bahawa $\overrightarrow{OA} = \underset{\sim}{i} + 3\underset{\sim}{j}$, $\overrightarrow{OB} = 2\underset{\sim}{i} + 5\underset{\sim}{j}$ dan $\overrightarrow{OC} = m\underset{\sim}{i} + 11\underset{\sim}{j}$, dengan keadaan $m$ ialah pemalar.
a
Cari nilai $m$ jika $A$, $B$ dan $C$ adalah segaris.
3 markah
b
Seterusnya, cari vektor unit dalam arah $\overrightarrow{BC}$.
Diberi $\operatorname{kos} x = -t$, dengan keadaan $x$ ialah sudut reflek. Cari dalam sebutan $t$
b(i)
$\operatorname{kosek} x$
1 markah
b(ii)
$5\operatorname{sek}\left(x - 180^\circ\right)$
2 markah
c
Selesaikan persamaan $5\operatorname{kos} 2x + 9\sin x = 7$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
a
$T_1, T_2$ dan $T_3$ adalah tiga sebutan berturutan suatu janjang aritmetik. Diberi bahawa $T_1 = 7$ dan $T_{n+1} = T_n + 4$ bagi $n \geq 1$. Cari sebutan ke-17.
3 markah
b
Amira membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah kereta. Dia membuat bayaran RM 1405.00 pada ansuran ketiga dan RM 1700.00 pada ansuran ketujuh kepada pihak bank. Bayaran ansuran ini menghasilkan janjang geometri. Cari bayaran pertama dan seterusnya bayaran yang ke-15 yang dibuat oleh Amira.
5 markah
148 markah
a
Cari nilai bagi
$$\lim_{x \to 3} \frac{x - 3}{3 - \sqrt{12 - x}}$$
3 markah
Tangen kepada lengkung $y = -x^3 - qx^2 + 4x + 3$ pada $x = -1$ adalah selari dengan garis lurus $y = -3x$.
Cari
b(i)
nilai $q$,
2 markah
b(ii)
persamaan tangen kepada lengkung pada $x = -1$
3 markah
158 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 6 menunjukkan sebuah lokasi bagi rumah Aimi, masjid dan klinik yang dihubungkan oleh tiga jalan di atas satah cartes. Diberi persamaan garis lurus bagi jalan yang menghubungkan klinik ke rumah Aimi ialah $y - x + 3 = 0$ dan persamaan garis lurus jalan yang menghubungkan masjid ke klinik ialah $y - 7x - 9 = 0$.
a
Cari koordinat bagi klinik.
2 markah
b
Sebuah papan tanda diletakkan pada koordinat $\left(2, \frac{29}{5}\right)$ antara jalan yang menghubungkan masjid dan rumah Aimi. Cari nisbah jarak antara masjid dan rumah Aimi ke papan tanda.
2 markah
Sebuah Syarikat telekomunikasi bercadang meletakkan sebuah Menara telekomunikasi antara masjid, rumah Aimi dan klinik. Menara itu dilengkapi dengan pagar bagi mengelakkan sebarang pencerobohan. Diberi koordinat Menara telekomunikasi ialah $(-1, 4)$.
c(i)
Cari persamaan lokus pagar itu yang berpusatkan Menara telekomunikasi dan berdiameter 6 unit.
2 markah
c(ii)
Seterusnya, tentukan sama ada lokus itu memintas paksi-$x$ atau tidak.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini