Others Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · MRSM
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · MRSM
Percubaan MRSM · 2024
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
17 markah
a
Diberi bahawa fungsi $f : x \rightarrow x - 5$ dan $g : x \rightarrow \frac{2}{x - 1}, x \neq 1$.
Cari nilai bagi fungsi gubahan $gf(10)$.
2 markah
Rajah 1 menunjukkan graf bagi fungsi $y = k(x)$ bagi domain $x \geq p$.
b(i)
Diberi fungsi $y = h(x)$ ialah songsangan bagi fungsi $k(x)$, lakarkan graf bagi fungsi $h(x)$ pada Rajah 1.
Seterusnya, nyatakan domain bagi $h(x)$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf $h(x)$, titik di mana graf itu bermula dan kedudukannya berbanding graf $y = k(x)$; kemudian nyatakan domain.)*
3 markah
b(ii)
Diberi bahawa fungsi $k(x) = \sqrt{x - b}$ dan $(a, 8)$ berada pada lengkung $h(x)$.
Ungkapkan $a$ dalam sebutan $b$.
2 markah
27 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 2 menunjukkan kedudukan rumah Ahmad, sekolah dan rumah Chang yang berada pada satu jalan yang lurus.
Ahmad dan Chang berbasikal dari rumah mereka ke sekolah melalui jalan tersebut dengan kelajuan masing-masing 14 km/j dan 21 km/j. Waktu mereka bertolak dari rumah masing-masing dan waktu mereka tiba di sekolah adalah sama.
a
Cari koordinat $C$.
3 markah
b
Sebuah masjid terletak di Jalan Bakawali pada $(h, -2)$. Jalan tersebut adalah selari dengan jalan $AC$ dan menyilang paksi-$x$ pada $x = 9$. Sebuah laluan baharu akan dibina bagi menghubungkan masjid dan rumah Ahmad.
Tentukan sama ada laluan itu merupakan laluan terpendek antara masjid dan jalan $AC$.
4 markah
36 markah
Persamaan kuadratik $-2x^2 - 7x + 5 = 0$ mempunyai punca-punca $\alpha$ dan $\beta$.
a(i)
Cari nilai $\alpha + \beta$ dan $\alpha\beta$.
1 markah
a(ii)
Seterusnya, bentukkan persamaan kuadratik dengan punca-punca $\alpha + 3$ dan $\beta + 3$.
2 markah
b
Persamaan kuadratik $3x(2 - 3x) = m + n$ mempunyai dua punca yang nyata dan sama, dengan keadaan $m$ dan $n$ ialah pemalar.
Ungkapkan $m$ dalam sebutan $n$.
3 markah
47 markah
a
Dalam satu janjang geometri, sebutan ke-7 ialah 3 kali sebutan ke-6.
Tunjukkan bahawa hasil tambah 4 sebutan yang pertama adalah 10 kali hasil tambah 2 sebutan yang pertama.
3 markah
Rajah 3 menunjukkan susunan tiga lelayang yang pertama daripada satu siri tak terhingga bagi lelayang yang serupa.
b(i)
Lelayang pertama mempunyai panjang pepenjuru 50 cm dan 45 cm. Ukuran pepenjuru bagi setiap lelayang berikutnya adalah separuh daripada ukuran sebelumnya. Luas lelayang itu membentuk satu janjang geometri.
[Luas lelayang $= \frac{1}{2} \times$ hasil darab panjang dua pepenjuru]
Nyatakan sebutan pertama dan nisbah sepunya bagi janjang tersebut.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, cari hasil tambah ketakterhinggaan bagi luas, dalam cm², bagi lelayang itu.
2 markah
56 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 4 menunjukkan satu lengkung $y = x^2 + x - 12$ yang menyilang suatu garis lurus pada titik $Q$ dan titik $R$.
Cari koordinat $Q$ dan koordinat $R$.
6 markah
67 markah
a
Buktikan bahawa $\text{sek}\,\theta - \frac{\sin^2\theta}{\text{kos}\,\theta} = \text{kos}\,\theta$.
2 markah
b(i)
Lakarkan graf $y = \text{sek}\,2\theta - \frac{\sin^2 2\theta}{\text{kos}\,2\theta}$ untuk $0 \leq \theta \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$\theta$ dan bilangan kitaran.)*
3 markah
b(ii)
Jika garis lurus $y = m\theta - 1$ tidak bertemu dengan graf anda di **6** (*b*)(i) untuk $\pi \leq \theta \leq 2\pi$, cari julat nilai $m$ dalam sebutan $\pi$.
2 markah
710 markah
Sebikar iodin bersuhu 180 °C dibiarkan menyejuk pada kadar $\frac{dT}{dt} = -\frac{70}{(t + 1)^2}$ dengan keadaan $T$ °C ialah suhu iodin dan $t$ ialah masa yang diambil, dalam saat, bagi proses penyejukan tersebut.
a(i)
Cari persamaan $T$ dalam sebutan $t$.
3 markah
a(ii)
Iodin adalah satu elemen yang wujud dalam keadaan cecair apabila suhu melebihi 113 °C.
Hitung masa minimum yang diambil, dalam saat, untuk iodin tersebut wujud dalam keadaan pepejal.
2 markah
b
Kos pembuatan, $C$ dalam RM, bagi $x$ helai kemeja di sebuah kilang ialah $C(x) = 100\,000 + 50x + 0.0025x^2$ dan harga jualannya ialah RM100 sehelai.
Pihak pengurusan menetapkan sasaran keuntungan ialah RM200 000.
Dengan menggunakan kaedah pembezaan, tentukan sama ada kilang tersebut berjaya mencapai sasaran dan berikan justifikasi anda.
5 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 5 menunjukkan sisi empat $PQRS$.
Titik $T$ ialah titik tengah $PS$. $PQ$ dan $SR$ adalah selari dengan keadaan $\overrightarrow{SR} = \frac{2}{3}\overrightarrow{PQ}$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{PQ} = 9\underset{\sim}{u}$ dan $\overrightarrow{PT} = 6\underset{\sim}{v}$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{u}$ dan/atau $\underset{\sim}{v}$
a(i)
$\overrightarrow{QT}$,
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{PR}$.
1 markah
b
Dengan menggunakan $\overrightarrow{PW} = k\overrightarrow{PR}$ dan $\overrightarrow{QW} = h\overrightarrow{QT}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar, cari nilai $h$ dan nilai $k$.
5 markah
c
Diberi bahawa $|\underset{\sim}{u}| = 5$ unit dan luas segi tiga $PQW$ ialah 135 cm², cari jarak terpendek dari titik $W$ ke $PQ$.
2 markah
910 markah
Rajah 6 menunjukkan graf taburan normal bagi berat, dalam kg, sebiji nanas yang dipetik dari sebuah ladang dengan min $m$ kg dan sisihan piawai 0.12 kg. Nanas dengan berat dari 1.26 kg sehingga 1.68 kg akan dieksport ke luar negara dan bakinya akan dijual di pasaran tempatan.
a(i)
Cari
nilai $m$ apabila peratusan sebiji nanas yang dipilih secara rawak dengan berat lebih dari 1.68 kg adalah 0.82%,
3 markah
a(ii)
kebarangkalian sebiji nanas yang dipilih secara rawak akan dieksport ke luar negara,
2 markah
a(iii)
bilangan nanas yang dijual di pasaran tempatan jika ladang menghasilkan 3000 biji nanas.
1 markah
Dalam satu kajian terhadap sebilangan murid di dalam sebuah kelas, didapati bahawa 20 daripada 50 orang murid suka bermain bola sepak. Satu sampel yang terdiri daripada $n$ orang murid dipilih secara rawak.
b(i)
Jika kebarangkalian bahawa tiada murid suka bermain bola sepak ialah $\frac{729}{15\,625}$, cari nilai $n$.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, cari kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya dua orang daripada mereka tidak suka bermain bola sepak.
2 markah
1010 markah
Rajah 7 menunjukkan satu lengkung $y = x(6 - x)$. Garis lurus $ON$ dan $MN$ masing-masing ialah tangen kepada lengkung itu pada titik $O$ dan titik $M$.
Cari
a
koordinat $N$,
3 markah
b
luas rantau berlorek,
3 markah
c
isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $y = x(6 - x)$, garis lurus $MN$ dan garis $x = 3$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$x$.
4 markah
1110 markah
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $x^k = \frac{y}{a}$, dengan keadaan $a$ dan $k$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.74 | 3.32 | 5.02 | 9.19 | 15.83 | 22.80 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 1.67 | 2.28 | 3.32 | 4.80 | 6.30 | 7.61 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1, plot sebuah graf $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\log_{10} x$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $\log_{10} x$ dan $\log_{10} y$ yang anda kira, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
5 markah
Menggunakan graf di **11** (*a*), cari nilai
b(i)
$a$,
3 markah
b(ii)
$k$.
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 8 menunjukkan dua buah segi tiga, $ABD$ dan $ABE$. $BCD$ dan $ACE$ ialah garis lurus.
Diberi bahawa $BC = 4.4$ cm dan $BC = \frac{2}{3}BD$.
a
Hitung panjang, dalam cm, bagi $AD$.
3 markah
b(i)
Cari $\angle BAE$, dalam darjah.
2 markah
b(ii)
Jika titik $B'$ berada pada garis lurus $AB$ dengan keadaan $B'C = BC$, lakarkan segi tiga $AB'C$. Seterusnya, cari $\angle ACB'$ dalam darjah.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A$, $B'$ dan $C$ dan jenis sudut pada setiap bucu (tirus/cakah).)*
2 markah
c
Hitung luas, dalam cm², segi tiga $ABD$ dengan menggunakan rumus Heron.
3 markah
1310 markah
Sebuah kelab rekreasi menawarkan kelas tarian dan kelas renang. Bayaran kelas tarian dan kelas renang masing-masing ialah RM10 dan RM15 sejam. Kelas-kelas tersebut adalah tertakluk kepada kekangan berikut.
I Jumlah masa maksimum untuk kedua-dua kelas ialah 20 jam seminggu.
II Jumlah bayaran untuk kedua-dua kelas dalam seminggu tidak melebihi RM250.
III Perkaitan tempoh masa untuk kelas tarian dan kelas renang untuk setiap ahli dalam seminggu ditunjukkan dalam halaman 36.
a
Dalam seminggu, kelab telah memperuntukkan $x$ jam untuk kelas tarian dan $y$ jam untuk kelas renang. Tulis ketaksamaan I dan II.
2 markah
b
Tulis kekangan III dalam bentuk ketaksamaan dan huraikan dalam ayat.
2 markah
c
Pada halaman 36, bina dan label rantau ***R*** yang memenuhi semua kekangan itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau R — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
d
Gunakan graf yang dibina di **13** (*c*) untuk menjawab soalan berikut.
Diberi bahawa purata kalori yang dibakar semasa menari dan berenang masing-masing ialah 350 kalori dan 450 kalori sejam.
Dengan melukis fungsi objektif, cari jumlah kalori maksimum yang dibakar dalam seminggu.
*(Huraikan fungsi objektif yang anda lukis dalam perkataan: persamaan garis dan titik-titik yang dilaluinya.)*
3 markah
1410 markah
Jadual 2 menunjukkan maklumat tentang empat bahan yang digunakan untuk menghasilkan sebalang gula-gula.
| Bahan | Perubahan indeks harga dari tahun 2020 ke tahun 2022 | Indeks harga pada tahun 2022 berasaskan tahun 2018 | Pemberat |
|---|---|---|---|
| $P$ | Menokok 10% | 121 | 7 |
| $Q$ | Menokok 30% | $100 + 3m$ | 7 |
| $R$ | Tidak berubah | 100 | 2 |
| $S$ | Menyusut 10% | 81 | 4 |
Jadual 2
Hitung
a(i)
harga bahan $P$ pada tahun 2018 jika harganya pada tahun 2022 ialah RM12.10,
2 markah
a(ii)
harga bahan $S$ pada tahun 2022 jika harganya pada tahun 2020 ialah RM15.00.
1 markah
b
Diberi bahawa peratus kenaikan harga bahan $Q$ dari tahun 2020 ke tahun 2022 adalah sama dengan peratus kenaikan harganya dari tahun 2018 ke tahun 2020. Cari nilai $m$.
2 markah
c(i)
Hitung indeks gubahan bagi kos untuk menghasilkan satu balang gula-gula itu pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020.
3 markah
c(ii)
Kos pembuatan satu balang gula-gula pada tahun 2020 ialah RM30. Diberi bahawa jumlah kos pembuatan pada tahun 2022 ialah RM263 222.40 dan harga jualan satu balang gula-gula pada tahun tersebut ialah RM40.
Tentukan sama ada keuntungan sebanyak RM40 000 dapat dicapai pada tahun 2022. Berikan justifikasi anda.
2 markah
1510 markah
Halaju $v$ ms$^{-1}$, suatu zarah yang bergerak di sepanjang suatu garis lurus ialah $v = 3t^2 - 14t + 8$, dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat selepas melalui titik tetap $O$.
a
Cari masa, dalam saat, apabila zarah itu berhenti seketika.
2 markah
Hitung
b(i)
pecutan awal, dalam ms$^{-2}$, zarah tersebut,
2 markah
b(ii)
halaju minimum, dalam ms$^{-1}$, zarah tersebut.
2 markah
c
Hitung jumlah jarak, dalam m, yang dilalui zarah tersebut sehingga ia berhenti buat kali yang kedua.
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini