Rajah 1 menunjukkan dua garis lurus $AB$ dan $BCD$ dilukis pada satu satah Cartes.
Lokus bagi titik $P(x, y)$ yang bergerak ialah satu lilitan bulatan dengan keadaan garis lurus $BCD$ merupakan tangen kepada bulatan itu pada titik $C(6, 4)$. Garis lurus $AB$ melalui pusat, $M$ lokus $P$.
Cari
a
pusat lokus $P$,
4 markah
b
persamaan lokus $P$.
3 markah
37 markah
Diberi $f : x \rightarrow 3x - 7$, cari
a(i)
$f^{-1}(x)$,
1 markah
a(ii)
nilai $s$ dengan keadaan $f^2\left(\frac{2s}{3}\right) = 8$.
3 markah
Isi padu, $V$ m³, air di dalam sebuah bekas berkait dengan tinggi, $h$ m, air dan diberi oleh $V(h) = 4h^2 + 3$. Tinggi air di dalam bekas itu berkait dengan kadar air mengalir ke dalam bekas itu dan diberi oleh $h(t) = 2t + 3$ selepas $t$ saat.
b(i)
Ungkapkan isi padu air dalam bekas itu sebagai suatu fungsi $t$.
2 markah
b(ii)
Nyatakan isi padu air pada permulaan.
1 markah
47 markah
a
Selesaikan ketaksamaan $0.62^x > 3$. Beri jawapan anda betul kepada tiga angka bererti.
2 markah
b
Diberi bahawa $\log_9 xy = m$ dan $\log_9 \frac{x}{y} = n$, tunjukkan bahawa $x = 3^{m+n}$.
Seterusnya, ungkapkan $y$ dalam sebutan $m$ dan $n$.
5 markah
57 markah
Rajah 2 menunjukkan sebuah segi empat tepat $PQRS$. Diberi $PQ = 2n$ cm dan $QR = n$ cm, dengan $n$ ialah pemalar. $T$ dan $U$ masing-masing ialah titik-titik pada $PS$ dan $SR$ dengan keadaan $ST = x$ cm dan $RU = 2x$ cm.
a
Tunjukkan bahawa luas $\Delta QUT$ ialah $(n^2 - nx + x^2)$ cm².
3 markah
b
Ungkapkan $x$ dalam sebutan $n$ supaya luas $\Delta QUT$ adalah minimum.
2 markah
c
Cari luas minimum $\Delta QUT$ dalam sebutan $n$.
2 markah
68 markah
Diberi bahawa $f(x) = 4\,\text{kos}^2\,x - 2\sin^2 x$.
a
Ungkapkan $f(x)$ dalam bentuk $a\,\text{kos}\,2x + b$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
3 markah
b
Lakar graf $f(x) = a\,\text{kos}\,2x + b$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, nilai pada titik mula dan titik akhir, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$, dan bilangan kitaran.)*
4 markah
c
Dari graf di (b), nyatakan nilai terbesar dan nilai terkecil bagi $f(x)$.
1 markah
77 markah
Rajah 3 menunjukkan $AOBC$ ialah sebuah taman berbentuk semi bulatan berpusat $O$ dan berjejari 9 m. $EBD$ ialah sektor bagi sebuah bulatan berpusat $E$ dan berjejari 14 m.
Diberi $OC$ adalah berserenjang dengan $AOB$ dan kawasan berlorek ialah kawasan tanaman bunga. Hitung
[Guna $\pi = 3.142$]
a
nilai $\theta$, dalam radian,
2 markah
b
luas, dalam m², kawasan tanaman bunga.
5 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 4 menunjukkan sebuah segi tiga $RST$. Diberi $\overrightarrow{RT} = 6\underset{\sim}{x}$ dan $\overrightarrow{RS} = 4\underset{\sim}{y}$. $U$ ialah satu titik pada $ST$ dengan keadaan $TU = 2US$.
a
Ungkapkan $\overrightarrow{TU}$ dan $\overrightarrow{RU}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$.
3 markah
b
Diberi $V$ ialah satu titik dengan keadaan $\overrightarrow{SV} = 3\underset{\sim}{x}$. Tentukan sama ada titik-titik $R$, $U$ dan $V$ segaris atau tidak.
4 markah
Jika $|\underset{\sim}{x}| = 2$ unit dan luas $\Delta RST$ ialah 24 unit², hitung
c(i)
luas, dalam unit², $\Delta RSV$,
1 markah
c(ii)
jarak, dalam unit, $SV$ dengan $RT$.
2 markah
910 markah
Sebuah pusat veterinar swasta menerima pelanggan yang 30% daripadanya adalah pemilik arnab.
a(i)
Jika 8 orang pelanggan pusat veterinar itu diambil secara rawak, carikan kebarangkalian sekurang-kurangnya dua pelanggan adalah pemilik arnab.
3 markah
a(ii)
Jika varians bagi bilangan pelanggan yang datang ke pusat veterinar tersebut bersama dengan arnab ialah 168, berapakah bilangan pelanggan pusat veterinar itu?
2 markah
Sejenis ubat kutu bagi kucing didapati mempunyai tempoh hayat yang bertaburan secara normal dengan min 600 jam dan sisihan piawai 40 jam.
b(i)
Jika sebotol ubat kutu dipilih secara rawak, hitungkan kebarangkalian bahawa ubat kutu tersebut mempunyai tempoh hayat lebih daripada 580 jam.
3 markah
b(ii)
Jika 121 daripada 500 botol ubat kutu tersebut mempunyai tempoh hayat lebih daripada $m$ jam, carikan nilai $m$.
2 markah
1010 markah
Rajah 5(a) menunjukkan lengkung bagi fungsi $y = x^3 - 8$.
a(i)
Cari nilai $a$.
1 markah
a(ii)
Hitung luas kawasan berlorek.
4 markah
b
Rajah 5(b) menunjukkan lengkung $y = \frac{x^2}{3}$ dan dua garis lurus, $x = 4$ dan $y = p$.
Apabila kawasan berlorek diputarkan $360^\circ$ melalui pada paksi-$y$, isi padu janaan ialah $34\frac{1}{2}\pi$ unit³. Jika $p < 5$, cari nilai $p$.
5 markah
1110 markah
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$ yang dihubungkan oleh persamaan $y = mx + \frac{n}{\sqrt{x}}$, dengan keadaan $m$ dan $n$ ialah pemalar.
| $x$ | 0.2 | 0.4 | 0.6 | 0.8 | 1.0 | 1.2 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | −2.87 | 0.04 | 2.22 | 4.16 | 6 | 7.77 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1, bina satu jadual bagi nilai-nilai $y\sqrt{x}$ dan $x\sqrt{x}$.
*(Tulis nilai $x\sqrt{x}$ dan $y\sqrt{x}$ bagi setiap nilai $x$.)*
2 markah
b
Plot $y\sqrt{x}$ melawan $x\sqrt{x}$, menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$x\sqrt{x}$ dan 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$y\sqrt{x}$.
Seterusnya lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Berdasarkan graf di (b), cari nilai
c(i)
$m$ dan $n$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
3 markah
c(ii)
$x$ apabila $y = \frac{2}{\sqrt{x}}$.
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Sejenis kek dibuat dengan menggunakan empat bahan, $A$, $B$, $C$ dan $D$. Jadual 2 menunjukkan harga bagi bahan-bahan itu pada tahun 2021 dan 2023.
| Bahan | Harga per kg (RM) Tahun 2021 | Harga per kg (RM) Tahun 2023 |
|---|---|---|
| $A$ | $x$ | 8.40 |
| $B$ | 3.00 | 3.60 |
| $C$ | $y$ | $z$ |
| $D$ | 5.00 | 5.50 |
Jadual 2
a
Indeks harga bahan $A$ pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021 ialah 105.
Cari nilai $x$.
2 markah
b
Indeks harga bagi bahan $C$ pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021 ialah 120. Harga per kg bagi bahan $C$ pada tahun 2023 ialah RM1.50 lebih daripada harganya yang sepadan pada tahun 2021. Hitung nilai $y$ dan $z$.
3 markah
Indeks gubahan bagi kos membuat kek itu pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021 ialah 112.92.
Hitung
c(i)
harga bagi sebiji kek pada tahun 2023 jika harganya yang sepadan pada tahun 2021 ialah RM 35.60,
2 markah
c(ii)
nilai $m$ jika nisbah bagi bahan $A$, $B$, $C$ dan $D$ yang digunakan ialah $5 : 3 : m : 1$.
3 markah
1310 markah
Rajah 6 menunjukkan sebuah arca berbentuk piramid $ABCD$. Tapak mengufuk arca itu, $\Delta BCD$ dan permukaan condong $\Delta ABC$ ialah segi tiga kaki sama. Diberi bahawa $BD = CD$, $BC = 12$ cm, $AB = AC = 6.8$ cm, $\angle BDC = 70^\circ$ dan $\angle ACD = 38^\circ$.
Hitung
a
panjang $CD$,
2 markah
b
panjang $AD$,
2 markah
c
luas, dalam cm², bagi segi tiga $ACD$,
2 markah
d
sudut di antara satah $ABC$ dan satah $BCD$.
4 markah
1410 markah
Satu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v\ \text{ms}^{-1}$, diberi oleh $v = pt^2 - 5t$, dengan keadaan $p$ ialah pemalar dan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$. Pecutan zarah itu ialah $15\ \text{ms}^{-2}$ selepas 2 saat melalui $O$.
[Anggap gerakan ke arah kanan sebagai positif]
a
Cari nilai $p$.
3 markah
b
Cari julat masa, dalam saat, apabila halaju zarah menyusut.
2 markah
c
Cari masa, dalam saat, apabila zarah itu berhenti seketika.
2 markah
d
Hitung jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 3 saat pertama.
3 markah
1510 markah
Encik Zamir ialah seorang penjaja menjual dua sosej, ayam dan daging. Pada suatu hari tertentu, dia menyediakan $x$ biji sosej ayam dan $y$ biji sosej daging untuk dijual. Dia hanya mempunyai modal sebanyak RM 144. Kos bagi sebiji sosej ayam dan sebiji sosej daging masing-masing ialah RM 1.20 dan RM 1.60. Bilangan sosej ayam yang disediakan tidak kurang separuh daripada bilangan sosej daging. Bilangan sosej ayam melebihi bilangan sosej daging selebih-lebihnya 20 biji.
a
Bina satu model matematik yang terdiri daripada tiga ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memuaskan semua syarat di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 biji sosej pada kedua-dua paksi, bina dan lorekkan rantau $R$ yang memuaskan semua syarat di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Berdasarkan graf di (b), jawab soalan yang berikut.
c(i)
Cari bilangan maksimum sosej daging yang boleh disediakan pada hari itu.
1 markah
c(ii)
Keuntungan diperolehi daripada jualan sebiji sosej ayam ialah RM 2.00 dan sebiji sosej daging ialah RM 1.20. Cari bilangan maksimum sosej ayam yang perlu dijual supaya mendapat keuntungan maksimum. Seterusnya, nyatakan bilangan sepadan bagi sosej daging yang dijual.
*(Huraikan garis fungsi objektif yang anda lukis dalam perkataan: persamaan garis dan titik-titik yang dilaluinya.)*
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini