Selesaikan persamaan $\log_3 (x - 2) - \log_3 2 = \log_3 x^2 - \log_3 (3x + 4)$
Kedah Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1
- Percubaan Kedah · 2024
- 15 soalan · Jumlah 80 markah
- 120 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 12
a
3 markah
Dengan menggunakan kaedah garis nombor, cari julat nilai $x$ jika $2x^2 \geq -5x + 3$.
*(Huraikan garis nombor anda dalam perkataan.)*
b
3 markah
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari titik maksimum atau minimum bagi $f(x) = 2x^2 - 12x + 10$. Seterusnya, nyatakan persamaan paksi simetri.
Koordinat rumah bagi Raihan, Siva dan Tan di Taman Kesidang masing-masing ialah $(6, 5)$, $(h, k)$ dan $(2, -3)$. Rumah Raihan dan rumah Tan masing-masing berada di Utara dan Timur rumah Siva. Tunjukkan bahawa $h^2 + k^2 - 8h - 2k - 3 = 0$.
Rajah 4 menunjukkan graf fungsi trigonometri $y = f(x)$.
Nyatakan
a(i)
1 markah
nilai pintasan-$y$,
a(ii)
1 markah
persamaan-persamaan asimptot,
b(i)
1 markah
Tuliskan persamaan bagi graf fungsi trigonometri dalam Rajah 4.
b(ii)
1 markah
Nyatakan domain bagi $x$.
b(iii)
1 markah
Nyatakan julat bagi $y$.
Rajah 5 menunjukkan sebuah taman berbentuk bulatan yang berpusat di $O$ dengan jejari 30 m. Seorang pekebun ingin menanam bunga di kawasan berlorek, $APRC$. Sektor minor $OAC$ dipasang jubin supaya kawasan menjadi kiosk foto. Diberi $OA : AP = 3 : 1$.
[Guna $\pi = 3.142$]
a
2 markah
Jika perimeter kawasan yang dipasang jubin ialah 100 m, hitung sudut minor sektor $OAC$, dalam radian.
b
2 markah
Hitung luas, dalam m$^2$, kawasan tanaman bunga tersebut.
Rajah 6 menunjukkan kedudukan rumah Ali, pejabat pos, sekolah dan bank pada suatu satah Cartes.
Ali bergerak dari rumah ke sekolah tetapi semua jalan ke arah pejabat pos ditutup kerana banjir.
a(i)
2 markah
Dengan menggunakan hukum segi tiga, ungkapkan pergerakan Ali dalam bentuk vektor lajur.
a(ii)
2 markah
Seterusnya, cari vektor unit pergerakan Ali dari rumah ke sekolah.
b
3 markah
Pihak berkuasa tempatan bercadang untuk membina sebuah stesen minyak pada kedudukan $(k, 6)$ dengan keadaan $k$ adalah pemalar. Diberi $C$, $B$ dan $E$ adalah segaris. Dengan menggunakan operasi vektor, cari nilai $k$.
Diberi bahawa $f(x) = \frac{15}{2x + 7}$, $x \neq -\frac{7}{2}$ dan $fg(x) = gf(x) = x$, cari
a
2 markah
$g(x)$,
b
2 markah
nilai-nilai $x$ jika $f(x) = g(x)$.
a
3 markah
Sebuah kotak mengandungi 5 biji bola biru, 10 biji bola hijau dan 15 biji bola kuning. Sebiji bola dikeluarkan secara rawak dari kotak itu dan warnanya dicatatkan. Kemudian, bola itu dimasukkan semula ke dalam kotak itu. Jika proses ini diulang 3 kali, lengkapkan jadual taburan binomial bagi bilangan bola hijau yang dikeluarkan dan seterusnya lukis graf bagi taburan tersebut.
[Guna skala 2 cm kepada $\frac{2}{27}$ unit pada paksi menegak]
| $r$ | 0 | 1 | 2 | 3 |
|---|---|---|---|---|
| $P(X = r)$ | | | | |
Jadual Taburan Binomial
*(Tulis nilai $P(X = r)$ bagi setiap nilai $r$, dan huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, serta apa yang dilukis pada setiap nilai $r$ dan tingginya.)*
b
4 markah
Jisim pekerja di sebuah kilang bertabur secara normal $X \sim N(65, 100)$. Jika 84% pekerja mempunyai jisim di antara $(\mu - k)$ kg dan $(\mu + k)$ kg dengan keadaan $\mu$ adalah min, cari nilai bagi $k$.
a
2 markah
Rajah 9 menunjukkan graf $y = f(x)$ yang dilukis pada satah Cartes.
Adakah $\underset{x \to 0}{\text{had}}\, f(x)$ wujud? Berikan justifikasi anda.
b
4 markah
Cari terbitan pertama bagi $f(x) = \frac{2}{x + 4}$ dengan menggunakan prinsip pertama.
Rajah 10 menunjukkan suatu perbincangan di antara dua orang guru Matematik Tambahan.
Berdasarkan perbualan tersebut,
a(i)
2 markah
nyatakan perkaitan di antara $h$ dan $k$,
a(ii)
1 markah
wakilkan fungsi $h$ dan $k$ menggunakan gambarajah anak panah yang sama.
*(Huraikan gambar rajah anak panah anda dalam perkataan: unsur dalam setiap set dan arah anak panah bagi setiap fungsi.)*
b
3 markah
Diberi $f : x \mapsto 2x - 1$ dan $g : x \mapsto \sqrt{x}$. Cari domain bagi $f(x)$ supaya $gf(x)$ tertakrif.
Rajah 11 menunjukkan model-model kenderaan yang dikeluarkan oleh *PROTON*.
Cari bilangan susunan berbeza menggunakan semua huruf daripada perkataan PROTON jika
a(i)
1 markah
tanpa sebarang kekangan,
a(ii)
1 markah
kedua-dua huruf $O$ mesti bersama-sama.
b
3 markah
8 orang pelanggan dari satu keluarga yang sama memasuki ruang pameran PROTON. Hanya dua orang daripada mereka mempunyai lesen memandu. Cari bilangan cara 8 orang pelanggan ini dapat menaiki semua model kereta PROTON berdasarkan syarat-syarat berikut:
1. Pelanggan yang tiada lesen dapat menaiki setiap model sekali sahaja
2. Setiap kali kereta dipandu keluar, muatan kereta ialah 4 orang termasuk pemandu
3. Hanya dua model dipandu keluar pada setiap pusingan
4. Sebelum dua model baru diuji, pemandu dan penumpang akan bertukar model kereta yang dinaiki dalam pandu uji sebelumnya.
c
2 markah
Cari bilangan susunan berbeza jika keenam-enam model disusun dalam bulatan di ruang pameran dengan syarat model X50 dan X70 mesti bersebelahan.
Rajah 12 menunjukkan sebahagian daripada graf $y$ melawan $x$ bagi persamaan $y^2 + 9 = 1 + p\sqrt{x}$, dengan keadaan $p$ adalah pemalar.
a
1 markah
Lakarkan graf garis lurus $y^2$ melawan $\sqrt{x}$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: tajuk paksi dan koordinat titik-titik hujung garis lurus.)*
b
3 markah
Tentukan persamaan garis lurus penyuaian terbaik itu.
Bahagian B
Pilih 2 daripada 3
Dipilih 0/2
Rajah 13 menunjukkan Adam berlatih untuk kejohanan bola tampar peringkat negeri. Diberi fungsi servis bola tampar Adam ialah $f(x) = -\frac{3}{100}x^2 + \frac{1}{5}x + \frac{13}{4}$ dengan keadaan $x$ ialah jarak dari garisan belakang gelanggang. Dia melakukan servis lompat apabila bola berada pada kedudukan $(0, 3.25)$.
a
3 markah
Ungkapkan fungsi servis, $f(x)$ dalam bentuk verteks. Tentukan tinggi maksimum bola tersebut.
b
2 markah
Tentukan ketinggian bola, dalam meter, di atas jaring ketika bola melepasi jaring tersebut.
c
2 markah
Adakah hasil servis Adam dijangka dapat memberikan mata kepada pasukannya? Sokong penjelasan anda dengan pengiraan.
d
1 markah
Seterusnya, lakarkan graf bagi lokus pergerakan bola.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan koordinat titik-titik penting yang ditanda.)*
Rajah 14 menunjukkan dua orang remaja, Adib dan Azim, melakukan latihan lompat tali. Panjang tali *skipping* ditentukan oleh ketinggian seperti di dalam Jadual 14.
| Bil. | Julat Ketinggian (cm) | Panjang tali (cm) |
|---|---|---|
| 1. | 121.92 – 144.78 | $\geq 213.36$ |
| 2. | 147.32 – 160.02 | $\geq 243.84$ |
| 3. | 162.56 – 180.34 | $\geq 274.32$ |
| 4. | 182.88 – 193.04 | $\geq 304.80$ |
| 5. | $> 193.04$ | 335.28 |
Jadual 14
Jika tali *skipping* Adib dibahagikan kepada 9 bahagian manakala tali skipping Azim dibahagikan kepada 16 bahagian dengan keadaan bahagian terpanjang kedua-dua tali mereka ialah $k$ cm dan setiap bahagian dikurangkan sebanyak $h$ cm,
[Kaedah senarai tidak dibenarkan]
a
4 markah
cari nilai $k$ dan nilai $h$. Berikan jawapan anda dalam 2 tempat perpuluhan.
b
4 markah
Seterusnya, jika panjang bahagian terakhir tali Aiman ialah 15.73 cm, tentukan julat ketinggian Aiman, dalam cm.
Rajah 15 menunjukkan laluan kapal dalam sebuah studio penggambaran filem dan dua landasan lurus untuk kamera 1 dan kamera 2. Kawasan berlorek ialah kawasan krew filem.
Diberi fungsi kecerunan bagi laluan kapal ialah $6 + 2x$. Persamaan tangen landasan bagi kamera 1 dan kamera 2 masing-masing ialah $y = 10x - 4$ dan $y = 6x$. Cari
a
2 markah
koordinat titik dengan keadaan kamera 1 dan kamera 2 berada pada jarak yang sama dari kapal.
b
6 markah
luas kawasan krew filem.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

