Rajah 1 menunjukkan garis lurus $3x + 2y = 1$ menyilang lengkung $3x + y^2 = 16$ pada titik A dan titik B.
Cari koordinat bagi titik A dan titik B.
6 markah
28 markah
Fungsi $f(x) = x^2 - 6kx + 10k^2 + 1$ mempunyai nilai minimum $r^2 + 2k$, dengan keadaan $r$ dan $k$ ialah pemalar.
a
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, tunjukkan bahawa $r = k - 1$.
4 markah
b
Seterusnya, cari nilai-nilai $k$ dan $r$ jika graf bagi fungsi itu bersimetri pada $x = r^2 - 1$.
4 markah
38 markah
a
Rajah 2 (i) menunjukkan graf bagi fungsi $g(x) = |3x - 2|$, untuk domain $0 \leq x \leq 4$.
Nyatakan nilai $n$.
1 markah
b
Diberi $f : x \rightarrow px + q$, $p > 0$ dan $f^2 : x \rightarrow 4x + 9$, cari nilai $p$ dan nilai $q$.
2 markah
c(i)
Dalam Rajah 2 (ii), fungsi $f$ memetakan $x$ kepada $y$ dan fungsi $g$ memetakan $y$ kepada $z$. Diberi $f(x) = ax - 2$ dan $g(y) = \frac{12}{y - b}$, cari
nilai $a$ dan $b$,
3 markah
c(ii)
fungsi yang memetakan $x$ kepada $z$.
2 markah
47 markah
a
Rajah 3 menunjukkan tiga buah segi tiga bersudut tegak
Tunjukkan bahawa luas segi tiga itu mengikut janjang aritmetik. Seterusnya, cari hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi janjang ini dalam sebutan $n$, jika $k = 4$.
5 markah
b
Seutas tali dengan panjang 45 m dipotong kepada beberapa bahagian supaya panjang setiap bahagian membentuk suatu janjang aritmetik. Panjang bahagian tali yang terpendek dan terpanjang masing-masing ialah 50 cm dan 4 m. Cari bilangan bahagian tali yang telah dipotong.
2 markah
57 markah
Susu dituang ke dalam mangkuk hemisfera berjejari 4 cm pada kadar $3\pi$ cm$^3$s$^{-1}$. Jika kedalaman susu dalam mangkuk ialah $h$ cm, isipadunya $V$ ialah $V = \pi\left(4h^2 - \frac{h^3}{3}\right)$.
a
Cari kadar perubahan $h$ ketika kedalaman susu itu ialah $\frac{3}{2}$ cm.
3 markah
b
Diberi bahawa jejari bagi permukaan susu itu ialah $r = \sqrt{8h - h^2}$.
Tentukan perubahan kecil jejari permukaan susu jika kedalaman susu menyusut 5% dari $h = 1$ cm.
4 markah
67 markah
Rajah 4 menunjukkan dua bulatan masing-masing berpusat di $A$ dan $B$ yang bersilang di $C$ dan $D$. Diberi bahawa jejari bulatan kecil ialah 5 cm dan jejari bulatan besar ialah 11 cm. $BC$ dan $BD$ ialah tangen kepada bulatan kecil.
[Guna $\pi = 3.142$]
Cari
a
$\angle CAD$, dalam radian,
2 markah
b
Seterusnya, cari luas, dalam cm$^2$, kawasan berlorek.
5 markah
77 markah
a
Buktikan bahawa $1 + \text{kos}\,\theta = \frac{\sin^2\theta}{1 - \text{kos}\,\theta}$.
3 markah
b
Lakarkan graf bagi fungsi trigonometri $y = -6\,\text{kos}\,2x$ untuk domain $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum yang ditanda pada paksi-$y$, nilai $y$ di titik mula dan titik akhir, dan bilangan kitaran dalam domain itu.)*
4 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Tangen-tangen kepada dua lengkung masing-masing mempunyai kecerunan $4x - 5$ dan $px - 3$. Diberi bahawa dua lengkung itu bersilang pada sudut tegak pada titik $(2,3)$.
a(i)
Hitung nilai $p$
2 markah
a(ii)
Cari persamaan bagi lengkung yang mempunyai kecerunan tangen $4x - 5$.
3 markah
b
Rajah 5 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = \sqrt{x + 6}$, garis lurus $x = k$ dan garis lurus $AC$.
Apabila kawasan berlorek dikisarkan $360^\circ$ pada paksi-$x$, isipadu yang dijanakan ialah $42\frac{1}{2}\pi$ unit$^3$. Cari nilai $k$.
5 markah
910 markah
Titik $S$ bergerak di sepanjang lilitan bulatan dengan pusat $P(-1, 3)$. Lilitan bulatan melalui titik $Q(3, 0)$ dan $R(-4, m)$.
Cari
a(i)
persamaan lokus titik $S$,
3 markah
a(ii)
nilai-nilai bagi $m$.
2 markah
b
Tangen kepada bulatan di titik $Q$ memotong paksi-$y$ di titik $T$. Cari luas segi tiga $PQT$.
5 markah
1010 markah
a
Sebiji buah durian dipilih secara rawak dari beberapa buah bakul. Kebarangkalian bahawa sebiji durian yang dipilih adalah busuk ialah 0.1. Cari sisihan piawai bilangan durian yang baik dalam satu sampel bagi 500 biji durian.
2 markah
Sebuah dusun menghasilkan buah manggis. Jadual 1 menunjukkan penggredan buah manggis mengikut jisimnya yang akan dipasarkan ke sebuah negara.
| Gred | A | B | C |
|---|---|---|---|
| Jisim, $X$ (g) | $X > 300$ | $200 < X \leq 300$ | $k < X \leq 200$ |
Jadual 1
Diberi jisim buah manggis yang dihasilkan di dusun itu bertaburan normal dengan min 260g dan sisihan piawai 35g.
b(i)
Jika sebiji buah manggis dipilih secara rawak, cari kebarangkalian buah manggis itu ialah gred A.
2 markah
b(ii)
Sebuah bakul mempunyai 600 biji manggis, anggarkan bilangan buah manggis gred B.
3 markah
c
Jika 99% daripada manggis itu boleh digredkan dan dijual, cari jisim minimum dalam gram yang boleh digredkan dan dijual.
3 markah
1110 markah
Jadual 2 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{p}{x} + \frac{q}{p}x$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
| $x$ | 2.5 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 1.75 | 1.8 | 2 | 2.3 | 2.6 | 3 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, plotkan $xy$ melawan $x^2$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada paksi-$x^2$ dan 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$xy$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Tulis nilai-nilai $x^2$ dan $xy$ yang anda kira, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
5 markah
Dengan menggunakan graf di 11(a), cari nilai
b(i)
$y$ apabila $x^2 = 4$,
*(Nyatakan nilai yang anda baca daripada graf anda.)*
1 markah
b(ii)
$p$ dan $q$.
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
4 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 6 menunjukkan sebuah prisma tegak $ABCDEF$. Diberi panjang dan lebar tapak $BCFE$ masing-masing ialah 12 cm dan 5 cm.
Hitung
a
$CD$
2 markah
b
sudut di antara $BD$ dengan $CD$.
3 markah
c
luas segi tiga $BCD$
3 markah
d
sudut di antara satah $BCD$ dan satah $BCFE$
2 markah
1310 markah
Jadual 3 menunjukkan indeks harga pada tahun 2023 berasaskan tahun 2017 bagi empat bahan, P, Q, R dan S yang digunakan dalam penghasilan sepasang kasut serta pemberat masing-masing.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2023 (2017 = 100) | Pemberat |
|---|---|---|
| P | 140 | $2m$ |
| Q | 135 | 3 |
| R | 120 | 1 |
| S | 130 | $m$ |
Jadual 3
a
Diberi bahawa harga bahan P ialah RM3.00 pada tahun 2017, hitung harganya pada tahun 2023.
2 markah
b
Diberi bahawa indeks gubahan pada tahun 2023 berasaskan tahun 2017 ialah 134.5, cari nilai $m$.
3 markah
c
Cari harga sepasang kasut pada tahun 2017 jika harganya yang sepadan pada tahun 2023 ialah RM45.
2 markah
d
Diberi bahawa harga bahan S dianggarkan meningkat sebanyak 25% dari tahun 2023 ke tahun 2024, manakala harga bagi bahan lain tidak berubah. Hitung indeks gubahan sepasang kasut itu untuk tahun 2024 berasaskan tahun 2017.
3 markah
1410 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang satu garis lurus melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v\ \text{ms}^{-1}$, selepas $t$ saat melalui $O$ diberi oleh $v = 3t^2 - 9t + 6$.
a
Hitung pecutan awal zarah itu.
2 markah
b
Cari nilai-nilai $t$ apabila zarah itu berhenti seketika.
2 markah
c
Hitung halaju minimum yang dicapai oleh zarah itu
3 markah
d
Hitung jumlah jarak yang dilalui oleh zarah itu dari $t = 0$ hingga $t = 6$.
3 markah
1510 markah
Kolej Komuniti Harmoni menawarkan kelas tarian Zapin dan tarian Balet. Yuran bulanan untuk seorang pelajar kelas tarian zapin dan balet masing-masing ialah RM30 dan RM60. Bilangan pelajar untuk kelas tarian Zapin ialah $x$ dan tarian Balet ialah $y$. Pengambilan pelajar-pelajar adalah berdasarkan kekangan berikut :
I : Jumlah pelajar yang akan diambil tidak melebihi 40.
II : Jumlah kutipan yuran adalah sekurang-kurangnya RM1200.
III : Bilangan pelajar yang diambil untuk kelas Balet adalah selebih-lebihnya dua kali bilangan pelajar yang diambil untuk kelas Zapin.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 pelajar pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau R yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Gunakan graf anda di (b) untuk menjawab soalan-soalan berikut :
c(i)
Jika 10 pelajar diambil untuk kelas tarian Balet, cari julat nilai bagi bilangan pelajar yang boleh diambil untuk kelas tarian Zapin.
1 markah
c(ii)
Cari jumlah maksimum yuran yang boleh dikutip dalam sebulan.
*(Nyatakan titik yang anda gunakan dan huraikan garis fungsi objektif yang anda lukis.)*
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini