Seutas dawai yang panjangnya 100 cm dipotong sekali untuk menghasilkan dua keratan. Kedua – dua keratan itu dibengkokkan untuk membentuk dua segi empat sama. Jika jumlah luas dua segi empat sama itu ialah 425 cm², cari Panjang dua keratan dawai tersebut.
Pulau Pinang Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
- Percubaan Pulau Pinang Set 1 · 2024
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Selesaikan persamaan berikut.
a
2 markah
$1 + \log_3 (x - 3) = \log_3 x$
b
4 markah
$\sqrt{2s + 5} - \sqrt{s - 1} = 2$
Dalam rajah di bawah ABCD ialah sebuah sisi empat. AFE dan BFD ialah garis lurus. Diberi bahawa $\overrightarrow{AB} = 2\underset{\sim}{x}, \overrightarrow{AD} = \underset{\sim}{y}, \overrightarrow{CD} = -3\underset{\sim}{x} - \frac{1}{2}\underset{\sim}{y}, 2\overrightarrow{BC} = \overrightarrow{AE}$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan / atau $\underset{\sim}{y}$
a(i)
2 markah
$\overrightarrow{BD}$
a(ii)
1 markah
$\overrightarrow{AE}$
b
5 markah
Dengan menggunakan $\overrightarrow{AF} = h\overrightarrow{AE}$ dan $\overrightarrow{BF} = k\overrightarrow{BD}$ dimana $h$ dan $k$ ialah pemalar, cari nilai $h$ dan nilai $k$.
Diberi persamaan kuadratik $9tx - x^2 = 80$ mempunyai punca-punca $\alpha$ dan $\beta$ yang mengikut nisbah 4:5.
a
4 markah
Cari nilai-nilai bagi $t$
b
4 markah
Seterusnya bentukkan satu persamaan kuadratik baharu jika punca baharu ialah $\alpha^2$ dan $\beta^2$, dengan keadaan $t > 0$.
a
2 markah
Buktikan bahawa $\left(2 - \text{sek}^2 x\right)\left(1 - \sin^2 x\right) = \text{kos}\,2x$.
b(i)
2 markah
Lakar graf $y = 2\left|\text{kos}\,2x\right| - 2$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, dan nilai-nilai $x$ di mana graf mencapai nilai-nilai itu.)*
b(ii)
3 markah
Seterusnya, menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $6\pi\left|\left(2 - \text{sek}^2 x\right)\left(1 - \sin^2 x\right)\right| = 3x + 2\pi$ untuk $0 \leq x \leq \pi$
*(Nyatakan persamaan garis lurus yang anda lakar dan huraikannya (titik mula dan titik akhir), kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
Rajah 6 menunjukkan contoh sebuah kek hari jadi yang telah ditempah.
Diberi lapisan terbawah itu mempunyai jejari 80 cm dan jejari bagi setiap lapisan berikutnya berkurang sebanyak 4 cm.
a
3 markah
Carikan bilangan lapisan yang membentuk sebuah kek itu.
Diberi juga tinggi lapisan terbawah ialah 30 cm dan tinggi bagi setiap lapisan berikutnya berkurang sebanyak 1 cm. Cari
b(i)
2 markah
isipadu silinder terbawah,
b(ii)
2 markah
tinggi kek itu.
a
2 markah
Rajah 7 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $x = f(y)$
Diberi bahawa luas rantau berlorek adalah 5 unit². Cari nilai bagi $\int_{1}^{3} 2f(y)\,dy$.
b
5 markah
Fungsi kecerunan suatu lengkung ialah $px^2 - 2x$ dengan keadaan $p$ ialah pemalar. Diberi bahawa lengkung itu melalui titik $S(1, 6)$ dan $T(-2, -15)$. Cari persamaan lengkung itu.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Rajah 8 menunjukkan sisi empat $PQRS$. Titik $M(9, h + k)$ berada di atas garis lurus $QR$. Jarak titik $M$ ke titik $Q$ adalah sama jaraknya dengan titik $R$.
Nisbah jarak $QM : MR$ ialah $m : n$,
a
2 markah
nyatakan nilai terkecil bagi m dan n,
b
4 markah
ungkapkan $h$ dalam sebutan $k$,
c
4 markah
cari nilai-nilai $L$ yang mungkin apabila luas sisi empat $PQRS$ ialah 105 unit² dan seterusnya nyatakan koordinat bagi titik $S$.
Jadual 9 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Diketahui bahawa $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $\frac{\sqrt{y}}{x} = a + \frac{1}{bx}$, dengan keadaan a dan b ialah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.15 | 0.5 | 1 | 1.7 | 2.5 | 3.6 |
Jadual 9
a
1 markah
Berdasarkan Jadual 9, bina satu jadual untuk nilai – nilai $\sqrt{y}$.
*(Tulis nilai $\sqrt{y}$ bagi setiap nilai $x$.)*
b
3 markah
Plot graf $\sqrt{y}$ melawan x dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi – $x$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi - $\sqrt{y}$. Seterusnya , lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Gunakan graf di (b) untuk mencari nilai
c(i)
2 markah
nilai $x$ apabila $y = 0.67$
c(ii)
4 markah
nilai $a$ dan nilai $b$.
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
Diberi suatu persamaan lengkung ialah $y = x^2\left(3 - \frac{2}{3}x\right) + \frac{1}{2}$
a
4 markah
Cari koordinat titik-titik pegun.
b
3 markah
Seterusnya, tentukan sama ada setiap titik pegun itu adalah maksimum atau minimum.
c
3 markah
Jika $x$ meningkat dari 2 ke 2.01, cari nilai hampir bagi $y$.
Jisim-jisim mangga yang dikeluarkan dari satu kebun adalah mengikut taburan normal dengan min 420 g dan sisihan piawai 50 g.
Cari
a(i)
2 markah
kebarangkalian bahawa sekeping mangga yang dipilih secara rawak dari kebun tersebut mempunyai jisim tidak melebihi 400 g,
a(ii)
3 markah
nilai $m$ jika 70% daripada mangga dari kebun tersebut mempunyai jisim lebih daripada $m$ g.
Dalam satu Kuiz Matematik, para pelajar dikehendaki menjawab 40 soalan aneka pilihan. Setiap soalan mempunyai empat pilihan jawapan di mana hanya satu daripadanya adalah jawapan betul. Pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya 15 jawapan betul untuk lulus kuiz itu.
b(i)
2 markah
Pelajar A meneka jawapan bagi kesemua soalan. Cari kebarangkalian bahawa dia mendapat markah minimum untuk lulus kuiz itu.
b(ii)
3 markah
Jika Pelajar B telah menjawab 15 soalan dengan betul dan meneka jawapan bagi soalan-soalan lain, cari kebarangkalian dia akan mendapat 60% markah.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Jadual 12 menunjukkan maklumat tentang empat bahan dalam penghasilan sejenis makanan.
| Bahan | Harga (RM) per kg pada tahun 2022 | Harga (RM) per kg pada tahun 2024 | Indeks harga pada tahun 2024 dengan 2022 sebagai tahun asas |
|---|---|---|---|
| $P$ | 8.00 | 8.80 | 110 |
| $Q$ | 15 | 16.20 | $p$ |
| $R$ | $q$ | 34.00 | 136 |
| $S$ | 6.50 | 7.80 | 120 |
Jadual 12
a
3 markah
Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
Diberi bahawa kos penghasilan sekotak makanan itu meningkat sebanyak 17% dari tahun 2022 ke tahun 2024 dan 40% dari tahun 2024 ke tahun 2026. Nisbah bagi bahan $P$, $Q$, $R$ dan $S$ yang digunakan ialah $6 : 4 : 3 : r$.
b(i)
2 markah
Cari nilai $r$.
b(ii)
2 markah
Hitung indeks gubahan untuk kos penghasilan makanan itu pada tahun 2026 berasaskan tahun 2022.
b(iii)
1 markah
Jika harga sekotak makanan itu pada tahun 2022 ialah RM35.00, nyatakan harga yang sepadan pada tahun 2026.
b(iv)
2 markah
Cari peratus kenaikan harga bahan $P$ dari tahun 2022 ke tahun 2026 jika harga bahan lain tidak berubah dari tahun 2024 ke tahun 2026.
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 11 menunjukkan prisma lutsinar dengan tapak $ABCD$ berbentuk segi empat tepat. Permukaan condong $ABFE$ ialah segi empat sama dengan sisi 12 cm dan permukaan condong $CDEF$ ialah segi empat tepat. $AED$ keratan rentas seragam bagi prisma itu. $BDE$ ialah satah berlorek di dalam prisma itu
Diberi bahawa $\angle ADE = 37^\circ$ dan $\angle EAD = 45^\circ$. Cari
a
2 markah
panjang, dalam cm, bagi $DE$,
b
6 markah
luas, dalam cm², satah berlorek itu,
c
2 markah
panjang terdekat, dalam cm, dari titik $E$ ke garis lurus $BD$.
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Suatu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dari satu titik tetap O. Rajah 14 menunjukkan graf halaju -masa bagi gerakan zarah itu.
[Anggapkan Gerakan ke arah kanan sebagai positif]
Nyatakan
a(i)
1 markah
masa, dalam saat, ketika zarah itu berhenti seketika,
a(ii)
1 markah
julat masa dalam saat, apabila zarah itu bergerak ke arah kiri.
Diberi bahawa graf halaju-masa itu ialah suatu fungsi kuadratik.
b(i)
2 markah
Tunjukkan bahawa $v = t^2 - 6t$
b(ii)
2 markah
Cari pecutan , dalam $\text{ms}^{-2}$, apabila $t = 2$ saat.
b(iii)
4 markah
Cari jarak, dalam m yang dilalui oleh zarah itu dari $q$ saat hingga saat ke-8 dengan keadaan $q$ ialah masa Ketika mencapai halaju maksimum sebelum ia bertukar arah.
Guna kertas graf yang disediakan pada halaman 33 untuk menjawab soalan ini.
Seorang penjual ikan membeli $x$ kg udang dan $y$ kg ikan pari daripada seorang pemborong. Harga udang dan ikan pari masing-masing ialah RM25 setiap kg dan RM20 setiap kg. Pembelian udang dan ikan pari adalah berdasarkan tiga kekangan, dua daripada kekangan itu adalah seperti berikut:
I Jisim ikan pari tidak boleh melebihi 3 kali jisim udang.
II Jumlah pembelian udang dan ikan pari adalah RM800 atau lebih.
a
2 markah
Tulis dua ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi kedua-dua kekangan tersebut.
b
1 markah
Kekangan ketiga diwakili oleh rantau berwarna pada graf di halaman 33. Tulis dalam perkataan bagi kekangan itu.
c
3 markah
Gunakan graf pada halaman 33. Seterusnya, bina dan lorek rantau **R** yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau **R** yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
Dengan menggunakan graf yang dibina di 15(c), cari
d(i)
1 markah
Jisim minimum udang yang dibeli jika 20 kg ikan pari dibeli.
d(ii)
3 markah
Amaun wang maksimum yang boleh dibayar oleh penjual ikan itu.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

