Lakar graf $y = -\left|(\tan 2A)(2\,\text{kos}\,A - \text{sek}\,A)\right|$ untuk $0^\circ \leq A \leq 270^\circ$. Seterusnya, lukiskan garis lurus $y = m$ dengan keadaan $m < 0$ yang menghasilkan dua penyelesaian dalam domain $0^\circ \leq A \leq 270^\circ$. Nyatakan nilai $m$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$y$ dan paksi-$A$, dan garis lurus yang dilukis; kemudian nyatakan nilai $m$.)*
5 markah
37 markah
Rajah 3 menunjukkan sebuah bulatan berpusat $O$ dengan jejari 4 cm. Segitiga $OAB$ dan $OEF$ adalah kongruen. $\angle JOK = \beta$ dengan keadaan $\beta$ adalah dalam darjah.
Diberi titik $C$ dan $D$ masing-masing ialah titik tengah bagi $OB$ dan $OF$.
a
Tunjukkan luas tembereng major $JK$ ialah $16\pi - 8\left(\frac{\pi\beta}{180^\circ} - \sin\beta\right)$ cm².
4 markah
b
Cari perimeter, dalam cm, bagi kawasan berlorek dalam sebutan $\pi$.
3 markah
47 markah
Rajah 4 menunjukkan laluan trek berbasikal di sebuah taman rekreasi yang diwakili oleh lengkung $y = x^2\left(\frac{3}{2}x - 2\right) + \frac{5}{2}$. Apabila tiba di titik $P$, Hazim menggunakan laluan $PQ$ yang merupakan tangen kepada trek basikal tersebut.
a
Dengan menggunakan kalkulus, cari persamaan $PQ$.
5 markah
b
Satu terusan berserenjang dengan laluan $PQ$ dibina melalui titik $P$ diwakili oleh persamaan $y + 2x = q^2 + 3$. Cari nilai $q$, jika $q > 0$.
2 markah
57 markah
Rajah 5 menunjukkan sisi empat $OABC$ dengan keadaan garis lurus $OB$ bersilang dengan garis lurus $AD$ di $E$.
Diberi bahawa $OA : CB = 1 : 2$, $OC : OD = 3 : 1$, $\overrightarrow{OD} = \underset{\sim}{d}$, $\overrightarrow{AE} = m\overrightarrow{AD}$ dan $\overrightarrow{OE} = n\overrightarrow{OB}$.
Rajah 6 menunjukkan lokus berbentuk parabola bagi dua ekor katak berbeza spesis.
Diberi tinggi maksimum lompatan bagi kedua-dua ekor katak ialah 25 cm dan jarak lompatan mengufuk bagi katak $P$ ialah 50 cm.
a
Tuliskan fungsi kuadratik, $f(x)$, yang mewakili lokus katak $P$ dalam bentuk am.
3 markah
b
Lokus katak $Q$ diwakili oleh $g(x) = -\frac{1}{64}x^2 + \frac{5}{4}x$. Ungkapkan $g(x)$ dalam bentuk verteks, seterusnya nyatakan jarak mengufuk lompatan katak $Q$, dalam cm.
3 markah
c
Jika $a_1$ dan $a_2$ masing-masing ialah pekali $x^2$ bagi $f(x)$ dan $g(x)$, nyatakan hubungan di antara pekali $x^2$ kedua-dua fungsi terhadap jarak mengufuk lompatan kedua-dua katak. Berikan justifikasi anda.
2 markah
78 markah
Rajah 7 menunjukkan sebuah rombus $ABCD$ dilukis pada satu satah Cartes.
a
Tentukan pasangan garis serenjang dengan hanya menggunakan bucu-bucu rombus. Buktikan dengan pengiraan untuk menyokong jawapan anda.
2 markah
b
Cari luas rombus $ABCD$.
2 markah
c(i)
Titik $P$ bergerak di sepanjang bulatan dengan keadaan nisbah $PA : PB = 1 : 2$. Cari persamaan lokus bagi titik $P$.
2 markah
c(ii)
Seterusnya, cari koordinat titik persilangan lokus $P$ dengan paksi-$x$.
2 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 8(a) menunjukkan sebuah bekas air plastik, manakala Rajah 8(b) menunjukkan keratan rentas bagi bekas air plastik dalam Rajah 8(a).
Diberi persamaan sisi bekas air plastik ialah $y = \frac{1}{8}x^2 - 32$.
Cari,
a
luas keratan rentas $STUV$, dalam cm², bekas air plastik dalam Rajah 8(b).
5 markah
b
isipadu, dalam cm³, bagi bekas air plastik dalam Rajah 8(a) dalam sebutan $\pi$. Seterusnya, cari kos cecair yang diperlukan jika harga bagi setiap $80\pi$ cm³ cecair itu ialah RM 1.20.
5 markah
910 markah
Jadual 9 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{1}{k\sqrt{x}} + h\sqrt{x}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
| $x$ | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.35 | 0.81 | 1.06 | 1.36 | 1.63 | 1.76 |
Jadual 9
a
Berdasarkan Jadual 9, bina satu jadual bagi nilai $y\sqrt{x}$.
*(Tulis nilai $y\sqrt{x}$ bagi setiap nilai $x$.)*
1 markah
b
Plot $y\sqrt{x}$ melawan $x$, menggunakan skala 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis lurus yang dilukis.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf di (b), cari nilai
c(i)
$k$ dan $h$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
5 markah
c(ii)
$y$ apabila $x = 9$.
1 markah
1010 markah
Rajah 10 menunjukkan empat buah silinder yang berlainan saiz. Setiap silinder mempunyai jejari $x$ m dan tinggi bagi setiap silinder yang berturutan adalah separuh daripada tinggi silinder sebelumnya. Tinggi silinder pertama ialah $h$ m.
a
Ungkapkan $x$ dalam sebutan $h$ jika hasil tambah isipadu empat silinder pertama ialah $480\pi$ m³.
3 markah
b
Seterusnya, cari nilai $h$ jika diberi nisbah jejari kepada tinggi silinder yang pertama ialah 1 : 4.
3 markah
c(i)
Cari bilangan silinder yang penuh berisi air diperlukan untuk menampung 1600 m³ air.
2 markah
c(ii)
Seterusnya, cari baki isipadu air dalam m³.
[Guna $\pi = 3.142$]
2 markah
1110 markah
Persatuan STEM SMK Harmoni menjalankan tinjauan tentang tempoh hayat bagi satu jenama sel kering tertentu. Suatu sampel 4 biji sel kering dipilih secara rawak. Rajah 11 menunjukkan keputusan tinjauan dengan keadaan $X$ mewakili bilangan sel kering yang mempunyai jangka hayat kurang daripada 2 bulan.
a(i)
Cari nilai $m$.
2 markah
a(ii)
Cari kebarangkalian bahawa lebih daripada 3 bateri mempunyai jangka hayat kurang daripada 2 bulan.
1 markah
a(iii)
Cari kebarangkalian bahawa selebih-lebihnya 2 biji bateri mempunyai jangka hayat kurang daripada 2 bulan.
2 markah
Diberi bahawa markah ujian Matematik bagi 120 orang murid bertabur secara normal dengan min 86 dan sisihan piawai 10.
b(i)
Wakilkan kebarangkalian bahawa seorang murid yang dipilih secara rawak itu mendapat markah antara 80 dengan 90 dengan melakar graf taburan normal piawai.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, label paksi mengufuk, nilai-nilai $z$ yang ditanda dan kawasan yang dilorek.)*
2 markah
b(ii)
Jika murid dengan markah tidak kurang daripada 80 markah akan dipilih untuk menyertai suatu kuiz Matematik, hitung bilangan murid yang akan dipilih untuk menyertai kuiz tersebut.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 12 menunjukkan sebuah bulatan berjejari 7 cm yang berpusat di $O$. Sudut $ABC$ adalah sudut cakah.
Diberi panjang perentas $AB = 8.14$ cm.
a(i)
Cari panjang dalam cm, perentas $BC$.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, cari luas segitiga $OBC$ dengan menggunakan rumus Heron.
2 markah
b
Diberi luas segitiga $ABC$ ialah 20.98 cm². Hitung $\angle ABC$.
3 markah
c
Lakarkan sebuah segitiga $A'B'C'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segitiga $ABC$ dengan keadaan $C'B' = CB$, $A'B' = AB$ dan $\angle C'A'B' = \angle CAB$.
Seterusnya, cari nilai bagi $\angle B'C'A'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A'$, $B'$ dan $C'$, sisi dan sudut yang ditanda, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
3 markah
1310 markah
Rajah 13 menunjukkan carta palang bagi harga jualan tiga jenis kek di Kedai Kek Sarah pada tahun 2020 dan 2021.
Dengan menggunakan tahun 2020 sebagai tahun asas, kira
a(i)
indeks harga bagi setiap jenis kek,
3 markah
a(ii)
indeks gubahan harga jualan semua jenis kek pada tahun 2021.
2 markah
b
Diberi bahawa jumlah jualan semua jenis kek menokok sebanyak 5 % dari tahun 2021 ke tahun 2022, cari indeks gubahan harga jualan kek pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020.
2 markah
c
Jualan semua jenis kek itu merosot sebanyak $m$ % dari tahun 2022 ke tahun 2023. Diberi bahawa jumlah jualan semua kek itu pada tahun 2020 ialah RM 58 000 dan pada tahun 2023 ialah RM 49 300. Tentukan nilai $m$.
3 markah
1410 markah
Azri mempunyai $x$ buah bengkel kereta yang terletak di Sungai Petani dan $y$ buah bengkel kereta yang terletak di Gurun. Pekerja-pekerja di bengkel tersebut dibahagikan kepada dua jenis tugas yang berbeza iaitu sebagai mekanik dan staf. Jadual 14 menunjukkan bilangan pekerja bagi setiap bengkel mengikut skop pekerjaan.
| Bengkel kereta | Bilangan pekerja bagi setiap bengkel: Mekanik | Bilangan pekerja bagi setiap bengkel: Staf |
|---|---|---|
| Sungai Petani | 9 | 3 |
| Gurun | 5 | 3 |
Jadual 14
Pengurusan bengkel-bengkel kereta itu berdasarkan kepada kekangan berikut :
I Jumlah mekanik bagi Sungai Petani dan Gurun sekurang-kurangnya 90 orang.
II Bilangan maksimum staf bagi Sungai Petani dan Gurun ialah 51 orang.
III Nisbah bilangan bengkel kereta di Gurun kepada bilangan bengkel kereta di Sungai Petani tidak kurang daripada 1 : 2.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 2 buah bengkel pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di (b) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
c(i)
Nyatakan julat bilangan bengkel di Sungai Petani jika bilangan bengkel di Gurun ialah 7 buah.
1 markah
c(ii)
Dengan melukis fungsi objektif, cari jumlah keuntungan minimum jika keuntungan setiap bengkel di Sungai Petani dan Gurun masing-masing ialah RM 50 000 dan RM 10 000.
*(Huraikan graf fungsi objektif anda dalam perkataan: persamaan garis yang dilukis dan titik-titik yang dilaluinya.)*
3 markah
1510 markah
Dua zarah $P$ dan $Q$ bergerak di sepanjang garis lurus melalui titik tetap $O$. Halaju zarah $P$, $V_P$ ms⁻¹ diberikan oleh $V_P = \frac{1}{2}t^2 + 2t + 6$ dan pecutan zarah $Q$, $a_Q$ ms⁻² diberikan oleh $a = t$ dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat selepas melalui titik tetap $O$. Halaju awal zarah $Q$ ialah 14 ms⁻¹.
[Andaikan gerakan ke kanan adalah positif]
Cari,
a
halaju awal dalam ms⁻¹, zarah $P$.
1 markah
b
masa dalam saat, ketika pecutan zarah $P$ ialah 5 ms⁻².
2 markah
c
masa dalam saat, ketika halaju zarah $P$ dan $Q$ adalah sama.
5 markah
d
jumlah jarak dalam m, zarah $Q$ pada 8 saat yang pertama.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini