Cari julat nilai-nilai $x$ jika ungkapan $6 - 7x - 3x^2$ sentiasa negatif.
Others Trial 2023 Matematik Tambahan Kertas 1 · SMKA Set 2
- Percubaan SMKA Set 2 · 2023
- 15 soalan · Jumlah 80 markah
- 120 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 12
Diberi bahawa $y = t - 4t^2$ dan $x = 5t + 4$. Dengan menggunakan petua rantai, cari $\frac{dy}{dx}$ dalam sebutan $x$.
a
3 markah
Rajah 1 menunjukkan graf bagi taburan binomial $X \sim B(4, p)$.
Cari nilai bagi $k$ dan $p$.
b
3 markah
Diberi $X$ ialah pembolehubah rawak selanjar di mana $X \sim N(12.45, 25)$. Cari nilai $k$ apabila $P(|X| \ge k) = 0.7154$.
Rajah 2 menunjukkan pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = 4x^2 - \frac{b}{x}$ dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar. Suatu garis lurus diperoleh dengan memplot $xy$ melawan $x^3$.
Cari nilai $a$ dan $b$.
Diberi bahawa sebutan kedua suatu janjang aritmetik ialah 12 dan sebutan kesepuluhnya ialah 52. Cari
a(i)
2 markah
beza sepunya janjang itu,
a(ii)
1 markah
sebutan pertama janjang itu.
b
3 markah
Diberi $m + 2$, $2m + 4$ dan $5m + 4$ adalah tiga sebutan berturutan bagi suatu janjang geometri. Tentukan nilai-nilai yang mungkin bagi $m$.
a
3 markah
Diberi fungsi kecerunan bagi suatu lengkung ialah $4x - 10$ dan lengkung itu melalui titik $(8, 4)$. Cari persamaan lengkung itu.
b
1 markah
Diberi bahawa $\frac{d}{dx}\left[\frac{5}{1 - x^2}\right] = g(x)$, cari $\int 2g(x)\,dx$.
c
3 markah
Diberi $\int_3^k f(y)\,dy = \frac{3}{2}$ cari nilai $k$ dengan keadaan $\int_3^k \left[2 - f(y)\right]dy = 4$.
a
3 markah
Selesaikan persamaan berikut :
$$3^{3x} = 54 + 3^{3x - 1}$$
b
2 markah
Rajah 4 menunjukkan sebuah segitiga bersudut tegak.
Diberi luas segitiga tersebut adalah $q + \frac{\sqrt{3}}{2}$. Cari nilai $q$.
Diberi fungsi $r$ dan $s$ sebagai $r : x \to 6x$, $s : x \to \frac{4}{x - 6}, x \neq a$.
a
1 markah
Nyatakan nilai $a$.
b
1 markah
Cari nilai bagi $s(12)$.
c
2 markah
Cari nilai bagi $k$ jika $rs(k) = -12$.
a
4 markah
Selesaikan persamaan $2\operatorname{kos}^2 2x + 3\sin 2x - 3 = 0$ untuk $0 \le x \le 360^\circ$.
b
3 markah
Diberi bahawa $\tan 2x = \frac{5}{12}$ dengan keadaan $x$ adalah sudut refleks. Cari nilai $\operatorname{kos}^2 x$.
Rajah 5 menunjukkan dua sektor $OPS$ dan $OQR$ bersudut $\frac{1}{3}$ rad, berpusatkan di $O$.
a
3 markah
Cari nilai $k$, jika luas kawasan berlorek $PQRS$ ialah 24 cm$^2$.
b
2 markah
Seterusnya, hitung perimeter kawasan berlorek.
a
2 markah
Rajah 6 menunjukkan enam keping kad berhuruf.
$$\boxed{\text{I}}\ \boxed{\text{N}}\ \boxed{\text{D}}\ \boxed{\text{E}}\ \boxed{\text{K}}\ \boxed{\text{S}}$$
Rajah 6
Cari bilangan cara untuk menyusun 4 keping kad huruf di mana huruf vokal duduk bersebelahan dan berakhir dengan huruf konsonan.
Diberi digit-digit 1, 5, 7, 7, 7, 8. Cari
b(i)
2 markah
bilangan nombor yang melebihi 500 000 dapat dibentuk,
b(ii)
2 markah
bilangan nombor 6 digit yang berlainan tidak berakhir dengan 81.
Rajah 7 menunjukkan $OLMN$ ialah sebuah segi empat selari dengan keadaan $\overrightarrow{OL} = 4\underset{\sim}{i} + \underset{\sim}{j}$ dan $\overrightarrow{OM} = 6\underset{\sim}{i} + 5\underset{\sim}{j}$.
Cari
a
2 markah
$\overrightarrow{ON}$,
Seterusnya suatu titik $P$ diberi dengan keadaan $\overrightarrow{OP} = -8\underset{\sim}{i} + 19\underset{\sim}{j}$.
b(i)
3 markah
Cari $\overrightarrow{LN}$ dan $\overrightarrow{NP}$.
b(ii)
3 markah
Tunjukkan titik-titik $L$, $N$ dan $P$ segaris.
Bahagian B
Pilih 2 daripada 3
Dipilih 0/2
Rajah 8 menunjukkan segitiga $PQR$. Garis $RQ$ menyilang paksi-$x$ pada titik $S$.
Diberi $RS : SQ = 2 : 3$, cari
a(i)
3 markah
koordinat $Q$.
a(ii)
2 markah
luas, dalam unit$^2$, segi tiga $PQR$.
b
3 markah
Titik $Z$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik $P$ adalah sentiasa dua kali jaraknya dari titik $Q$. Cari persamaan lokus $Z$.
Rajah 9 sebuah pepejal yang terbentuk daripada silinder berjejari $x$ cm dan sebuah kon di atasnya. Diberi panjang sendeng kon itu ialah $2x$ cm dan isi padu silinder ialah $192\pi$ cm$^3$.
a
2 markah
Tunjukkan bahawa jumlah luas permukaan pepejal itu, $A$ cm$^2$, diberi oleh persamaan $A = 3\pi x^2 + \frac{384\pi}{x}$.
b
3 markah
Hitung jejari silinder apabila luas permukaan pepejal itu minimum.
c
3 markah
Diberi luas permukaan pepejal itu berubah dengan kadar $84\pi$ cm$^2$ s$^{-1}$. Cari kadar perubahan jejari ketika jejarinya 8 cm.
Selesaikan persamaan berikut:
a(i)
2 markah
$x - 7\sqrt{x} = -12$
a(ii)
3 markah
$\log_4 x + \log_{16} 3x = -1$
b
3 markah
Wang simpanan Shahida selepas $n$ tahun dalam sebuah bank ialah RM $1500(1 + 0.08)^n$. Hitung bilangan tahun minimum supaya wang simpanannya melebihi RM 20 000.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

