Rajah 1 menunjukkan graf garis lurus $\ln y$ melawan $\ln x$.
Ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
4 markah
28 markah
Rajah 2 menunjukkan fungsi $m$ memetakan set $A$ kepada set $B$, manakala fungsi $n$ yang diwakili oleh $x^2 - 2$ memetakan set $B$ kepada set $C$. Diberi $P$ adalah ungkapan dalam sebutan $x$.
a(i)
Cari nilai $t$ sekiranya $m^{-1}(t + 2) = m(-2)$.
3 markah
a(ii)
Nyatakan ungkapan bagi $P$.
1 markah
Diberi bahawa $k(x) = \frac{p}{x - 2}$, $x \neq 2$, dengan keadaan $p$ ialah pemalar.
b(i)
Cari $g(x)$ dalam sebutan $p$, diberi bahawa $gk(x) = \frac{5x - 8}{x - 2}$, $x \neq 2$.
3 markah
b(ii)
Seterusnya, nyatakan nilai $g(p)$.
1 markah
36 markah
Diberi $\alpha$ dan $\beta$ ialah punca – punca bagi persamaan $2x^2 - px + q = 0$, di mana $p$ dan $q$ ialah pemalar.
a
Nyatakan $\alpha + \beta$ dan $\alpha\beta$ dalam sebutan $p$ dan / atau $q$.
2 markah
b
Seterusnya, cari nilai $p$ dan $q$, jika $\frac{2}{\alpha}$ dan $\frac{2}{\beta}$ ialah punca – punca bagi persamaan kuadratik $3x^2 - 12x + 8 = 0$.
4 markah
45 markah
Diberi $3q - 2$, $q + 3$ dan $q$ ialah tiga sebutan pertama bagi satu janjang aritmetik. Cari
a
nilai $q$,
2 markah
b
hasil tambah sebutan ke-7 hingga sebutan ke-14.
3 markah
55 markah
Jadual 1 menunjukkan pola bagi kamiran tak tentu beberapa fungsi.
| Fungsi | Kamiran tak tentu |
|---|---|
| $y = 4x$ | $\int 4x\,dx = \frac{4}{1+1}x^{1+1} + c$ |
| $y = 4x^2$ | $\int 4x^2\,dx = \frac{4}{2+1}x^{2+1} + c$ |
| $y = 4x^3$ | $\int 4x^3\,dx = \frac{4}{3+1}x^{3+1} + c$ |
| $\vdots$ | $\vdots$ |
| $y = 4x^n$ | $\int 4x^n\,dx =$ |
Jadual 1
a(i)
Buat satu kesimpulan umum secara induktif bagi $\int 4x^n\,dx$.
1 markah
a(ii)
Tulis satu syarat bagi nilai $n$ dan nyatakan maksud bagi $c$.
2 markah
b
Seterusnya, cari $\int \frac{(5 + x)(5 - x)}{x^4}\,dx$.
2 markah
62 markah
Rajah 3 menunjukkan sektor $AOB$ dan sektor $COD$ dengan pusat sepunya $O$.
Diberi $OA = 6$ cm, nisbah $OA : OC = 3 : 5$ dan panjang lengkok $CD$ ialah $\frac{25}{9}\pi$ cm. Cari nilai $\theta$, dalam sebutan $\pi$ radian.
2 markah
77 markah
a
Rajah 4 menunjukkan satu perkataan dengan sebelas huruf.
| M | I | S | S | I | S | S | I | P | P | I |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rajah 4
Cari bilangan cara yang berlainan untuk menyusun semua huruf dalam satu baris.
2 markah
b(i)
Iskandar perlu menghadiri jamuan akhir tahun di sekolahnya. Jawatankuasa majlis tersebut menetapkan panduan pemakaian, iaitu murid lelaki tidak dibenarkan memakai sepasang hitam. Dalam almari Iskandar, 3 daripada 5 helai baju berwarna hitam dan 2 daripada 4 helai seluar berwarna hitam. Cari bilangan cara dia dapat memilih pakaian untuk ke jamuan akhir tahun tersebut.
3 markah
b(ii)
Cari bilangan cara berbeza untuk menyusun Iskandar dan 5 orang kawannya di sebuah meja bulat yang sama.
2 markah
86 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah segi tiga $EFG$.
Titik $L$ membahagi garis $FG$ dengan nisbah $1 : 2$ dan $GE = 3GK$. Cari
a
koordinat $K$.
3 markah
b
nisbah termudah bagi luas segi tiga $GKL$ kepada luas sisi empat $EFLK$.
3 markah
96 markah
Rajah 6 menunjukkan sebahagian daripada susunan beberapa segi empat tepat. Segi empat tepat pertama mempunyai panjang 120 cm dan lebar 189 cm. Ukuran panjang dan lebar bagi setiap segi empat tepat berikutnya adalah $\frac{3}{4}$ daripada ukuran sebelumnya.
Cari
a
nilai $n$ terkecil di mana luas segi empat tepat ke-$n$ adalah kurang daripada 100 cm$^2$,
4 markah
b
hasil tambah ketakterhinggaan bagi luas segi empat tepat, dalam cm$^2$.
2 markah
105 markah
Rajah 7 menunjukkan sebuah ais krim kon. Isipadu, $V$ cm$^3$ bagi aiskrim kon tersebut menyusut daripada 93.6 cm$^3$ kepada 93 cm$^3$. Jika tinggi aiskrim kon sentiasa tiga kali jejari aiskrim kon itu, cari perubahan hampir bagi jejari apabila jejari aiskrim kon ialah 3.1 cm.
5 markah
114 markah
Dalam suatu kajian, satu sampel $n$ telefon pintar dipilih secara rawak. Didapati bahawa kebarangkalian sebuah telefon pintar rosak selepas 3 tahun ialah 40%. Diberi pemboleh ubah rawak diskret, $X$ mewakili bilangan telefon pintar rosak yang dipilih.
a
Jika $P(X = 5) = 10P(X = 4)$. Cari nilai $n$.
3 markah
b
Seterusnya, nyatakan min bagi kajian ini.
1 markah
126 markah
Suatu fungsi $f$ ditakrifkan oleh $f : x \rightarrow |x - 3|$ untuk domain $-2 \le x \le 8$.
a
Lakarkan graf $f$ dan nyatakan julat yang sepadan.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan koordinat titik-titik penting yang anda label.)*
3 markah
b
Seterusnya, cari nilai-nilai $x$ jika $fg(x) = x$, diberi bahawa $g(x) = 2x - 6$.
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Diberi segi tiga $ABC$ dengan $\overrightarrow{AB} = 4\underset{\sim}{i} - 6\underset{\sim}{j}$ dan $\overrightarrow{AC} = 2\underset{\sim}{i} + 4\underset{\sim}{j}$. $T$ berada pada garis $BC$ dengan keadaan $3BT = TC$.
Cari vektor
a(i)
$\overrightarrow{BC}$,
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{AT}$. Seterusnya, cari vektor unit dalam arah $\overrightarrow{AT}$.
3 markah
b
Jika $D$ ialah satu titik dengan keadaan $\overrightarrow{AD} = h\overrightarrow{BC}$ dan $\overrightarrow{AD} = -3\underset{\sim}{i} + k\underset{\sim}{j}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ adalah pemalar. Cari nilai $h$ dan nilai $k$.
3 markah
148 markah
a(i)
Terbitkan bahawa $\log_a \frac{x}{y} = \log_a x - \log_a y$.
3 markah
a(ii)
Seterusnya, tanpa menggunakan kalkulator, cari nilai bagi $\log_3 54 - \log_3 6 - \log_3 3$.
2 markah
b
Pada awal tahun 2022, populasi bagi sejenis haiwan di dalam sebuah hutan simpan dianggarkan berjumlah 20 000. Bilangan haiwan tersebut, $N$ menurun selepas $t$ tahun diberi oleh $N = 20\,000e^{-0.03t}$. Hitung bilangan tahun minimum di mana populasi haiwan tersebut kurang daripada separuh populasi haiwan pada awal tahun 2022.
3 markah
158 markah
Rajah 8 menunjukkan titik $R$ terletak pada lilitan sebuah bulatan unit.
a(i)
Nyatakan nilai $\theta$.
1 markah
a(ii)
Ungkapkan $2\operatorname{kosek}(-\theta)$ dalam sebutan $h$.
2 markah
Diberi bahawa $\tan A = \frac{3}{4}$ dan $\tan B = -\frac{7}{24}$, dengan keadaan $A$ ialah sudut tirus dan $B$ ialah sudut refleks. Cari
b(i)
$\sin(A + B)$,
3 markah
b(ii)
$\tan(A - B)$.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini