Rajah 2 menunjukkan kedudukan empat stesen rumah sukan di padang sekolah pada suatu satah Cartes dengan keadaan $PQRS$ adalah segi empat selari, $PQ$ selari dengan $SR$.
a
Nyatakan nilai bagi $\left|\overrightarrow{SR} + \overrightarrow{RP} + \overrightarrow{PS}\right|$.
1 markah
b
Laluan dari stesen $S$ ke stesen $R$ adalah selari dengan paksi-$x$ dan sesarannya ialah 11 m. Cari vektor paduan dari stesen $S$ ke stesen $Q$.
2 markah
c
Seorang murid bergerak dari stesen $S$ ke sebuah khemah di $A(5, k)$ dengan halaju malar $\left(3\underset{\sim}{i} + 4\underset{\sim}{j}\right)\ \text{ms}^{-1}$. Dia mengambil masa $t$ saat untuk ke khemah itu. Berdasarkan maklumat yang diberi, tulis satu persamaan vektor dalam sebutan $t$ dan $k$. Seterusnya, cari nilai $t$ dan nilai $k$.
3 markah
47 markah
Luqman telah menghasilkan satu kad hari jadi yang berbentuk segi tiga bersudut tegak. Diberi sisi terpanjang kad itu ialah $y$ cm. Dua lagi sisi bagi kad itu ialah masing-masing $x$ cm dan $(2x - 1)$ cm. Dia menghias semua sisi kad itu dengan menggunakan lampu hiasan sepanjang 40 cm. Cari sisi yang terpanjang bagi kad itu.
7 markah
58 markah
a
Buktikan $2\tan x\,\text{kos}^2 x = \sin 2x$.
2 markah
b(i)
Lakarkan graf $y = 2|\sin x| - 1$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$ (titik mula dan titik akhir) dan bilangan kitaran.)*
3 markah
b(ii)
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $2\pi|\sin x| + x = 2\pi$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$. Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Nyatakan persamaan garis lurus yang anda lakar dan titik-titik yang dilaluinya, kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
3 markah
66 markah
Diberi fungsi $f(x) = -2x^2 - 4x + 5$.
a
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, ungkapkan $f(x)$ dalam bentuk verteks.
2 markah
b
Lakar graf $f(x) = -2x^2 - 4x + 5$ bagi $-3 \leq x \leq 2$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik maksimum atau minimum, pintasan-$y$ dan koordinat titik-titik hujung.)*
3 markah
c
Nyatakan persamaan paksi simetri apabila graf tersebut dipantulkan pada paksi-$y$.
1 markah
78 markah
Lengkung $y = x^3 - 6x^2 + 9x + 4$ melalui titik $M(2, 6)$ dan mempunyai dua titik pusingan, $K(1, 8)$ dan $L$.
a
Cari nilai kecerunan lengkung dan persamaan normal kepada lengkung itu pada titik $M$.
4 markah
b
Tentukan sama ada $L$ adalah titik maksimum atau minimum.
4 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi pemboleh ubah $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $xy - qx = p$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
| $x$ | 2 | 3 | 4 | 6 | 7.5 | 10 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 38 | 27 | 21.3 | 16 | 13.5 | 11.5 |
Jadual 1
a
Bentukkan satu persamaan garis lurus dengan kecerunan $p$ dan pintasan-$Y$ ialah $q$. Seterusnya, plot graf menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$X$ dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$Y$ dan lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: pemboleh ubah dan skala pada setiap paksi, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
6 markah
b
Dengan menggunakan graf di **8**(a), cari nilai $p$ dan nilai $q$.
2 markah
c
Seterusnya, cari nilai $x$ apabila $y = 10$.
2 markah
910 markah
Rajah 3 menunjukkan pelan kawasan taman rekreasi berbentuk bulatan dan berpusat di $O$ yang sedang dalam pembinaan landskap. Idlan ingin membina trek joging di sekeliling taman rekreasi tersebut. Kawasan $P$, $Q$, $R$ dan $T$ diletakkan bendera sebagai penanda. Diameter kolam yang berpusat di $S$ mempunyai panjang yang sama dengan $OP$. Diberi $OP$ selari dengan $RQ$, jarak tegak titik $R$ ke garis $OP$ ialah 3 meter dan $4OP = 5RQ$.
Guna $\pi = 3.142$ rad
a(i)
Cari sudut major $POT$ dalam unit radian.
1 markah
a(ii)
Seterusnya, cari panjang trek joging tersebut.
3 markah
b(i)
Idlan ingin menanam rumput di kawasan yang tiada sebarang binaan. Cari luas penanaman rumput itu.
4 markah
b(ii)
Seterusnya, cari kos yang akan ditanggung oleh Idlan jika kos untuk menanam rumput tersebut ialah RM50 per $\text{m}^2$.
2 markah
1010 markah
Dalam Rajah 4, garis lurus $y = f(x)$ menyilang lengkung $y = x^2 - 2x - 8$ pada paksi-$x$ dan paksi-$y$ masing-masing di $a$ dan $b$.
a(i)
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan $\int_0^a f(x)\,dx = \int_b^0 f^{-1}(y)\,dy$? Berikan justifikasi anda.
1 markah
a(ii)
Cari luas rantau berlorek.
5 markah
b
Dalam Rajah 5, hitungkan isipadu yang dijanakan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $y = 2x^2$, $y = 0$ dan $y = p$ dikisarkan $180^\circ$ pada paksi-$y$.
4 markah
1110 markah
Dalam tinjauan terhadap 1200 pekerja di Syarikat PAMA, gaji bulanan pekerja bertabur secara normal dengan min RM5000 dan sisihan piawai RM1000. Syarikat PAMA mentakrifkan 'Gaji Kompetitif' adalah RM4500 atau lebih tinggi.
a(i)
Hitung bilangan pekerja yang mendapat 'Gaji Kompetitif' mengikut piawaian syarikat.
4 markah
a(ii)
10% daripada pekerja yang dalam kategori gaji tinggi perlu menyumbang kepada tabung kebajikan syarikat PAMA. Hitung gaji minimum yang perlu dimiliki oleh pekerja untuk membuat sumbangan tersebut.
3 markah
b
Kebarangkalian seorang pelajar menggunakan bas sekolah ialah 0.35. Suatu sampel 7 orang murid yang dipilih secara rawak. Hitung kebarangkalian bahawa lebih daripada 2 orang murid tidak menggunakan bas sekolah.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Jadual 2 menunjukkan indeks harga bagi empat komponen perbelanjaan pelancong ke Negeri Sarawak pada tahun 2019 dan tahun 2022 dengan menggunakan tahun 2012 sebagai tahun asas dan pemberat yang sepadan.
| Komponen Perbelanjaan | Indeks harga pada 2019 berasaskan 2012 | Perubahan indeks harga tahun 2019 kepada 2022 | Pemberat |
|---|---|---|---|
| Makanan dan minuman | $q$ | Meningkat 10% | $2p$ |
| Membeli-belah | 121 | Tidak berubah | 6 |
| Penginapan | 112 | Tidak berubah | 3 |
| Tiket aktiviti | 140 | Meningkat 10% | $p$ |
Jadual 2
a
Diberi harga komponen makanan dan minuman pada tahun 2019 dan tahun 2012 masing-masing ialah RM100 dan RM80. Cari nilai $q$.
2 markah
b(i)
Hitung indeks harga bagi komponen makanan dan minuman dan tiket aktiviti pada tahun 2022 berasaskan tahun 2012,
2 markah
b(ii)
Seterusnya, cari nilai $p$, jika indeks gubahan bagi harga komponen-komponen itu pada tahun 2022 berasaskan 2012 ialah 128.
3 markah
c(i)
Komponen manakah menunjukkan perbelanjaan paling penting bagi pelancong Negeri Sarawak? Berikan justifikasi anda.
1 markah
c(ii)
Pada tahun 2025, indeks harga bagi komponen di (c)(i) berasaskan tahun 2012 dijangka menjadi 151.25. Kirakan peratus peningkatan indeks harga komponen tersebut pada tahun 2025 berasaskan tahun 2022.
2 markah
1310 markah
Rajah 6 menunjukkan sebuah sisi empat $ABCD$. Diberi bahawa $\angle ADC$ ialah sudut cakah.
a
Tanpa sebarang pengiraan, nyatakan titik yang paling jauh dari titik $A$. Berikan sebab kepada jawapan anda.
1 markah
Kirakan
b(i)
$\angle ADC$,
3 markah
b(ii)
luas kawasan, dalam $\text{cm}^2$, sisi empat $ABCD$.
3 markah
Garis $CD$ dipanjangkan kepada titik $E$ dengan keadaan titik $E$ ialah titik yang berada pada jarak yang paling dekat dari $A$ ke $CD$.
c(i)
Pada Rajah 6, tandakan titik $E$.
*(Huraikan dalam perkataan kedudukan titik $E$ yang anda tandakan.)*
1 markah
c(ii)
Cari jarak terdekat $E$ dari $A$ ke $CD$.
2 markah
1410 markah
Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 Putrajaya menganjurkan Bengkel Kecemerlangan SPM terbuka kepada beberapa buah sekolah terdekat. Peserta bengkel tersebut terdiri daripada $x$ murid SMK Presint 8 dan $y$ murid luar. Yuran pendaftaran yang dikenakan bagi seorang murid SMK Presint 8 ialah RM100 manakala yuran bagi seorang murid luar ialah RM120. Bilangan murid yang menyertai bengkel tersebut adalah berdasarkan kekangan berikut:
I Bilangan maksimum murid yang menyertai bengkel itu ialah 80 orang.
II Nisbah bilangan murid SMK Presint 8 kepada murid luar sekurang-kurangnya adalah $1 : 3$.
III Jumlah yuran yang dikutip adalah tidak kurang daripada RM6 000.
a
Tulis tiga ketaksamaan linear yang memenuhi semua kekangan di atas selain $x > 0$ dan $y > 0$.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 orang murid pada paksi-$x$ dan paksi-$y$, bina dan lorekkan rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaannya dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf yang diperoleh di (b), cari:
c(i)
bilangan minimum murid luar jika nisbah bilangan murid SMK Presint 8 kepada murid luar adalah $1 : 3$,
1 markah
c(ii)
keuntungan maksimum yang diperoleh jika pihak sekolah memperoleh keuntungan sebanyak 25% daripada jumlah yuran yang dikutip.
3 markah
1510 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui suatu titik tetap $O$. Halajunya, $v\ \text{ms}^{-1}$, diberi oleh $v = pt^2 + qt$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar dan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$. Diberi bahawa zarah tersebut berhenti seketika apabila $t = 4$ s dan pecutannya ialah $-2\ \text{ms}^{-2}$ apabila $t = 1$ s.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
Hitung
a
nilai bagi $p$ dan bagi $q$,
5 markah
b
julat bagi nilai $t$ apabila zarah bergerak ke kiri,
2 markah
c
jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah pada saat keempat.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini