Others Trial 2023 Matematik Tambahan Kertas 1 · SBP
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2023 Matematik Tambahan Kertas 1 · SBP
Percubaan SBP · 2023
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
14 markah
Rajah 1 menunjukkan graf garis lurus yang diperoleh dengan memplot $xy$ melawan $(x + y)$
Ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
4 markah
22 markah
Diberi bahawa persamaan kuadratik $(p + 1)x^2 + 2qx + 3 = 0$ dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar, mempunyai dua punca nyata dan sama.
Ungkapkan $p$ dalam sebutan $q$.
2 markah
36 markah
a
Diberi persamaan kuadratik $mx^2 + (m - 2)x + 3m + 2 = 0$, dengan $m$ ialah integer bukan sifar. Cari nilai $m$ dengan keadaan satu punca adalah salingan punca yang satu lagi.
2 markah
Graf fungsi kuadratik $f(x) = -x^2 + 2px - 5p$, di mana $p$ ialah pemalar, mempunyai nilai maksimum 6.
b(i)
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari nilai-nilai yang mungkin bagi $p$.
3 markah
b(ii)
Graf $y = g(x)$ ialah pantulan graf $y = f(x)$ pada paksi-$x$. Dengan menggunakan nilai $p$ yang positif dari **3**(*b*)(i), tulis fungsi $g(x)$.
1 markah
45 markah
a
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 2(*a*) menunjukkan tiga garis lurus. Garis lurus $BC$ berserenjang dengan garis lurus $AB$ dan selari dengan garis lurus $AD$.
Diberi koordinat bagi titik $B$ dan $C$ masing-masing ialah (0, 6) dan (3, 0). Cari koordinat $A$ dan $D$.
3 markah
b
Rajah 2(*b*) menunjukkan sebahagian daripada lokus $P$.
Cari persamaan lokus $P$.
2 markah
54 markah
Pasangan bertertib di bawah mewakili fungsi $h(x)$.
$\{(-4, 3), (-3, 2), (-2, 1), (1, 2), (k + 1, 3)\}$
a(i)
Cari nilai $k$.
1 markah
a(ii)
Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tuliskan $h(x)$ dalam sebutan $x$.
1 markah
Diberi $f(x) = (x - 3)^2 + 1$, $x \ge m$ supaya $f^{-1}$ wujud.
b(i)
Tentukan nilai $m$.
1 markah
b(ii)
Cari julat bagi $f(x)$.
1 markah
66 markah
Diberi $\overrightarrow{PQ} = \begin{pmatrix} 5 \\ 7 \end{pmatrix}$, $\overrightarrow{OQ} = \begin{pmatrix} 2 \\ 3 \end{pmatrix}$ dan $\overrightarrow{RS} = \begin{pmatrix} k \\ 5 \end{pmatrix}$.
Cari
a
koordinat $P$,
2 markah
b
vektor unit dalam arah $\overrightarrow{OP}$,
2 markah
c
nilai $k$ jika $\overrightarrow{RS}$ adalah selari dengan $\overrightarrow{PQ}$.
2 markah
75 markah
Syarikat Biz mengadakan jualan besar-besaran sempena karnival jualan 9/9. Semua telefon pintar yang dijual diberikan diskaun jualan sebanyak 15 %. Harga, $D$ selepas diskaun jualan diberikan oleh fungsi $D(p) = 0.85p$, dimana $p$ ialah harga asal telefon pintar tersebut.
Intan bercadang membeli telefon pintar dari Syarikat Biz. Oleh kerana beliau terpilih menjadi pelanggan ke 100 000 syarikat tersebut, beliau layak mendapat kupon RM20 bagi telefon pintar yang dibelinya. Harga, $K$ selepas diskaun kupon diberikan oleh $K(p) = p - 20$, dimana $p$ ialah harga asal telefon pintar tersebut.
Intan boleh menggunakan kedua-dua potongan harga. Tuliskan fungsi gubahan berdasarkan situasi berikut:
a(i)
Situasi 1- Menggunakan diskaun jualan diikuti kupon
2 markah
a(ii)
Situasi 2 - Menggunakan kupon diikuti diskaun harga.
1 markah
b
Seterusnya, kira harga yang paling murah yang dibayar oleh Intan jika harga asal telefon pintar ialah RM 1899. Berikan jawapan anda kepada RM yang terhampir.
2 markah
87 markah
a
Diberi $a$ ialah sebutan pertama dan $d$ ialah beza sepunya bagi suatu janjang aritmetik. Tunjukkan bahawa hasil tambah bagi $n$ sebutan yang pertama bagi janjang itu ialah $S_n = \frac{n}{2}[2a + (n - 1)d]$.
3 markah
b
Kedai Kek Zaki menjual 400 biji kek pada minggu pertama. Pada minggu kedua, jualannya telah merosot sebanyak 8 biji sehingga minggu ke-7. Pada minggu berikutnya, kedai itu mengadakan promosi dan jualannya bertambah sebanyak 100% dari jualan minggu sebelumnya.
Dengan menggunakan rumus dari bahagian **8**(*a*), hitung jumlah kek yang telah dijual bermula minggu pertama sehingga minggu promosi itu.
4 markah
96 markah
Diberi bahawa persamaan suatu lengkung ialah $y = 2x^2 + x + 1$.
a
Cari persamaan garis normal kepada lengkung pada titik $(2, 11)$.
4 markah
b
Seterusnya, cari koordinat titik di mana garis normal itu menyilang lengkung sekali lagi.
2 markah
106 markah
Rajah 3 menunjukkan sebuah lengkung $y = f(x)$ dan garis lurus $y = g(x)$.
Lengkung $y = f(x)$ dan garis lurus $y = g(x)$ bersilang di titik-titik $O$, $P$ dan $Q$.
Diberi luas kawasan berlorek $A$ ialah $1\frac{5}{12}$ unit$^2$.
Cari nilai bagi
a(i)
$\int_1^0 f(x)\,dx$,
1 markah
a(ii)
$k$ jika $\int_0^1 [3f(x) - k]\,dx = 12$.
4 markah
b
Diberi kawasan berlorek $A$ diwakili oleh $\left[\frac{x^4}{4} - \frac{4}{3}x^3 + \frac{5}{2}x^2\right]_0^1$.
Cari persamaan bagi $f(x)$.
1 markah
117 markah
Satu pasukan yang mengandungi enam orang murid akan dibentuk untuk menyertai karnival STEM peringkat negeri. Penubuhan pasukan tersebut akan dipilih dari tujuh orang murid lelaki dan lima orang murid perempuan. Cari bilangan cara yang berbeza untuk membentuk pasukan itu jika
a(i)
murid perempuan melebihi murid lelaki,
2 markah
a(ii)
sekurang-kurangnya empat orang murid lelaki yang dipilih.
2 markah
b
Rajah 4 menunjukkan laluan bagi suatu objek. Objek itu hanya boleh bergerak ke atas atau ke kanan sahaja.
Cari bilangan laluan bagi objek itu bergerak dari $A$ ke $B$.
3 markah
126 markah
Seorang peserta telah melakukan 3 kali percubaan dalam satu sesi latihan menembak.
a(i)
Anggapkan $H$ ialah peristiwa kena pada sasaran dan $H'$ ialah peristiwa tidak kena pada sasaran.
Lukis gambarajah pokok bagi menunjukkan semua kesudahan.
*(Huraikan gambar rajah pokok anda dalam perkataan: cabang-cabang pada setiap cubaan dan semua kesudahan.)*
2 markah
a(ii)
Jika $X$ mewakili bilangan kali kena pada sasaran, tunjukkan bahawa $X$ ialah suatu pembolehubah rawak diskret.
1 markah
b
$X$ ialah pembolehubah rawak binomial dengan bilangan percubaan sebanyak 12 kali dan sisihan piawai ialah $\sqrt{\frac{5}{3}}$. Jika $p$ ialah kebarangkalian bagi kejayaan, cari nilai-nilai yang mungkin bagi $p$.
Diberi bahawa $BA = BC$ dan $M$ ialah titik tengah bagi $AC$. Cari $\tan\angle BAC$ dalam bentuk $\frac{a + b\sqrt{5}}{c}$ dengan $a$, $b$ dan $c$ ialah integer positif.
4 markah
148 markah
Rajah 6 menunjukkan sebuah taman berbentuk sektor $AOB$ bagi sebuah bulatan dengan pusat $O$. Jejari dan sudut sektor itu masing-masing ialah $R$ m dan $2\theta$. Dalam taman ini, satu tapak berbentuk bulat akan ditanam dengan bunga ros. Diberi jejari tapak ini ialah $r$ m.
a
Tunjukkan bahawa $R = r\left(1 + \frac{1}{\sin\theta}\right)$.
2 markah
b
Diberi bahawa $\theta = 30^\circ$, cari nisbah bahagian taman yang akan ditanam dengan bunga ros.
3 markah
c
Seterusnya, hitung panjang pagar yang diperlukan untuk memagari keseluruhan kawasan berlorek jika $R = 15$.
3 markah
158 markah
a
Diberi $\operatorname{kos} 20^\circ = h$ dan $\sin 48^\circ = g$.
Ungkapkan $\sin 68^\circ$ dalam sebutan $h$ dan / atau $g$.