Tentukan had bagi fungsi yang berikut :
$$\operatorname*{had}_{x \to -2} \frac{x + 2}{\sqrt{5x + 14} - 2}$$
Perak Trial 2023 Matematik Tambahan Kertas 1 · Set 1
- Percubaan Perak Set 1 · 2023
- 15 soalan · Jumlah 80 markah
- 120 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 12
Bilangan gabungan 3 benda daripada $n$ benda berlainan adalah empat kali bilangan gabungan 2 benda daripada $n - 2$ benda. Carikan nilai $n$.
Rajah 1 menunjukkan suatu graf fungsi nilai mutlak.
a(i)
1 markah
lengkapkan jadual 1 di bawah berdasarkan graf fungsi nilai mutlak di atas.
| $x$ | | | |
|---|---|---|---|
| $f(x)$ | | | |
Jadual 1
*(Tulis nilai $x$ dan $f(x)$ bagi setiap lajur jadual.)*
a(ii)
1 markah
ungkapkan fungsi tersebut dalam bentuk tatanda fungsi.
a(iii)
1 markah
nyatakan julat yang sepadan.
b
3 markah
Fungsi $h$ ditakrifkan oleh $h : x \to \frac{1}{2x}, x \neq 0$, cari ungkapan bagi $h^2(x), h^3(x), h^4(x)$
Rajah 2 menunjukkan garis lurus penyuaian terbaik yang diperoleh dengan memplot graf $y$ melawan $x$.
Cari
a
2 markah
persamaan garis lurus penyuaian terbaik tersebut.
b
2 markah
nilai $x$ apabila $y$ =4.
Jadual berikut menunjukkan senarai fungsi $\frac{m}{x^n}$ dan kamiran tak tentu masing-masing dengan keadaan $m$ ialah pemalar dan $n$= 2,3,4,5…
| $\int \frac{m}{x^n}\,dx$ | $y$ | $y$ |
|---|---|---|
| $\int \frac{m}{x^2}\,dx$ | $-\frac{m}{x} + c$ | $-\frac{m}{(2-1)x^{2-1}} + c$ |
| $\int \frac{m}{x^3}\,dx$ | $-\frac{m}{2x^2} + c$ | $-\frac{m}{(3-1)x^{3-1}} + c$ |
| $\int \frac{m}{x^4}\,dx$ | $-\frac{m}{3x^3} + c$ | *(berlorek)* |
| $\int \frac{m}{x^5}\,dx$ | $-\frac{m}{4x^4} + c$ | *(berlorek)* |
Jadual 2
Merujuk kepada corak yang ditunjukkan dalam jadual,
a(i)
2 markah
lengkapkan jadual tersebut.
*(Tulis ungkapan bagi dua kotak berlorek dalam lajur ketiga, iaitu bagi baris $\int \frac{m}{x^4}\,dx$ dan baris $\int \frac{m}{x^5}\,dx$.)*
a(ii)
1 markah
deduksikan rumus kamiran tak tentu bagi fungsi $\frac{m}{x^n}$ secara induktif.
b
3 markah
Seterusnya, cari $\int \frac{2}{x^2}\,dx$.
Rajah 3 menunjukkan dua vektor $\overrightarrow{0R}$ dan $\overrightarrow{0S}$ yang diplot pada satah cartes.
a
2 markah
Lukis vektor paduan bagi $\overrightarrow{SR}$ pada rajah 3 dengan arah vektor yang betul.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: titik permulaan dan titik akhir vektor yang anda lukis serta arah anak panahnya.)*
b
2 markah
Seterusnya, cari vektor unit dalam arah $\overrightarrow{SR}$.
a(i)
2 markah
Diberi suatu janjang geometri dengan sebutan-sebutan $a, ar, ar^2, ar^3, \ldots\ldots ar^{n-2}, ar^{n-1}$ dengan $r < 1$ dan hasil tambah $n$ sebutan pertama ialah $S_n$ .
Terbitkan rumus hasil tambah $n$ sebutan pertama, $S_n$ bagi janjang geometri.
a(ii)
2 markah
Seterusnya, cari hasil tambah dari sebutan keenam hingga sebutan kelapan janjang geometri 64, 32, 16, ……
b
3 markah
Jisim beberapa rod besi disusun secara menaik mengikut janjang geometri. Jisim rod yang keenam adalah sama dengan hasil darab jisim rod kedua dan jisim rod keempat . Jika jisim rod besi yang kelapan ialah 256 g, cari jisim rod besi yang paling ringan.
a
3 markah
Andaikan bahawa $x = a^p$, buktikan hukum kuasa logaritma iaitu $\log_a x^n = n\log_a x$.
b
4 markah
Jika suatu pancaran cahaya yang mempunyai keamatan $I$ diunjurkan secara menegak ke bawah ke dalam air, keamatannya $I(x)$ pada kedalaman $x$ meter diberi oleh $I(x) = I_0 e^{-1.4x}$.
Pada kedalaman berapakah keamatannya adalah separuh daripada permukaan air?
a
3 markah
Rajah 4 menunjukkan sebuah bulatan dengan pusat O dan berjejari 12 cm, Titik A dan B terletak atas lilitan bulatan dan membentuk sebuah segi empat tepat dengan titik C dan D. Perimeter rantau berlorek ialah 60.72 cm. Cari sudut $\theta$ dalam radian.
b
4 markah
Rajah 5 menunjukkan dua gear masing-masing dengan jejari 2.5 cm dan 4.8 cm di dalam sebuah mesin. Dua gear itu diselaraskan supaya gear kecil memandu putaran gear besar.
Jika gear kecil berputar melalui sudut 225°, cari luas sektor yang disurih oleh gear besar apabila ia berputar.
a
3 markah
Jika α dan β ialah punca bagi persamaan kuadratik $2x^2 + 2x - 3 = 0$, cari persamaan kuadratik dengan punca $\frac{2}{\alpha}$ dan $\frac{2}{\beta}$ .
b
3 markah
Diberi $f(x) = 2x^2 + ax + 30$ dan $f(x) < 0$ jika $3 < x < b$. Cari nilai $a$ dan $b$.
Rajah 6 menunjukkan graf bagi satu taburan binomial X, $X \sim (n,p)$
Cari
a
3 markah
nilai $m$ dan $p$.
b
2 markah
seterusnya cari nilai $P(X < 3)$.
Koordinat titik-titik A dan B adalah $(h, 0)$ dan $(h, R)$ manakala O adalah titik asalan. Segitiga OAB dikisarkan 4 sudut tegak pada paksi-$x$. Tunjukkan dengan pengamiran bahawa isipadu untuk kon tegak membulat yang terhasil adalah $\frac{1}{3}\pi R^2 h$. Diberi bahawa $h = R$. Cari nilai $R$ jika isipadu untuk kon tersebut adalah $9\pi$ .
Bahagian B
Pilih 2 daripada 3
Dipilih 0/2
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 7 menunjukkan sebuah tanah kebun durian Razid yang berbentuk segi tiga $ABC$ dengan $A(1, 1)$ dan $B(-1, 4)$. Garis Lurus $AB$, $AC$ dan $BC$ adalah garisan sempadan bagi tanah kebun Razid.
Kecerunan $AB$, $AC$ dan $BC$ masing-masing ialah $-\frac{3}{2}$, $\frac{3}{2}$ dan $\frac{1}{2}$.
a(i)
3 markah
cari koordinat $C$.
a(ii)
2 markah
Razid ingin membina pondok rehat di koordinat $(3, 4)$. Bolehkah pondok itu dibina dan berikan justifikasi anda.
b
3 markah
Satu lampu solar akan diletakkan di koordinat $(1, 3)$. Cahaya lampu solar itu mampu menerangi sejauh 1 unit daripada tiang lampu itu. Apakah bentuk lokus bagi cahaya lampu itu dan seterusnya cari persamaan lokus bagi cahaya lampu solar itu.
Sebuah yurt dibina dengan bentuk hemisfera di atas suatu silender yang berjejari $r$ m. Diberi bahawa jumlah kain yang digunakan pada lapisan luar yurt ialah $216\pi$ m$^2$.
a
2 markah
Tunjukkan bahawa isipadu yurt, $V$ m$^3$ diberi oleh $V = 108\pi r - \frac{1}{3}\pi r^3$
b
3 markah
Cari nilai $r$ supaya $V$ adalah maksimum.
c
3 markah
Seterusnya, cari jumlah kos, dalam RM, jika kos kanvas khas yang digunakan untuk menutup permukaan hemisfera ialah RM 15 per m$^2$. Bundarkan jawapan anda kepada Ringgit terdekat.
a
4 markah
Buktikan identiti trigonometri berikut
$$\tan\left(\theta + \frac{\pi}{4}\right) = \frac{1 + \tan\theta}{1 - \tan\theta}$$
b
4 markah
Seterusnya, cari nilai $\tan\frac{11\pi}{12}$ . Tulis jawapan anda dalam bentuk $(a + b\sqrt{3})$

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

