Others Trial 2023 Matematik Tambahan Kertas 2 · SBP
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2023 Matematik Tambahan Kertas 2 · SBP
Percubaan SBP · 2023
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
17 markah
Jadual 1 menunjukkan tiga jenis rumah banglo yang dibina oleh Syarikat Pemaju Makmur di Taman Sejahtera, Kuala Lumpur. Kos pembinaan dan harga jualan adalah berbeza bagi setiap rumah.
| Jenis Rumah | $A$ | $B$ | $C$ |
|---|---|---|---|
| Kos Pembinaan (RM juta) | 3 | 5 | 6 |
| Harga Jualan (RM juta) | 5.5 | 9 | 11 |
Jadual 1
Syarikat Pemaju Makmur telah mengeluarkan modal sebanyak RM 630 juta untuk membina tiga jenis rumah tersebut. Pada akhir tahun lalu, syarikat tersebut berjaya menjual 140 unit rumah jenis $A$, $B$ dan $C$ dengan memperoleh keuntungan keseluruhan sebanyak RM 515 juta. Cari bilangan unit setiap jenis rumah yang berjaya dijual pada tahun lalu.
7 markah
27 markah
Rajah 1 menunjukkan graf bagi $y = a^x$.
a(i)
Pada Rajah 1, lakar graf bagi $y = \log_a x$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik yang dilalui atau ditanda (pintasan dan titik hujung) dan kedudukan graf itu berbanding graf $y = a^x$.)*
Rajah 2 menunjukkan sebuah segitiga $PQR$. Garis lurus $PU$ dan garis lurus $SR$ bersilang pada titik $T$ dengan keadaan $\overrightarrow{TR} = \frac{4}{5}\overrightarrow{SR}$ dan $\overrightarrow{PU} = 2\overrightarrow{PT}$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{PR} = \underset{\sim}{x}$ dan $\overrightarrow{PS} = \underset{\sim}{y}$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan/atau $\underset{\sim}{y}$
a(i)
$\overrightarrow{PT}$,
3 markah
a(ii)
$\overrightarrow{RU}$.
1 markah
b
Diberi $\overrightarrow{PQ} = h\underset{\sim}{y}$ dan $\overrightarrow{RQ} = k\overrightarrow{RU}$ dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar. Cari nilai $h$ dan $k$.
3 markah
46 markah
Rajah 3 menunjukkan wayar elektrik di antara tiang $A$ dan tiang $B$ yang berjarak 7 m. Tinggi kedua-dua tiang tersebut adalah 10 m.
Pada suatu hari tertentu, wayar elektrik telah mengendur dan membentuk suatu parabola dengan keadaan ketinggian minimum wayar dari tanah adalah $\frac{3}{4}$ daripada tinggi tiang.
a(i)
Cari persamaan wayar elektrik yang berbentuk parabola itu dalam bentuk verteks, $f(x) = a(x - p)^2 + q$, dengan keadaan $p$ dan $q$ adalah pemalar. Anggap $A$ ialah titik asalan.
3 markah
a(ii)
Seterusnya, jika seekor burung hinggap di atas wayar pada titik $C$ yang terletak 100 cm mengufuk daripada tiang $B$, tentukan ketinggian burung dari tanah mengufuk.
2 markah
b
Jika cuaca menjadi lebih panas, didapati bahawa wayar elektrik menjadi lebih kendur daripada kedudukan asal dan memberi kesan perubahan kepada persamaan wayar elektrik yang berbentuk verteks, $f(x) = a(x - p)^2 + q$ di **4**(a)(i).
Apakah yang tidak berubah?
1 markah
59 markah
a
Buktikan bahawa $\frac{1 - \text{kos}\,2x - \sin 2x}{\sin x - \text{kos}\,x} = 2\sin x$.
2 markah
b(i)
Lakarkan graf fungsi $y = \left|\frac{1 - \text{kos}\,2x - \sin 2x}{\sin x - \text{kos}\,x}\right| + 1$ bagi $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$y$ dan paksi-$x$ (titik mula, titik akhir, nilai maksimum dan minimum) dan bilangan kitaran.)*
4 markah
b(ii)
Dengan menggunakan paksi yang sama, lakarkan satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $|6\pi \sin x| + 3\pi = 3x$ bagi $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Tulis persamaan garis lurus itu, huraikan garis yang anda lakar (titik-titik yang dilaluinya) dan nyatakan bilangan penyelesaian.)*
3 markah
67 markah
Diberi hasil tambah sebutan kedua dan ketiga bagi satu janjang geometri ialah 30 manakala sebutan kedua ialah 9 kurang dari sebutan pertama. Semua sebutan dalam jujukan ini adalah positif.
a
Cari sebutan pertama dan nisbah sepunya janjang itu,
4 markah
b
Tentukan samada $\frac{150}{81}$ ialah satu sebutan dalam janjang ini atau tidak.
Berikan alasan anda
3 markah
77 markah
Rajah 4 menunjukkan sebahagian lengkung $y = \sqrt{x} + 4$.
a
Cari luas kawasan berlorek.
4 markah
b
Kirakan isipadu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung, garis lurus $y = 6$ dan paksi-$y$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$y$.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Jadual 2 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{s}{\sqrt[r]{x}}$, dengan keadaan $r$ dan $s$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.6 | 2.6 | 4 | 8 | 16 | 21 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 1.4 | 2 | 2.7 | 3.9 | 6.3 | 7.9 |
Jadual 2
a
Plot $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$, menggunakan skala 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\log_{10} x$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Tulis jadual nilai $\log_{10} x$ dan $\log_{10} y$ yang anda plot, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
5 markah
Menggunakan graf di **8**(a), cari nilai
b(i)
$r$,
*(Nyatakan dua titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
3 markah
b(ii)
$s$.
2 markah
910 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 5 menunjukkan tiga titik $A$, $B$ dan $C$ yang masing-masing merupakan titik tengah bagi garis lurus $PQ$, $QR$ dan $PR$ dan membentuk satu segi empat selari $PABC$.
Cari
a(i)
persamaan garis lurus $PR$,
2 markah
a(ii)
persamaan pembahagi dua sama serenjang bagi garis lurus $PQ$.
3 markah
b
Garis lurus $PQ$ dipanjangkan sehingga ke titik $S$, dengan keadaan $PQ : PS = 2 : 3$.
Cari koordinat titik $Q$ dalam sebutan $m$ dan $n$.
1 markah
c
Cari luas $\Delta ABC$ dan seterusnya, cari luas $\Delta PQR$.
4 markah
1010 markah
Rajah 6 menunjukkan suatu binaan yang terdiri daripada sebuah semibulatan, dua buah sukuan bulatan dan sebuah segi empat tepat.
Diberi panjang dan lebar segi empat tepat masing-masing ialah $2y$ cm dan $x$ cm. Perimeter binaan itu ialah 100 cm.
[Guna $\pi = 3.142$]
a
Tunjukkan bahawa luas, $L$ cm², binaan itu diberi oleh
$$L = y(200 - 3\pi y - 12y)$$
3 markah
b
Cari nilai $y$ dengan keadaan $L$ adalah maksimum. Seterusnya, cari nilai maksimum $L$ itu.
4 markah
c
Diberi jejari semibulatan itu meningkat pada kadar 0.7 cms$^{-1}$ apabila binaan itu dipanaskan. Cari kadar perubahan luas binaan itu ketika jejari semibulatan ialah 12 cm.
3 markah
1110 markah
Jisim durian yang dihasilkan dari sebuah ladang adalah bertabur secara normal dengan min 1.2 kg. Diberi bahawa kebarangkalian sebiji durian yang dipilih secara rawak dari ladang itu mempunyai jisim kurang dari 2 kg ialah 0.9452.
a
Jika seorang pekerja memilih 5 biji durian secara rawak dari ladang itu, cari kebarangkalian bahawa semua 5 biji durian mempunyai jisim kurang dari 2 kg.
2 markah
b
4 orang pekerja yang lain juga ditugaskan masing-masing untuk memilih secara rawak 5 biji durian dari ladang tersebut. Cari kebarangkalian lebih dari 2 orang pekerja akan memilih kelima-lima biji durian yang mempunyai jisim kurang dari 2 kg.
3 markah
Sebiji durian telah dipilih secara rawak dari ladang itu.
c(i)
Cari sisihan piawai bagi durian yang mempunyai jisim kurang dari 2 kg.
3 markah
c(ii)
Seterusnya, cari kebarangkalian beratnya lebih dari 1.5 kg.
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Jadual 3 menunjukkan maklumat berkaitan empat bahan utama dan kuantiti yang digunakan oleh Encik Rahim untuk membuat kuih bingka.
| Bahan | Harga per kg (RM) 2021 | Harga per kg (RM) 2022 | Indeks harga tahun 2022 berasaskan 2021 | Kuantiti yang digunakan |
|---|---|---|---|---|
| Tepung ubi | 4.80 | 6.00 | $x$ | 150 g |
| Santan | $y$ | 3.00 | 109 | 150 g |
| Gula merah | 4.00 | 4.20 | 105 | 100 g |
| Tepung gandum | 3.00 | 3.60 | 120 | $m$ |
Jadual 3
a
Cari nilai bagi $x$ dan $y$.
3 markah
b
Indeks gubahan bagi kos penghasilan sekotak kuih bingka pada tahun 2022 berasaskan tahun 2021 ialah 116, cari nilai bagi $m$.
3 markah
c
Kenaikan kos penghasilan sebiji kuih bingka pada tahun 2023 dari tahun 2022 adalah sama dengan kenaikan kos penghasilan sebiji kuih bingka dari tahun 2021 kepada 2022. Harga kos sebiji kuih bingka pada tahun 2021 ialah RM11.00, cari harga jualan kuih bingka itu jika Encik Rahim ingin mendapat keuntungan sebanyak 25% pada tahun 2023.
4 markah
1310 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 7 menunjukkan sisi empat $PQRS$ pada suatu satah mengufuk. $TSQP$ ialah sebuah piramid dengan keadaan $PQ = 10$ cm, $PS = 12$ cm dan $T$ adalah 5 cm tegak di atas $P$.
Cari
a
nilai $m$,
2 markah
b
$\angle RSQ$,
2 markah
c
luas, dalam cm², bagi satah condong $STQ$.
4 markah
d
panjang terdekat, dalam cm, dari titik $T$ ke garis lurus $SQ$.
2 markah
1410 markah
Bengkel Perabot Ros menghasilkan dua jenis kerusi, $P$ dan $Q$. Penghasilan setiap kerusi melibatkan dua proses, iaitu membuat dan mengecat.
Jadual 4 menunjukkan tempoh masa yang diambil untuk proses membuat dan mengecat seunit kerusi $P$ dan seunit kerusi $Q$.
| Kerusi | Tempoh masa membuat(minit) | Tempoh masa mengecat(minit) |
|---|---|---|
| $P$ | 45 | 50 |
| $Q$ | 30 | 70 |
Jadual 4
Jumlah masa maksimum untuk membuat kedua-dua kerusi adalah 5.5 jam dan masa untuk mengecat kedua-dua kerusi adalah sekurang-kurangnya 5 jam 50 minit. Nisbah bilangan kerusi $P$ kepada bilangan kerusi $Q$ adalah tidak melebihi $4 : 5$. Bengkel Perabot Ros menghasilkan $x$ unit kerusi $P$ dan $y$ unit kerusi $Q$ sehari.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit kerusi pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau **R** yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di **14**(b) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
c(i)
Julat bilangan kerusi $Q$ jika bilangan kerusi $P$ yang dihasilkan ialah 3 unit sehari.
1 markah
c(ii)
Keuntungan maksimum sehari jika keuntungan yang diperoleh daripada satu unit kerusi $P$ dan satu unit kerusi $Q$ masing-masing adalah RM16 dan RM10.
3 markah
1510 markah
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Suatu zarah bergerak di sepanjang garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v$ ms$^{-1}$. $t$ saat selepas melalui $O$ diberi oleh $v = t^2 - pt + 15$, dengan keadaan $p$ ialah pemalar. Pecutan zarah itu ialah 4 ms$^{-2}$ apabila $t = 6$ s. Zarah itu berhenti seketika di titik $A$ dan titik $B$ di sepanjang garis lurus itu.
[Anggapkan pergerakan ke kanan adalah positif]
Cari
a(i)
nilai $p$,
2 markah
a(ii)
masa, dalam saat, apabila zarah berada di $A$ dan $B$,
2 markah
b
Lakarkan graf halaju-masa zarah bagi $0 \leq t \leq 5$. Seterusnya tentukan jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 5 saat yang pertama.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik-titik yang ditanda pada paksi-$v$ dan paksi-$t$; kemudian tunjukkan pengiraan jumlah jarak.)*
6 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini