Rajah 1 menunjukkan graf fungsi bagi $f(x) = x^2 - 6$ dalam domain $0 \leq x \leq 10$.
a
Lakarkan graf bagi $f^{-1}(x)$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: setiap garis/lengkung yang anda lukis pada paksi yang sama dengan graf $f$, bentuknya dan titik-titik penting yang dilaluinya.)*
2 markah
b
Cari koordinat titik persilangan antara kedua-dua graf bagi $f(x)$ dan $f^{-1}(x)$.
3 markah
c
Cari fungsi bagi $g(x)$ jika $fg(x) = x^2 + 2x - 5$.
2 markah
26 markah
Diberi fungsi $f(x) = 2x^2 - 6x + 7$ mempunyai punca-punca $m$ dan $n$, dengan keadaan $m$ dan $n$ adalah pemalar.
a
Bentuk suatu persamaan kuadratik yang mempunyai punca-punca $3m + 1$ dan $3n + 1$.
3 markah
b
Jika $|x| > p$ merupakan penyelesaian bagi ketaksamaan $f(x) + 6x > x^2 + 16$, dengan keadaan $p$ ialah pemalar. Cari nilai bagi $p$.
3 markah
37 markah
Tommy mempunyai tiga unit kondominium, iaitu jenis $A$ dengan 1 bilik tidur, jenis $B$ dengan 2 bilik tidur dan jenis $C$ dengan 3 bilik tidur. Semua unit kondominium itu disewakan dan jumlah sewa yang diperoleh ialah RM1 160 sehari. Tommy perlu menyimpan 10% daripada harga sewa unit jenis $A$, 20% daripada harga sewa unit jenis $B$ dan 30% daripada harga sewa unit jenis $C$ untuk kos penyelenggaraan. Jumlah simpanan sehari ialah sebanyak RM258. Harga sewa bagi unit jenis $C$ adalah dua kali harga sewa bagi unit jenis $A$. Berapakah harga sewa sehari bagi setiap unit kondominium milik Tommy?
7 markah
47 markah
a
Buktikan formula hasil tambah ketakhinggaan $S_\infty = \frac{a}{1 - r}$.
2 markah
b
Seterusnya, dengan menggunakan formula di (a), selesaikan soalan di bawah.
Rajah 4 menunjukkan satu bandul dengan panjang 20 cm berayun dan membentuk satu lengkok dengan sudut θ. Diberi bahawa ayunan mencangkum sudut $70^\circ$ dan ayunan kedua mencangkum $67.2^\circ$ dan setiap ayunan seterusnya mengikut janjang geometri.
Tentukan sama ada jumlah jarak yang dilalui oleh bandul yang berayun itu melebihi 700 cm apabila bandul itu berhenti.
5 markah
57 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah rombus $ABCD$ dilukis pada satah Cartesan. Persamaan pepenjuru $AC$ ialah $y - 2x + 2 = 0$.
a
Cari nilai $p$ dan $q$.
3 markah
b
Cari luas rombus $ABCD$.
4 markah
66 markah
a
Buktikan $\text{kos}\,2x = 1 - 2\sin^2 x$
2 markah
Rajah di bawah menunjukkan graf bagi suatu fungsi trigonometri untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
b(i)
Tuliskan persamaan graf fungsi trigonometri tersebut.
1 markah
b(ii)
Dengan menggunakan paksi yang sama, lakarkan graf bagi $y = |\sin x|$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$, seterusnya cari bilangan penyelesaiannya.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimumnya, dan nilai-nilai $x$ di mana graf menyentuh paksi-$x$.)*
3 markah
710 markah
Rajah 7 menunjukkan sebuah bongkah pepejal yang terdiri daripada sebuah kon tegak terletak di atas sebuah silinder berjejari $r$ cm. Panjang sendeng kon itu ialah $2r$ cm dan isi padu silinder itu ialah $81\pi$ cm³.
a
Tunjukkan bahawa luas permukaan bongkah itu, $L$ cm² diberi oleh $L = 3\pi\left(r^2 + \frac{54}{r}\right)$.
3 markah
b
Hitung nilai minimum bagi luas permukaan bongkah itu, dalam sebutan $\pi$.
3 markah
c
Diberi bahawa $L$ bertambah dengan kadar $63\pi$ cm²s⁻¹, cari kadar pertambahan jejari ketika jejarinya ialah 6 cm.
2 markah
d
Cari perubahan kecil $L$ apabila $r$ menokok daripada 6 cm kepada 6.002 cm.
2 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 8 menunjukkan segi empat selari $OABC$.
Diberi $O$ ialah asalan dan $\overrightarrow{AB} = 15\mathbf{i} + 3\mathbf{j}$.
Cari
a(i)
vektor unit yang selari dengan $\overrightarrow{AB}$,
2 markah
a(ii)
koordinat $C$.
4 markah
b
$D$ ialah satu titik dengan keadaan $\overrightarrow{BD} = h\mathbf{i} + (k - 2)\mathbf{j}$. Jika $ABD$ adalah segaris, ungkapkan $k$ dalam sebutan $h$.
4 markah
910 markah
a
Dalam satu kajian, didapati bahawa 85% daripada pelajar di sebuah sekolah memiliki sebuah kalkulator saintifik. Satu sampel yang terdiri daripada 8 orang pelajar dipilih secara rawak dari sekolah itu, cari kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya 2 orang pelajar **tidak** memiliki kalkulator saintifik.
3 markah
Satu laporan analisis markah peperiksaan percubaan SPM di SMK Tamparuli telah dibuat, dan didapati markah bagi Sejarah bertaburan normal dengan min 55 markah dan varians 56.25. Didapati seramai 258 orang pelajar mendapat markah antara 52 dan 72.
b(i)
Cari jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan percubaan SPM di sekolah itu.
3 markah
b(ii)
Jika 98.12% daripada pelajar-pelajar tersebut lulus dalam Sejarah, hitungkan markah lulus.
4 markah
1010 markah
Walter ingin membuat pintu dengan bahagian atasnya berbentuk parabola seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
a(i)
Diberi bahawa fungsi kecerunan lengkung $BC$ ialah $px + 2$, dengan keadaan $p$ ialah pemalar.
(Anggapkan titik $A$ sebagai asalan)
Cari persamaan lengkung $BC$ dalam bentuk $y = ax^2 + bx + c$, dengan keadaan $a$, $b$ dan $c$ ialah pemalar.
3 markah
a(ii)
Hitung kos untuk membuat pintu itu jika harganya RM30 setiap kaki persegi.
3 markah
b
Rajah menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = \sqrt{x + 6}$, garis lurus $x = k$ dan garis lurus $AC$.
Apabila kawasan berlorek dikisarkan $360^\circ$ pada paksi-$x$, isi padu yang dijanakan ialah $42\frac{1}{2}\pi$ unit³. Cari nilai $k$.
4 markah
1110 markah
Jumlah penghasilan sanitizer jenama $A$ dihubungkan dengan jumlah jam, $H$ oleh persamaan $a = 2x^2 - \frac{b}{H}$. Jadual di bawah menunjukkan nilai $x$ dan nilai $H$ yang sepadan.
| $H$ (jam/*hours*) | 30 | 60 | 90 | 120 | 150 | 180 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $x$ (tan metrik/*metric tonnes*) | 0.6831 | 0.6583 | 0.6146 | 0.6191 | 0.6000 | 0.6055 |
a
Plot graf $x^2H$ melawan $H$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 30 jam pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 unit pada paksi mencancang. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Tulis nilai $x^2H$ bagi setiap nilai $H$, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
4 markah
b
Gunakan graf di bahagian (a) untuk mencari nilai $a$ dan $b$.
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
5 markah
c
Daripada graf, anggarkan pengeluaran sanitizer jenama $A$ jika jam diperlukan ialah 45.
1 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 12 menunjukkan sisi empat $PQRS$.
Cari
a(i)
panjang, dalam cm, $PR$,
2 markah
a(ii)
$\angle PRQ$,
2 markah
a(iii)
luas, dalam cm², sisi empat $PQRS$.
3 markah
b(i)
Lakarkan segi tiga $P'R'S'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga $PRS$ dengan keadaan $P'$ terletak pada $PR$ dan $\sin \angle RPS = \sin \angle R'P'S'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $P'$, $R'$ dan $S'$, sisi-sisi segi tiga dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
2 markah
b(ii)
Seterusnya, nyatakan saiz $\angle R'P'S'$.
1 markah
1310 markah
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Suatu zarah bergerak sepanjang garis lurus dan halajunya, $v$ m s$^{-1}$, diberikan oleh $v = t(a - bt)$ dengan $t$ ialah masa dalam saat selepas melalui titik tetap $O$, manakala $a$ dan $b$ ialah pemalar. Zarah itu berhenti seketika apabila $t = 2$ s dan jaraknya pada masa itu ialah 4 m di sebelah kanan $O$.
(Andaikan gerakan ke kanan adalah positif)
a
Cari nilai $a$ dan $b$.
4 markah
Dengan menggunakan nilai $a$ dan $b$ di (a),
b(i)
cari nilai $t$ apabila zarah itu melepasi titik $O$ semula,
2 markah
b(ii)
lakarkan graf halaju-masa bagi gerakan zarah $0 \leq t \leq 3$,
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik-titik yang ditanda — titik mula, titik pusingan, pintasan paksi-$t$ dan titik akhir — dengan koordinatnya.)*
2 markah
b(iii)
cari jumlah jarak yang dilalui oleh zarah itu dalam tiga saat pertama.
2 markah
1410 markah
Jadual menunjukkan maklumat berkaitan empat bahan utama untuk Ayu menghasilkan resepi rahsia Ayam Padu.
| Bahan / *Ingredients* | Harga per kilogram (RM) Tahun 2020 / *Price per kilogram (RM) Year 2020* | Harga per kilogram (RM) Tahun 2021 / *Price per kilogram (RM) Year 2021* | Indeks harga tahun 2021 berasaskan tahun 2020 / *Price index year 2021 based on year 2020* | Kuantiti resepi (gram) / *Recipe quantities (gram)* |
|---|---|---|---|---|
| A | 2.50 | 2.85 | 114 | 300 |
| B | 6.00 | 9.00 | $x$ | 120 |
| C | 3.00 | $y$ | 160 | 80 |
| D | $z$ | 8.20 | 115 | 500 |
a
Hitung nilai $x$, $y$ dan $z$.
3 markah
b
Hitung indeks gubahan kos membuat resepi rahsia ayam padu itu pada tahun 2021 berasaskan tahun 2020.
2 markah
c
Ayu mencadangkan untuk menghasilkan resepi rahsia ayam padu yang lebih garing dan pedas. Setiap kuantiti bahan resepi utama adalah dalam kuantiti yang sama. Hitung kosnya yang sepadan dengan indeks harganya. Seterusnya, bandingkan indeks gubahan yang diperolehi.
3 markah
d
Jika harga semua bahan utama meningkat 20% pada tahun 2023, hitung harga kos membuat resepi rahsia ayam padu pada tahun 2023 jika harganya yang sepadan pada tahun 2021 ialah RM40.00.
2 markah
1510 markah
Sebuah kedai elektrik $ABC$ membekalkan 2 jenis mentol berlainan kepada sebuah hotel. Kos sebiji mentol cekap tenaga *LED* dan sebiji mentol halogen masing-masing ialah RM8 dan RM5. Bilangan mentol cekap tenaga *LED* yang dibekalkan mesti sekurang-kurangnya dua kali bilangan mentol halogen. Kedai itu hanya mampu menyediakan duit modal sebanyak RM5 600. Kedai itu menjual mentol cekap tenaga *LED* dan mentol halogen masing-masing dengan harga RM12 dan RM9 sebiji dan menetapkan jumlah jualan tidak kurang daripada RM4 500.
Diberi kedai elektrik itu menjual $x$ biji mentol cekap tenaga *LED* dan $y$ biji mentol halogen kepada hotel itu.
a
Tulis tiga ketaksamaan selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memuaskan syarat di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 100 biji mentol pada paksi-$x$ dan paksi-$y$, lukis graf bagi ketiga-tiga ketaksamaan itu. Tanda dan lorekkan rantau $R$ yang memuaskan semua syarat di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Berdasarkan graf anda, cari
c(i)
bilangan maksimum mentol cekap tenaga *LED* yang mungkin dijual,
1 markah
c(ii)
jumlah keuntungan minimum yang mungkin diperoleh jika 200 biji mentol halogen telah dijual.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini