Perak Trial 2023 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Perak Trial 2023 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Percubaan Perak Set 1 · 2023
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
15 markah
Sekumpulan saintis menghantar sebuah pesawat angkasa dari Bumi ke planet yang baru ditemui. Namun begitu, pesawat itu mungkin bersilang dengan lingkaran serpihan yang berada pada satah yang sama dengan Bumi dan planet itu semasa penerbangan.
Rajah 1 menunjukkan koordinat bagi planet itu dan lokus bagi lingkaran serpihan dengan Bumi sebagai asalan $O$ pada skala unit astronomi.
Cari koordinat bagi titik-titik persilangan antara laluan penerbangan dengan lingkaran serpihan itu.
Berikan jawapan dalam tiga tempat perpuluhan.
5 markah
26 markah
Tekanan, $P$, di dalam sebiji bola dengan isi padu $V$ adalah berhubung dengan persamaan $\frac{dP}{dV} = 3(V^2 - 4V^5)$. Apabila isi padu bola ialah $1\ \text{m}^3$, tekanan bola tersebut ialah $8\ \text{N/m}^2$.
Cari tekanan bola apabila bola ialah $0.2\ \text{m}^3$.
6 markah
37 markah
Fungsi $f$ ditakrifkan oleh $f: x \to x^2 + 1$ untuk $0 \leq x \leq 2$.
a(i)
Lakarkan graf bagi fungsi $f$ menggunakan paksi-paksi yang diberi.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik mula dan titik akhir, dan nilai-nilai yang ditanda pada paksi.)*
1 markah
a(ii)
Buktikan songsang bagi fungsi $f$ wujud.
Jelaskan jawapan anda.
2 markah
b(i)
Dengan menggunakan paksi-paksi yang sama di (a), lakarkan pantulan graf fungsi $f$ pada $y = x$ untuk domain $1 \leq x \leq 5$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: setiap garis atau lengkung yang dilukis, bentuknya, dan titik mula serta titik akhirnya.)*
2 markah
b(ii)
Ungkapkan fungsi graf yang dilakar di (b) (i) menggunakan tatatanda fungsi.
1 markah
b(iii)
Seterusnya, nyatakan kodomain bagi fungsi $f^{-1}$.
1 markah
49 markah
Dua dron, Dron Alpha dan Dron Beta, terlibat dalam operasi pengawasan di sebuah kawasan hutan. Dron Alpha bergerak melalui titik $K(-2, 4)$ dan $L(10, 10)$, manakala Dron Beta bergerak melalui titik $P(3, 14)$ dan $Q(15, -10)$. Kedua-dua dron bergerak dalam garis lurus tetapi pada ketinggian yang berbeza. Laluan Dron Alpha berserenjang dengan laluan Dron Beta pada titik $T$.
Tentukan,
a
Persamaan untuk laluan yang dilalui oleh Drone Alpha.
Diberi $3^{n+2} - 3^n + 10(3^{n-1}) = k(3^n)$, dengan $k$ adalah suatu pemalar. Cari nilai $k$.
2 markah
Sebuah segi tiga bersudut tegak $ABC$ dengan lebar $AB$, $4 + 3\sqrt{2}$ cm mempunyai keluasan $10 + 8\sqrt{2}$ cm².
Cari,
b(i)
Tinggi $BC$, dalam cm, segi tiga tersebut dalam bentuk $a + b\sqrt{2}$.
2 markah
b(ii)
Panjang, dalam cm, bagi $AC$. Beri jawapan anda tepat kepada 3 angka bererti.
2 markah
68 markah
Persamaan suatu lengkung ialah $y = x^2(6 - x) + 5$.
a
Cari fungsi kecerunan bagi lengkung itu.
1 markah
b
Cari koordinat titik-titik pusingan.
4 markah
c
Seterusnya, tentukan sama ada setiap titik pusingan itu adalah maksimum atau minimum.
3 markah
77 markah
a
Lakarkan graf $y = 2\,\text{kos}\,\frac{2}{3}x + 1$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, bilangan kitaran, nilai maksimum dan minimum, dan titik-titik yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$.)*
4 markah
b
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakarkan satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $2\pi\,\text{kos}\,\frac{2}{3}x = \pi - x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan garis lurus yang anda lakar dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik yang dilaluinya.)*
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Dalam Rajah 2, $KOM$ ialah semibulatan berpusat $L$ dan $KQM$ ialah lengkok bagi bulatan berpusat $P(3.5, 3.5)$.
Diberi bahawa persamaan $KM$ ialah $\frac{x}{3} + \frac{y}{4} = 1$.
Gunakan $\pi = 3.142$.
Hitung perimeter bagi kawasan berlorek, dalam unit.
3 markah
b(ii)
Luas, dalam unit², kawasan berlorek.
4 markah
910 markah
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = x^{a}b$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.5 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 8.5 | 6.0 | 4.9 | 3.5 | 3.1 | 2.3 |
Jadual 1
a
Plot $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada kedua-dua paksi. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $\log_{10} x$ dan $\log_{10} y$ yang anda kira, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
5 markah
Menggunakan graf di 9 (a),
b(i)
Cari nilai $y$ apabila $x = 3.5$,
1 markah
b(ii)
Tulis $y = x^{a}b$ dalam bentuk hubungan linear, seterusnya cari nilai $a$ dan nilai $b$.
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
4 markah
1010 markah
Jisim sebiji buah durian di sebuah kedai buah-buahan adalah bertabur secara normal dengan min 1650 gram. Diberi bahawa kebarangkalian sebiji buah durian yang dipilih secara rawak daripada kedai itu mempunyai jisim kurang daripada 1900 gram ialah 0.8849.
a
Jika seorang pelanggan memilih durian secara rawak dari kedai itu, cari kebarangkalian bahawa jisim durian itu adalah kurang daripada 1500 gram.
5 markah
b(i)
Jika 7 biji durian dipilih secara rawak dari kedai itu, cari kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya 2 biji durian mempunyai jisim kurang daripada 1500 gram.
3 markah
b(ii)
Daleela membeli 25 biji durian dari kedai tersebut. Hitung sisihan piawai durian yang dibeli oleh Daleela mempunyai jisim 1500 gram.
2 markah
1110 markah
Vektor kedudukan bot penyelamat $P$ ialah $\begin{pmatrix} 8 + 16t \\ 2 + 8t \end{pmatrix}$, manakala vektor kedudukan bot rosak $Q$ ialah $\begin{pmatrix} 15 \\ 9 \end{pmatrix} + t\begin{pmatrix} 5 \\ -3 \end{pmatrix}$, $t$ jam selepas meninggalkan pelabuhan $O$.
a
Tentukan halaju bot $P$ dan bot $Q$. Seterusnya, hitung masa yang diambil untuk bot penyelamat $P$ tiba ke bot rosak $Q$.
4 markah
Bot $Q$ akan meneruskan pelayaran ke pelabuhan $A$ yang berdekatan selepas 1 jam pelayaran dari kedudukan asal untuk dibaik pulih.
b(i)
Tentukan kedudukan pelabuhan $A$.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, hitung vektor unit dalam arah bot $Q$ ke pelabuhan $A$.
4 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Dua zarah, $A$ dan $B$, bergerak di sepanjang suatu garis lurus dari titik tetap $O$. Pecutan zarah $A$, $a_A\ \text{ms}^{-2}$, diberi oleh $a_A = 4t - 8$ dan sesaran zarah $B$, $S_B$ m, diberi oleh $s_B = -\frac{t^3}{3} - \frac{7t^2}{2} + 4t + 9$ dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui titik $O$. Halaju zarah $A$ ialah $-10\ \text{ms}^{-1}$ ketika melalui titik $O$.
a
Cari pecutan, dalam $\text{ms}^{-2}$ bagi zarah $A$ ketika $t = 3$.
2 markah
b
Kira jumlah jarak yang dilalui oleh zarah $A$ dalam 6 saat yang pertama.
4 markah
c
Cari nilai $t$ dalam saat, ketika halaju, dalam $\text{ms}^{-1}$ bagi zarah $A$ adalah sama dengan halaju, dalam $\text{ms}^{-1}$ bagi zarah $B$.
4 markah
1310 markah
Rajah 3 menunjukkan sebuah prisma kaca dan lakaran bagi prisma itu. Keratan rentas prisma itu berbentuk segi tiga sama sisi yang berukuran $\sqrt{p}$ cm setiap sisi dan tinggi prisma itu ialah 8 cm. Diberi bahawa panjang $AM$ ialah 10 cm.
a(i)
Hitung nilai $p$.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, tentukan luas segi tiga $ABM$, dalam cm².
4 markah
b
Lakarkan rajah segi tiga mewakili sudut antara satah $ABM$ dengan satah tegak $ABHW$. Seterusnya, hitung sudut tersebut.
*(Huraikan lakaran segi tiga anda dalam perkataan: bucu-bucunya, kedudukan sudut tegak, panjang sisi yang diketahui dan sudut yang dikehendaki.)*
4 markah
1410 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Berikut merupakan perbualan antara Ahmad dengan pembekal roti.
> Ahmad : Hello, adakah ini BreakReady? Saya ingin membeli roti Xtra dan Yummy.
>
> Pembekal : Ya, ini BreakReady. Berapa banyakkah yang anda mahukan?
>
> Ahmad : Saya bercadang agar jumlah roti mestilah tidak melebihi 120 unit. Selain itu, memandangkan roti Yummy lebih mahal, saya mahu memastikan bahawa bilangan roti Yummy adalah selebih-lebihnya tiga kali ganda bilangan roti Xtra.
>
> Pembekal : Baiklah, untuk pengetahuan encik, harga seunit roti Xtra dan Yummy adalah masing-masing RM0.80 dan RM1.60.
>
> Ahmad : Usah risau, saya ingin berbelanja sekurang-kurangnya RM100. Baiklah, tidak mengapa kerana saya akan menerima keuntungan masing-masing RM0.20 dan RM0.30 dengan menjual seunit roti Xtra dan Yummy.
Biar $x$ dan $y$ sebagai bilangan roti Xtra dan Yummy masing-masing yang akan dibeli oleh Ahmad.
a
Selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, tuliskan tiga ketaksamaan untuk memenuhi kekangan yang ditetapkan oleh Ahmad.
3 markah
b
Dengan menggunakan 2 cm kepada 20 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 10 unit pada paksi-$y$, bina dan lorekkan rantau $R$ yang memenuhi kesemua kekangan yang ditetapkan oleh Ahmad.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf dalam 14 (b), carikan,
c(i)
Bilangan roti Xtra yang dibeli oleh Ahmad, sekiranya bilangan roti Xtra sama dengan bilangan roti Yummy.
1 markah
c(ii)
Keuntungan maksimum yang boleh diperoleh oleh Ahmad.
3 markah
1510 markah
Jadual 2 menunjukkan indeks harga bagi empat bahan dalam pembuatan sejenis barang kemas dan agihan penggunaan bahan bagi pembuatannya.
| Bahan | Harga (RM) per unit pada tahun 2020 | Harga (RM) per unit pada tahun 2022 | Indeks harga tahun 2022 berasaskan tahun 2020 | Kegunaan bahan (%) |
|---|---|---|---|---|
| Mutiara | 2.50 | 3.00 | $p$ | 45 |
| Batu kristal | 2.00 | 2.60 | 130 | $m$ |
| Cangkuk | 1.00 | 1.25 | 125 | 10 |
| Tali nilon | 1.60 | $q$ | 150 | $n$ |
Jadual 2
a
Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
3 markah
b
Harga cangkuk dijangka akan meningkat sebanyak 20% dari tahun 2022 ke tahun 2023. Hitung indeks harga untuk cangkuk bagi tahun 2023 berasaskan tahun 2020.
2 markah
Indeks gubahan untuk kos pembuatan barang kemas tersebut pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020 ialah 130.
c(i)
Cari nilai $m$.
3 markah
c(ii)
Jika kos untuk membuat barang kemas pada tahun 2020 ialah RM $k$ lebih murah daripada tahun 2022, cari kos membuat barang kemas pada tahun 2022, dalam sebutan $k$.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini