Rajah 1 di bawah menunjukkan fungsi $f$ yang memetakan set $K$ kepada set $M$ dan fungsi $g$ yang memetakan set $M$ kepada set $N$.
Cari
a
fungsi yang memetakan set $M$ kepada set $K$, dalam sebutan $x$.
1 分
b
$g(x)$.
3 分
25 分
Encik Shuhaimi ingin membeli beberapa ekor kambing, rusa dan lembu untuk projek haiwan ternakannya. Jumlah haiwan yang perlu dibeli ialah 45 ekor. Dia memperuntukkan sebanyak RM82,500 untuk membeli kesemua jenis haiwan ternakannya itu. Seekor kambing berharga RM1,000, seekor rusa berharga RM2,500 dan seekor lembu berharga RM1,500. Jumlah bilangan kambing dan rusa adalah dua kali bilangan lembu.
Berdasarkan pernyataan di atas, diberikan dua persamaan seperti berikut,
$$x + y + z = 45$$
$$1000x + 2500y + 1500z = 82500$$
a
Tuliskan persamaan yang ketiga.
1 分
b
Seterusnya, berapakah bilangan setiap jenis haiwan yang akan dibeli oleh Encik Shuhaimi?
4 分
36 分
Rajah 3 menunjukkan sebuah bekas berbentuk hemisfera.
a
Cari perubahan hampir dalam isipadu bagi sebuah hemisfera apabila jejari berubah daripada 15 cm kepada 15.02 cm.
3 分
b
Isipadu sebuah hemisfera menyusut pada kadar $5.4\pi$ cm$^3$ s$^{-1}$. Cari kadar perubahan jejari hemisfera itu apabila jejari ialah 15 cm.
3 分
46 分
Diberi bahawa $x = a^p$ dan $y = a^q$.
a
Buktikan hukum hasil bahagi logaritma iaitu $\log_a \frac{x}{y} = \log_a x - \log_a y$.
3 分
b
Seterusnya, tunjukkan $\log_2 P - \log_2 Q = 2\log_4 \frac{P}{Q}$.
3 分
56 分
a
Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 7 orang guru akan dipilih daripada 6 orang guru lelaki dan 5 orang guru perempuan. Cari bilangan ahli jawatankuasa berlainan yang boleh dibentuk jika bilangan guru lelaki mesti melebihi guru perempuan.
3 分
b
4 orang guru lelaki dan 3 orang guru perempuan disusun sebaris untuk sesi fotografi. Cari bilangan cara mereka boleh duduk jika 4 orang guru lelaki itu mesti duduk bersebelahan.
3 分
64 分
Diberi suatu fungsi kuadratik $f(x) = 9 - (x - 2)^2$ .
a
Lakar graf $f(x)$ untuk $-1 \le x \le 5$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, koordinat titik pusingan, titik-titik persilangan dengan paksi dan titik-titik hujung graf.)*
3 分
b
Jika graf itu dipantulkan pada paksi-$x$, tulis fungsi kuadratik bagi lengkung itu.
1 分
76 分
Rajah 7 menunjukkan garis lurus $AB$ pada satah Cartes.
a
Terbitkan rumus pembahagi tembereng garis pada satah Cartes.
3 分
b
Seterusnya, diberi titik $P(h, 5)$ membahagi tembereng garis yang menyambungkan titik $A(2, 2)$ dan titik $B(12, k)$ dengan keadaan $AP : PB = 3 : 2$ . Cari nilai $h$ dan $k$.
3 分
84 分
Diberi suatu janjang geometri,
$$a,\ ar,\ ar^2,\ ar^3,\ ar^4,\ \ldots\ldots,\ ar^{n-2},\ ar^{n-1}$$
a
Terbitkan rumus bagi hasil tambah sebutan pertama hingga sebutan ke-$n$ iaitu $S_n = \frac{a(1 - r^n)}{1 - r}$.
3 分
b
Seterusnya, nyatakan julat bagi nilai $r$.
1 分
95 分
Diberi $\int_3^5 f(x)\,dx = 10$ dan $\int_3^5 3[f(x) - qx]\,dx = 6$, cari
a
nilai $q$,
3 分
b
$\frac{1}{2}\int_5^3 f(x)\,dx + 10$
2 分
106 分
Diberi bahawa $\operatorname{kos} x \operatorname{kos} y = \frac{1}{4}$ dan $\sin x \sin y = \frac{3}{8}$ . Cari nilai bagi,
a(i)
$\operatorname{kos}(x - y)$
2 分
a(ii)
$\operatorname{kos}(x + y)$
1 分
b
Seterusnya, cari nilai-nilai yang mungkin bagi $x$ dan $y$ di antara $0^\circ$ dan $90^\circ$.
3 分
117 分
Rajah 11 menggambarkan Ainul dan Juliana ingin berenang dari titik $A$ ke titik $B$ menyeberang sungai yang lebarnya 15 meter.
Ainul berenang dengan halaju malar $V = 13\underset{\sim}{i} - 8\underset{\sim}{j}$ m s$^{-1}$. Terdapat arus tetap $U = 2\underset{\sim}{i}$ m s$^{-1}$ ke kanan. Cari,
a(i)
magnitud halaju Ainul.
3 分
a(ii)
vektor unit dalam arah halaju Ainul.
1 分
Juliana berenang dengan halaju malar $V = 3.0$ m s$^{-1}$. Terdapat arus tetap $U = 2.0$ m s$^{-1}$ ke kanan.
b(i)
Cari vektor paduan bagi halaju Juliana.
1 分
b(ii)
Berapa jauhkah Juliana tersasar dari $B$ ketika dia sampai ke seberang sungai?
2 分
125 分
Rajah 12 menunjukkan graf bagi taburan normal, $X \sim N(\mu, \sigma^2)$.
Diberi luas rantau berlorek ialah 0.295 dan $AB$ ialah paksi simetri bagi graf itu, cari
a
nilai $\mu$ dan $\sigma$.
3 分
b
seterusnya, cari nilai $P(7 \le X \le 15)$ .
2 分
Bahagian B3 题选 2 题已选 0/2
138 分
Rajah 13 menunjukkan satu sektor bulatan dengan pusat $O$. Tembereng berlorek $ABC$ mempunyai ketinggian $MC$ iaitu 6 cm.
$AB$ ialah perentas bagi sektor dengan panjang 16 cm. $M$ ialah titik tengah $AB$. Cari
[Guna $\pi = 3.142$]
a
nilai $r$.
3 分
b
$\measuredangle AOB$ dalam radian.
3 分
c
luas, dalam cm$^2$, tembereng berlorek.
2 分
148 分
a
Diberi persamaan lengkung $y = 5 + 6x^2 - x^3$ melalui titik $P\ (1, 10)$. Cari persamaan tangen kepada lengkung itu pada titik $P$.
4 分
b
Cari koordinat titik pusingan bagi lengkung $y = 5 + 6x^2 - x^3$ .
4 分
158 分
a
Rajah 15 menunjukkan graf garis lurus $\frac{y}{x}$ melawan $\frac{1}{x^2}$ . Suatu garis lurus melalui titik (1, 5) dan (3, $p$) mewakili persamaan $y = \frac{2}{x} + qx$, di mana $p$ dan $q$ ialah pemalar.
Cari nilai $p$ dan $q$.
4 分
b
Jika persamaan bukan linear $\frac{y}{k^{\sqrt{x}}} = p$, di mana $k$ dan $p$ ialah pemalar ditukarkan kepada bentuk $Y = mX + c$, nyatakan $Y$, $X$, $m$ dan $c$ dalam sebutan $x$, $y$, $k$ dan $p$.