Rajah 1 menunjukkan tiga lukisan yang berlainan saiz, $X$, $Y$ dan $Z$ untuk dijual. Jumlah jualan yang diperoleh ialah RM1 240.00. Latif perlu menyimpan 10% daripada harga jualan lukisan $X$, 20% daripada harga jualan lukisan $Y$ dan 30% harga jualan lukisan $Z$ masing-masing untuk kos tempahan bingkai. Jumlah simpanan hasil jualan ialah RM276.00. Harga jualan lukisan $Z$ adalah dua kali harga jualan lukisan $X$. Berapakah harga jualan lukisan bagi setiap lukisan Latif?
7 markah
28 markah
a
Terbitkan rumus sudut berganda bagi $\text{kos}\,2A = \text{kos}^2 A - \sin^2 A$.
2 markah
b
Lakar graf bagi $y = \frac{1}{2}\text{kos}\,2A + \frac{1}{2}$ untuk $0 \leq A \leq 270^\circ$.
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\frac{1}{2}\,\text{kos}^2 A - \frac{1}{2}\,\sin^2 A = \frac{2A}{540^\circ} - \frac{1}{2}$ untuk $0 \leq A \leq 270^\circ$. Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$y$ dan paksi-$A$, persamaan garis lurus yang dilakar dan titik-titik yang dilaluinya; kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 4 menunjukkan sebuah taman permainan $OPQR$. Titik-titik $A$, $B$ dan $C$ adalah kedudukan bangku yang disediakan dan $A$, $B$ dan $C$ adalah segaris.
Diberi bahawa nisbah jarak bangku, $AB : BC = 1 : 3$.
Cari
a(i)
koordinat $A$,
2 markah
a(ii)
luas, dalam m², taman permainan $OPQR$.
3 markah
b
Laluan refleksologi dibina dengan keadaan jarak laluan dari bangku $C$ ialah sentiasa 3 m. Cari persamaan kedudukan laluan itu.
2 markah
59 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 5 menunjukkan kedudukan Michelle sewaktu berlari dalam tempoh masa 5 jam diberikan oleh persamaan lengkung $s = \frac{t}{3}(t^2 - 9t + 24)$ km dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam jam.
a
Cari cerun bagi lengkung itu pada $t = 2.4$.
2 markah
b
Cari kedudukan tepat Michelle pada titik pusingan.
3 markah
c
Seterusnya, menggunakan kalkulus, tunjukkan setiap kedudukan di 5(b) adalah maksimum atau minimum.
4 markah
67 markah
Lee telah menyimpan sejumlah wang dalam masa $n$ bulan. Wang simpanannya bertambah dan membentuk suatu janjang geometri. Diberi bahawa simpanan pada bulan kelima adalah 4 kali simpanan pada bulan ketiga.
a
Hitung nisbah sepunya.
2 markah
Jika jumlah wang yang disimpan ialah RM1 533 dan permulaan simpanan ialah RM3, hitung
b(i)
nilai $n$,
3 markah
b(ii)
simpanan kali terakhirnya.
2 markah
77 markah
a
Rajah 7 menunjukkan sebuah segi empat tepat berukuran $3y$ m panjang dan $2y$ m lebar. Sebahagian daripada segi empat tepat itu dipotong kepada bentuk segi empat sama yang bersisi $y$ meter. Cari julat nilai $y$ jika luas yang berlorek adalah sekurang-kurangnya $(y^2 + 4)$ m².
4 markah
b
Diberi bahawa $\alpha$ dan $\beta$ adalah punca-punca persamaan kuadratik $2x^2 + 6x - 3 = 0$.
Cari nilai bagi $\alpha^2 + \beta^2$.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 8 menunjukkan kedudukan bagi tiga titik dalam satah Cartes.
Cari
a(i)
$\overrightarrow{AB}$ dan $\overrightarrow{AC}$,
3 markah
a(ii)
vektor unit dalam arah $\overrightarrow{BC}$.
4 markah
b
Diberi $\overrightarrow{AD} = k\underline{i} - 15\underline{j}$, dengan keadaan $k$ ialah pemalar dan $\overrightarrow{AD}$ adalah selari dengan $\overrightarrow{BC}$, cari nilai $k$.
3 markah
910 markah
Sebuah kotak mengandungi 4 bungkusan berlabel $P$ dan 3 bungkusan berlabel $Q$. Semasa proses pemeriksaan kualiti, satu bungkusan diambil secara rawak dan labelnya dicatatkan. Pemeriksaan ini dijalankan sebanyak tiga kali. Diberi bahawa $X$ mewakili bilangan kali bungkusan $Q$ diperiksa.
a
Senaraikan $X$ dalam bentuk tatatanda set.
1 markah
b
Lukis gambar rajah pokok untuk mewakilkan semua kesudahan yang mungkin bagi $X$.
*(Huraikan gambar rajah pokok anda dalam perkataan: setiap peringkat, label dan kebarangkalian pada setiap dahan, serta senarai kesudahan dan nilai $X$ bagi setiap kesudahan.)*
4 markah
c
Senaraikan taburan nilai $X$ serta kebarangkalian masing-masing dan lukis satu graf untuk mewakili taburan kebarangkalian tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, serta kedudukan dan tinggi setiap garis yang dilukis.)*
5 markah
1010 markah
Guna kertas graf untuk menyelesaikan soalan ini.
Jadual 10 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $\log_{10} y$, yang diperoleh daripada satu uji kaji. Pemboleh ubah $x$ dan $y$, dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{p}{q^x}$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
| $x$ | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $\log_{10} y$ | 0.45 | 0.31 | 0.20 | 0.09 | −0.05 | −0.18 |
Jadual 10
a
Berdasarkan Jadual 10, bina satu jadual bagi nilai-nilai $y$.
*(Tulis nilai $y$ bagi setiap nilai $x$.)*
1 markah
b
Plot $\log_{10} y$ melawan $x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} y$. Seterusnya, lukiskan garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
c
Seterusnya, gunakan graf di 10(b) untuk mencari nilai
(i) $p$,
(ii) $q$.
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
4 markah
d
Cari nilai $\log_{10} y$ apabila $x = 20$.
2 markah
1110 markah
Rajah 11 menunjukkan lengkung $y = x^2 + 2$ bersilang dengan garis lurus $y = 4 - x$ pada titik $A(1, 3)$ dan paksi-$y$ pada titik $B$.
Cari
a
luas rantau berlorek $R$,
6 markah
b
isi padu yang dijanakan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $y = x^2 + 2$, garis lurus $y = 3$ dan paksi-$y$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$y$.
4 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Satu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$ dengan halaju 15 m s$^{-1}$. Pecutannya, $a$ m s$^{-2}$, diberi oleh $a = 2t - 8$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui titik tetap $O$.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
Cari
a
pecutan awal, dalam m s$^{-2}$, bagi zarah itu,
1 markah
b
halaju minimum, dalam m s$^{-1}$, bagi zarah itu,
3 markah
c
masa, dalam saat, apabila zarah itu berhenti seketika,
2 markah
d
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 5 saat pertama.
4 markah
1310 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 13 menunjukkan sebuah trapezium $ABCD$.
Hitung
a(i)
$\angle ABD$,
2 markah
a(ii)
panjang, dalam cm, bagi $BC$.
2 markah
Garis lurus $BA$ dipanjangkan ke $A'$ dengan keadaan $AD = A'D$.
b(i)
Lakar trapezium $A'BCD$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A'$, $B$, $C$ dan $D$ serta sisi-sisi yang dilukis.)*
1 markah
b(ii)
Hitung luas, dalam cm², bagi $\Delta AA'D$.
5 markah
1410 markah
Jadual 14 menunjukkan indeks harga, perubahan indeks harga dan pemberat bagi empat bahan $P$, $Q$, $R$ dan $S$, yang digunakan untuk membuat sejenis makanan.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020 | Perubahan indeks harga dari tahun 2022 ke tahun 2023 | Pemberat |
|---|---|---|---|
| $P$ | 112 | Tidak berubah | 1 |
| $Q$ | 140 | 10% menyusut | 4 |
| $R$ | $k$ | Tidak berubah | 2 |
| $S$ | 130 | 5% menokok | 3 |
Jadual 14
Hitung
a(i)
harga bahan $Q$ pada tahun 2020 jika harganya pada tahun 2022 ialah RM8.40.
2 markah
a(ii)
harga bahan $S$ pada tahun 2022 jika harganya pada tahun 2020 ialah RM4.50.
1 markah
b
Indeks gubahan bagi kos membuat makanan itu pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020 ialah 132. Hitung nilai $k$.
2 markah
c
Seterusnya, hitung indeks gubahan bagi kos membuat makanan itu pada tahun 2023 berasaskan tahun 2020.
3 markah
d
Hitung kos membuat makanan itu pada tahun 2023 jika kos yang sepadan pada tahun 2020 ialah RM20.
2 markah
1510 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Seorang pengusaha makanan menyediakan $x$ perkhidmatan penghantaran ke Kedai $A$ dan $y$ ke Kedai $B$ setiap hari. Perkhidmatan penghantaran makanan yang disediakan adalah berdasarkan kepada kekangan berikut;
I Jumlah bilangan penghantaran makanan yang disediakan tidak lebih daripada 16.
II Bilangan penghantaran makanan ke Kedai $A$ adalah tidak lebih 3 kali bilangan penghantaran makanan ke Kedai $B$.
III Caj satu penghantaran makanan ke Kedai $A$ ialah RM6 dan ke Kedai $B$ ialah RM3. Jumlah pungutan caj setiap hari adalah tidak kurang daripada RM48.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 2 penghantaran makanan pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf yang dibina di 15(b), cari
c(i)
bilangan minimum pesanan penghantaran makanan ke Kedai $B$ jika 7 pesanan penghantaran makanan ke Kedai $A$ disediakan setiap hari,
1 markah
c(ii)
jumlah keuntungan maksimum sehari jika keuntungan satu penghantaran ke Kedai $A$ ialah RM4 dan keuntungan satu penghantaran makanan ke Kedai $B$ ialah RM2.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini