Rajah 1 menunjukkan segitiga $ABC$. Diberi $AB + BC = 32$ cm. Cari nilai bagi $m$ dan $n$.
7 markah
27 markah
Dua buah kedai Abdullah dan Basir mula menjual baju melayu pada masa yang sama.
a
Kedai Abdullah menjual $x$ pasang baju melayu pada bulan pertama dan jualannya bertambah secara seragam sebanyak $y$ pasang baju melayu pada setiap bulan seterusnya. Kedai itu menjual 210 pasang baju melayu pada bulan ke-7 dan jumlah jualan dalam 9 bulan pertama ialah 1440 pasang baju melayu. Cari nilai $x$ dan nilai $y$.
4 markah
b
Kedai Basir menjual 95 pasang baju melayu pada bulan pertama dan jualannya bertambah secara seragam sebanyak 20 pasang baju melayu pada setiap bulan seterusnya. Jika kedua-dua buah kedai menjual bilangan pasang baju yang sama pada bulan ke-$n$, cari nilai $n$.
3 markah
37 markah
Rajah 3 menunjukkan jalan di sebuah taman perumahan yang membentuk sebuah segi empat tepat $OABC$. Rumah $D$ terletak di jalan $OB$ dan rumah $E$ terletak di jalan $OA$. Diberi $OD = \frac{3}{4}OB$ dan $OE : OA = 1 : 2$. Rumah $Y$ pula terletak di jalan $AB$ yang dipanjangkan dengan keadaan $BY = \frac{1}{2}AB$. Jalan $OA$ diwakili oleh vektor $8\underset{\sim}{a}$ manakala jalan $OC$ diwakili oleh vektor $8\underset{\sim}{b}$.
Ungkapkan vektor yang mewakili jalan berikut dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$.
a(i)
$\overrightarrow{OY}$
1 markah
a(ii)
$\overrightarrow{ED}$
2 markah
b
Buktikan bahawa rumah $E$, $D$ dan $Y$ berada dalam satu garis lurus.
4 markah
48 markah
a
Buktikan bahawa $2\,\text{kot}\,x\,\sin^2 x = \sin 2x$
2 markah
b
Seterusnya, selesaikan persamaan $\text{kot}\,x\,\sin^2 x = \frac{1}{4}$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
3 markah
c
Lakar graf $y = \text{kot}\,x\,\sin^2 x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum pada paksi-$y$, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan bilangan kitaran.)*
3 markah
57 markah
Rajah 5 menunjukkan keratan rentas berbentuk bulatan berpusat $O$ dan jejari 50 cm bagi sebatang kayu balak yang terapung dalam air. Perentas $AC$ berada pada paras permukaan air dan titik tertinggi $B$ adalah 10 cm lebih tinggi daripada permukaan air. Cari,
a
$\measuredangle AOB$ dalam radian.
3 markah
b
panjang lengkok $ABC$.
2 markah
c
luas keratan rentas di atas permukaan air.
2 markah
66 markah
Diberi fungsi kuadratik $f(x) = (2x - 3)(x + 4) + p$, dengan keadaan $p$ ialah pemalar. Apabila $f(x) = 0$, punca-puncanya ialah $\alpha$ dan $\beta$ dimana $\alpha = 4\beta$.
a
Cari nilai $p$.
4 markah
b
Seterusnya, cari julat nilai $x$ apabila $f(x) < 0$.
2 markah
78 markah
a
Diberi $3 - 2\log_3 x = \log_3 y$, ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
5 markah
b
Jika $\frac{3^{2x}}{9^y} = 243$ dan $2^{x-1} \times 4^y = 64$, cari nilai $x$ dan $y$.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 8 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pembolehubah, $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{p^{x^2}}{q}$ dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.0 | 1.5 | 1.8 | 2.0 | 2.5 | 3.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 3.171 | 3.949 | 4.698 | 5.369 | 7.967 | 12.908 |
Jadual 8
a
Berdasarkan Jadual 8, bina satu jadual bagi nilai-nilai $x^2$ dan $\log_{10} y$.
*(Tulis nilai $x^2$ dan $\log_{10} y$ bagi setiap nilai $x$.)*
2 markah
b
Plot $\log_{10} y$ melawan $x^2$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x^2$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} y$. Seterusnya lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Gunakan graf di **8**(b), cari nilai
c(i)
$p$.
*(Nyatakan nilai-nilai yang anda baca atau kira daripada garis lurus penyuaian terbaik anda.)*
3 markah
c(ii)
$q$.
*(Nyatakan nilai-nilai yang anda baca atau kira daripada garis lurus penyuaian terbaik anda.)*
2 markah
910 markah
Rajah 9 menunjukkan garis lurus $\frac{y}{6} - \frac{x}{6} = 1$ menyilang lengkung $4y = x^2 + 12$ pada titik $A$.
a
Cari koordinat $A$.
2 markah
Hitung
b(i)
luas rantau berlorek $P$.
4 markah
b(ii)
isi padu kisaran, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau berlorek $Q$ diputarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$y$.
4 markah
1010 markah
Rajah 10 menunjukkan sebuah segi tiga $OPQ$ dengan keadaan $PS : PQ = 1 : 3$. Diberi bahawa persamaan garis lurus $OP$ ialah $7x - 2y = 0$. Cari
a
nilai $k$.
2 markah
b
koordinat $Q$.
3 markah
c
luas, dalam unit², bagi $\Delta OPQ$.
2 markah
d
persamaan garis lurus yang melalui $S$ dan berserenjang dengan garis lurus $PQ$.
3 markah
1110 markah
Jisim buah durian di sebuah kebun bertaburan normal dengan min 1.936 kg, dan sisihan piawai $\sigma$. Diberi bahawa 7.35% daripada bilangan buah durian itu berjisim lebih daripada 2.5 kg. Cari
a(i)
nilai $\sigma$.
3 markah
a(ii)
kebarangkalian bahawa sebiji durian yang dipilih secara rawak mempunyai jisim kurang daripada 1.5 kg.
2 markah
Dalam sebuah bakul, didapati 84% buah durian adalah elok. Jika satu sampel 8 biji durian dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa
b(i)
tepat 6 biji durian adalah elok.
3 markah
b(ii)
selebih-lebihnya 7 biji durian adalah elok.
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Suatu zarah bermula dari satu titik tetap $O$ dan bergerak di sepanjang satu garis lurus. Selepas $t$ saat, halajunya, $v = m\,s^{-1}$, diberi oleh $v = t^2 - 2t - 24$. Hitung
a
halaju seketika, dalam $m\,s^{-1}$, zarah itu apabila $t = 4$.
2 markah
b
julat nilai $t$, dalam saat, apabila zarah itu bergerak ke kiri.
2 markah
c
halaju minimum, dalam $m\,s^{-1}$ bagi zarah itu.
3 markah
d
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 4 saat yang pertama.
3 markah
1310 markah
Jadual 13 menunjukkan indeks harga bagi tiga bahan $R$, $S$ dan $T$ yang digunakan dalam pengeluaran suatu beg.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2020 berasaskan tahun 2018 | Indeks harga pada tahun 2022 berasaskan tahun 2018 | Kos bahan-bahan |
|---|---|---|---|
| $R$ | 120 | 114 | 2 |
| $S$ | 130 | 130 | 5 |
| $T$ | $h$ | 140 | $2k$ |
Jadual 13
Harga bahan $T$ dalam tahun 2018 ialah RM 10.50 dan harganya pada tahun 2020 ialah RM 12.60. Cari
a(i)
nilai $h$,
2 markah
a(ii)
harga bahan $T$ pada tahun 2022.
1 markah
Indeks gubahan bagi kos pengeluaran beg itu pada tahun 2022 berasaskan tahun 2018 ialah 129.8. Cari
b(i)
nilai $k$,
2 markah
b(ii)
harga sepadan bagi beg itu pada tahun 2018 jika harga pada tahun 2022 ialah RM 150.
2 markah
b(iii)
indeks gubahan bagi kos pengeluaran beg itu pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020.
3 markah
1410 markah
Rajah 14 menunjukkan sisi empat $ABCD$ di mana $\measuredangle ABC$ adalah sudut tirus.
Kira
a(i)
$\measuredangle ABC$
2 markah
a(ii)
$\measuredangle ADC$
2 markah
a(iii)
luas, dalam cm², sisi empat $ABCD$.
4 markah
Segi tiga $AB'C$ mempunyai ukuran yang sama seperti segi tiga $ABC$, iaitu $AC = 15$ cm, $CB' = 9$ cm dan $\measuredangle B'AC = 30^\circ$ tetapi dalam bentuk yang berbeza.
b(i)
Lakar segi tiga $AB'C$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A$, $B'$ dan $C$, panjang sisi dan sudut yang ditanda, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
1 markah
b(ii)
Seterusnya, nyatakan saiz $\measuredangle AB'C$.
1 markah
1510 markah
Sebuah pusat tuisyen menawarkan dua mata pelajaran, iaitu Matematik dan Matematik Tambahan untuk murid-murid Tingkatan Lima. Peserta bagi pusat tuisyen tersebut terdiri daripada $x$ orang murid yang mengambil Matematik dan $y$ orang murid yang mengambil Matematik Tambahan. Yuran tuisyen bagi Matematik dan Matematik Tambahan masing-masing ialah RM 60 dan RM 70. Bilangan murid yang menyertai tuisyen ini adalah berdasarkan kekangan berikut :
I Bilangan maksimum murid yang menyertai tuisyen itu ialah 80 orang.
II Nisbah bilangan murid yang mengambil Matematik kepada murid yang mengambil Matematik Tambahan adalah sekurang-kurangnya 1 : 2.
III Bilangan murid yang mengambil Matematik Tambahan adalah melebihi 20 orang.
a
Tulis tiga ketaksamaan linear yang memenuhi semua kekangan di atas selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 orang murid pada paksi-$x$ dan paksi-$y$, bina dan lorekkan rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di (a).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Berdasarkan graf yang dibina di (b), cari
c(i)
julat bilangan murid yang mengambil Matematik Tambahan jika bilangan murid yang mengambil Matematik ialah 20 orang.
1 markah
c(ii)
jumlah yuran maksimum yang diperoleh pusat tuisyen itu.
*(Nyatakan titik yang anda gunakan.)*
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini