Diberi fungsi $g : x \mapsto 3x + c$, dengan keadaan $c$ ialah pemalar. Jika $g(x)$ memetakan 2 kepada dirinya sendiri, cari nilai bagi $c$.
1 markah
Rajah 1 menunjukkan fungsi $p$ memetakan set $A$ kepada set $B$ dan fungsi $q$ memetakan set $B$ kepada set $C$.
b(i)
Cari, dalam sebutan $x$, fungsi
yang memetakan set $B$ kepada set $A$,
1 markah
b(ii)
$q(x)$.
2 markah
24 markah
Rajah 2 menunjukkan lokus lompatan ikan lumba-lumba keluar dari permukaan air untuk bernafas dan berkomunikasi dengan ikan lumba-lumba yang lain.
a
Cari nilai $k$,
1 markah
b
Bentukkan fungsi bagi lokus lompatan ikan lumba-lumba tersebut dalam bentuk pintasan.
3 markah
35 markah
a
Diberi $y = \frac{1}{9}t^3$ dan $x = 2t - 7$, cari $\frac{dy}{dx}$ menggunakan petua rantai. Seterusnya, cari nilai $\frac{dy}{dx}$ jika $x = 2$.
3 markah
b
Diberi $f'\left[\frac{x}{(3x - 2)^5}\right] = -\frac{2(ax + 1)}{(3x - 2)^6}$ dengan keadaan $a$ ialah pemalar. Cari nilai bagi $a$.
2 markah
47 markah
a
Permudahkan $\frac{3^{n+2} + 15(3^{n-1})}{42}$.
2 markah
b
Diberi bahawa $\frac{1}{7\sqrt{3}} = \frac{a\sqrt{b}}{21}$. Nyatakan nilai $a$ dan nilai $b$.
2 markah
c
Tunjukkan bahawa $\log_9 xy = \log_3 \sqrt{x} + \log_3 \sqrt{y}$.
3 markah
56 markah
a
Jika $x$ dan $y$ ialah integer positif satu digit dan $2.\dot{x}\dot{y} = p + \frac{xy}{q}$ dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar, cari nilai $p$ dan nilai $q$.
2 markah
b
Rajah 5 menunjukkan Kumar sedang memanjat sebatang tiang licin dalam satu pertandingan.
Ketinggian Kumar memanjat direkodkan setiap 3 saat dan data berikut diperoleh:
1 m, 95 cm, 90 cm, …
Untuk memenangi pertandingan ini, Kumar perlu mendapatkan bendera Malaysia yang diletakkan di puncak tiang pada ketinggian 1060 cm. Adakah Kumar berjaya? Berikan justifikasi anda.
4 markah
64 markah
Diberi titik-titik $(1, 0.1)$ dan $(10, 10)$ terletak di atas lengkung yang menghubungkan pemboleh ubah $x$ dan $y$. Satu garis lurus diperoleh dengan memplot $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$. Garis lurus ini mempunyai kecerunan $p$ dan melalui titik $(q, 3)$ dengan keadaan $p$ dan $q$ adalah pemalar.
Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
4 markah
76 markah
Rajah 7 menunjukkan tapak perkhemahan pengakap. $ABCD$ ialah khemah-khemah yang dipasang pada bucu-bucu sebuah rombus. Koordinat bagi khemah $A$ dan $B$ masing-masing ialah $(-1, 5)$ dan $(7, 6)$. Khemah $M(1, 2)$ ialah khemah urusetia yang terletak di tengah-tengah $ABCD$.
a
Cari koordinat khemah $D$.
1 markah
b
Satu tali diregangkan di antara khemah $B$ dan khemah $C$. Cari persamaan tali tersebut dalam bentuk am.
3 markah
c
Pita keselamatan akan dipasang di antara khemah $D$ dan $M$ bagi memastikan keselamatan murid-murid perempuan yang bermalam di khemah $D$. Jarak pita keselamatan dari khemah $D$ dan khemah $M$ adalah sentiasa sama. Cari persamaan lokus pita keselamatan.
2 markah
86 markah
Rajah 8 menunjukkan pergerakan Afiqah dan Imran yang dilukis pada satah Cartes.
a(i)
Afiqah bergerak dari $O$ ke $Q$ melalui $A$ dan $B$ dengan keadaan titik $Q$ ialah titik tengah bagi $BC$. Nyatakan magnitud sesaran bagi Afiqah.
2 markah
a(ii)
Imran pula bergerak dari titik $A$ ke titik $C$. Dengan menggunakan hukum segi tiga, ungkapkan pergerakan Imran dalam bentuk vektor lajur.
2 markah
b
Jika $\overrightarrow{AP} = \frac{2}{3}\overrightarrow{AC}$. Cari vektor unit dalam arah $\overrightarrow{AP}$.
2 markah
95 markah
Hassan, seorang graduan pertanian dari universiti tempatan, memiliki sebidang tanah berbentuk segi empat tepat seperti dalam Rajah 9. Bagi menambah pendapatan keluarga, Hassan bercadang untuk menanam strawberi dan anggur di tanah tersebut dan menjadikan kawasan ini sebagai satu kawasan tarikan pelancong. Anggur ditanam di tembereng sebuah bulatan berpusat $P$ manakala strawberi ditanam di tembereng sebuah bulatan berpusat $Q$.
Diberi nisbah jejari tanaman anggur kepada jejari tanaman strawberi ialah $1 : \sqrt{3}$. Sudut sektor minor $\angle MPN = \frac{2}{3}\pi$ rad dan sudut sektor major $\angle MQN = \frac{5}{3}\pi$. Kawasan berlorek dipasang jubin sebagai laluan pelancong. Jika $s$ ialah jejari bulatan berpusat $P$ dan luas tanah ialah $k$ unit$^2$, tunjukkan bahawa luas jubin ialah $k - s^2\left(\frac{19}{6}\pi + \sqrt{3}\right)$ unit$^2$.
5 markah
106 markah
Rajah 10 (a) menunjukkan sebuah mangkuk berbentuk hemisfera dan Rajah 10 (b) menunjukkan keratan rentas mangkuk tersebut. Mangkuk ini diisi air dan diletakkan di kawasan terbuka bagi menguji kadar penyejatan semasa fenomena El Nino melanda negara.
Diberi jejari mangkuk ialah 10 cm dan ketinggian air di dalam mangkuk ialah $h$ cm.
a
Tunjukkan luas permukaan air, $A$ cm$^2$, di dalam mangkuk tersebut ialah $A = \pi(20h - h^2)$.
3 markah
b
Ralat sebanyak 2% dicatatkan bagi perubahan kecil dalam tinggi air. Cari perubahan kecil bagi luas permukaan air dalam sebutan $\pi$.
3 markah
114 markah
a
Diberi $\sin A = p$, dengan keadaan $A$ ialah sudut cakah, ungkapkan $\operatorname{kot} A$ dalam sebutan $p$.
2 markah
b
Selesaikan persamaan $\operatorname{kos} x \sin x = \frac{1}{2}$ untuk $180^\circ \le x \le 360^\circ$.
2 markah
127 markah
Rajah 12 menunjukkan bentuk-bentuk pasu dari dinasti berbeza yang berjaya ditemui semasa proses penggalian di beberapa kawasan arkeologi oleh seorang ahli arkeologi. Bilangan pasu yang ditemui direkodkan dalam jadual 12.
Ahli arkeologi ini ingin menyusun semua pasu ini di rak pameran dua tingkat. Cari bilangan cara semua pasu ini boleh disusun dengan syarat bilangan pasu di tingkat atas adalah kurang daripada bilangan pasu di tingkat bawah.
3 markah
b
Seminggu kemudian, ahli arkeologi menemui sebuah lagi pasu Rolwagen dan dua buah pasu Begonia. Cari bilangan cara untuk menyusun semula semua pasu di tingkat bawah sahaja dengan syarat pasu Rolwagen diletakkan bersebelahan.
2 markah
c
Seorang peminat tembikar telah membeli pasu-pasu tersebut satu bagi setiap jenis untuk dipamerkan di galerinya. Cari bilangan cara pasu-pasu tersebut boleh disusun dalam satu bulatan dengan syarat Pasu Plum dan pasu Rolwagen tidak diletakkan bersebelahan.
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Rajah 13 menunjukkan graf taburan normal bagi jisim Musang King dari Dusun Durian Lin.
Musang King dari Dusun Durian Lin digredkan mengikut jisim seperti dalam Jadual 13.
| Gred | Jisim (kg) |
|---|---|
| $A$ | $\ge 1.7$ |
| $B$ dan $C$ | $< 1.7$ |
Jadual 13
Diberi 63% daripada Musang King dari Dusun Lin adalah Gred $A$.
a
Cari nilai sisihan piawai bagi taburan normal tersebut.
3 markah
b
Diberi peratus Musang King Gred $B$ ialah 26.53%. Cari julat jisim Musang King Gred $B$ tersebut.
3 markah
c
Seterusnya, cari bilangan Musang King Gred $C$ jika jumlah Musang King dari Dusun Durian Lin ialah 1200 biji.
2 markah
148 markah
Rajah 14(a) menunjukkan keratan rentas sebuah jag air minuman berbentuk silinder dan Rajah 14(b) pula menunjukkan keratan rentas sebuah gelas yang digunakan untuk Majlis Perpisahan Cikgu Cendana.
Diberi isipadu maksimum air dalam jag adalah $972\pi$ ml dan diameter permukaan air dalam jag ialah 18 cm. $d$ dan $t$ masing-masing adalah $\frac{1}{3}$ daripada diameter air dalam jag dan tinggi maksimum air dalam jag.
a
Cari nilai $t$, dalam cm.
2 markah
b
Cari nilai $k$ dan persamaan lengkung bagi air dalam gelas itu jika fungsi kecerunannya ialah $kx$ dengan keadaan $k$ adalah pemalar.
3 markah
c
Andaikan air diisi maksimum ke dalam gelas dan jag, berapakah jumlah gelas yang diperlukan jika 3 jag air disediakan dalam Majlis Perpisahan Cikgu Cendana.
3 markah
158 markah
Rajah 15(a) menunjukkan sebuah buaian yang diikat pada dua batang kayu penyangga dengan keadaan titik terendah buaian tersebut berada pada ketinggian $h$ m di atas permukaan air.
Fungsi ketinggian buaian dari permukaan air boleh diwakili oleh $f(x) = \frac{2}{3}x^2 - \frac{4}{3}x + 1$, dengan keadaan $x$, dalam meter, ialah jarak mengufuk diukur dari kayu penyangga di sebelah kiri.
a
Hitung nilai $h$.
3 markah
Seorang pelancong berbaring di buaian tersebut menyebabkan buaian itu turun sebanyak 0.5 meter seperti dalam Rajah 15(b).
b(i)
Tunjukkan, dengan menggunakan pembezalayan, buaian berada di bawah paras air apabila pelancong berbaring di buaian tersebut.
3 markah
b(ii)
Cari domain bahagian badan pelancong yang berada di bawah permukaan air.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini