Rajah 1 menunjukkan sudut $\theta_1$, sudut $\theta_2$ dan garis lurus $L_1$ selari dengan garis lurus $L_2$.
Dengan menggunakan maklumat di atas, tunjukkan kecerunan kedua-dua garis itu, $m_1$ dan $m_2$, adalah sama.
2 markah
b
Diberi empat titik, $P(-6, 1)$, $Q(1, -2)$, $R(0, 5)$ dan $S(-3, h)$. Jika $PQ$ berserenjang dengan $RS$, cari nilai pemalar $h$.
3 markah
25 markah
Rajah 2 menunjukkan draf logo untuk syarikat makanan berbentuk bulatan $ABC$ berpusat di $O$.
Diberi bahawa jejari bulatan itu adalah 6 cm dan segi tiga $ABC$ adalah sebuah segi tiga sama sisi.
a
Tunjukkan bahawa luas sektor $OAB$, $L$ diungkapkan sebagai
$$L = \frac{1}{2}j^2\theta$$
2 markah
b
Seterusnya, ungkapkan luas rantau kuning dalam sebutan $\pi$ dan $\sqrt{3}$.
3 markah
36 markah
a
Rajah 3 menunjukkan graf bagi $y = 2x^2 + 2x + 2$.
Berdasarkan Rajah 3, cari julat nilai kecerunan, $m$ bagi garis lurus $OB$.
3 markah
Fungsi $T(x) = -5x^2 + 30x$ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 mewakili tinggi, dalam m, bunga api, $x$ saat selepas dilancarkan. Bunga api itu meletup pada titik tertinggi. Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, tentukan
b(i)
bilakah bunga api itu meletup?
2 markah
b(ii)
pada ketinggian berapakah bunga api itu meletup?
1 markah
45 markah
a
Terangkan perbezaan antara sistem persamaan linear dalam tiga pemboleh ubah yang mempunyai **penyelesaian tak terhingga** dengan **tiada penyelesaian**?
1 markah
b
Selesaikan sistem persamaan linear yang berikut:
$$\begin{gathered} x + y + z = 2 \\ y - 3z = 1 \\ 2x + y + 5z = 0 \end{gathered}$$
4 markah
55 markah
a
Selesaikan persamaan :
$$16^{2x}(64) = 4^x$$
2 markah
b
Diberi bahawa $\log_3 p + \log_9 k = 3$, bentukkan satu persamaan dalam sebutan $p$ dan $k$.
3 markah
64 markah
Rajah 5 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = -x^3(x - 3) + 4$.
a
Cari koordinat titik bagi dua titik pegun $P$ dan $Q$.
2 markah
b
Seterusnya, tentukan sifat bagi titik pegun $P$ menggunakan kaedah lakaran tangen.
*(Huraikan jadual lakaran tangen anda dalam perkataan: nilai-nilai $x$ yang dipilih, nilai dan tanda $\frac{dy}{dx}$, arah lakaran tangen dan bentuk lakaran graf.)*
2 markah
76 markah
a
Diberi $\int_{-3}^{5} f(x)\,dx = 7$, cari $\int_{-3}^{5} [2f(x) - 3x]\,dx$.
3 markah
Rajah 6 menunjukkan graf bagi suatu lengkung $y = f(x)$ dan garis lurus $y = g(x)$.
b(i)
Diberi $\int_0^p f(x)\,dx - \int_0^p g(x)\,dx = 10$.
Pada Rajah 6, lorekkan rantau yang diwakili oleh $\int_0^p f(x)\,dx - \int_0^p g(x)\,dx$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: garis atau lengkung yang membatasinya dan had-had nilai $x$.)*
1 markah
b(ii)
Cari $\int_0^p f(x)\,dx$ dalam sebutan $p$ dan $q$.
2 markah
86 markah
a
Tukarkan persamaan bukan linear $y = p\sqrt{x} - \frac{q}{x}$ kepada bentuk linear $Y = mX + c$, di mana $p$ dan $q$ ialah pemalar. Seterusnya, nyatakan paksi-$Y$ dan paksi-$X$ bagi persamaan linear tersebut.
2 markah
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ memenuhi persamaan $y^4 = xe^A$, dengan keadaan $A$ ialah pemalar. Graf $\ln y$ melawan $\ln x$ ialah garis lurus.
b(i)
Cari kecerunan garis lurus tersebut.
2 markah
b(ii)
Diberi bahawa garis lurus itu menyilang paksi-$\ln y$ pada $\ln y = 0.5$, cari nilai $A$.
2 markah
95 markah
Diberi bahawa $\overrightarrow{PQ} = 4\underline{i} - 6\underline{j}$, $\overrightarrow{PR} = 2\underline{i} + 4\underline{j}$ dan $\overrightarrow{QR} = -2\underline{i} + 10\underline{j}$. $T$ berada pada garis $QR$ supaya $QT = 3TR$. Cari
a
vektor $\overrightarrow{PT}$ dalam sebutan $\underline{i}$ dan $\underline{j}$,
3 markah
b
vektor unit bagi $\overrightarrow{PT}$.
2 markah
105 markah
a
Permudahkan $(3 + 2\sqrt{h})(14 + 2\sqrt{h})$.
2 markah
b
Rajah 7 menunjukkan sebuah trapezium $ABCD$
Diberi panjang $AD$ dan $BC$ ialah $6 + 4\sqrt{h}$ dan $8 - 2\sqrt{h}$ masing-masing. Tinggi trapezium itu ialah separuh daripada panjang $AD$ dan luas trapezium $ABCD$ ialah $27 + 17\sqrt{h}$. Cari nilai $h$.
3 markah
116 markah
Rajah 8 menunjukkan graf bagi fungsi $f(x) = |m + 2x|$ untuk domain $0 \le x \le 6$.
Cari
a
nilai $m$ dan $n$.
3 markah
b
julat bagi fungsi itu.
1 markah
c
nilai-nilai $x$ jika $f(x) \ge 2$.
2 markah
126 markah
a
Tunjukkan ${}^{n}C_1 = n$.
2 markah
Cari bilangan cara sekumpulan 6 pelajar bernama Amin, Amutha, Budi, Ben, Chong dan Danny agar mereka dapat duduk di sebuah meja bulat dengan syarat
b(i)
Amin dan Amutha mesti duduk bersebelahan,
2 markah
b(ii)
Amin dan Amutha tidak boleh duduk bersebelahan.
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
a
Lakar graf $y = -3\operatorname{kos} 2x$ untuk $0 \le x \le \frac{3}{2}\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, nilai-nilai $x$ yang ditanda pada paksi-$x$ dan bilangan kitaran.)*
3 markah
b
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu graf yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\frac{\pi}{x} + 6\cos 2x = 0$ untuk $0 \le x \le \frac{3}{2}\pi$. Nyatakan bilangan penyelesaiannya.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: persamaan graf yang anda lakar dan bentuknya.)*
3 markah
c
Dua penyelesaian diperoleh jika $y = \frac{3p}{2}$ dilakarkan pada paksi-paksi yang sama di 13(b), dengan keadaan $p$ ialah pemalar. Cari nilai-nilai $p$.
2 markah
148 markah
a
Jika $a$ ialah sebutan pertama dan $r$ ialah nisbah sepunya bagi suatu janjang geometri, tunjukkan bahawa hasil tambah ketakterhinggaan bagi janjang itu ialah
$$S_\infty = \frac{a}{1 - r}, \quad |r| < 1$$
2 markah
Rajah 9 menunjukkan satu corak yang berulang sehingga ketakterhinggaan yang terdiri daripada segi empat sama dan segi tiga berlorek. Panjang sisi segi empat sama yang besar ialah 6 cm.
b(i)
Cari
panjang tapak bagi segi tiga yang ke-5.
2 markah
b(ii)
luas kawasan berlorek, dalam unit cm$^2$.
4 markah
158 markah
a
Diberi bahawa $X$ pemboleh ubah rawak diskrit dengan keadaan $X \sim B(6, p)$ dan $P(X = 6) = \frac{1}{64}$. Cari nilai $p$.
3 markah
Taburan kebarangkalian bagi satu pemboleh ubah rawak diskret $X = \{0, 1, 2, 3, 4\}$ diberi oleh $P(X = r) = m(2r + 1)$ bagi setiap nilai $r$.
b(i)
Cari nilai $m$.
3 markah
b(ii)
Lukis satu graf bagi taburan kebarangkalian $X$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai kebarangkalian bagi setiap nilai $r$ dan bentuk graf yang anda lukis.)*
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini