Apakah nilai $a$ yang menjadikan sistem berikut :
$$x + 2y - 3z = 4$$
$$3x - y + 5z = 2$$
$$4x + y + (a^2 - 14)z = a + 2$$
a
tidak mempunyai penyelesaian.
4 markah
b
mempunyai penyelesaian tidak terhingga.
2 markah
28 markah
Diberi bahawa $f(x) = px + q$ dan $f^3(x) = 8x + 14$.
a
Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
3 markah
b
Cari $f^{-1}(-6)$.
2 markah
c
Ungkapan bagi $f^4(x)$ dan seterusnya tentukan rumus umum $f^n(x)$, di mana $n$ ialah integer positif.
3 markah
37 markah
Rajah 1 menunjukkan sepotong kek yang dipotong seragam oleh Farah dari sebiji kek berdiameter 30 cm membentuk sebuah sektor bulatan. Panjang lengkok potongan kek itu ialah 10.47 cm dan tebal kek itu ialah 8 cm.
Cari
a
jumlah keratan kek yang diperoleh oleh Farah dari sebiji kek itu,
3 markah
b
jumlah luas permukaan sepotong kek itu.
4 markah
47 markah
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen sedang dijalankan untuk mengkaji kesan jisim terhadap inersia sesuatu objek. Inersia suatu objek ialah sifat semulajadinya yang menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan rehat atau gerakan.
Tin diisi dengan pasir mengikut tertib jisimnya dalam satu janjang aritmetik kemudian digantung pada palang. Diberi bahawa jisim pasir paling ringan ialah 0.8kg dan jisim pasir paling berat ialah 1.18kg. Beza jisim tin berisi pasir bersebelahan ialah 0.02kg.
Cari
a(i)
bilangan tin yang digunakan dalam eksperimen ini.
2 markah
a(ii)
jisim pasir keseluruhan yang digunakan.
2 markah
b
Daya yang sama digunakan untuk menghayunkan kesemua tin yang berisi pasir. Masa yang diambil untuk tin berisi pasir berhenti berayun dicatat. Didapati masa yang diambil untuk tin berisi pasir berhenti juga berubah secara janjang aritmetik dimana tin paling ringan mencatat masa berhenti paling cepat iaitu 3.5 minit manakala tin yang paling berat mengambil masa paling lama untuk berhenti iaitu $X$ minit. Jika nisbah beza sepunya jisim tin kepada beza sepunya masa yang diambil untuk tin berhenti ialah 1:25, cari nilai $X$.
3 markah
56 markah
Rajah 3 menunjukkan graf garis lurus $ACB$ dan $CDE$ dalam satah Cartesan.
Titik $A$ dan titik $B$ masing-masing terletak di atas paksi-$x$ dan paksi-$y$. Titik $C$ ialah titik tengah $AB$.
a
Diberi $ED : EC = m : m+n$, cari nilai bagi $m : n$.
3 markah
b
Satu titik $P$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik $B$ adalah separuh daripada jaraknya dari titik $E$. Cari persamaan lokus $P$.
3 markah
68 markah
Rajah 4 menunjukkan sebahagian daripada graf fungsi $f(x) = 2x^2 - (n - 1)x + 7$ dengan keadaan $m$ dan $n$ adalah pemalar.
a
Cari nilai $m$ dan nilai $n$ jika $m < 1$.
5 markah
b
Ungkapkan $f(x)$ dalam bentuk vertex. Seterusnya nyatakan persamaan paksi simetri.
3 markah
78 markah
a
Buktikan bahawa
$$(\sin x - \cos x)^2 = 1 - \sin 2x$$
2 markah
b
Lakarkan graf fungsi trigonometri $y = 1 - \sin 2x$ bagi domain $0 \leq x \leq \frac{3}{2}\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$y$ dan paksi-$x$ (titik mula, titik akhir, nilai maksimum dan minimum) dan bilangan kitaran.)*
3 markah
Seterusnya, cari
c(i)
nilai maksimum $y$ dalam domain itu.
1 markah
c(ii)
bilangan penyelesaian bagi persamaan $1 - \sin 2x = k + 1$ untuk $-1 < k - 1 < 0$.
2 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Dalam rajah 5, $OAB$ ialah sebuah segitiga. Diberi $\overrightarrow{OP} = \frac{2}{3}\overrightarrow{OA}$, $\overrightarrow{AB} = 2\overrightarrow{AQ}$, $\overrightarrow{OR} = \frac{4}{5}\overrightarrow{OQ}$, $\overrightarrow{OA} = 9h$ dan $\overrightarrow{OB} = 4k$.
Ungkapkan dalam sebutan $h$ dan/atau $k$.
a(i)
$\overrightarrow{PB}$
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{OQ}$
1 markah
b
Seterusnya, buktikan bahawa titik $P$, $R$ dan $B$ adalah segaris.
4 markah
c
Diberi luas $PAB$ ialah $12\ \text{cm}^2$ ialah, cari luas segitiga $OAB$.
3 markah
910 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi 2 pembolehubah $x$ dan $y$ yang diperolehi dari suatu eksperimen. Pembolehubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = rs^{2x-1}$, dengan keadaan $r$ dan $s$ ialah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.24 | 0.35 | 0.5 | 0.72 | 1.03 | 1.49 |
Jadual 1
a
Berdasarkan jadual 1, bina jadual bagi nilai-nilai $\log_{10} y$ dan $(2x - 1)$.
*(Tulis nilai $(2x - 1)$ dan $\log_{10} y$ bagi setiap nilai $x$ dalam bentuk jadual.)*
2 markah
b
Plot $\log_{10} y$ melawan $(2x - 1)$ menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} y$ dan 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$(2x - 1)$. Seterusnya lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Gunakan graf di (b) untuk mencari nilai
c(i)
$r$
*(Nyatakan nilai yang anda baca daripada graf anda.)*
3 markah
c(ii)
$s$
*(Nyatakan nilai yang anda baca daripada graf anda.)*
1 markah
c(iii)
$\log_{10} y$ bila $x = 2.5$
*(Nyatakan nilai yang anda baca daripada graf anda.)*
1 markah
1010 markah
Kajian ke atas bekas pelajar SMK Seri menunjukkan bahawa 70% daripada mereka melanjutkan pelajaran di institusi tempatan.
a(i)
Jika 10 orang bekas pelajar SMK Seri dipilih secara rawak, cari kebarangkalian tidak lebih daripada 2 orang pelajar melanjutkan pelajaran di institusi tempatan.
3 markah
a(ii)
Didapati bahawa seramai 280 pelajar melanjutkan pelajaran mereka di institusi tempatan. Cari jumlah bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian tersebut.
2 markah
Jisim pelajar sebuah universiti adalah bertaburan secara normal dengan min $m$ kg dan varians 25 kg.
Cari
b(i)
nilai $m$, jika 8 % daripada pelajar-pelajar itu mempunyai jisim melebihi 70 kg,
3 markah
b(ii)
kebarangkalian bahawa seorang pelajar yang dipilih secara rawak dari universiti itu mempunyai jisim kurang daripada 50 kg.
2 markah
1110 markah
a
Rajah 7 menunjukkan bahawa lengkok $OPQR$ ialah sebahagian daripada graf $x^2 + y^2 = 16$ yang simetri pada paksi-$x$. Diberi bahawa $OPQR$ ialah sektor bulatan berpusat di $O$ dan $\angle POR = 120^\circ$.
Cari isipadu janaan, dalam sebutan $\pi$ apabila sektor $OPQR$ diputarkan melalui $180^\circ$ pada paksi-$x$.
6 markah
b
Rajah 8 menunjukkan satu lengkung $f(x) = 2x^2 - 3x + 2$ dan garis lurus $AB$ adalah normal kepada lengkung itu pada titik $A$.
Garis lurus $AB$ adalah selari dengan garis lurus $5y = 10 - x$. Cari persamaan tangen kepada lengkung itu pada titik $A$.
4 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 9 menunjukkan sebuah kuboid $ABCDEFGH$.
Diberi $EF = 14$ cm, $FG = 10$ cm, dan $CG = 8$ cm. $M$ ialah titik tengah bagi $AD$.
Cari
a
$\angle FCM$
4 markah
b
$\angle CMF$
2 markah
c
Luas bagi segitiga $FCM$.
2 markah
d
Jarak terdekat dari $M$ ke $CF$.
2 markah
1310 markah
Jadual 2 menunjukkan indeks harga pada tahun 2023 berasaskan tahun 2022 bagi lima jenis bahan yang digunakan untuk membuat Kek Biscoff Coklat.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2023 ($2022 = 100$) |
|---|---|
| $A$ | 137 |
| $B$ | 90 |
| $C$ | $h - 2$ |
| $D$ | $2h$ |
| $E$ | 125 |
Jadual 2
Cari
a(i)
harga sepadan bagi bahan $A$ pada tahun 2022 jika harga bahan $A$ pada tahun 2023 ialah RM 20.00.
2 markah
a(ii)
harga bahan $E$ pada tahun 2022 dan tahun 2023 jika harga bahan $E$ pada tahun 2023 adalah RM 8.00 lebih mahal daripada harganya pada tahun 2022.
2 markah
b
Indeks gubahan bagi harga bahan-bahan itu pada tahun 2023 berasaskan tahun 2022 ialah 127. Cari nilai $h$.
2 markah
c
Diberi bahawa indeks gubahan bagi membuat sebiji Kek Biscoff Coklat dijangka meningkat sebanyak 43% daripada tahun 2022 ke tahun 2024. Hitung jangkaan harga kos membuat sebiji Kek Biscoff Coklat pada tahun 2024 jika kos yang sepadan pada tahun 2023 ialah RM 85.00.
4 markah
1410 markah
Amsyar memperuntukkan RM200 untuk membeli $x$ buku kerja dan $y$ buku rujukan. Jumlah bilangan buku yang dibeli tidak kurang daripada 20. Bilangan buku kerja yang dibeli adalah selebih-lebihnya dua kali bilangan buku rujukan. Harga sebuah buku kerja ialah RM10 dan harga sebuah buku rujukan ialah RM5.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 buku pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
c
Amsyar membeli 15 buku rujukan. Menggunakan graf yang dibina di 14(b), cari baki wang yang maksimum.
4 markah
1510 markah
Satu zarah bergerak di sepanjang garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halaju $v\ \text{ms}^{-1}$ diberi oleh $v = 8 + 2t - t^2$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui titik $O$.
[Anggapkan Gerakan ke arah kanan sebagai arah positif]
Cari,
a
halaju awal, dalam $\text{ms}^{-1}$, bagi zarah itu,
1 markah
b
nilai $t$ dalam saat, apabila zarah itu berhenti seketika,
3 markah
c
halaju maksimum, dalam $\text{ms}^{-1}$, bagi zarah itu,
3 markah
d
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui zarah itu dalam 6 saat pertama.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini