Diberi fungsi $f(x) = 3x + 2$ dan $fg(x) = \frac{2x + 5}{x - 2}, x \neq 2$, cari $gf(x)$.
3 markah
b
Kedai Perabot Bahagia ingin memberi dua jenis tawaran kepada pelanggannya iaitu diskaun 20% dan rebat RM100 berdasarkan pembelian RM$x$. Diberi fungsi $f(x)$ mewakili harga selepas diskaun dan fungsi $g(x)$ mewakili harga selepas rebat.
Sebagai pemilik kedai, anda perlu membuat keputusan yang mana lebih memberi keuntungan kepada kedai sama ada memberi rebat RM100 sebelum atau selepas diskaun. Beri justifikasi keputusan anda dengan menggunakan fungsi gubahan dan nyatakan fungsi gubahan yang dipilih.
4 markah
37 markah
Hazim menjual $x$ kek pisang, $y$ kek oren dan $z$ kek coklat. Kos untuk membuat sebiji kek pisang ialah RM4, sebiji kek oren ialah RM6 dan sebiji kek coklat ialah RM10. Beliau menghasilkan sejumlah 250 biji kek pada bulan tertentu dengan kos sebanyak RM1 550. Harga jualan bagi sebiji kek pisang ialah RM 10, sebiji kek oren ialah RM15 dan sebiji kek coklat ialah RM20.
Cari bilangan bagi setiap jenis kek yang telah dihasilkan jika jumlah jualan pada bulan tersebut ialah RM3 450.
7 markah
46 markah
Sebiji batu telah dilontarkan ke atas dari puncak sebuah tebing mengadap laut. Laluan batu tersebut diwakili oleh fungsi $h(t) = -2t^2 + 8t + 25$, dengan $t$ ialah masa dalam saat dan $h$ ialah ketinggian batu, dalam m, dari aras laut.
a(i)
Ungkapkan $h(t) = -2t^2 + 8t + 25$, sebagai $h(t) = a(t - p)^2 + q$, dengan keadaan $a$, $p$ dan $q$ ialah pemalar.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, tentukan masa, dalam saat dan ketinggian, dalam m, ketika batu itu mencapai ketinggian maksimum.
2 markah
b
Cari masa, dalam saat, ketika batu itu menyentuh permukaan laut.
2 markah
58 markah
Rajah 1 menunjukkan sisi empat $ABCD$. Garis lurus $AC$ dan garis lurus $BD$ bersilang pada titik $E$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{AB} = \underset{\sim}{x}$, $\overrightarrow{BC} = 4\underset{\sim}{y}$ dan $AB = \frac{1}{5}DC$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan/atau $\underset{\sim}{y}$
a(i)
$\overrightarrow{AC}$,
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{DB}$.
1 markah
Diberi bahawa $\overrightarrow{CE} = h\overrightarrow{CA}$ dan $\overrightarrow{DE} = k\overrightarrow{DB}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
Ungkapkan $\overrightarrow{CE}$
b(i)
dalam sebutan $h$, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$,
1 markah
b(ii)
dalam sebutan $k$, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$.
Seterusnya, cari nilai $h$ dan nilai $k$.
Seterusnya, selesaikan persamaan $2\sin(x + 90^\circ)\sin(x - 90^\circ) + 1 = \frac{1}{2}$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
3 markah
b
Lakar graf $y = |2\,\text{kos}\,2x|$ untuk $0 \leq x \leq \frac{3}{2}\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$ (titik mula, titik akhir, nilai maksimum dan minimum) dan bilangan kitaran.)*
3 markah
77 markah
Rajah 2 menunjukkan satu garis lurus $AB$ menyilang lengkung $y = g(x)$ pada titik $B$.
Fungsi kecerunan lengkung itu ialah $-2x$.
a
Cari persamaan lengkung itu.
3 markah
b
Hitung isipadu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung, garis lurus $AB$ dan garis lurus $y = 1$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$y$.
4 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Nurseri Rafflesia mempunyai 200 anak pokok mangga. Ketinggian, dalam cm, anak-anak pokok itu bertabur secara normal dengan min 50 cm dan sisihan piawai 40.5 cm.
Nyatakan
a(i)
jenis pembolehubah rawak untuk taburan normal tersebut,
1 markah
a(ii)
tatatanda yang digunakan bagi mewakili taburan normal tersebut.
1 markah
b
Jika satu anak pokok dipilih secara rawak dari nurseri itu, cari jumlah bilangan anak pokok yang mempunyai ketinggian kurang daripada 50 cm atau melebihi 80 cm.
5 markah
c
Cari nilai $q$ jika 15% daripada anak pokok itu mempunyai ketinggian antara $q$ cm dan 80 cm.
3 markah
910 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 3 menunjukkan sisi empat $OPQR$. Titik-titik $A$, $B$ dan $C$ adalah segaris.
Diberi persamaan garis lurus $PQ$ ialah $y = \frac{2}{3}x + \frac{26}{3}$.
a
Jika $BC : AC = 3 : 4$, cari koordinat $A$.
2 markah
b
Diberi bahawa jarak tegak titik $P$ dari paksi-$x$ ialah 6 unit. Tunjukkan bahawa garis lurus $OP$ berserenjang dengan garis lurus $PQ$.
3 markah
c
Diberi luas sisi empat $OPQR$ ialah $114\ \text{m}^2$, cari nilai $v$ dan nilai $w$.
5 markah
1010 markah
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai pemboleh ubah $x$ dan $y$, yang diperolehi daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = hx^{2k+1}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
| $x$ | 10 | 17.78 | 25.12 | 63.1 | 141.25 | 398.11 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 10 | 13.80 | 19.95 | 39.81 | 83.18 | 158.49 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1, bina satu jadual bagi nilai-nilai $\log_{10} x$ dan $\log_{10} y$.
*(Tulis nilai $\log_{10} x$ dan $\log_{10} y$ bagi setiap pasangan nilai $x$ dan $y$.)*
2 markah
b
Plot sebuah graf $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.5 unit pada paksi-$\log_{10} x$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\log_{10} y$. Seterusnya, lukis satu garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Berdasarkan graf di **10**(*b*), cari nilai
c(i)
$h$,
3 markah
c(ii)
$k$.
2 markah
1110 markah
Rajah 4(*a*) menunjukkan sebuah kuboid tertutup dengan tapak sebuah segi empat sama, $x$ cm dan tinggi, $h$ cm.
Rajah 4(*b*) menunjukkan sebuah piramid tegak dengan tapak segi empat sama, $x$ cm dan tinggi, $h$ cm.
$\left[\text{Isipadu piramid tegak} = \frac{1}{3} \times \text{luas tapak} \times \text{tinggi}\right]$
Diberi jumlah luas permukaan kuboid ialah $96\ \text{cm}^2$.
a(i)
Tunjukkan hasil tambah isi padu kuboid dan piramid tegak ialah $V = 32x - \frac{2}{3}x^3$.
3 markah
a(ii)
Cari nilai $x$ apabila $V$ adalah maksimum.
Seterusnya, cari nilai maksimum $V$.
4 markah
b
Jika terdapat perubahan kecil dalam $V$ sebanyak $0.84\ \text{cm}^3$, cari peratus perubahan dalam $x$ apabila $x = 3$.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Jadual 2 menunjukkan maklumat berkenaan harga, indeks harga dan pemberat empat jenis bahan yang digunakan untuk membuat sejenis kasut.
| Bahan | Harga (RM) per unit: 2021 | Harga (RM) per unit: 2022 | Indeks harga dalam tahun 2022 berdasarkan tahun 2021 | Pemberat |
|---|---|---|---|---|
| $A$ | 13.00 | $x$ | 120 | 2 |
| $B$ | 10 | 15 | 145 | $p$ |
| $C$ | 8.50 | 11.90 | 140 | $2p$ |
| $D$ | 7.00 | 8.75 | $y$ | 3 |
Jadual 2
a
Cari nilai $x$ dan nilai $y$.
3 markah
Diberi indeks gubahan bagi kos membuat kasut itu dalam tahun 2022 berasaskan tahun 2021 adalah 135.
b(i)
Cari nilai bagi $p$.
3 markah
b(ii)
Diberi bahawa harga jualan sepasang kasut pada tahun 2023 ialah RM162. Harga bagi semua bahan meningkat sebanyak 25% dari tahun 2022 ke tahun 2023.
Jika syarikat itu memperoleh keuntungan sebanyak 20% pada tahun 2021, cari harga kos, dalam RM, sepasang kasut pada tahun tersebut.
4 markah
1310 markah
Rajah 5 menunjukkan kedudukan awal dan arah pergerakan zarah $A$ dan zarah $B$ sepanjang suatu garis lurus.
Zarah $A$ mula bergerak dari titik $O$ dan zarah $B$ mula bergerak dari titik $P$ secara serentak. Selepas $t$ saat, halaju $v\ \text{ms}^{-1}$, bagi zarah $A$ diberi oleh $v_A = t^2 - kt + 6$, dengan keadaan $k$ ialah pemalar, manakala sesaran, $s_B$ m bagi zarah $B$ diberi oleh $s_B = \frac{t^3}{3} - t^2 - 8t$. Pecutan zarah $A$ ialah $3\ \text{ms}^{-2}$ apabila $t = 4$ s.
a
Cari nilai $k$.
3 markah
b
Tentukan julat nilai $t$ apabila zarah $A$ bergerak ke kiri.
2 markah
Hitung
c(i)
jarak, dalam m, zarah $B$ dari titik $O$ apabila $t = 5$ s,
2 markah
c(ii)
masa, dalam saat, apabila zarah $B$ memotong zarah $A$.
3 markah
1410 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 6 menunjukkan satu segi tiga $PQR$. Diberi luas segi tiga $PQR$ ialah $32.5\ \text{cm}^2$ dan $\angle PRQ$ ialah sudut cakah.
Cari
a(i)
$\angle PRQ$,
2 markah
a(ii)
panjang, dalam cm, $PQ$,
2 markah
a(iii)
$\angle RPQ$.
2 markah
Segi tiga $P'Q'R'$ mempunyai bentuk yang berlainan daripada segi tiga $PQR$ dengan keadaan $P'R' = PR$, $Q'R' = QR$ dan $\angle Q'P'R' = \angle QPR$.
b(i)
Lakar segi tiga $P'Q'R'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $P'$, $Q'$ dan $R'$, panjang sisi dan sudut yang ditanda, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
1 markah
b(ii)
Nyatakan saiz $\angle P'R'Q'$.
1 markah
b(iii)
Hitung luas, dalam cm$^2$, segitiga $P'Q'R'$.
2 markah
1510 markah
Cikgu Abdul merancang untuk membeli $x$ helai pakaian seragam dan $y$ helai kemeja-T untuk sekumpulan pelajar di sekolahnya. Pembelian itu adalah berdasarkan kepada kekangan berikut:
I Jumlah pembelian kesemua pakaian tidak melebihi 70 helai.
II Bilangan pakaian seragam sekurang-kurangnya 25% daripada bilangan kemeja-T yang dibeli.
III Bilangan kemeja-T mesti melebihi bilangan pakaian seragam sekurang-kurangnya 10 helai.
a
Tulis tiga ketaksamaan selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 helai pakaian pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $\mathbf{R}$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di **15** (*b*) untuk menjawab soalan-soalan berikut.
c(i)
Nyatakan julat bilangan kemeja-T yang dibeli jika bilangan pakaian seragam yang dibeli ialah 25 helai.
1 markah
c(ii)
Cari peruntukan maksimum, dalam RM, yang diperlukan jika harga pakaian seragam dan kemeja-T masing-masing ialah RM80 dan RM40.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini