Lakarkan graf fungsi $f(x) = |2\,\text{kos}\,2x|$ dan $g(x) = 1 + \sin x$ pada paksi yang sama untuk $0 \leq x \leq \pi$. Nyatakan bilangan penyelesaian tersebut.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk setiap graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$y$ dan paksi-$x$ (titik mula, titik akhir, nilai maksimum dan minimum) dan bilangan kitaran; kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
5 markah
37 markah
Rajah 3(a) menunjukkan sebuah jam tangan dua waktu iaitu waktu Kuala Lumpur dan waktu London yang berbentuk bulat.
Diberi waktu di Kuala Lumpur ialah 11:00 a.m. dan waktu di London ialah 3:00 a.m. Jejari bagi bulatan waktu di Kuala Lumpur dan jejari bagi bulatan waktu di London masing-masing ialah 15 mm dan 8 mm.
a
Cari beza lilitan bulatan waktu Kuala Lumpur dan lengkok major bulatan bagi waktu London dalam sebutan $\pi$.
3 markah
b
Rajah 3(b) menunjukkan paparan waktu London pada jam tangan tersebut.
Pereka jam tangan ini ingin menghiasi kawasan berlorek dengan berlian bulat berjejari 0.76 mm. Cari bilangan maksimum berlian yang digunakan.
4 markah
47 markah
Diberi suatu lengkung dengan persamaan $y = -x\left(\frac{1}{2}x - 3\right)^3$ melalui suatu titik pegun $A(6, 0)$.
a
Dengan menggunakan kaedah lakaran tangen, tentukan jenis titik pegun $A$.
*(Huraikan lakaran tangen anda dalam perkataan: nilai-nilai $x$ yang dipilih, tanda $\frac{dy}{dx}$ dan arah tangen pada setiap nilai.)*
4 markah
b
Terdapat perubahan kecil dalam $x$ ialah sebanyak 1% apabila $x = 2$.
Cari peratus perubahan dalam $y$ yang sepadan.
3 markah
57 markah
Rajah 5 menunjukkan kedudukan meja guru, $G$ dan meja murid di dalam kelas 5 STEM.
Meja murid $A$ dan $B$ masing-masing berada pada jarak 4 m dan 8 m dari meja guru, $G$ dalam arah $\overrightarrow{GB}$. Meja murid $C$ dan $D$ masing-masing berada pada jarak 4 m dan 6 m dari meja guru, $G$ dalam arah $\overrightarrow{GD}$. Diberi $GE : GF = 2 : 3$ dan $BF = FD$.
Dengan menggunakan $\underset{\sim}{a}$ untuk mewakili 1 m pada arah $\overrightarrow{GB}$ dan $\underset{\sim}{b}$ untuk mewakili 2 m pada arah $\overrightarrow{GD}$, ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$,
a(i)
$\overrightarrow{BD}$
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{EF}$
2 markah
b
**[Bonus]** Diberi garis lurus $AE$ adalah selari dengan garis lurus $GC$. Jarak di antara meja $A$ dan $E$ ialah 2 m.
Cari luas kawasan segi tiga $ABE$ jika luas kawasan segi tiga $GBC$ ialah 25 m².
3 markah
67 markah
Fungsi $f$ ditakrifkan oleh $f : t \rightarrow |t^2 - 16|$ dengan keadaan $-4 \leq t \leq 4$.
a(i)
Lakarkan graf bagi $f$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik pada paksi (titik mula, titik akhir, pintasan) dan nilai maksimum atau minimum.)*
2 markah
a(ii)
Cari julat $t$ bagi $f(t) \geq 7$.
2 markah
b
Nyatakan julat $f$ yang sepadan dengan domain $-4 \leq t \leq 4$.
1 markah
c
Jika $0 \leq t \leq 4$, tentukan sama ada $f^{-1}$ wujud atau tidak. Berikan justifikasi anda.
2 markah
78 markah
Rajah 7 menunjukkan pondok pengawal di tiga kawasan taman perumahan yang dihubungkan oleh jalan raya yang lurus.
a
Tentukan luas kawasan yang dibatasi oleh ketiga-tiga jalan tersebut.
3 markah
b
Pihak pemaju ingin membina sebatang jalan baharu pada kos yang minimum menghubungkan pondok pengawal Taman Aman dan Balai Raya. Balai Raya terletak pada jalan yang menghubungkan pondok pengawal Taman Damai dan pondok pengawal Taman Sentosa. Cari panjang, dalam km, jalan raya tersebut.
2 markah
c
Diberi kedudukan pondok pengawal Taman Sentosa ialah $(5, 4)$ dan pondok pengawal Taman Damai terletak 2 km daripada asalan. Tuliskan persamaan dalam bentuk pintasan, jalan yang menghubungkan pondok pengawal Taman Sentosa dan pondok pengawal Taman Damai.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 8 menunjukkan lengkung $f(x)$ yang mempunyai fungsi kecerunan $-\frac{1}{2\sqrt{x - 4}}$ bersilang dengan garis lurus $y = -x + 10$ pada titik $Q(13, -3)$.
a
Cari persamaan lengkung $f(x)$.
4 markah
b
Cari luas kawasan berlorek.
3 markah
c
Nilaikan $\pi\int_4^{10} [f(x)]^2\,dx$.
3 markah
910 markah
Jadual 9 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada satu ujikaji. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $\frac{xy}{\sqrt{x}} = px^2 + qx$ dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.54 | 1.07 | 1.61 | 2.00 | 2.88 | 3.65 |
Jadual 9
a
Plot graf $\frac{y}{\sqrt{x}}$ melawan $x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\frac{y}{\sqrt{x}}$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Tulis jadual nilai yang anda plot, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
4 markah
Daripada graf 9(a), cari,
b(i)
nilai $p$ dan nilai $q$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
3 markah
b(ii)
nilai $y$ yang betul jika satu daripada nilai $y$ tersalah catat semasa eksperimen.
3 markah
1010 markah
a
Diberi hasil tambah $n$ sebutan pertama suatu janjang aritmetik, $S_n = \frac{n}{2}[2a + (n - 1)d]$ dan sebutan ke-$n$, $T_n = a + (n - 1)d$ dengan keadaan $a$ ialah sebutan pertama dan $d$ ialah beza sepunya. Tunjukkan bahawa $S_n - S_{n-1} = T_n$.
2 markah
b
Cari hasil tambah semua integer positif dua digit yang boleh dibahagi tepat dengan 3.
4 markah
c(i)
Rajah 10 menunjukkan graf bilangan sel kanser yang terbentuk setelah pesakit disuntik menggunakan sejenis ubat yang ditemui oleh dua orang penyelidik dari Malaysia.
Berdasarkan graf pada Rajah 10, tentukan sama ada bilangan sel kanser mempunyai corak janjang aritmetik atau corak janjang geometri dan berikan alasan anda.
1 markah
c(ii)
Bilangan sel kanser pada hari pertama suntikan ialah 1537 dan bilangan ini bertambah secara malar pada kadar 3 sel/hari selepas pesakit diberikan suntikan pertama. Pesakit akan diberikan suntikan kali kedua sekiranya bilangan sel kanser melebihi 1700. Tentukan hari ke berapa suntikan kedua diberikan kepada pesakit ini.
3 markah
1110 markah
Seorang pekerja ladang mengumpul 10 biji Nanas Moris, $m$ biji Nanas Sarawak dan 30 biji Nanas Josapine yang bersaiz sama dan diletakkan dalam satu bakul. Sebiji nanas dipilih secara rawak dari bakul itu dan kemudian dikembalikan semula. Proses memilih ini dilakukan sebanyak 3 kali.
a(i)
Diberi min dan varians bagi mendapat Nanas Sarawak masing-masing ialah 20 dan $\frac{40}{3}$. Cari kebarangkalian mendapat sebiji Nanas Sarawak.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, cari nilai $m$.
2 markah
b
Jika 8 biji nanas dipilih secara rawak daripada bakul itu, cari kebarangkalian mendapat sekurang-kurangnya sebiji Nanas Sarawak.
3 markah
c
Jadual 11 menunjukkan kebarangkalian mendapat Nanas Sarawak.
| $X = r$ | 0 | 1 | 2 | 3 |
|---|---|---|---|---|
| $P(X = r)$ | $\frac{1}{27}$ | $\frac{2}{9}$ | $h$ | $\frac{8}{27}$ |
Jadual 11
Cari nilai $h$. Seterusnya, lakarkan graf yang mewakili taburan kebarangkalian itu.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: paksi-paksi, nilai-nilai yang ditanda pada setiap paksi dan bentuk graf.)*
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 12(a) menunjukkan dua buah segi tiga iaitu $\Delta JKL$ dan $\Delta LMN$. $JK$ dan $MN$ adalah selari.
a(i)
Cari panjang $JL$, dalam cm, betul kepada dua titik perpuluhan.
3 markah
a(ii)
Diberi $JN = 114.24$ cm, dengan menggunakan petua kosinus, ungkapkan $LM^2$ dalam sebutan $p$.
1 markah
a(iii)
Nyatakan integer terkecil bagi $LM$ jika kes ambiguiti bagi $\Delta LMN$ wujud.
2 markah
b
Rajah 12(b) menunjukkan sebuah prisma dengan panjang 10 cm.
Diberi $AB = 40$ cm, $BC = 17$ cm dan $AC = 33$ cm. Cari isipadu, dalam cm³, prisma ini
4 markah
1310 markah
Jadual 13 menunjukkan harga seunit saham bagi Syarikat $A$, $B$, $C$ dan $D$ pada 2 Januari 2020 dan 2 Januari 2023.
| Syarikat | Harga per unit pada 2 Januari 2020 (RM) | Harga per unit pada 2 Januari 2023 (RM) |
|---|---|---|
| $A$ | 0.80 | 1.42 |
| $B$ | 0.40 | 0.55 |
| $C$ | $k$ | 3.60 |
| $D$ | 6.25 | 1.50 |
Jadual 13
a
Cari nilai $k$ jika indeks harga seunit saham bagi Syarikat $C$ pada tahun 2023 berasaskan tahun 2020 ialah 144.
2 markah
b
Hitungkan indeks harga seunit saham bagi Syarikat $D$ pada tahun 2023 berasaskan tahun 2020 dan nyatakan tafsiran anda.
2 markah
c
See Leng melabur sebanyak RM20 000 dalam Syarikat $A$, $B$, $C$ dan $D$ secara sama rata pada 2 Januari 2020. Hitungkan keuntungan bagi pelaburan See Leng pada 2 Januari 2023.
3 markah
d
See Leng memperoleh keuntungan 40.1% pada 2 Januari 2023 daripada pelaburannya dalam Syarikat $A$, $B$, $C$ dan $D$ pada 2 Januari 2020. Jika pelaburannya dalam Syarikat $A$, $B$ dan $C$ adalah sama, cari nisbah pelaburan bagi keempat-empat syarikat mengikut urutan $A$, $B$, $C$ dan $D$.
3 markah
1410 markah
Dua zarah $P$ dan $Q$ bergerak pada satu garis lurus. Diberi halaju, dalam $\text{ms}^{-1}$, zarah $P$ dan zarah $Q$ selepas melalui titik tetap $O$ masing-masing ialah $P(t) = -2t^2 + 3t + 6$ dan $Q(t) = \frac{1}{5}t^2$.
[Anggap gerakan ke kanan adalah positif]
a
Nyatakan beza halaju zarah $P$ dan zarah $Q$ ketika melintasi titik tetap $O$.
1 markah
b
Cari sesaran dan tentukan kedudukan zarah $Q$ dari titik tetap $O$, ketika halaju zarah $P$ adalah maksimum.
4 markah
c
Cari pecutan zarah $P$ apabila $t = 3$ s.
2 markah
d
Cari julat masa, $t$, dengan keadaan $t$ ialah integer, apabila kedua-dua zarah bergerak pada arah yang bertentangan.
3 markah
1510 markah
Sebuah kilang perabot menghasilkan kerusi dan meja bagi kegunaan sekolah-sekolah di sebuah daerah. Bilangan kerusi, $x$ dan bilangan meja, $y$ yang dihasilkan adalah mengikut kekangan-kekangan berikut:
I. Bilangan meja adalah 10 unit lebih daripada bilangan kerusi.
II. Nisbah bilangan meja kepada bilangan kerusi adalah lebih daripada 3:1.
III. Hasil tambah meja dan kerusi yang dihasilkan tidak melebihi 60 unit.
a
Tuliskan tiga ketaksamaan linear, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada kedua-dua paksi. Lukis dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di 15 (b) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
c(i)
Nyatakan bilangan maksimum bilangan kerusi yang dihasilkan.
1 markah
c(ii)
Disebabkan oleh kenaikan kos bahan mentah, setiap kerusi yang dihasilkan mengalami kerugian sebanyak RM 10.00 manakala keuntungan setiap meja yang dihasilkan ialah RM 5.00.
Hitung keuntungan maksimum yang diperolehi.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini