Seekor ikan bergerak dalam keadaan membulat dengan persamaan lokusnya diberi sebagai $2x^2 + 11y^2 + 2x + 2y = 0$. Sebuah bot bergerak secara lurus dengan persamaan $x - 3y + 1 = 0$ dan bersilang dengan gerakan membulat ikan itu. Cari titik persilangan antara lokus ikan dan bot tersebut.
Melaka Trial 2023 Matematik Tambahan Kertas 2
- Percubaan Melaka · 2023
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Rajah 1 menunjukkan graf bagi $y = 2x^2 + px + q$.
Jika $\alpha$ dan $\beta$ ialah punca-punca persamaan kuadratik $2x^2 + px + q = 0$, nyatakan
a(i)
1 markah
$\alpha + \beta$,
a(ii)
1 markah
$\alpha\beta$.
b
3 markah
Diberi punca-punca persamaan $3x^2 + 2x = 6$ ialah $h$ dan $k$. Bentukkan persamaan kuadratik yang mempunyai punca-punca $\frac{h}{k}$ dan $\frac{k}{h}$.
c
3 markah
Diberi persamaan kuadratik $x^2 + (3h - 1)x = -2h - 10$, di mana $h$ ialah pemalar yang mempunyai dua punca nyata dan berbeza. Cari julat nilai $h$.
a
1 markah
Titik $R(x, y)$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik P dan dari titik Q sentiasa sama. Huraikan lokus bagi titik bergerak $R$
Rajah 2 di bawah menunjukkan sebuah segi tiga bersudut tegak yang terterap di dalam sebuah bulatan.
b(i)
4 markah
Cari persamaan bagi lokus titik $P(x, y)$ yang bergerak pada lilitan bulatan tersebut.
b(ii)
3 markah
Cari pintasan-y bagi lokus tersebut.
Diberi, $y = 2\sqrt{x}$
a(i)
3 markah
cari $\frac{dy}{dx}$ dengan menggunakan prinsip pertama.
a(ii)
2 markah
seterusnya, hitung perubahan kecil bagi $y$ apabila $x$ berubah dari 25 ke 25.04.
b
3 markah
Isipadu sebuah hemisfera mengurang dengan kadar tetap $1.02\pi\ \text{cm}^3\ \text{s}^{-1}$. Cari jejari hemisfera itu pada ketika jejari berkurang dengan kadar $0.1\ \text{cm s}^{-1}$.
Rajah 3 menunjukkan satu sisi empat kitaran $ABCD$. $O$ ialah pusat bulatan.
Diberi bahawa jejari bulatan adalah 6 cm dan $\angle ADC = 130^\circ$.
[Guna $\pi = 3.142$]
Cari
a
1 markah
$\angle AOC$, dalam radian.
b
2 markah
panjang lengkok $ABC$.
c
4 markah
luas kawasan berlorek.
a
2 markah
Buktikan bahawa $\frac{\text{kos}\,(A+B)}{\text{Sin}\,A\sin B} = \text{kot}\,A\,\text{kot}\,B - 1$.
b
5 markah
Selesaikan persamaan $\tan(45^\circ + x) = 4\tan(45^\circ - x)$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
Dalam suatu janjang aritmetik, hasil tambah tujuh sebutan pertama ialah 511 dan hasil tambah dua belas sebutan berikutnya ialah -150.
Cari
a
5 markah
sebutan pertama dan beza sepunya janjang aritmetik itu,
b
2 markah
nilai $n$ jika $T_n = -8$.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
*Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.*
Jadual 1 di bawah menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{p}{x^{\frac{1}{q}}}$, dengan keadaan $p$ dan $q$ adalah pemalar.
| $x$ | 0.34 | 0.43 | 0.55 | 0.85 | 1.08 | 1.42 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 47.68 | 25.12 | 12.58 | 4.17 | 2.51 | 1.38 |
Jadual 1
a
2 markah
Berdasarkan jadual, bina satu jadual bagi nilai-nilai $\log_{10} x$ dan $\log_{10} y$.
*(Tulis nilai $\log_{10} x$ dan $\log_{10} y$ bagi setiap pasangan nilai $x$ dan $y$.)*
b
3 markah
Plot $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$y$. Seterusnya, lukiskan garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Menggunakan graf di (b), cari nilai
c(i)
3 markah
$p$,
*(Nyatakan nilai yang anda baca daripada graf anda.)*
c(ii)
2 markah
$q$.
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
Rajah 4 menunjukkan segi tiga $AOX$ dan segi tiga $AOY$. Diberi bahawa $\overrightarrow{OA} = \underset{\sim}{a}$, $\overrightarrow{OY} = \underset{\sim}{b}$, dan $M$ ialah titik berada atas $AY$ dengan keadaan $AM = \frac{2}{5}AY$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan/atau $\underset{\sim}{b}$ :
a(i)
2 markah
$\overrightarrow{AY}$,
a(ii)
1 markah
$\overrightarrow{OM}$ .
$AY$ dan $OX$ bersilang pada $M$. Diberi bahawa $\overrightarrow{OX} = k\overrightarrow{OM}$ dan $\overrightarrow{AX} = h\overrightarrow{OY}$.
Ungkapkan
b(i)
1 markah
$\overrightarrow{OX}$ dalam sebutan $k$, $\underset{\sim}{a}$ and/or $\underset{\sim}{b}$ ,
b(ii)
5 markah
$\overrightarrow{AX}$ dalam sebutan $h$, $\underset{\sim}{a}$ dan/atau $\underset{\sim}{b}$ .
Seterusnya, cari nilai $h$ dan nilai $k$.
c
1 markah
Nyatakan $OM:MX$.
Rajah 5 menunjukkan lengkung $y = x^2 + 3$ dan tangen pada lengkung pada titik $A(1,4)$.
Cari
a
3 markah
persamaan tangen pada titik A,
b
4 markah
luas kawasan rantau yang berlorek,
c
3 markah
isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung, paksi-$y$ dan garis lurus $y = 5$ dikisarkan melalui $180^\circ$ pada paksi-$y$.
a
4 markah
Untuk menentukan sama ada sejumlah besar stok perintang dari sebuah kilang elektronik diterima ataupun ditolak, satu sampel yang terdiri daripada 30 perintang dipilih secara rawak akan diuji. Stok tersebut diterima sekiranya tiada perintang rosak dikesan dan stok tersebut ditolak sekiranya 2 atau lebih perintang dikesan rosak. Jika hanya satu perintang dikesan rosak, sebanyak 30 perintang lagi dipilih secara rawak sebagai sampel kedua akan diuji semula dan stok ini diterima sekiranya sampel yang kedua ini tiada perintang rosak dikesan. Jika stok mengandungi 1% perintang rosak sebenarnya, cari peratusan stok yang akan ditolak dan bilangan perintang diterima sekiranya 1000 perintang dihasilkan oleh kilang.
Bilangan murid tingkatan 5 di SMK Johan adalah seramai 200 orang. Didapati bahawa jisim murid-murid itu bertabur secara normal dengan min 50 kg dan varians 25 kg$^2$. Koperasi sekolah perlu membuat jangkaan untuk menempah baju sukan mengikut saiz, iaitu saiz S, M dan L, daripada pembekal berdasarkan berat badan murid.
b(i)
3 markah
Koperasi sekolah telah menempah sebanyak 20 helai baju sukan saiz S daripada pembekal. Berapakah jisim maksimum bagi murid-murid yang memakai saiz S?
b(ii)
3 markah
Diberi bahawa baju sukan saiz L adalah untuk murid yang 53.73 kg dan ke atas. Hitung bilangan minimum baju sukan saiz L yang akan ditempah oleh koperasi sekolah
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Rajah 6 menunjukkan sebuah bangunan yang berbentuk piramid dengan tapak segi tiga $QTS$.
Diberi $QT = 60$m, $TS = 80$m and $QS = 100$m. Puncak $P$ berada 90 m tegak di atas $T$. Sekumpulan pekerja perlu cat permukaan condong dinding $PQS$,
Cari panjang sisi dalam m, bagi yang berikut
a(i)
1 markah
$PS$
a(ii)
1 markah
$PQ$
b
2 markah
Hitung sudut $\measuredangle PSQ$
c
2 markah
Dengan menggunakan rumus Heron, cari luas permukaan condong dinding yang perlu di cat
d(i)
1 markah
Lakarkan sebuah segitiga $P'Q'S'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga $PQS$ dengan keadaan $P'Q' = PQ$, $P'S' = PS$ dan $\measuredangle P'S'Q' = \measuredangle PSQ$
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $P'$, $Q'$ dan $S'$, sisi dan sudut yang sama dengan segi tiga $PQS$, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
d(ii)
3 markah
Cari $\measuredangle P'Q'S'$
Sejenis cecair terbentuk dengan mencampurkan tiga jenis bahan mentah K, L dan M dalam nisbah 5:3:4. Rajah 7 menunjukkan indeks harga bahan-bahan mentah tersebut pada tahun 2015 berasaskan 2013.
a(i)
1 markah
Jika harga 1 liter bahan mentah bahan K bagi tahun 2015 ialah RM 7.60, kira harganya pada tahun 2013.
a(ii)
2 markah
Kira indeks gubahan bagi bahan mentah pada tahun 2015 berasaskan tahun 2013.
Indeks gubahan bagi bahan mentah meningkat sebanyak 20% dari tahun 2015 hingga tahun 2017. Kirakan
b(i)
2 markah
indeks gubahan bagi bahan mentah pada tahun 2017 berasaskan 2013
b(ii)
2 markah
Harga kos bagi bahan mentah untuk menghasilkan satu bekas cecair pada tahun 2017 jika harganya pada tahun 2013 ialah RM600
c
3 markah
Jika indeks harga bahan mentah L pada tahun 2015 berasaskan tahun 2014 ialah 120, hitungkan indeks harga bahan mentah pada tahun 2014 berasaskan tahun 2013. Nyatakan tafsiran anda berkaitan nombor indeks yang diperolehi. .
Suatu zarah bergerak di sepanjang satu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$ dengan halaju $-6\ \text{ms}^{-1}$. Pecutannya, $a\ \text{ms}^{-2}$, pada masa $t$ saat selepas melalui $O$ diberi oleh $a = 8 - 4t$.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif.]
a
3 markah
Cari halaju maksimum, dalam $\text{ms}^{-1}$, bagi zarah itu.
b
3 markah
Cari masa, dalam saat, zarah itu selepas melalui titik tetap $O$ sekali lagi.
c
1 markah
Lakarkan graf halaju-masa bagi pergerakan zarah itu untuk $0 \leq t \leq 3$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$v$ dan paksi-$t$ (titik mula, titik maksimum/minimum, pintasan dan titik akhir).)*
d
3 markah
Seterusnya, cari jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 3 saat yang pertama.
Sebuah syarikat ingin menghantar pekerjanya untuk menyertai dua jenis kursus komputer, A dan B. Bilangan peserta untuk kursus A ialah $x$ dan untuk kursus B ialah $y$. Yuran penyertaan kursus A dan kursus B adalah RM 500 dan RM 400 masing-masing.
Pemilihan peserta adalah berdasarkan kekangan berikut:
I : Jumlah peserta adalah sekurang-kurangnya 50.
II : Bilangan peserta kursus B tidak melebihi tiga kali bilangan peserta kursus A.
III : Peruntukan maksimum bagi kedua-dua kursus adalah RM 36 000.
a
3 markah
Tulis tiga ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
b
3 markah
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 peserta pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau R yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
Gunakan graf yang dibina di 15(b), untuk menjawab soalan-soalan berikut :
c(i)
1 markah
Cari bilangan maksimum peserta kursus A jika bilangan peserta kursus B ialah 55.
c(ii)
3 markah
Cari peruntukan minimum untuk kedua-dua kursus.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

