Steven ingin membeli satu komputer Jenama X di sebuah kedai komputer. Harga jualan komputer adalah RM6555 tetapi dia tidak mampu. Pengurus kedai itu menawarkannya untuk membayar secara ansuran bulanan. Terdapat dua pilihan bayaran ansuran seperti dalam Jadual 3.
| Pilihan 1 | Pilihan 2 |
|---|---|
| Bayaran bulanan secara ansuran selama satu tahun dengan bayaran permulaan RM255 dan bertambah 14% setiap bulan daripada bayaran pada bulan sebelumnya. | Bayaran bulanan secara ansuran selama dua tahun dengan bayaran permulaan RM290 dan bertambah RM1 setiap bulan daripada bayaran pada bulan sebelumnya. |
Jadual 3
a
Jika Steven memilih Pilihan 1, hitungkan jumlah yang perlu dibayarnya bagi bayaran bulan terakhir.
2 markah
b
Hitung jumlah yang perlu dibayar bagi Pilihan 1 dan Pilihan 2
4 markah
c
Jika Steven mempunyai gaji bulanan RM2500, dan belanja bulanannya sebanyak RM2000, pilihan mana yang lebih sesuai buat Steven? Justifikasikan jawapan anda.
2 markah
46 markah
Diberi $\alpha$ dan $\beta$ merupakan punca-punca bagi persamaan kuadratik $3x^2 - 7x = 2x - 6$. Bentukkan satu persamaan kuadratik dengan punca-punca berikut.
a
$\frac{\alpha}{\beta}$ dan $\frac{\beta}{\alpha}$
3 markah
b
$\alpha^2\beta$ dan $\beta^2\alpha$
3 markah
58 markah
a
Buktikan bahawa $\sin 2x = \text{kot}\,x\,(1 - \text{kos}\,2x)$
2 markah
b(i)
Lakar graf $y = -\sin 2x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, titik-titik persilangan dengan paksi-$x$ dan bilangan kitaran.)*
2 markah
b(ii)
Seterusnya, menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk menentukan bilangan penyelesaian bagi persamaan $2\,\text{kot}\,x\,(1 - \text{kos}\,2x) = \frac{x}{\pi} - 1$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$. Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan garis lurus anda dalam perkataan: persamaannya, titik-titik hujungnya dan di mana ia memotong graf di (b)(i).)*
4 markah
68 markah
Rajah 6 menunjukkan garis lurus $2y = 3x + 4$ pada suatu satah Cartes. Satu titik $T$ bergerak dengan keadaan $TP = TQ$.
a
Cari persamaan lokus bagi titik $T$
4 markah
b
Tunjukkan sama ada lokus $T$ melalui titik $R$ atau tidak.
2 markah
c
Cari luas sisiempat $OPQR$.
2 markah
78 markah
Diberi lengkung $y = 2x^3 - 9x^2 + 12x + 4$ melalui titik $P\left(\frac{1}{2}, 8\right)$ dan mempunyai dua titik pusingan, $A$ dan $B$. Cari
a
kecerunan lengkung itu pada $P$
2 markah
b
persamaan garis normal kepada lengkung itu pada $P$
2 markah
c
koordinat titik pusingan $A$ dan $B$, dan tentukan sifat setiap titik itu.
4 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 8 menunjukkan sebahagian dari lengkung $y = x^2$. Diberi bahawa luas kawasan berlorek $P$ adalah 26 kali ganda luas kawasan berlorek $Q$.
Cari
a
nilai $k$
4 markah
b
luas kawasan berlorek $Q$
3 markah
c
isipadu janaan dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $y = x^2$, paksi-$x$ dan garis $x = 4$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$x$
3 markah
910 markah
Rajah 9 menunjukkan segi tiga $OPQ$ dengan keadaan $PE : EQ = 1 : 2$ dan $F$ ialah titik tengah $OQ$. Garis $OE$ bersilang dengan $PF$ pada titik $G$.
Diberi $\overrightarrow{OP} = 3\underline{x}$ dan $\overrightarrow{OQ} = 6\underline{y}$
Ungkapkan dalam sebutan $\underline{x}$ dan / atau $\underline{y}$
a(i)
$\overrightarrow{OF}$
1 markah
a(ii)
$\overrightarrow{OE}$
2 markah
Diberi bahawa $\overrightarrow{PG} = h\overrightarrow{PF}$ dan $\overrightarrow{OG} = k\overrightarrow{OE}$ , dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar,
b(i)
Ungkapkan $\overrightarrow{OG}$ dalam sebutan $h$, $\underline{x}$ dan / atau $\underline{y}$
1 markah
b(ii)
Ungkapkan $\overrightarrow{OG}$ dalam sebutan $k$, $\underline{x}$ dan / atau $\underline{y}$
Seterusnya , cari nilai $k$ dan $h$
3 markah
c
**[Bonus]** Cari luas bagi segi tiga $POF$ .
3 markah
1010 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 10 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah $x$ dan $y$, yang diperolehi daripada eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ ini dihubungkan dalam persamaan $y^2 = a(k^x)$, dengan keadaan $a$ dan $k$ adalah pemalar.
| X | 1.0 | 2.0 | 3.0 | 4.0 | 5.0 | 6.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Y | 2.45 | 3.46 | 8.80 | 6.93 | 9.80 | 13.86 |
Jadual 10
a
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1.0 unit pada paksi-$x$ dan 2cm kepada 0.10 unit pada paksi $\log_{10} y$, plotkan $\log_{10} y$ melawan $x$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bentuk linear persamaan yang digunakan, nilai $\log_{10} y$ bagi setiap nilai $x$, skala paksi, titik-titik yang diplot dan garis lurus penyuaian terbaik.)*
5 markah
Gunakan graf dari 10(a) untuk mencari nilai bagi
b(i)
$k$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
2 markah
b(ii)
$a$.
2 markah
c
Terdapat data yang tersalah catat. Nyatakan nilai data yang sepatutnya.
1 markah
1110 markah
Keputusan satu kajian menunjukkan bahawa di sekolah tertentu, 65% daripada muridnya lulus dalam ujian Matematik Tambahan.
a(i)
Jika 10 orang murid dari sekolah itu dipilih secara rawak, hitung kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya 8 orang murid lulus ujian Matematik Tambahan.
3 markah
a(ii)
Jika jumlah murid sekolah itu ialah 960 orang, cari varians bilangan murid yang gagal ujian Matematik Tambahan.
2 markah
Pembolehubah rawak selanjar $Y$ adalah tertabur secara normal dengan min 122 dan sisihan piawai 14.
b(i)
Cari $P(125 < Y < 139)$
2 markah
b(ii)
Tentukan nilai bagi $a$ supaya $P(101 < Y < a) = 0.8276$
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Seorang usahawan ingin menghasilkan dua jenis mainan, $P$ dan $Q$ dengan menggunakan sebuah mesin.Dalam sehari, mesin itu menghasilkan $x$ buah mainan jenis $P$ dan $y$ buah mainan jenis $Q$. Masa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah mainan jenis $P$ ialah 6 minit dan masa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah mainan jenis $Q$ ialah 5 minit. Penghasilan mainan-mainan itu adalah berdasarkan kepada kekangan berikut:
I : Jumlah mainan yang dihasilkan mesti melebihi 40 unit dalam sehari.
II : Mesin itu boleh beroperasi hanya selama 15 jam sehari.
III : Nisbah bilangan mainan jenis $P$ kepada bilangan mainan jenis $Q$ ialah selebih-lebihnya 3:5.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 20 buah mainan pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
c
Menggunakan graf yang dibina di 12(b), cari julat bagi jumlah jualan yang boleh diperoleh jika harga jualan sebuah mainan jenis $P$ ialah RM5 dan harga jualan sebuah mainan jenis $Q$ ialah RM3.
*(Nyatakan garis fungsi objektif yang anda lukis dan titik-titik yang anda gunakan.)*
4 markah
1310 markah
Rajah 13 menunjukkan gerakan sebuah kereta di sepanjang jalan yang lurus bermula dari titik tetap $O$ dan menuju ke arah titik $A$ dan titik $B$.
Pecutan, $a$ ms$^{-2}$, kereta itu pada masa $t$ saat selepas melalui titik tetap $O$ diberi oleh $a = 6t - 16$ . Diberi kereta itu berada di titik $A$ apabila $t = 5$ dan berehat seketika di titik $B$. Halaju awal kereta itu ialah -12.
Hitung
a
**[Bonus]** Halaju minimum kereta di titik $B$, dalam ms$^{-1}$,
4 markah
b
jarak $AB$, dalam m
6 markah
1410 markah
Rajah 14 menunjukkan sebuah trapezium $PQRS$.
Hitung
a(i)
$\angle SQR$
2 markah
a(ii)
Panjang, dalam cm, bagi $PS$
2 markah
b
Cari luas, dalam cm$^2$, bagi segi tiga $QRS$ menggunakan rumus Heron.
Seterusnya, hitung luas, dalam cm$^2$, bagi segi tiga $PQS$.
4 markah
c
Lakar sebuah segi tiga $Q'R'S'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga $QRS$ dengan keadaan $Q'R' = QR$, $S'R' = SR$ dan $\angle Q'R'S' = \angle QSR$.
Seterusnya, nyatakan $\angle S'Q'R'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $Q'$, $R'$ dan $S'$, panjang sisi dan sudut yang ditanda, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
2 markah
1510 markah
Jadual 15 menunjukkan indeks harga dan peratus penggunaan empat bahan, $P$, $Q$, $R$ dan $S$, dalam penghasilan sejenis pencuci muka.
| Bahan | Indeks harga tahun 2021 berasaskan tahun 2019 | Peratus penggunaan |
|---|---|---|
| $P$ | 125 | 25 |
| $Q$ | $x$ | 30 |
| $R$ | 110 | 10 |
| $S$ | 140 | $y$ |
Jadual 15
Hitung,
a(i)
harga $R$ pada tahun 2019 jika harganya pada tahun 2021 ialah RM 40.20,
2 markah
a(ii)
Indeks harga $S$ pada tahun 2021 berasaskan tahun 2017 jika indeks harganya pada tahun 2019 berasaskan tahun 2017 ialah 125.
2 markah
Nombor indeks gubahan bagi kos penghasilan pencuci muka ini pada tahun 2021 berasaskan tahun 2019 ialah 145. Hitung,
b(i)
nilai $x$,
4 markah
b(ii)
kos penghasilan pencuci muka ini pada tahun 2021 jika harganya pada tahun 2019 ialah RM 42.10
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini