Perak Trial 2022 Additional Mathematics Kertas 1 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Additional Mathematics
Perak Trial 2022 Additional Mathematics Kertas 1 · Set 1
Perak 州试卷 Set 1 · 2022
15 题 · 总分 81
120 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文或英文
最后更新
2026-11-25
Bahagian A全答 12 题
13 分
Rajah 1 menunjukkan sebuah ukiran ais berbentuk kiub yang berisipadu 125000 cm$^3$ sebagai hiasan utama di majlis hari lahir Razid yang diadakan pada pukul 2.00 petang di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Selepas selesainya majlis pada pukul 6.00 petang, ukiran ais itu kelihatan lebih mengecil daripada isipadu yang asal iaitu berubah kepada 64000 cm$^3$. Cari perubahan kecil dalam isipadu, cm$^3$, bagi ukiran ais itu selepas majlis selesai.
3 分
24 分
Naufal makan sekeping piza berbentuk sektor dengan pusat O, dan berjejari 7.34 cm seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
Diberi panjang lengkok PQ ialah 9.24 cm. Guna $\pi = 3.142$,
a
Cari sudut $\angle POQ$, dalam darjah.
2 分
b
Seterusnya, hitung perimeter dalam cm, tembereng berlorek.
2 分
36 分
Rajah 3 di bawah menunjukkan sebahagian daripada Peta Transit Rel Lembah Klang yang berada pada satah Cartes. Suatu syarikat swasta telah dilantik untuk membina satu lagi rel yang lurus dengan keadaan jarak dari Stesen Chow Kit dan Stesen Ampang Park ke mana-mana titik pada rel adalah sentiasa sama.
a
Cari lokus rel yang akan dibina itu.
4 分
b
Antara Stesen Batu Caves dan Stesen Dang Wangi, yang manakah akan dilalui rel baru tersebut? Berikan justifikasi kepada jawapan anda.
2 分
45 分
a
Dewan kuliah sebuah kolej mempunyai 10 baris tempat duduk kesemuanya. Terdapat 7 tempat duduk pada baris pertama dan setiap baris seterusnya mempunyai 4 tempat duduk lebih daripada baris sebelumnya.
Berapa tempat duduk pada baris terakhir?
2 分
b
Satu seminar akan diadakan di dewan kuliah ini. Tentukan sama ada dewan kuliah ini dapat memuatkan 260 peserta. Berikan justifikasi anda.
3 分
56 分
a
Selesaikan setiap yang berikut.
Diberi $\frac{d}{dx}(4x - 3)^6 = 24(4x - 3)^5$, cari $\int 3(4x - 3)^5\,dx$.
2 分
b
Diberi $\frac{d}{dx}\left(\frac{x^2}{x + 3}\right) = \frac{x(x + 6)}{(x + 3)^2}$. Cari nilai $\int_1^2 \frac{x(x + 6)}{2(x + 3)^2}\,dx$.
4 分
65 分
Rajah 5 menunjukkan fungsi $f : x \rightarrow 3x - 5$.
a
Cari nilai m.
1 分
b
Diberi $g(x) = p - qx$ dan $gf(x) = 6 - 9x$, cari nilai $p$ dan $q$.
4 分
76 分
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = 10^{hx + 5k}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ adalah pemalar. Rajah 6 di ruang jawapan menunjukkan plot $Y$ melawan $6x$.
a
Lukis garis lurus penyuaian terbaik pada Rajah 6.
*(Huraikan garis anda dalam perkataan: titik-titik yang dilalui atau berhampiran dengan garis lurus anda dan di mana garis itu memotong paksi-$Y$.)*
1 分
Seterusnya, menggunakan graf di (a), cari nilai
b(i)
$h$,
3 分
b(ii)
$k$.
2 分
87 分
a
Rajah 7 menunjukkan sebuah segi tiga prisma yang mempunyai panjang CE sebanyak **3** cm. Luas keratan rentas prisma tersebut, segi tiga sama sisi ialah $\sqrt{8}$ cm$^2$. (Lukisan adalah tidak mengikut skala.)
Terdapat sebuah tangki air silinder dengan ketinggian, $h$, yang berisi air sebanyak $3\sqrt{2}\pi r^2$ cm$^3$. Jika prisma tersebut dimasukkan ke dalam tangki air silinder dan tangki menjadi penuh, cari ketinggian air yang disesarkan oleh prisma tersebut dalam sebutan $r$.
4 分
b
Air tangki silinder telah ditinggikan pada suatu ketika. Jika kubus dengan panjang $\sqrt{2}x$ dimasukkan ke dalam silinder tersebut, ketinggian air yang disesarkan oleh kubus adalah 1.08 kali ketinggian air yang disesarkan oleh prisma. Cari nilai $x$ dan $h$ apabila jejari silinder tersebut adalah 3 cm. Nyatakan jawapan anda dalam 1 tempat perpuluhan.
3 分
96 分
Rajah 8 di bawah menunjukkan graf $f(x) = 4(x - 1)^2 + 4$, dengan keadaan $a = 4, h = 1$ dan $k = 4$.
a
Tentukan koordinat bagi titik minimum dan persamaan paksi simetri
2 分
b
Buat generalisasi terhadap bentuk dan kedudukan graf $f(x) = 2(x - 1)^2 + 6$ di mana nilai-nilai a, h atau k berubah. Seterusnya lakarkan graf.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan koordinat titik pusingannya.)*
4 分
106 分
Rajah 9 menunjukkan kedudukan dan arah kapal layar Ahmad dan Ben dalam satu pertandingan.
Arus air diberi oleh $\underline{v} = \left(2\underline{i} + \frac{1}{2}\underline{j}\right)$ ms$^{-1}$. Ahmad dan Ben masing-masing melayar kapal layar mereka dengan kelajuan $\underline{a} = (5\underline{i} + 3\underline{j})$ ms$^{-1}$ dan $\underline{b} = (3\underline{i} + 2\underline{j})$ ms$^{-1}$. Kedua-dua kapal layar berlayar mengikut arah arus air.
a
Berapa kali gandakah halaju paduan kapal layar Ahmad berbanding halaju paduan kapal layar Ben?
4 分
b
Dalam perjalanan menuju ke garisan penamat, kapal layar seorang lagi peserta, Chong telah mengalami masalah dan tersasar dari laluan dengan halaju $\underline{c} = \left(3\underline{i} - \frac{3}{2}\underline{j}\right)$ ms$^{-1}$. Cari halaju paduan dan magnitud bagi kapal layar Chong.
2 分
115 分
Diberi $A$ dan $B$ adalah dua sudut dalam sukuan yang sama dan berada di antara $0^\circ$ dan $360^\circ$ dengan $\operatorname{kos} A = \frac{8}{17}$ dan $\tan B = -\frac{3}{4}$. Tanpa menggunakan kalkulator, carikan
Rajah 10 menunjukkan enam stesen kerja yang dilabelkan P, Q, R, S, T dan U di sebuah syarikat.
| P | Q | R |
|---|---|---|
| S | T | U |
Rajah 10
Enam orang pekerja syarikat iaitu Aliff, Balqis, Christine, Danial, Emeer dan Faiz perlu ditempatkan dalam stesen kerja untuk melaksanakan beberapa projek syarikat. Setiap stesen kerja boleh menempatkan seorang pekerja sahaja.
Hitung bilangan cara untuk menempatkan semua pekerja syarikat
a
jika tiada syarat dikenakan.
2 分
b
sekiranya Aliff dan Balqis tidak boleh ditempatkan dalam stesen kerja yang berkongsi tepi.
4 分
Bahagian B3 题选 2 题已选 0/2
138 分
a
Rajah 11 menunjukkan empat peristiwa yang dilabelkan I, II, III dan IV.
| I | II |
|---|---|
| Masa yang diambil untuk menunggu bas. | Bilangan kali nombor 6 yang diperoleh apabila sebiji dadu dibaling lima kali. |
| **III** | **IV** |
| Bilangan kereta merah dalam kalangan tujuh kereta di suatu kawasan parkir. | Tinggi murid tingkatan lima di SMK Manjoi. |
Rajah 11
Klasifikasikan peristiwa I, II, III dan IV dalam Rajah 11 sebagai pemboleh ubah rawak diskret atau pemboleh ubah rawak selanjar dengan melengkapkan Rajah 12 di ruang jawapan.
| Pemboleh ubah rawak diskret | Pemboleh ubah rawak selanjar |
|---|---|
| | |
Rajah 12
*(Tulis peristiwa (I, II, III atau IV) bagi setiap lajur.)*
Lakar graf taburan kebarangkalian bagi $X$ pada Rajah 13 di ruang jawapan.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bentuk graf dan nilai $P(X = r)$ yang ditunjukkan bagi setiap nilai $r$.)*
2 分
148 分
a
Lengkapkan jadual 2 yang berikut, untuk menerbitkan rumus hasil tambah n sebutan pertama, $S_n$, bagi janjang geometri:
| | sebutan ke-n | $r \times$ sebutan ke-n |
|---|---|---|
| | $T_1 = a$ | $rT_1 = ar$ |
| | $T_2 = ar$ | $rT_2 =$ ☐ |
| | $T_3 =$ ☐ | $rT_3 =$ ☐ |
| | $T_4 =$ ☐ | ⋮ |
| | ⋮ | $rT_{n-2} =$ ☐ |
| | $T_{n-1} =$ ☐ | $rT_{n-1} =$ ☐ |
| | $T_n =$ ☐ | $rT_n =$ ☐ |
| **Hasil tambah** | $S_n$ = Hasil tambah semua sebutan ke-n **(1)** | $r S_n$ = hasil tambah semua ($r \times$ sebutan ke-n) **(2)** |
| **Hasil tambah n sebutan pertama, $S_n$** ↓ dengan n ialah integer positif, $n > 0$ @ $n \geq 1$ | (1) − (2): ☐ biasanya digunakan apabila $\lvert r \rvert < 1 \rightarrow -1 < r < 1$ | (2) − (1): ☐ biasanya digunakan apabila $\lvert r \rvert > 1 \rightarrow r < -1, r > 1$ |
Jadual 2
*(Tulis ungkapan bagi setiap kotak kosong ☐: $T_3$, $T_4$, $T_{n-1}$, $T_n$, $rT_2$, $rT_3$, $rT_{n-2}$, $rT_{n-1}$, $rT_n$, dan rumus $S_n$ bagi (1) − (2) dan (2) − (1).)*
4 分
b
Damia memohon pekerjaan daripada sebuah syarikat. Syarikat tersebut menawarkan gaji permulaan sebanyak RM 18 000 setahun dengan 5% kenaikan gaji tahunan daripada gaji pokok. Damia bercadang untuk menyimpan 25% daripada gajinya untuk melanjutkan pelajaran selepas bekerja selama 5 tahun. Hitung jumlah simpanan untuk pengajiannya selepas bekerja selama 5 tahun. Berikan jawapan anda betul kepada RM terhampir.
4 分
158 分
Diberi suatu lengkung $y = x(2x - 3)^2 - 4$,
a
cari $\frac{dy}{dx}$ dan $\frac{d^2y}{dx^2}$.
2 分
b
Seterusnya, cari koordinat titik-titik pusingan dan tentukan titik maksimum dan minimum bagi lengkung tersebut.