Seutas tali panjang 120 cm dibentuk menjadi segi empat tepat dengan panjang $x$ cm dan lebar $y$ cm.
a(i)
Tunjukkan bahawa luas segi empat tepat, $A = 60x - x^2$.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, cari luas maksimum segi empat tepat itu.
3 markah
b
Diberi $y = x + 3x^2$ dan $x$ bertambah dengan kadar $\frac{1}{5}$ unit per saat.
Cari kadar perubahan $y$ apabila $x = 4$.
2 markah
28 markah
Diberi lengkung bagi fungsi kuadratik $f(x) = (x - 4)^2 + p$ dengan pintasan-$y$, 7 dan menyilang lengkung $g(x) = -3x^2 + (q + 10)x - 21$ pada paksi-$x$ pada dua titik yang sama.
a
Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
5 markah
b
Seterusnya, dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari koordinat titik maksimum bagi $g(x)$.
3 markah
39 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 1 menunjukkan lokasi bagi rumah Azman, sekolah dan pasar yang dihubungkan dengan tiga jalan di atas satah Cartes. Diberi persamaan garis lurus bagi jalan yang menghubungkan rumah ke sekolah ialah $2x + y = 9$ dan persamaan garis lurus bagi jalan yang menghubungkan pasar ke sekolah pula ialah $2y - x + 2 = 0$.
a
Cari koordinat bagi sekolah.
2 markah
b
Tentukan sama ada jalan yang menghubungkan rumah ke sekolah dan jalan yang menghubungkan pasar ke sekolah adalah berserenjang.
2 markah
c
Sebuah papan tanda diletakkan pada koordinat $\left(\frac{12}{5}, \frac{1}{5}\right)$ antara jalan yang menghubungkan pasar ke sekolah. Cari nisbah jarak antara pasar dan sekolah ke papan tanda.
2 markah
d
Sebuah syarikat telekomunikasi bercadang meletakkan sebuah menara telekomunikasi di antara rumah, sekolah dan pasar. Menara itu dilengkapi dengan pagar bagi mengelakkan sebarang pencerobohan. Diberi persamaan lokus bagi pagar itu yang berpusatkan menara dan berdiameter 2 unit ialah $x^2 + y^2 - 4x - 4y + 7 = 0$.
Cari koordinat menara telekomunikasi itu.
3 markah
44 markah
Rajah 2 menunjukkan sebuah bulatan berpusat di $O$. Garis lurus $JK$ dan $LK$ adalah tangen kepada bulatan tersebut yang bersilang di titik $K$.
Diberi bahawa $\angle OKL = \alpha$ dan $LO = 14$ cm, cari perimeter sektor major $LOJ$ dalam sebutan $\alpha$ dan $\pi$.
4 markah
57 markah
Hasil tambah tiga sebutan pertama bagi suatu janjang geometri ialah 8 kali hasil tambah tiga sebutan yang berikutnya.
a
Cari nisbah sepunya janjang itu.
3 markah
Diberi hasil tambah bagi tiga sebutan pertama melebihi hasil tambah bagi tiga sebutan yang berikutnya sebanyak 98. Berdasarkan jawapan di 5(a), cari
b(i)
sebutan pertama janjang itu,
2 markah
b(ii)
hasil tambah hingga ketakterhinggaan janjang itu.
2 markah
67 markah
a
Selesaikan persamaan trigonometri $\sin(x + 30^\circ) = 2\,\text{kos}\,x$ bagi $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
3 markah
Diberi $\text{kos}\,x = -\frac{8}{17}$ bagi $0 < x < \pi$ dan $\sin y = -\frac{24}{25}$ bagi $\frac{\pi}{2} < y < \frac{3}{2}\pi$, tanpa menggunakan kalkulator, cari nilai
b(i)
$\text{sek}\,2x$,
2 markah
b(ii)
$\sin\frac{y}{2}$.
2 markah
78 markah
a
Nisbahkan penyebut dan permudahkan.
$$\frac{3}{\sqrt{3} - 3}$$
2 markah
b(i)
Tunjukkan bahawa $\log_{a^2} hk = \frac{1}{2}\log_a h + \frac{1}{2}\log_a k$.
3 markah
b(ii)
Seterusnya, jika $\frac{1}{2}\log_a 5 + \frac{1}{2}\log_a q = 1$, ungkapkan $a$ dalam sebutan $q$.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 3 menunjukkan graf bagi suatu lengkung $y = f(x)$. Garis lurus $y = \frac{1}{3}x - 7$ adalah normal kepada lengkung itu pada titik $B$.
Fungsi kecerunan bagi lengkung itu ialah $kx - 12$, dengan keadaan $k$ ialah pemalar. Diberi bahawa lengkung itu mempunyai titik minimum pada $\left(4, -\frac{15}{2}\right)$.
Cari
a(i)
nilai $k$,
2 markah
a(ii)
koordinat titik $B$.
2 markah
b
Cari persamaan bagi lengkung itu.
2 markah
c
Jika lengkung itu digerakkan 4 unit ke kiri, cari persamaan baharu lengkung itu.
Seterusnya, cari isipadu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung itu dan garis lurus $y = -6$ dikisarkan $180^\circ$ pada paksi-$y$.
4 markah
910 markah
Diberi bahawa $OAB$ ialah sebuah segi tiga. Titik $C$ terletak pada $OA$ dan titik $D$ terletak pada $AB$. Garis lurus $BC$ bersilang dengan garis lurus $OD$ pada titik $E$.
Diberi $OA : OC = 4 : 3$, $AB : AD = 2 : 1$, $\overrightarrow{OA} = 20\underset{\sim}{x}$ dan $\overrightarrow{OB} = 9\underset{\sim}{y}$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan/atau $\underset{\sim}{y}$,
a(i)
$\overrightarrow{BC}$
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{OD}$
1 markah
b
Jika $\overrightarrow{BE} = m\overrightarrow{BC}$ dan $\overrightarrow{OE} = n\overrightarrow{OD}$, dengan keadaan $m$ dan $n$ adalah pemalar, Cari nilai $m$ dan $n$.
5 markah
c
Diberi bahawa $|x| = 2$ unit dan luas segi tiga $OAB$ ialah 140 unit$^2$.
Hitung jarak serenjang dari $B$ ke $OA$.
2 markah
1010 markah
Dalam suatu permainan menembak yang terletak di Taman Jaya, kebarangkalian untuk seseorang menang ialah 12.5%. Imran telah membeli tiket untuk bermain permainan itu sebanyak $n$ kali. Kebarangkalian bagi Imran menang sekali dalam permainan itu adalah 15 kali kebarangkalian kalah dalam semua permainan.
a(i)
Cari nilai $n$.
3 markah
a(ii)
Hitung sisihan piawai bagi bilangan kemenangan.
2 markah
Rajah 4 menunjukkan satu graf taburan normal piawai yang mewakili isipadu air mineral dalam botol yang dihasilkan oleh sebuah kilang.
b(i)
Diberi min ialah 990 cm$^3$ dan variansnya ialah 225 cm$^6$. Jika peratus isipadu yang melebihi $V$ ialah 28.1%, cari
nilai $V$,
3 markah
b(ii)
kebarangkalian isipadu antara 970 cm$^3$ dan 1015 cm$^3$.
2 markah
1110 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Seorang murid menjalankan suatu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara suhu, $T$ °C dan tekanan gas, $P$ kPa, bagi sejenis gas. Pembolehubah $T$ dan $P$ dihubungkan oleh persamaan $P^2 = nk^T$, dengan keadaan $n$ dan $k$ adalah pemalar. Hasil daripada eksperimen tersebut dicatat dalam Jadual 1.
| $T$ / °C | $-10$ | $-5$ | 5 | 10 | 15 | 20 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $P$ / kPa | 1.622 | 2.138 | 3.548 | 5.248 | 6.166 | 7.943 |
Jadual 1
a
Plot $\log_{10} P$ melawan $T$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$T$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} P$.
Seterusnya, lukis garis penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai $\log_{10} P$ yang dikira, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
4 markah
b
Didapati bahawa satu daripada nilai-nilai $P$ telah tersalah catat oleh murid itu. Daripada graf di (a), tentukan nilai $P$ yang betul.
1 markah
Gunakan graf di (a) untuk mencari nilai
c(i)
$k$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
3 markah
c(ii)
$n$.
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v$ ms$^{-1}$ diberi oleh $v = 8 + 2t - t^2$, dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat selepas melalui titik $O$. Cari
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
a
halaju awal, dalam ms$^{-1}$, bagi zarah itu,
1 markah
b
halaju maksimum, dalam ms$^{-1}$, bagi zarah itu,
3 markah
c
nilai $t$ apabila zarah itu berhenti seketika,
2 markah
d
jumlah jarak dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam masa 6 saat pertama, selepas melalui $O$.
4 markah
1310 markah
Rajah 5 menunjukkan sebidang tanah pertanian yang berbentuk sebuah sisi empat $ABCD$ yang dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian tanah $ABC$ akan ditanam dengan jagung dan bahagian tanah selebihnya akan ditanam dengan nenas.
Diberi $\sin\angle ACB = \frac{7}{10}$ dan $\angle ADC$ adalah sudut cakah. Pagar dibina sepanjang $AC$.
a
Cari panjang pagar yang diperlukan.
4 markah
b(i)
Hitung $\angle ADC$.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, cari luas dalam m$^2$, bahagian tanah yang ditanam dengan nenas.
2 markah
c
Cari jarak terpendek dari $D$ ke $AC$.
2 markah
1410 markah
Rajah 6 menunjukkan carta palang yang menunjukkan perbelanjaan harian untuk item $P$, $Q$, $R$, $S$ dan $T$ pada tahun 2020. Jadual 2 menunjukkan harga dan indeks harga bagi item-item itu.
| Item | Harga (RM) pada tahun 2020 | Harga (RM) pada tahun 2022 | Indeks harga pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020 |
|---|---|---|---|
| $P$ | $x$ | 7.00 | 175 |
| $Q$ | 20.00 | 25.00 | 125 |
| $R$ | 40.00 | 55.00 | $y$ |
| $S$ | 60.00 | 90.00 | 150 |
| $T$ | 25.00 | 30.00 | 120 |
Jadual 2
a
Cari nilai $x$ dan nilai $y$.
3 markah
b
Hitung indeks gubahan bagi harga bahan-bahan itu pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020.
2 markah
c
Jumlah perbelanjaan mingguan untuk bahan-bahan itu pada tahun 2020 ialah RM 4560.
Sekiranya peruntukan sebanyak RM 1000 disediakan untuk perbelanjaan harian pada tahun 2022. Adakah peruntukan itu mencukupi?
3 markah
d
Kos item-item itu meningkat 20% dari tahun 2022 kepada tahun 2024.
Hitung indeks gubahan bagi harga bahan-bahan itu pada tahun 2024 berasaskan tahun 2020.
2 markah
1510 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Panitia Matematik Tambahan SMK Seri Berlian hendak membeli $x$ buah buku rujukan terbitan Syarikat $A$ dan $y$ buah buku rujukan terbitan Syarikat $B$. Harga bagi sebuah buku rujukan terbitan Syarikat $A$ ialah RM12 manakala buku rujukan terbitan Syarikat $B$ berharga RM16 sebuah. Pembelian yang dibuat adalah berdasarkan kekangan berikut:
I Bilangan buku terbitan Syarikat B yang dibeli adalah sekurang-kurangnya 10 buah lebih dari Syarikat $A$.
II Bilangan buku terbitan Syarikat A yang dibeli adalah lebih daripada 10 buah.
III Kos pembelian tidak melebihi RM 960.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 buah buku pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau ***R*** yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (persamaan, garis penuh atau putus-putus) dan rantau $R$ yang dilorek — garis yang membatasinya dan bucu-bucunya.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di 15(b) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
c(i)
Cari jumlah buku maksimum yang boleh dibeli.
2 markah
c(ii)
Tentukan kos minimum pembelian buku rujukan.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini