Garis lurus $x + 2y - 10 = 0$ memotong lengkung $5x^2 - 2xy = 24$ pada dua titik yang berlainan. Cari koordinat bagi titik-titik persilangan itu.
Pahang Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 2
- Percubaan Pahang · 2022
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
a
2 markah
Adakah semua nombor dalam bentuk punca kuasa dua adalah surd? Sokong pernyataan anda.
b
2 markah
Selesaikan persamaan $8(4^{x-1}) = 8^{2x-1}$.
c
3 markah
Diberi bahawa $x = 3^p$ dan $y = 3^q$, ungkapkan $\log_{27} x - \log_9 y$ dalam sebutan $p$ dan $q$.
a
4 markah
Diberi $g : x \rightarrow px + q$, dengan $p$ dan $q$ ialah pemalar, $f : x \rightarrow 3x - 4$ dan $gf : x \rightarrow 6x + 5$. Cari nilai bagi $p$ dan $q$.
Diberi $f^{-1}(x) = \frac{4}{m - x}$, $x \neq m$, dengan $m$ ialah pemalar dan $g(x) = 3 + x$.
Cari
b(i)
2 markah
fungsi $f$ dalam sebutan $m$.
b(ii)
2 markah
nilai $m$ jika $f^{-1}f(m^2 + 7) = g\left[(2 + m)^2\right]$.
Diberi bahawa $f(x) = 2x^2 + 6x - 8$.
a
2 markah
Tulis fungsi tersebut dalam bentuk verteks $f(x) = a(x + b)^2 + c$.
Berdasarkan bahagian (a);
b(i)
1 markah
Nyatakan persamaan paksi simetri.
b(ii)
1 markah
Tentukan sifat titik pusingan fungsi tersebut. Berikan justifikasi anda.
c
3 markah
Seterusnya, lakar graf $|f(x)|$ bagi $-6 \leq x \leq 2$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik di mana graf menyentuh paksi-$x$, kedudukan dan nilai verteks, serta nilai $y$ pada hujung-hujung domain.)*
a
4 markah
Lakarkan graf bagi $y = |2\cos 2x| + 1$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, bilangan kitaran, nilai maksimum dan minimum $y$, serta nilai-nilai $x$ yang ditanda pada paksi.)*
b
3 markah
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakarkan satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $|2\cos 2x| - \frac{x}{\pi} = 1$ untuk $0 \leq x \leq \pi$. Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan garis lurus anda dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik hujungnya; kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
Rajah 1 di bawah menunjukkan jalan bagi sekolah-sekolah di sebuah bandar yang berbentuk sisi empat $OABC$.
Sekolah $M$ terletak di tengah-tengah sekolah $A$ dan $C$ dan $OM : OB = 2 : 3$. Diberi $\overrightarrow{OA} = 3\underset{\sim}{x} + 2\underset{\sim}{y}$, $\overrightarrow{OC} = 9\underset{\sim}{x} + 2\underset{\sim}{y}$ dan $\overrightarrow{CB} = 3r\underset{\sim}{y}$, dengan $r$ ialah pemalar,
ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan/atau $\underset{\sim}{y}$,
a(i)
1 markah
$\overrightarrow{AC}$
a(ii)
2 markah
$\overrightarrow{OM}$
ungkapkan $\overrightarrow{OB}$ dalam sebutan
b(i)
2 markah
$\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$
b(ii)
3 markah
$\underset{\sim}{x}$, $\underset{\sim}{y}$ dan $r$.
Seterusnya, cari nilai $r$.
Rajah 2 menunjukkan seutas dawai yang dibengkokkan menjadi perimeter sebuah sektor bulatan $OPQR$ berpusat $O$ dan berjejari $x$ cm dengan keadaan sudut $POR$ adalah $\theta$ radian. Panjang dawai adalah 100 cm manakala $x$ dan $\theta$ akan berubah.
a
2 markah
Tunjukkan bahawa luas sektor, $A$ cm$^2$ boleh diungkapkan sebagai $A = 50x - x^2$.
Seterusnya, cari
b(i)
4 markah
nilai $x$ supaya luas yang dilingkungi oleh dawai adalah maksimum.
b(ii)
2 markah
nilai sepadan bagi $\theta$ dalam radian.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = (x - 6)^2$ dan garis lurus $y = mx + c$ bersilang pada titik $(4, 6)$. Diberi $\int_0^4 (mx + c)\,dx = 16$.
Hitung
a
4 markah
nilai $c$ dan nilai $m$
b
3 markah
Luas kawasan berlorek
c
3 markah
Isipadu yang dijanakan dalam sebutan $\pi$ apabila rantau berlorek dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$x$
Rajah 4 menunjukkan segi tiga $PQR$. Garis lurus $PQ$ berserenjang dengan garis lurus $RE$. Garis lurus $PF$ dan $RE$ bersilang di titik $G$.
Diberi bahawa $PG : GF = 2 : 1$, cari
a
2 markah
koordinat bagi $G$,
b
3 markah
persamaan garis lurus $PQ$,
c
2 markah
persamaan garis lurus $RQ$,
d
3 markah
persamaan lokus bagi satu titik bergerak $W$ supaya jaraknya dari titik $P$ dan titik $R$ adalah dalam nisbah $3 : 2$.
Guna kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pembolehubah, $x$ dan $y$ yang diperolehi dari satu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan **$nx = py + xy$,** dengan keadaan $n$ dan $p$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.5 | 2.0 | 3.0 | 4.0 | 5.0 | 6.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 2.020 | 0.770 | 0.465 | 0.385 | 0.351 | 0.339 |
Jadual 1
a
2 markah
Berdasarkan jadual di atas, bina satu jadual bagi nilai-nilai $\frac{1}{y}$ dan $\frac{1}{x}$
*(Tulis nilai $\frac{1}{x}$ dan $\frac{1}{y}$ bagi setiap pasangan nilai dalam Jadual 1.)*
b
3 markah
Plot $\frac{1}{y}$ melawan $\frac{1}{x}$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi $\frac{1}{x}$ dan 2 cm kepada 0.5 unit pada paksi $\frac{1}{y}$.
Seterusnya Lukis garis penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Menggunakan graf di (b), cari nilai
c(i)
3 markah
$n$,
c(ii)
2 markah
$p$
Kebarangkalian seorang murid berjalan kaki ke sekolah ialah $p$. Suatu sampel 6 orang murid dipilih secara rawak.
a(i)
3 markah
Jika kebarangkalian bagi kesemua murid itu berjalan kaki ke sekolah ialah 0.04666, cari nilai $p$.
a(ii)
2 markah
Cari kebarangkalian bahawa lebih daripada 4 orang murid berjalan kaki ke sekolah.
b(i)
2 markah
Rajah 5 menunjukkan satu graf taburan normal piawai yang mewakili isipadu sos cili dalam botol yang dihasilkan oleh sebuah kilang. Diberi bahawa min ialah $900m^3$ dan variansnya ialah $289m^6$. Jika peratus isipadu yang melebihi $V$ ialah 40.9%, cari
nilai bagi $V$,
b(ii)
3 markah
kebarangkalian bahawa isipadu antara $866m^3$ dan $951m^3$.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Rajah 6 menunjukkan kombinasi segi tiga $ABC$, $BCD$ dan $ACD$ di atas satah mendatar. Diberi $\angle ACB$ dan $\angle BCD$ adalah sudut cakah.
Diberi bahawa $DB = 8$ cm, $BC = 6$ cm, $AC = 10$ cm dan $\angle BDC = 40^\circ$. Jika luas segi tiga $ABC$ ialah 22 cm², kira
a
2 markah
$\angle ACB$,
b
2 markah
panjang, dalam cm, bagi $AB$,
c
4 markah
$\angle DBA$,
d
2 markah
luas, dalam cm², bagi segi tiga $ABD$.
Sejenis kek dibuat daripada tiga jenis bahan $P$, $Q$ dan $R$. Jadual 2 menunjukkan indeks harga bagi tahun 2018 berbanding 2014 dan pemberat bagi bahan-bahan tersebut.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2018 berasaskan tahun 2014 | Pemberat |
|---|---|---|
| $P$ | 98 | $y + 2$ |
| $Q$ | 123 | $y + 4$ |
| $R$ | $x$ | 5 |
Jadual 2
a
1 markah
Nyatakan peratus pengurangan bagi bahan $P$ dari tahun 2014 ke tahun 2018.
b
2 markah
Harga bagi bahan $Q$ pada tahun 2018 jika harga pada tahun 2014 ialah RM 10.50.
c
3 markah
Indeks harga bagi bahan $R$ bagi tahun 2018 berbanding tahun 2016 ialah 125 dan pada tahun 2016 berbanding 2014 ialah 92. Cari nilai $x$.
d
4 markah
Kos untuk membuat kek tersebut pada tahun 2014 ialah RM 55.00 dan meningkat kepada RM 62.15 pada tahun 2018. Cari nilai bagi $y$.
Gunakan graf untuk menjawab soalan ini.
Encik Ammar menggunakan $x$ hektar tanah untuk menanam pokok jagung dan $y$ hektar tanah untuk menanam pokok betik. Dia mempunyai selebih-lebihnya 360 orang tenaga pekerja dan modal sekurang-kurangnya RM24 000. Setiap hektar ladang jagung diurus oleh 6 orang pekerja sementara 3 orang pekerja untuk setiap hektar ladang pokok betik. Jumlah hektar tanah untuk menanam pokok jagung dan pokok betik tidak lebih daripada 80 hektar. Kos perbelanjaan untuk sehektar ladang pokok jagung ialah RM800 dan sehektar ladang pokok betik ialah RM300.
a
3 markah
Tulis tiga ketaksamaan linear, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
b
3 markah
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek (garis-garis yang membatasinya dan bucu-bucunya).)*
Menggunakan graf yang dibina di 14(b), cari
c(i)
1 markah
keluasan maksimum tanah yang digunakan untuk menanam pokok jagung, jika keluasan tanah untuk menanam pokok betik ialah 45 hektar.
c(ii)
3 markah
keuntungan maksimum, jika keuntungan hasil jualan jagung ialah RM700 dan RM250 bagi betik untuk setiap hektar.
Satu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v$ m s$^{-1}$, diberi oleh $v = mt^2 + nt$, dengan keadaan $m$ dan $n$ ialah pemalar dan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$. Diberi bahawa zarah itu berhenti seketika apabila $t = 5$ s dan pecutannya ialah 3 ms$^{-2}$ apabila $t = 1$ s.
[Anggap gerakan ke arah kanan sebagai positif]
Cari
a
5 markah
nilai $m$ dan nilai $n$,
b
2 markah
julat nilai $t$ apabila zarah itu bergerak ke arah kanan,
c
3 markah
jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu pada saat kedua.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

