$T_1$, $T_2$ dan $T_3$ adalah tiga sebutan berturutan suatu janjang aritmetik. Diberi bahawa $T_1 = 7$ dan $T_{n+1} = T_n + 4$ bagi $n \ge 1$. Cari sebutan ke-17.
3 markah
34 markah
Diberi fungsi $f : x \rightarrow 2x + 4$, cari
a
$f^2(x)$,
2 markah
b
nilai $m$ dengan keadaan $f^2(2m) = 28$.
2 markah
45 markah
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $2y = 3x^2(4 - x)$. Rajah 1 menunjukkan graf garis lurus yang diperoleh dengan memplotkan $\frac{y}{x^2}$ melawan $x$.
a
Ungkapkan $p$ dalam sebutan $q$.
3 markah
b
Seterusnya, tentukan sama ada titik $(8, -6)$ berada di atas garis lurus itu atau tidak. Beri justifikasi anda.
2 markah
56 markah
Vektor kedudukan bagi rumah $A$ dan rumah $B$ masing-masing adalah $\underset{\sim}{i} + 2\underset{\sim}{j}$ dan $3\underset{\sim}{i} + 5\underset{\sim}{j}$. Jarak antara rumah-rumah tersebut dikira dalam kilometer, km.
a
Cari vektor unit bagi $\overrightarrow{AB}$.
3 markah
b
Sebuah rumah baru, $C$ telah dibina 13 kilometer dari rumah $A$. Jika vektor kedudukan bagi rumah $C$ ialah $6\underset{\sim}{i} + k\underset{\sim}{j}$, cari nilai-nilai yang mungkin bagi $k$.
3 markah
66 markah
a
Sebuah kilang kasut mula beroperasi pada Januari 2012. Jumlah pengeluaran kasut setahun diwakili oleh $f : t \rightarrow 150 + 300t$, dengan keadaan $t$ ialah bilangan tahun.
Pada tahun bilakah jumlah kasut yang dikeluarkan ialah 2550 pasang.
3 markah
b
Diberi fungsi $g(x) = px + q$, di mana $p$ dan $q$ ialah pemalar. Cari nilai $p$ dan nilai $q$ dengan keadaan $g(-5) = 11$ dan $g^{-1}(2) = 7$.
3 markah
76 markah
Rajah 2 menunjukkan garis lurus $RU$ dan $RS$. Garis lurus $RS$ selari dengan paksi-$x$ dan sama panjang dengan garis lurus $RU$.
a
Cari persamaan pembahagi dua sama serenjang bagi $US$.
3 markah
b
Titik $P(x, y)$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik $R$ adalah sentiasa dua kali jaraknya dari titik $U$.
Cari persamaan lokus $P$.
3 markah
86 markah
Sebuah gedung membeli belah telah mengadakan satu peraduan. Mereka telah menyenaraikan 20 peserta yang bertuah untuk dipilih bagi memenangi tiga hadiah utama iaitu kereta jenama $X$, $Y$ dan $Z$ serta lima hadiah sagu hati bernilai RM 5000 setiap satu.
Lima pemenang bagi hadiah sagu hati akan dipilih terlebih dahulu barulah pemenang tiga hadiah utama akan dipilih.
a
Cari bilangan cara untuk memilih lima pemenang hadiah sagu hati.
1 markah
b
Cari bilangan cara berlainan untuk memilih pemenang bagi tiga hadiah utama.
1 markah
Pemenang akan diraikan di satu majlis. Tentukan cara yang berlainan untuk menyusun lapan pemenang dalam satu baris jika
c(i)
tiada syarat dikenakan.
1 markah
c(ii)
semua pemenang hadiah utama tidak dibenarkan duduk bersebelahan.
3 markah
96 markah
a
Diberi $f(x) = (1 - 2x)^4$ dan $\int f(x)\,dx = m(1 - 2x)^n + c$. Cari $mn$.
2 markah
b
Ali dan rakannya sedang melancong di sebuah negara. Pada hari tertentu Ali dan rakannya akan pergi ke taman tema jika suhu pada hari tersebut tidak melebihi 40°C. Mengikut ramalan kaji cuaca pada hari tersebut, kadar perubahan suhu di siang hari pada hari tersebut diberi oleh $\frac{d\theta}{dt} = 0.4(5 - t)$ dimana $\theta$ ialah suhu dalam °C dan $t$ masa, dalam jam.
Bolehkah Ali dan rakannya mengikut pelan yang dirancang jika suhu pada pukul 7.00 pagi dimana $t = 0$ ialah 22°C?
4 markah
105 markah
Sebiji dadu tidak adil dilambungkan. Kebarangkalian mendapat ‘6’ ialah 0.4. Jika dadu itu dilambungkan sebanyak 15 kali, hitungkan nilai
a(i)
min,
2 markah
a(ii)
varians,
1 markah
b
kebarangkalian mendapat ‘6’ sekurang-kurangnya sekali.
2 markah
117 markah
Diberi $\operatorname{kos}\theta = -m$, dengan keadaan $\theta$ ialah sudut refleks. Cari dalam sebutan $m$
a(i)
$\operatorname{kosek}\theta$,
1 markah
a(ii)
$5\operatorname{sek}(\theta - 180^\circ)$
2 markah
b
Selesaikan persamaan $\sin 2A + \sin A - \tan A = 0$ untuk $0 \le A \le 2\pi$ dalam sebutan $\pi$.
4 markah
124 markah
Rajah 4 menunjukkan sebuah tapak ekspo pertanian $ABCD$ yang dianjurkan oleh Universiti Eastin. Titik $F$ adalah pusat khemah urusetia.
a
Jarak titik $B$ ialah 3 kali dari khemah urusetia dan 4 kali dari titik $D$. Jika diberi koordinat khemah urusetia ialah $\left(\frac{15}{4}, \frac{13}{4}\right)$, kirakan nilai $k$.
2 markah
b
Kirakan luas tapak ekspo.
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Rajah 5 menunjukkan binaan sebuah pintu gerbang.
Bahagian atas pintu gerbang berbentuk parabola dengan tinggi maksimumnya ialah 2 meter daripada tiang penyokong dan lebarnya ialah 6 meter.
a
Nyatakan paksi simetri. Seterusnya tuliskan fungsi kuadratik dalam bentuk verteks yang mewakili bentuk pintu gerbang.
4 markah
b
Jika pihak perbandaran ingin memasang dua biji lampu pada titik $C_1$ dan $C_2$ sehinggakan $PC_1 = C_1C_2 = C_2Q$. Cari tinggi lampu daripada tanah.
[Berikan jawapan anda dalam bentuk nombor bercampur].
4 markah
148 markah
Rajah 6 menunjukkan lengkung $y = 4x^2$. Titik $S(0, 2)$ dan $R$ masing-masing berada pada paksi-$y$. Titik $Q$ berada pada lengkung dengan keadaan $RQ$ adalah selari dengan paksi-$x$. Diberi bahawa panjang $RQ$ adalah $p$ unit.
a(i)
Ungkapkan luas $A$ unit$^2$ bagi segitiga $RQS$, dalam sebutan $p$.
2 markah
a(ii)
Diberi bahawa $p = 2$. Seterusnya, cari perubahan yang sepadan bagi $A$ apabila $p$ bertambah sebanyak 3%.
3 markah
b
Titik $R$ bergerak di sepanjang paksi-$y$ dan titik $Q$ bergerak di sepanjang lengkung dengan keadaan $RQ$ kekal selari dengan paksi-$x$.
Dengan menggunakan nilai $p$ di (a)(ii), cari kadar perubahan jarak bagi titik $R$ dari paksi-$x$ semasa titik itu bergerak di sepanjang paksi-$y$ jika $p$ meningkat pada kadar 0.03 unit per saat.
3 markah
158 markah
Rajah 7 menunjukkan sebuah trapezium $ABCD$. $ADE$ dan $BCF$ adalah dua sektor bulatan masing-masing berpusat di $A$ dan $B$. Jejari bagi setiap sektor ialah 8 cm dan tinggi bagi trapezium ialah 5 cm.
Diberi panjang lengkok $FC = 5.402$ cm.
[Guna $\pi = 3.142$]
Hitung
a
$\angle CBF$ dalam radian,
2 markah
b
perimeter, dalam cm, kawasan tidak berlorek,
3 markah
c
luas, dalam cm$^2$, kawasan berlorek.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini