Jarak di antara rumah Ahmad dan adiknya, Aimi ialah 100 km. Pada suatu hari, Ahmad memandu dari rumahnya ke rumah adiknya dengan laju purata $x$ km/j dan kembali dengan laju purata $y$ km/j. Jumlah masa untuk kedua-dua perjalanan ialah 2.5 jam. Diberi bahawa $x$ melebihi $y$ sebanyak 20 km/j. Cari masa yang diambil oleh Ahmad untuk pergi ke rumah adiknya. Berikan jawapan kepada 3 angka bererti.
Gunakan $\text{Laju} = \frac{\text{Jarak}}{\text{Masa}}$
Others Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 2 · SBP
- Percubaan SBP · 2022
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Diberi $f(x) = \ln(4x - 2)$.
Cari
a(i)
2 markah
$f(3)$,
a(ii)
2 markah
julat nilai $x$ apabila $f(x) > 5$.
b
3 markah
Selesaikan persamaan
$$m^{\frac{1}{3}} = 2 + 15m^{-\frac{1}{3}}$$
a
4 markah
Diberi persamaan kuadratik, $ax^2 + bx + c = 0$ dengan keadaan $a$, $b$ dan $c$ ialah pemalar dan $a \neq 0$, mempunyai punca-punca $\alpha$ dan $\beta$.
Tunjukkan bahawa
$$\alpha + \beta = -\frac{b}{a} \text{ dan } \alpha\beta = \frac{c}{a}$$
Seterusnya, cari hasil tambah punca dan hasil darab punca bagi persamaan $\frac{2}{3}x^2 = 5x + 2$.
b
3 markah
Diberi bahawa $f(x) = \frac{1}{x + 2} + \frac{1}{x - 3}$. Cari nilai-nilai yang mungkin bagi $x$ jika $f(x) = 4$. Berikan jawapan anda dalam bentuk $\frac{p \pm \sqrt{q}}{r}$ dengan $p$, $q$ dan $r$ ialah integer positif.
a
3 markah
Diberi bahawa persamaan suatu lengkung ialah $y = x^3 - 12x$. Satu garis lurus menyentuh lengkung itu pada titik $K(3, -9)$. Cari persamaan garis lurus itu.
b
4 markah
Diberi bahawa $x + 2y = 4$. Cari nilai minimum bagi $P$ jika $P = x^2 + xy - y^2$.
Persatuan Matematik SMK Cemerlang menganjurkan satu pertandingan mencipta logo untuk persatuan itu.
Rajah 1 menunjukkan logo yang dicipta oleh Husainy. $ABCD$, $ABD$ dan $CBD$ merupakan sektor-sektor berjejari 8 cm masing-masing yang berpusat di $D$, $A$ dan $C$.
[Guna $\pi = 3.142$]
Cari
a
3 markah
perimeter, dalam cm, kawasan berlorek bagi logo itu,
b
4 markah
luas, dalam cm², kawasan berlorek bagi logo itu.
a
2 markah
Diberi bahawa $x$, $y$ dan $z$ adalah tiga sebutan berturut bagi suatu janjang geometri. Tunjukkan bahawa $\log x$, $\log y$ dan $\log z$ adalah tiga sebutan berturut bagi suatu janjang aritmetik.
Dalam satu permainan kuiz matematik, peserta-peserta dibenarkan menjawab soalan secara berturut-turut. Setiap soalan berturutan yang dijawab dengan betul bernilai RM1, RM2, RM4 dan seterusnya. Permainan akan dihentikan sekiranya peserta memberi jawapan yang salah. Peserta hanya menerima $\frac{1}{10}$ daripada jumlah kemenangan yang diperoleh.
b(i)
2 markah
Hitung wang yang dimenangi oleh Rayyan bagi soalan ke-10 yang dijawab dengan betul.
b(ii)
3 markah
Ben telah memenangi hadiah tertinggi dalam permainan ini iaitu RM1638.30. Hitung bilangan soalan yang telah dijawab oleh Ben dengan betul.
Dalam satu peperiksaan percubaan yang diduduki oleh 190 orang murid di sebuah sekolah, markah untuk mata pelajaran Matematik Tambahan bertabur secara normal dengan min 45 dan sisihan piawai 10.
Pengetua sekolah bercadang memberikan token penghargaan kepada murid yang mendapat 70 markah ke atas, manakala murid yang mendapat 39 markah dan ke bawah perlu menduduki peperiksaan semula.
a
2 markah
Cari kebarangkalian seorang murid dipilih secara rawak akan diberikan token penghargaan.
b
3 markah
Hitung bilangan murid yang perlu menduduki peperiksaan semula.
c
3 markah
Didapati 35% daripada murid mendapat markah di antara $m$ dan 45.
Cari nilai $m$.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Rajah 2 menunjukkan sebuah segi tiga $OAB$. Titik $C$ dan titik $D$ masing-masing terletak pada garis lurus $OB$ dan garis lurus $AB$. Garis lurus $OD$ dan garis lurus $AC$ bersilang pada titik $E$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{OA} = \underset{\sim}{x}$, $\overrightarrow{OB} = \underset{\sim}{y}$, $3\overrightarrow{AD} = 2\overrightarrow{AB}$ dan $\overrightarrow{OC} = \frac{3}{5}\overrightarrow{OB}$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$:
a(i)
1 markah
$\overrightarrow{AC}$,
a(ii)
2 markah
$\overrightarrow{OD}$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{OE} = h\overrightarrow{OD}$ dan $\overrightarrow{AE} = k\overrightarrow{AC}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
Ungkapkan $\overrightarrow{OE}$ dalam sebutan
b(i)
1 markah
$h$, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$,
b(ii)
2 markah
$k$, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$.
c
4 markah
Seterusnya, cari nilai-nilai $h$ dan $k$.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $h$ dan $k$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $h$ dan $k$ dihubungkan oleh persamaan $k = \frac{\sqrt{h^p}}{q}$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
| $h$ | 0.6 | 0.85 | 1.1 | 1.4 | 1.83 | 2.45 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $k$ | 2.75 | 5.02 | 8.36 | 13.19 | 21.89 | 36.4 |
Jadual 1
a
5 markah
Plot $\log_{10} k$ melawan $\log_{10} h$, menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} h$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\log_{10} k$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Tulis nilai $\log_{10} h$ dan $\log_{10} k$ yang anda plot, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Menggunakan graf di 9(a), cari nilai
b(i)
3 markah
$p$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
b(ii)
2 markah
$q$.
*(Nyatakan pintasan yang anda baca daripada graf anda.)*
Rajah 3 menunjukkan dua lengkung $y = f(x)$ dan $y^2 = 4x + 1$. Lengkung-lengkung tersebut bersilang pada titik $A$ dan titik $B$.
a
1 markah
Nyatakan koordinat $A$.
b
5 markah
Diberi bahawa $\int_0^2 f(x)\,dx = m$. Cari luas kawasan berlorek $P$ dan $Q$ dalam sebutan $m$.
c
4 markah
Kira isipadu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau $R$ dikisarkan $360^\circ$ pada paksi-$x$ jika luas keratan rentasnya ialah $\frac{1}{4}\pi(x^4 + 4x^2 + 4)$.
a(i)
2 markah
Buktikan bahawa $\frac{4}{2\,\text{kot}\,\theta - 2\tan\theta} = \tan 2\theta$.
a(ii)
3 markah
Seterusnya, selesaikan persamaan $\frac{4}{2\,\text{kot}\,\theta - 2\tan\theta} = \frac{\sqrt{3}}{2}$ untuk $0^\circ \leq \theta \leq 270^\circ$.
b
5 markah
Lakarkan graf $4y + |8\sin 2x| - 8 = 0$ bagi $0 \leq x \leq \frac{3}{2}\pi$. Seterusnya, cari julat nilai $k$ bagi persamaan $8 - |8\sin 2x| - 4k = 0$ supaya persamaan itu hanya mempunyai 6 penyelesaian untuk $0 \leq x \leq \frac{3}{2}\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$y$ dan paksi-$x$ dan bilangan kitaran; kemudian nyatakan julat nilai $k$.)*
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Rajah 4 menunjukkan sisi empat kitaran $ABCD$.
Hitung
a(i)
2 markah
panjang, dalam cm, bagi $AC$,
a(ii)
4 markah
$\angle CAD$.
Cari
b(i)
2 markah
luas, dalam cm², bagi $\triangle ACD$,
b(ii)
2 markah
jarak terpendek, dalam cm, dari titik $D$ ke $AC$.
Jadual 2 menunjukkan indeks harga dan pemberat bagi empat bahan yang digunakan untuk penghasilan sepasang sandal.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2021 berasaskan tahun 2019 | Perubahan indeks harga dari tahun 2021 ke tahun 2022 | Pemberat |
|---|---|---|---|
| $P$ | 120 | Menokok 15% | 2 |
| $Q$ | $x$ | Tidak berubah | 3 |
| $R$ | 130 | Menyusut 5% | 4 |
| $S$ | 125 | Menokok 8% | 1 |
Jadual 2
Hitung
a(i)
2 markah
harga bahan $P$ pada tahun 2021 jika harganya pada tahun 2019 ialah RM15.50.
a(ii)
1 markah
harga bahan $S$ pada tahun 2019 jika harganya pada tahun 2021 ialah RM18.00.
b
2 markah
Indeks gubahan bagi kos membuat sepasang sandal pada tahun 2021 berasaskan tahun 2019 ialah 135. Hitung nilai $x$.
c
3 markah
Seterusnya, hitung indeks gubahan bagi kos membuat sepasang sandal pada tahun 2022 berasaskan tahun 2019.
d
2 markah
Hitung kos membuat sepasang sandal pada tahun 2022 jika kos sepadan pada tahun 2019 ialah RM45.30.
Sebuah kedai membuat dua jenis kek, $x$ biji kek $P$ dan $y$ biji kek $Q$ seminggu dengan menggunakan tepung $A$ dan $B$. Kedua-dua kek tersebut memerlukan kuantiti tepung $A$ dan $B$ yang berbeza. Sebiji kek $P$ memerlukan 40 gram tepung $A$ dan 30 gram tepung $B$ manakala sebiji kek $Q$ pula memerlukan 20 gram tepung $A$ dan 60 gram tepung $B$. Penghasilan kek-kek tersebut adalah berdasarkan kekangan berikut:
I Nisbah bilangan kek $P$ yang dihasilkan kepada bilangan kek $Q$ adalah lebih daripada $1 : 4$.
II Tepung $A$ hanya boleh digunakan selebih-lebihnya 1800 gram seminggu.
III Tepung $B$ digunakan sekurang-kurangnya 1500 gram seminggu.
a
3 markah
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
b
3 markah
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 biji kek kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau **R** yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
Gunakan graf yang dibina di 14 (b) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
c(i)
1 markah
Cari bilangan maksimum kek $Q$ yang dihasilkan seminggu.
c(ii)
3 markah
Kos untuk membuat sebiji kek $P$ dan kek $Q$ masing-masing ialah RM40 dan RM55. Pengusaha kedai kek itu ingin menjual setiap kek dengan keuntungan sebanyak 35%. Hitung jumlah keuntungan minimum yang akan diperoleh dalam seminggu.
*(Nyatakan titik dalam rantau R yang anda gunakan.)*
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Suatu zarah bergerak di sepanjang garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v\ \text{ms}^{-1}$, diberi oleh $v = p + qt^2$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar dan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$. Diberi zarah itu berada 48 m di sebelah kiri $O$ apabila $t = 6\ \text{s}$, manakala pecutannya $-4\ \text{ms}^{-2}$ apabila $t = 2\ \text{s}$.
Hitung
a
5 markah
nilai $p$ dan nilai $q$,
b
2 markah
masa, dalam saat, apabila zarah berhenti seketika,
c
3 markah
jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah pada saat kelima.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

