Perak Trial 2022 Additional Mathematics Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Additional Mathematics
Perak Trial 2022 Additional Mathematics Kertas 2 · Set 1
Perak 州试卷 Set 1 · 2022
15 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文或英文
最后更新
2026-11-25
Bahagian A全答 7 题
16 分
Rajah 1 menunjukkan sebuah segi tiga $ABC$. Titik $P$ dan $Q$ terletak pada $BC$ dan $AC$ masing-masing.
Diberi $\overrightarrow{BP} = 4\underset{\sim}{x}$, $\overrightarrow{BA} = 20\underset{\sim}{y}$, $BP : PC = 1 : 2$ dan $AQ : AC = 3 : n$, dengan keadaan $n$ ialah suatu pemalar.
a
Cari nilai $n$ jika $\overrightarrow{CQ} = -3\underset{\sim}{x} + 5\underset{\sim}{y}$.
3 分
b
Diberi $\underset{\sim}{x} = 3\underset{\sim}{i}$ dan $\underset{\sim}{y} = \underset{\sim}{i} - \frac{3}{5}\underset{\sim}{j}$, cari vektor unit dalam arah $\overrightarrow{CA}$.
3 分
26 分
a
Diberi ${}^{n}C_2 = 45$, cari nilai ${}^{n}P_2$.
2 分
Rajah 2 menunjukkan tujuh keping kad digit.
| 1 | 3 | 5 | 4 | 7 | 4 | 9 |
|:-:|:-:|:-:|:-:|:-:|:-:|:-:|
Rajah 2
Suatu kod lima digit hendak dibentuk dengan menggunakan lima daripada kad-kad itu. Cari
b(i)
bilangan kod lima digit yang berlainan yang dapat dibentuk,
2 分
b(ii)
bilangan kod lima digit bernombor ganjil yang berlainan yang bermula dengan digit genap.
2 分
36 分
Graf $P$ dan graf $Q$ dalam Rajah 3 menunjukkan hubungan antara $x$ dan $y$.
a(i)
Tentukan
domain bagi graf $P$ dan $Q$.
2 分
a(ii)
julat bagi graf $P$ dan $Q$.
2 分
b
Lakarkan graf $y = |1 + 3x|$ untuk $-3 \leq x \leq 2$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, koordinat titik-titik hujung, dan titik persilangan graf dengan paksi-$x$ dan paksi-$y$.)*
2 分
49 分
a
Diberi $\text{kos}\,A = \frac{3}{5}$. Tanpa menggunakan kalkulator, cari nilai bagi $\tan 2A$.
3 分
b
Lakar graf bagi $y = -2\sin\frac{3}{2}x$ bagi $0 \leq x \leq 2\pi$.
Seterusnya, tentukan bilangan penyelesaian bagi trigonometri $x\sin\frac{3}{2}x = -\frac{\pi}{2}$ bagi $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, bilangan kitaran dan arah graf bermula dari asalan; bagi bilangan penyelesaian, nyatakan persamaan graf yang anda lukis pada paksi yang sama dan bentuknya, kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
6 分
58 分
Anda berada di sebuah kedai kek untuk membeli barangan berikut.
Roti berharga RM 2 satu buku, kek berharga RM 6 sepotong yang berjisim 100 g dan biskut berharga RM 3 setiap 100 g. Anda perlu beli sepuluh item yang kosnya ialah RM 34. Selain itu, anda perlu membeli tiga kali lebih banyak biskut daripada kek.
a
Bentuk sistem tiga persamaan yang melibatkan ketiga-tiga item.
3 分
b
Cari jumlah barangan bagi setiap item yang anda beli.
5 分
67 分
a
Diberi bahawa $3^x = \sqrt{p}$, $3 = q^{\frac{1}{y}}$ dan $9^x \times 3^y = 9^x + 16$. Ungkapkan $p$ dalam sebutan $q$.
4 分
b
Diberi
$$\frac{1}{\log_a m} - \frac{1}{\log_3 m} = 5 - \log_m (5 - m)$$
Ungkapkan $a$ dalam sebutan $m$.
3 分
78 分
Rajah 4 menunjukkan logo sebuah pusat peranginan; Elmo’s Beach Resort yang terdiri daripada dua sektor yang mempunyai pusat yang sama, $E$. Logo ini melambangkan kawasan yang dilitupi oleh pusat peranginan tersebut. Sektor pada logo yang mempunyai pohon kelapa merupakan kawasan penginapan manakala selebihnya adalah kawasan pantai.
Sudut yang dicangkum pada pusat oleh lengkok kawasan penginapan ialah $8p$ rad. Diberi jejari kawasan pantai adalah $j$ cm dan nisbah jejari kawasan penginapan kepada jejari kawasan pantai $3 : 2$ manakala panjang lengkok kawasan pantai adalah $4jp$ cm.
a
Cari sudut yang dicangkum pada pusat oleh kawasan pantai dalam sebutan $p$ rad.
2 分
b
Cari panjang lengkok kawasan penginapan dalam sebutan $j$ dan $p$.
2 分
c
Hitung luas keseluruhan kawasan pusat peranginan tersebut dalam sebutan $j$ dan $\pi$.
4 分
Bahagian B4 题选 3 题已选 0/3
810 分
Rajah 5 menunjukkan garis lurus $2y = 6 - x$ bersilang dengan lengkung $x = y^2 + 3$ pada titik $B$ dan paksi-$x$ pada titik $A$.
Cari
a
koordinat titik $B$,
3 分
b
luas rantau berlorek $R$,
4 分
c
isipadu yang dijanakan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $x = y^2 + 3$, garis lurus $x = 4$ dan paksi-$x$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$x$.
3 分
910 分
Dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh sebuah sekolah rendah di Sungai Siput, didapati 3 daripada 7 orang murid membaca lebih daripada 3 buah buku cerita dalam sebulan.
a(i)
Jika 8 orang murid dipilih secara rawak daripada sekolah itu, cari kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya 2 orang murid membaca lebih daripada 3 buah buku cerita dalam sebulan
3 分
a(ii)
Jika sisihan piawai bilangan murid yang membaca lebih daripada 3 buku cerita dalam sebulan adalah 11.5, hitung jumlah bilangan murid dalam sekolah rendah itu.
2 分
Di sebuah sekolah menengah di Sungai Siput, 56 orang murid menduduki satu Ujian Diagnostik Matematik Tambahan. Markah yang diperolehi oleh murid-murid adalah bertabur secara normal dengan min 40 markah dan varians 144 markah.
b(i)
Dalam ujian diagnostik itu, murid yang mendapat markah di antara 40 hingga 60 markah dikategorikan dalam kumpulan sederhana. Jika seorang murid dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa murid itu berada dalam kumpulan sederhana.
2 分
b(ii)
Diberi bahawa 58% murid yang menduduki ujian diagnostik itu lulus. Hitung markah minimum untuk lulus dalam ujian diagnostik itu.
3 分
1010 分
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada pemerhatian suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $\frac{m}{y} - \frac{n}{x^2} = 1$, dengan $m$ dan $n$ adalah pemalar.
| $x$ | 1.27 | 1.41 | 1.77 | 2.89 | 4.08 | 7.07 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.55 | 0.67 | 1.02 | 2.51 | 4.73 | 8.45 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1, bina satu jadual bagi nilai-nilai $\frac{1}{y}$ dan $\frac{1}{x^2}$.
*(Tulis nilai $\frac{1}{x^2}$ dan $\frac{1}{y}$ bagi setiap pasangan nilai $x$ dan $y$.)*
2 分
b
Plot graf $\frac{1}{y}$ melawan $\frac{1}{x^2}$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\frac{1}{x^2}$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\frac{1}{y}$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 分
c(i)
Dengan menggunakan graf dari b(i), anggarkan nilai-nilai bagi $m$ dan $n$. Berikan jawapan anda kepada empat angka bererti.
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
4 分
c(ii)
Daripada graf, cari nilai bagi $y$ apabila $x = 1.58$.
1 分
1110 分
Rajah 6 menunjukkan garis lurus $AC$ yang bersilang dengan paksi-$y$ pada titik $B$.
Persamaan $AC$ ialah $3y = 2x - 15$.
Cari
a(i)
koordinat $B$
1 分
a(ii)
Koordinat $C$, diberi $AB : BC = 2 : 7$
2 分
b
Cari persamaan garis lurus yang melalui titik $A$ dan berserenjang dengan $AC$.
3 分
c
Hitung nisbah luas segitiga $AOB$ kepada $AOC$.
4 分
Bahagian C4 题选 2 题已选 0/2
1210 分
Gunakan kertas graf di halaman berikut untuk menjawab soalan ini.
Butik Cantik menjual dua jenis baju kebaya, $A$ dan $B$. Pada suatu bulan tertentu, butik itu menjual $x$ helai baju kebaya $A$ dan $y$ helai baju kebaya $B$. Keuntungan daripada penjualan sehelai baju kebaya $A$ adalah RM 18 dan keuntungan daripada sehelai baju kebaya $B$ adalah RM 16.
Penghasilan baju-baju kebaya itu dalam sehari adalah berdasarkan kekangan berikut:
I Jumlah baju kebaya yang dijual adalah selebih-lebihnya 450 helai.
II Bilangan baju kebaya jenis $A$ yang dihasilkan tidak melebihi empat kali bilangan baju kebaya jenis $B$.
III Jumlah keuntungan minimum bagi kedua-dua jenis baju kebaya ialah RM 3 600.
a
Tulis model matematik yang melibatkan sistem ketaksamaan linear, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 分
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 50 helai baju kebaya pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis padu atau putus-putus) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 分
Gunakan graf anda di 12(b), untuk mencari
c(i)
bilangan maksimum baju kebaya jenis $B$ jika bilangan baju kebaya jenis $A$ yang dijual pada bulan tertentu adalah 110,
1 分
c(ii)
jumlah keuntungan maksimum sebulan.
3 分
1310 分
Diberi tiga segi tiga $ABC$, $ACD$, dan $CED$ dengan keadaan $ACE$ dan $BCD$ adalah garis lurus. Diberi bahawa $\angle DCE = 50.5^\circ$ dan $\angle CED$ adalah cakah, $BC = 5$ cm, $CD = 7$ cm, $AC = 9$ cm dan $ED = 6.5$ cm.
Hitung
a(i)
$\angle CED$
2 分
a(ii)
panjang $AB$
2 分
a(iii)
luas segi tiga $AED$
4 分
b
Garis lurus $AB$ dipanjangkan ke titik $B'$ dengan keadaan $CB' = CB$. Pada rajah yang sama, lukis dan warnakan segi tiga $BCB'$. Seterusnya, tanpa membuat pengiraan, tentukan titik yang lebih jauh dari $A$ di antara $B'$ dan $C$. Justifikasikan jawapan anda..
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kedudukan titik $B'$ dan sisi-sisi segi tiga $BCB'$.)*
2 分
1410 分
Satu zarah bergerak sepanjang satu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya $v\ \text{ms}^{-1}$ diberi oleh $v = t^2 - 8t + 12$, dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat, selepas meninggalkan titik $O$.
(Anggap gerakan ke arah kanan adalah positif).
Cari
a
pecutan awal
2 分
b
tempoh masa yang zarah bergerak ke arah kanan.
2 分
c
tempoh masa di mana zarah halaju menyusut
2 分
d
jarak lalui oleh zarah dalam saat ke-2.
4 分
1510 分
Jadual 2 menunjukkan indeks harga dan pemberat masing-masing bagi tiga item $K$, $L$ dan $M$ dalam pembuatan alat perubatan dalam tahun 2021 dan 2022.
| Item | Harga (RM) 2021 | Harga (RM) 2022 | Pemberat |
|---|---|---|---|
| $K$ | 16.50 | 19.80 | 4 |
| $L$ | $3p - q$ | 9.00 | 2 |
| $M$ | $p + q$ | 11.00 | 4 |
Jadual 2
a
Jika indeks harga bagi item $L$ dan item $M$ ialah masing-masing 150 dan 125, hitung nilai $p$ dan $q$.
4 分
b
Hitung peratus peningkatan bagi kos pengeluaran alat perubatan bagi tahun 2022 berbanding tahun 2021.
3 分
c
Harga kesemua item meningkat 15% pada tahun 2023 berbanding tahun 2022. Hitung harga kos alat perubatan bagi tahun 2023 jika harga kos alat perubatan ialah RM 25 pada tahun 2021.