Selesaikan persamaan serentak berikut:
$2x + 3y = 1$ , $x^2 + 9xy = -8$
Negeri Sembilan Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 2
- Percubaan Negeri Sembilan · 2022
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada graf fungsi $h(x)$ dan pantulannya, $k(x)$, pada garis lurus $y = x$.
a
1 markah
Diberi $h(x) = x^2 + 3$, cari $k(x)$.
b
3 markah
Seterusnya, tunjukkan bahawa $hk(x) = kh(x)$.
c
3 markah
Titik $A$ dan titik $B$ adalah titik terdekat di antara graf $h(x)$ dan graf $k(x)$. Diberi $A\left(\frac{1}{2}, \frac{13}{4}\right)$, cari jarak $AB$.
a
3 markah
Rajah 2 menunjukkan segi tiga bersudut tegak $ABC$ dengan dimensi ukuran $AB$ dan $BC$ masing-masing ialah $5\sqrt{5y}$ cm dan $4\sqrt{5x}$ cm. $PBSR$ ialah segi empat tepat yang terterap di dalam segi tiga $ABC$ di mana $BS = 2\sqrt{x}$ cm dan $PB = 3\sqrt{y}$ cm. Luas kawasan berlorek ialah $k\sqrt{xy}$ cm².
Cari nilai $k$.
b
4 markah
Satu eksperimen dijalankan untuk menguji sifat suatu bahan apabila dipanaskan selama $t$ saat. Suhu, $T$ dalam °C bagi bahan itu mengikut persamaan $2^{2t+1} = T + 2^t$. Cari masa, dalam saat, untuk bahan itu mencapai suhu 120°C.
Rajah 3 menunjukkan kedudukan tiga orang pemain bola sepak dalam satu perlawanan bola sepak pada satah Cartes. Pemain $A$ daripada pasukan lawan cuba menyerang pintu gol pasukan pemain $B$ dan pemain $C$.
a
3 markah
Diberi gerakan bola yang ditendang oleh pemain $A$ adalah mengikut fungsi kuadratik $f(x) = -\frac{1}{150}x^2 + \frac{2}{5}x$. Tentukan kedudukan bola itu apabila ia menyentuh tanah.
b
5 markah
Dalam percubaan lain, bola daripada pemain A telah ditahan oleh pemain $B$ pada kedudukan (46, 3). Diberi gerakan bola tersebut mengikut fungsi kuadratik $f(x) = -\frac{1}{92}(x + p)^2 + q$, cari tinggi maksimum bola tersebut.
a
2 markah
Buktikan bahawa $\tan x\,(1 + \text{kos}\,2x) = \sin 2x$.
b(i)
3 markah
Lakar graf $y = 3\sin 2x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, bilangan kitaran dan nilai-nilai yang ditanda pada paksi.)*
b(ii)
3 markah
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lukis satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $6\tan x\,(1 + \text{kos}\,2x) + \frac{2x}{\pi} = 4$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan garis lurus yang anda lukis dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik yang dilaluinya.)*
Rajah 4 menunjukkan suatu kawasan berlorek yang dibatasi di antara dua lengkung $y = 2x^2$ dan $y = 6x - x^2$. Kedua-dua lengkung itu bersilang pada asalan dan titik $A(2,8)$.
Hitung
a
3 markah
luas kawasan berlorek,
b
3 markah
isi padu kisaran, dalam sebutan $\pi$, apabila kawasan yang dibatasi oleh lengkung $y = 2x^2$, garis lurus $x = 2$ dan paksi-$x$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$x$.
Dalam Rajah 5, $OAB$ ialah satu segitiga, $OP = \frac{2}{3}OA$, $AB = 2AQ$, dan $OR = \frac{4}{5}OQ$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{OA} = 9\underline{x}$ dan $\overrightarrow{OB} = 4\underline{y}$.
Ungkapkan, dalam sebutan $\underline{x}$ dan/atau $\underline{y}$,
a(i)
2 markah
$\overrightarrow{PB}$,
a(ii)
1 markah
$\overrightarrow{OQ}$.
b
4 markah
Seterusnya, buktikan bahawa titik-titik $P$, $R$ dan $B$ adalah segaris.
c
2 markah
Diberi luas $\Delta PAB$ ialah 12 cm². Cari luas $\Delta OAB$.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Rajah 6 menunjukkan sebuah kelalang dasar bulat yang berpusat di $O$ berjejari 10 cm. Air dimasukkan ke dalam kelalang itu dengan kedalaman air dari dasarnya, $h$ cm, meningkat dengan kadar $0.5\ \text{cms}^{-1}$.
a
3 markah
Tunjukkan luas permukaan air, $A$ cm², diberikan oleh $A = \pi(20h - h^2)$.
b
4 markah
Cari kadar perubahan luas permukaan air, cm²s⁻¹, pada ketika kedalaman air ialah 12 cm, dalam sebutan $\pi$.
c
3 markah
Apabila $h = 12$, terdapat perubahan kecil dalam $h$ sebanyak $p\%$. Dengan menggunakan kaedah pembezaan, cari perubahan kecil bagi luas permukaan air, $A$ cm², dalam sebutan $p$ dan $\pi$.
Gunakan graf yang disediakan pada halaman 19 untuk menjawab soalan ini.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = hx^{k-2}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.26 | 2.09 | 5.01 | 6.31 | 10 | 15.85 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 2.51 | 4.27 | 10 | 16.60 | 25.70 | 44.67 |
Jadual 1
a
5 markah
Plot $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.2 unit pada kedua-dua paksi.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $\log_{10} x$ dan $\log_{10} y$ yang dikira, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Dengan menggunakan graf di (a), cari
b(i)
3 markah
nilai $k$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
b(ii)
1 markah
nilai $h$,
b(iii)
1 markah
nilai $x$ apabila $y = 6.31$.
Dalam satu kaji selidik yang dijalankan di sebuah kawasan perumahan, $\frac{3}{5}$ daripada penduduk itu mempunyai talian Wi-Fi di rumah. Satu sampel yang terdiri daripada 10 orang dipilih secara rawak dari kawasan perumahan itu.
a(i)
3 markah
Cari kebarangkalian bahawa tidak kurang daripada 3 orang mempunyai talian Wi-Fi di rumah.
a(ii)
2 markah
Jika varians penduduk yang mempunyai talian Wi-Fi ialah 300, berapakah bilangan penduduk di kawasan perumahan itu?
Syarikat telekomunikasi Maxcom menyediakan pelan Wi-Fi rumah, mengikut bajet penduduk kawasan perumahan itu. Jadual 2 menunjukkan beberapa pakej yang digunakan penduduk kawasan perumahan itu.
| Pakej | $A$ | $B$ | $C$ |
|---|---|---|---|
| Kelajuan, $x$ dalam *Mbps* | $x \leq 30$ | $30 < x \leq 50$ | $50 < x \leq h$ |
Jadual 2
Diberi bahawa kelajuan pelan Wi-Fi rumah mempunyai satu taburan normal dengan min 48 *Mbps* dan varians 42.25 *Mbps²*.
b(i)
2 markah
Cari kebarangkalian penduduk kawasan perumahan ini memilih pakej $B$.
b(ii)
3 markah
Jika 8% orang penduduk memilih kelajuan melebihi $h$, cari nilai $h$.
Rajah 7 menunjukkan sebuah tasik yang berbentuk sisi empat $ABCD$ dan $BD$ ialah satu laluan pejalan kaki yang lurus. Pegawai perancang bandar hendak membina sebuah laluan lurus baharu yang menghubungkan titik $C$ ke titik $S(2h, -3h)$ yang terletak pada laluan $BD$. Diberi panjang $CS$ ialah $\sqrt{113}$ m.
a(i)
5 markah
Jika $h$ dan $k$ adalah integer, cari nilai $h$ dan nilai $k$.
a(ii)
3 markah
Seterusnya, tentukan sama ada $CS$ merupakan laluan terpendek dari titik $C$ ke titik $S$.
b
2 markah
Terdapat satu gerai menjual minuman di titik $E$ yang terletak di laluan $AD$. Titik $E$ membahagi laluan lurus $AD$ dalam nisbah 1 : 2. Cari koordinat gerai itu.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Rajah 8 menunjukkan zarah $P$ dan zarah $Q$ pada suatu garis lurus. Zarah $P$ mula bergerak dari titik $A$ dengan halaju $v_P = (2t - 3)(t - 4)$ dan zarah $Q$ mula bergerak dari titik $O$ dengan halaju $v_Q = -2t + 6$, di mana $t$ ialah masa, dalam saat, selepas zarah $Q$ melalui titik $O$. Diberi jarak di antara titik $O$ dan $A$ ialah 6 m, dengan titik $O$ sebagai titik rujukan.
a
2 markah
Nyatakan zarah mana mempunyai pecutan malar. Justifikasikan jawapan anda.
b
2 markah
Cari julat $t$, dalam saat, apabila zarah $P$ dan zarah $Q$ kedua-duanya bergerak ke arah kiri.
c
4 markah
Cari sesaran zarah $P$ pada ketika zarah $Q$ pegun.
d
2 markah
Cari jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah $Q$ dalam 6 saat yang pertama.
Jadual 3 menunjukkan harga bagi empat bahan yang digunakan untuk penghasilan sebiji kek.
| Bahan | Harga per kilogram (RM) Tahun 2015 | Harga per kilogram (RM) Tahun 2021 | Indeks harga pada tahun 2021 berasaskan tahun 2015 |
|---|---|---|---|
| $P$ | 12.50 | $x$ | 104 |
| $Q$ | 3.00 | 4.50 | $y$ |
| $R$ | 8.00 | 12.00 | 150 |
| $S$ | $z$ | 6.00 | 125 |
Jadual 3
a
3 markah
Cari nilai $x$, $y$ dan $z$.
Diberi indeks gubahan bagi membuat sebiji kek pada tahun 2021 berasaskan tahun 2015 ialah 134 dan kos sebiji kek pada tahun 2015 ialah RM 62.50.
Hitung
b(i)
2 markah
kos sebiji kek pada tahun 2021,
b(ii)
3 markah
nilai $w$ jika kuantiti bahan $P$, $Q$, $R$ dan $S$ adalah mengikut nisbah 2 : 5 : 1 : $w$,
b(iii)
2 markah
kos sebiji kek pada tahun 2018 jika kos untuk membuat sebiji kek itu meningkat 24% dari tahun 2015 ke tahun 2018.
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 9 menunjukkan sebuah sisi empat $PQRS$.
Hitung
a(i)
3 markah
panjang, dalam cm, $QS$,
a(ii)
2 markah
$\angle QRS$,
a(iii)
3 markah
luas, dalam cm², sisi empat $PQRS$.
b(i)
1 markah
Lakar sebuah segitiga $Q'R'S'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga $QRS$ dengan keadaan $QR = Q'R'$, $QS = Q'S'$ dan $\angle QSR = \angle Q'S'R'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $Q'$, $R'$ dan $S'$, panjang sisi dan sudut yang ditanda, dan jenis sudut di $R'$ (tirus/cakah).)*
b(ii)
1 markah
Seterusnya, nyatakan saiz $\angle Q'R'S'$.
Gunakan graf yang disediakan pada halaman 32 untuk menjawab soalan ini.
Sebuah kedai menjual dua jenis mesin cetak, mesin cetak $P$ dan mesin cetak $Q$. Harga jualan sebuah mesin cetak $P$ dan sebuah mesin cetak $Q$ masing-masing ialah RM1000 dan RM500. Kedai itu menjual $x$ unit mesin cetak $P$ dan $y$ unit mesin cetak $Q$ berdasarkan tiga kekangan, dua daripada kekangan adalah seperti berikut:
- I Bilangan jualan mesin cetak $Q$ melebihi bilangan jualan mesin cetak $P$ selebih-lebihnya 40.
- II Jumlah jualan adalah selebih-lebihnya RM50 000.
a
2 markah
Tulis dua ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi dua kekangan tersebut.
b
1 markah
Kekangan yang ketiga diwakili oleh rantau berlorek dalam graf pada halaman 30. Tulis dalam perkataan bagi kekangan itu.
c
3 markah
Pada graf pada halaman 32, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi ketiga-tiga kekangan itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
Menggunakan graf yang dibina di 15(c), cari
d(i)
1 markah
julat bilangan mesin cetak $Q$ jika bilangan mesin cetak $P$ ialah 30,
d(ii)
3 markah
keuntungan maksimum yang dapat diperoleh jika keuntungan sebuah mesin cetak $P$ ialah RM200 dan keuntungan sebuah mesin cetak $Q$ ialah RM150.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

