Negeri Sembilan Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Negeri Sembilan Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 1
Percubaan Negeri Sembilan · 2022
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
12 markah
Rajah 1 menunjukkan sektor major $POQ$ dengan pusat $O$. Jejari bulatan itu ialah 5 cm.
Cari perimeter, dalam cm, bagi seluruh rajah dalam sebutan $\pi$.
2 markah
23 markah
Rajah 2 menunjukkan graf garis lurus $y^2 - x^2$ melawan $x$.
Ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
3 markah
35 markah
Aini mempunyai seutas dawai dengan panjang $W$ meter. Aini membahagikan dawai tersebut kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian akan membentuk sebuah segi empat sama. Rajah 3 menunjukkan tiga segi empat sama yang pertama yang dibentuk oleh Aini.
a
Nyatakan sama ada perimeter segi empat sama merupakan satu janjang aritmetik atau janjang geometri. Justifikasi jawapan anda.
3 markah
b
Jika Aini dapat membentuk tepat 10 segi empat sama, ungkapkan $W$ dalam sebutan $p$ dan $q$.
2 markah
45 markah
Diberi bahawa persamaan suatu lengkung ialah $f(x) = x^2(2x + 1)^3$ dan fungsi kecerunannya ialah $px(qx + 1)(2x + 1)^2$. Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
5 markah
57 markah
a
Cari punca-punca bagi persamaan kuadratik $x^2 - kx + 4 = 0$ dalam sebutan $k$.
2 markah
Rajah 4 menunjukkan dua graf fungsi kuadratik $f(x) = ax^2 + bx + c$ dan $g(x) = p(x - 3)^2 + 1$.
b(i)
Nyatakan julat $a$ dalam sebutan $p$.
1 markah
b(ii)
Tulis fungsi kuadratik $g(x)$ yang baharu, jika graf fungsi kuadratik $g(x)$ bergerak 5 unit ke kiri.
1 markah
c
Diberi bahawa suatu garis lurus $y = mx - 3$ menyilang lengkung $y = x^2 - 3x + m$ pada dua titik yang berlainan. Cari julat bagi nilai $m$.
3 markah
67 markah
Rajah 5 menunjukkan keratan rentas tiga bekas silinder, masing-masing berjejari 3 cm, diikat dengan getah yang diregangkan. [Gunakan $\pi = 3.142$]
Cari
a
luas kawasan berlorek,
3 markah
b
panjang getah yang diregangkan.
4 markah
76 markah
Rajah 6 menunjukkan vektor unit $\underline{u}$ dalam arah $PQ$.
a(i)
Cari vektor unit, $\underline{\hat{u}}$.
2 markah
a(ii)
Nyatakan bilangan maksimum vektor unit, $\underline{\hat{u}}$ yang terdapat dalam garis $PQ$.
1 markah
b
Diberi $\underline{a} = 3\underline{i} - 4\underline{j}$ dan $\underline{b} = -2\underline{i} + \underline{j}$. Jika $\overrightarrow{JH} = 2\underline{a} + \underline{b}$, $|\overrightarrow{JH}| = 2|\overrightarrow{KL}|$ dan $\overrightarrow{KL}$ ialah dalam arah bertentangan dengan $\overrightarrow{JH}$, cari vektor $\overrightarrow{KL}$, dalam sebutan $\underline{i}$ dan $\underline{j}$.
3 markah
85 markah
Rajah 7 menunjukkan kedudukan 3 orang pemain dalam satu pasukan yang sama dalam satu permainan video *Valorie*. Kedudukan awal setiap pemain ialah $A(1, 6)$, $B(8, q)$ dan $C(3, -4)$.
a
Kedudukan awal ketiga-tiga pemain membentuk suatu segi tiga. Cari nilai $q$ jika luas segi tiga yang terbentuk ialah 36 unit$^2$.
3 markah
b
Satu senjata tersembunyi berada pada pembahagi dua sama serenjang bagi garis yang menghubungkan antara $B$ dan $C$. Cari persamaan yang menunjukkan lokasi yang mungkin bagi senjata itu.
2 markah
95 markah
Diberi $\int_1^3 f(x)\,dx = p$, $\int_3^5 3f(x)\,dx = q$ dan $\int_1^3 g(x)\,dx = r$, dengan keadaan $p$, $q$ dan $r$ adalah pemalar.
Ungkapkan
a
$\int_1^5 f(x)\,dx$, dalam sebutan $p$ dan/ atau $q$.
2 markah
b
$\int_1^3 [2r^2x - g(x)]\,dx$, dalam sebutan $r$.
3 markah
108 markah
Ryan menggunakan kad segi tiga berwarna yang berlainan saiz untuk mengkaji pola Segi Tiga *Spierpinski*. Rajah 8 menunjukkan pola Segi Tiga *Spierpinski*, tinggi segi tiga peringkat kedua ialah setengah daripada tinggi segi tiga peringkat pertama. Ryan mula dengan segi tiga peringkat pertama yang mempunyai tinggi 40 cm.
a(i)
Cari
tinggi segi tiga yang digunakan pada peringkat ketujuh.
2 markah
a(ii)
bilangan segi tiga yang digunakan pada peringkat terakhir, jika tinggi segi tiga peringkat tersebut ialah $\frac{5}{64}$ cm.
3 markah
b
Diberi $a$ ialah sebutan pertama dan $r$ ialah nisbah sepunya bagi suatu janjang geometri. Jika $|r| > 1$, tunjukkan bahawa hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi janjang itu ialah
$$S_n = \frac{a(r^n - 1)}{r - 1}.$$
Puan Sashitta menyusun 8 biji manik untuk menjadi satu gelang tangan. Berapakah gelang tangan yang berbeza yang boleh dibentuk jika 3 daripada manik itu adalah sama warna?
2 markah
c
Haris mempunyai 5 helai baju, 7 pasang seluar panjang dan 4 pasang kasut. Berapakah cara Haris boleh memilih dua daripada setiap item untuk dibawa bersama semasa bercuti?
2 markah
124 markah
a
Rajah 9 menunjukkan dua lengkung normal $a$ dan $b$ dengan nilai $\mu = 500$.
Jika varians bagi suatu data $X$ dan data $Y$ ialah masing-masing 1200 dan 3600, tentukan lengkung yang sesuai mewakili data $X$ dan data $Y$.
| Data $X$ : | |
|---|---|
| Data $Y$ : | |
2 markah
b
Sebuah balang mengandungi 4 biji guli warna hijau, 7 biji guli warna merah dan 9 biji guli warna putih. 3 biji guli diambil secara rawak satu demi satu dari balang itu tanpa dikembalikan. Nyatakan sama ada taburan kebarangkalian ini merupakan taburan binomial atau bukan. Jelaskan.
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Rajah 10 menunjukkan graf fungsi mutlak $f(x)$ bagi domain $0 \le x \le 4$.
a
Nyatakan nilai $k$.
1 markah
b
Cari pintasan-$x$ bagi graf tersebut.
3 markah
c
Cari domain bagi $f(x) \le 1$.
2 markah
d
Cari nilai $x$ yang dipetakan kepada diri sendiri dalam domain yang diberi.
2 markah
148 markah
a
Diberi $\operatorname{kos} x = \frac{1}{m}$, dengan keadaan $0 \le x \le \frac{\pi}{2}$, ungkapkan $\tan 2x$ dalam sebutan $m$.
3 markah
Rajah 11 menunjukkan titik $P(x,y)$ di atas suatu bulatan unit.
b(i)
Diberi bahawa $x = \operatorname{kos}\theta$ dan $y = \sin\theta$.
Terbitkan satu identiti asas yang melibatkan $\operatorname{kos}\theta$ dan $\sin\theta$.
Diberi $\log_{12} 3 = k$, ungkapkan $\log_{\sqrt{3}} 8$ dalam sebutan $k$.
4 markah
b
Sekumpulan saintis di Bandar Hawkin menjumpai satu organisma ganjil yang membiak mengikut persamaan $\ln\left(\frac{x}{e^2}\right) = t - 3\ln x$ dengan keadaan $x$ ialah bilangan sel terhasil dan $t$ ialah masa pembiakan dalam jam. Setelah 10 jam, ungkapkan bilangan sel yang terhasil dalam sebutan $e$.
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini