Selesaikan sistem persamaan linear yang berikut dengan menggunakan kaedah penghapusan.
$2x - 3y + z = 16$
$3x - y + 2z = 19$
$4x + 3y + 3z = 18$
Perlis Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 1
- Percubaan Perlis · 2022
- 15 soalan · Jumlah 80 markah
- 120 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 12
Rajah 2 menunjukkan graf bagi fungsi $y = \frac{p}{x} + 1$ , $x \neq 0$ dengan keadaan $p$ ialah pemalar.
a
2 markah
Cari nilai $p$.
Seterusnya, jika $y = f(x)$ dan fungsi $g : x \rightarrow (x - 1)^2 + 2$. Cari
b(i)
1 markah
$f^{-1}(x)$
b(ii)
2 markah
$f^{-1}g(2)$
a
2 markah
Cari nilai bagi $\underset{x \to 6}{\text{had}}\ \frac{x - 6}{x^2 - 36}$ .
b
3 markah
Hitung koordinat bagi titik pada lengkung $y = 4x^2 - 12x + 9$ apabila tangennya mempunyai kecerunan 4.
Permudahkan
$$\frac{2 - \sqrt{3}}{2 + \sqrt{3}} + \frac{8}{\sqrt{12}}$$
a
3 markah
Suatu nombor empat digit dibentuk daripada digit 2, 3, 5, 7 dan 8 tanpa ulangan. Berapakah bilangan nombor ganjil yang lebih daripada 6000 yang dapat dibentuk?
b
3 markah
Sekumpulan 6 orang murid akan dipilih daripada 5 orang murid lelaki dan 4 orang perempuan untuk menyertai suatu persembahan. Cari bilangan cara berlainan murid tersebut boleh dipilih jika sekurang-kurangnya 2 orang murid perempuan mesti dipilih.
Diberi α dan β ialah punca-punca bagi persamaan kuadratik $3x^2 + 2x = 7$.
Cari persamaan kuadratik baharu yang mempunyai punca-punca berikut.
a
3 markah
$\alpha + 1$, $\beta + 1$
b
3 markah
$\frac{\alpha}{\beta}$ , $\frac{\beta}{\alpha}$
Satu garis lurus $AB$ melalui titik $(m, 0)$ dan mempunyai kecerunan $m$. Cari
a
1 markah
Cari persamaan garis lurus $AB$ dalam sebutan $m$.
b
2 markah
Cari nilai-nilai $m$ jika garis $AB$ melalui titik $(1, -6)$.
c
3 markah
Cari persamaan garis lurus $AB$ jika $m$ ialah pemalar positif.
Seterusnya, cari koordinat titik-titik persilangan antara garis lurus $AB$ dan lengkung $x^2 - y = 7 - 6x$.
Asman baru sahaja menamatkan pengajian diploma dalam bidang perbankan. Dia ditawarkan kerja daripada dua buah bank yang berbeza. Bank P menawarkan gaji permulaan RM 45 000 setahun dengan kenaikan tahunan sebanyak 5% daripada gaji pokok. Bank Q menawarkan gaji permulaan RM 47 000 setahun dan kenaikan gaji sebanyak RM 2 000 setiap tahun.
Asman bercadang untuk memilih bank yang menawarkan jumlah pendapatan yang paling tinggi dalam tempoh 5 tahun. Tentukan bank yang mana patut Asman pilih. Tunjukkan kiraan untuk menyokong jawapan anda. [Bundarkan jawapan kepada RM terhampir]
Diberi $\frac{d^2y}{dx^2} = x + 3$ , $\frac{dy}{dx} = 5$ dan $y = -11$ apabila $x = -2$. Ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
Diberi bahawa $\operatorname{kos} \alpha = \frac{-2}{3}$ , $\sin \beta = \frac{1}{\sqrt{6}}$ di mana $\alpha$ dan $\beta$ adalah dalam sukuan yang sama. Tanpa menggunakan kalkulator, cari nilai bagi $\operatorname{kos} (\alpha + \beta)$.
Rajah 11 menunjukkan sepotong tembikai dengan keratan sektor berpusat O.
Diberi bahawa panjang lengkok AB dan CD masing-masing ialah 20 cm dan 16 cm dengan bahagian ABCD tidak boleh dimakan. Jika AC = 2cm dan panjang potongan tembikai itu ialah 10 cm, cari
a
4 markah
Sudut Θ
b
3 markah
Isi padu bahagian yang tidak boleh dimakan.
Rajah 12 menunjukkan graf bagi taburan normal piawai
Diberi bahawa $P(z > k) = 0.7645$
a
2 markah
Cari nilai k
b
2 markah
Pemboleh ubah rawak selanjar X bertabur secara normal dengan min $\mu$ dan sisihan piawai 4.2. Cari nilai $\mu$ jika skor-z bagi X = 56.4 ialah k
Bahagian B
Pilih 2 daripada 3
Dipilih 0/2
a
3 markah
Diberi $p = \begin{pmatrix} 3 \\ 4 \end{pmatrix}$ dan $q = \begin{pmatrix} 6 \\ 2k - 1 \end{pmatrix}$ , cari nilai $k$ dengan keadaan $p$ dan $q$ adalah selari.
ABCD ialah sisi empat selari. T ialah titik tengah BC . Diberi $\overrightarrow{AB} = 2i + 3j$ dan $\overrightarrow{AT} = \frac{3}{2}i + j$ dengan keadaan i dan j ialah vektor unit yang selari dengan paksi-x dan paksi-y.
Cari
b(i)
2 markah
AD dalam sebutan i dan/atau j
b(ii)
3 markah
Panjang DT.
Diberi $y = \sqrt{x}(x - 1)$ , carikan nilai bagi $\frac{dy}{dx}$ apabila $x = 4$.
Seterusnya, hitungkan,
a
6 markah
Perubahan kecil dalam $y$ apabila $x$ bertambah daripada 4 kepada 4.01.
b
2 markah
Kadar perubahan dalam $y$ yang sepadan pada ketika $x = 4$ , jika kadar perubahan dalam $x$ ialah 0.4 unit per saat.
Pemboleh ubah x dan y dihubungkan oleh persamaan $y = kx^3$, dengan keadaan k ialah pemalar. Graf garis lurus yang diperoleh dengan memplot $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$ seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5(a).
a(i)
1 markah
Tukarkan persamaan $y = kx^3$ kepada bentuk linear
a(ii)
4 markah
Cari nilai bagi h dan k
b
3 markah
Rajah 5(b) menunjukkan garis lurus penyuaian terbaik yang diperoleh dengan memplot $\frac{y}{x}$ melawan $x^2$.
Ungkapkan y dalam sebutan x

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

