Diberi bahawa $\tan A = k$ dengan keadaan $0^\circ < A < \frac{\pi}{2}$, ungkapkan $\tan\left(\frac{\pi}{2} - A\right)$ dalam sebutan $k$.
Others Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 1 · SMKA
- Percubaan SMKA · 2022
- 15 soalan · Jumlah 80 markah
- 120 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 12
Diberi $f(x) = 2x + 1$ dan $fg(x) = \frac{10 + x}{x}$, $x \neq 0$. Cari nilai $g(5)$.
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $2y = p - 4(x + 1)^2$ dengan keadaan $p$ ialah pemalar.
a
2 markah
Apabila diplotkan graf $y$ melawan $(x + 1)^2$, suatu graf garis lurus yang memintas paksi-$y$ pada titik $(0, 3)$ diperoleh. Carikan nilai $p$.
b
3 markah
Seterusnya carikan kecerunan, $m$ dan pintasan-$y$, $c$ bagi garis lurus yang diperoleh dengan memplot graf $y + 4x$ melawan $x^2$.
Rajah 1 menunjukkan garis lurus $PQ$ dengan persamaan $3x + 5y = 1$. Titik $Q$ terletak pada paksi-$x$ dan titik $P$ pada paksi-$y$.
Cari persamaan garis lurus yang berserenjang dengan $PQ$ dan melalui titik $Q$.
a
3 markah
Selesaikan persamaan
$$2^x(8) = \left(\frac{1}{16}\right)^{2x+3}$$
b
4 markah
Tekanan udara, dalam mm Hg, bagi ketinggian 20 km di atas paras laut diberi oleh $P = 759e^{-0.325h}$, dengan $h$ ialah ketinggian dalam km. Cari ketinggian di atas paras laut jika tekanan pada ketinggian tersebut ialah 360 mm Hg.
a
3 markah
Cari nilai bagi
$$\int_{-\frac{7}{2}}^{-3} (2p + 7)^3\,dp$$
b
4 markah
Diberi suatu lengkung $y = g(x)$. Persamaan tangen kepada lengkung itu ialah $y = 10$. Diberi $g'(x) = -x + 5$, cari persamaan lengkung itu.
a
3 markah
Buktikan bahawa $\frac{1 - \operatorname{kos} 2x}{1 + \operatorname{kos} 2x} = \tan^2 x$.
b
3 markah
Dengan menggunakan Rajah 2, tunjukkan bahawa $\sin^2\theta + \operatorname{kos}^2\theta = 1$.
Sebuah jam dinding akan berbunyi setiap jam dan sekarang menunjukkan pukul 12 tengah hari. Jam tersebut hampir kehabisan bateri, maka masa yang diambil untuk jarum jam bergerak ke pukul 1 dan seterusnya ialah 10% lebih lama daripada masa yang diambil sebelum itu.
a
3 markah
Jika jarum jam dinding bergerak dari pukul 4 ke pukul 5 petang, berapakah masa, dalam minit, yang diambil oleh jarum tersebut?
b
3 markah
Jika bateri hanya bertahan selama 12 jam, berapa kalikah lagi jam akan berbunyi?
Rajah 3 menunjukkan segi tiga $OAC$. Diberi bahawa $BC = \frac{2}{3}AB$, $\overrightarrow{BO} = \underset{\sim}{x}$ dan $\overrightarrow{AB} = \underset{\sim}{y}$.
a
2 markah
Ungkapkan $\overrightarrow{CO}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan/atau $\underset{\sim}{y}$.
b
3 markah
Seterusnya, cari vektor unit dalam arah $\overrightarrow{OC}$, jika $\underset{\sim}{x} = \begin{pmatrix} 2 \\ -3 \end{pmatrix}$ dan $\underset{\sim}{y} = \begin{pmatrix} -3 \\ 0 \end{pmatrix}$.
Diberi titik $P(1, 6)$ berada di atas suatu lengkung $f(x) = x^2 + 5x$. Cari
a
3 markah
fungsi kecerunan lengkung itu dengan menggunakan prinsip pertama,
$$f'(x) = \operatorname*{had}_{\delta x \to 0} \frac{f(x + \delta x) - f(x)}{\delta x}$$
b
3 markah
persamaan tangen lengkung itu pada titik $P$.
c
2 markah
persamaan normal pada titik $P$.
Adelea ingin mendaftar perbankan internet beliau buat pertama kali. Untuk menetapkan kata laluan, beliau perlu menetapkan 5 aksara yang dipilih daripada 10 aksara di bawah.
| Huruf | Nombor | Simbol |
|---|---|---|
| A, B, M, N, X | 2, 1, 7 | #, & |
Setiap aksara hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk kata laluan tersebut. Cari bilangan cara 5 aksara kata laluan yang berlainan yang boleh disusun sekiranya
a(i)
2 markah
kata laluan tersebut mesti mengandungi 2 huruf, 2 nombor dan 1 simbol dalam susunan tersebut.
a(ii)
2 markah
kata laluan tersebut mesti bermula dan berakhir dengan nombor ganjil.
Sebuah galeri seni ingin mengadakan suatu pameran seni. Terdapat 9 ruang untuk mempamerkan lukisan-lukisan tersebut. Dua orang pelukis tempatan dipilih untuk menyertai pameran tersebut. Pelukis A mempunyai 10 buah lukisan manakala pelukis B mempunyai 5 buah lukisan. Cari bilangan cara lukisan yang berlainan yang boleh dipilih sekiranya
b(i)
1 markah
tiada syarat-syarat dikenakan.
b(ii)
2 markah
galeri seni tersebut perlu memilih 6 buah lukisan daripada pelukis A dan 3 buah lukisan daripada pelukis B.
Rajah 4 menunjukkan sebuah bulatan berpusat $O$ dan berjejari $r$ cm. Diberi sudut $POR = \theta$ radian.
a
2 markah
Diberi luas sektor major $POR$ ialah 5 kali luas sektor minor $POR$, cari nilai $\theta$.
b
2 markah
Diberi perimeter sektor minor $POR$ ialah 15 cm. Cari nilai $r$, betul kepada 3 tempat perpuluhan. [Gunakan $\pi = 3.142$]
Bahagian B
Pilih 2 daripada 3
Dipilih 0/2
a
4 markah
Ungkapkan graf fungsi $f(x) = 2 + 4x - 3x^2$ sebagai $f(x) = a(x - b)^2 + c$ dengan keadaan $a$, $b$ dan $c$ ialah pemalar. Tentukan nilai maksimum atau minimum dan persamaan paksi simetri bagi graf fungsi tersebut.
Seterusnya, buat generalisasi terhadap bentuk dan kedudukan graf apabila nilai-nilai berikut berubah.
b(i)
2 markah
nilai $a$ berubah kepada $-9$.
b(ii)
2 markah
nilai $b$ berubah kepada $\frac{5}{3}$.
a
3 markah
Nisbahkan penyebut dan permudahkan
$$\frac{7\sqrt{5}}{14 - \sqrt{5}}$$
b
5 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah silinder dengan jejari $4\sqrt{3}$ cm dan tinggi $h$ cm. Jumlah luas permukaan silinder ialah $56\sqrt{6}\,\pi$ cm$^2$.
Cari nilai $h$ dan beri jawapan dalam bentuk $a\sqrt{2} + b\sqrt{3}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ adalah integer.
Setiap bulan Puan Aini menerima RM2 650 daripada penyewa untuk 3 buah rumahnya. Puan Aini mengupah Encik Azlan untuk menguruskan rumah-rumah tersebut. Puan Aini membayar kepada Encik Azlan seperti maklumat di dalam Jadual 1.
| Jenis Rumah | Peratus upah Encik Azlan dari bayaran sewa rumah |
|---|---|
| Rumah teres setingkat | 10% |
| Rumah teres dua tingkat | 20% |
| Rumah semi-D | 30% |
Jadual 1
Jika sewa rumah semi-D ialah dua kali sewa rumah teres setingkat dan jumlah upahnya ialah RM595, maka berapakah bayaran sewa untuk setiap rumah?

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

