Selangor Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Selangor Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Percubaan Selangor Set 1 · 2022
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
18 markah
Rajah 1 menunjukkan sebuah segi tiga $OPQ$ di satah Cartes dan $O$ ialah asalan. Diberi $R$ dan $S$ masing-masing berada atas garis lurus $OQ$ dan $PQ$ di mana $OR : RQ = 2 : 1$ dan $QS = 5SP$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{OP} = 6\underset{\sim}{i}$ dan $\overrightarrow{OR} = 2\underset{\sim}{i} + 4\underset{\sim}{j}$.
Cari koordinat bagi titik:
a(i)
$Q$,
2 markah
a(ii)
$S$.
2 markah
b
Tentukan vektor unit dalam arah vektor $\overrightarrow{RS}$.
Berikan jawapan anda dalam bentuk surd yang teringkas.
4 markah
27 markah
a
Diberi dua panjang pepenjuru bagi sebuah rombus $PQRS$ masing-masing ialah $(2 + \sqrt{3})$ cm dan $(3 + \sqrt{48})$ cm.
Hitung luas, dalam cm², bagi rombus $PQRS$. Berikan jawapan anda dalam bentuk $a + b\sqrt{3}$ dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah nombor nisbah.
3 markah
b
Diberi $\log_a P = \frac{1}{2}(\log_a 48 + \log_a 0.25 - 5\log_a 3)$, cari nilai $P$.
Seterusnya, cari nilai $\log_a P$ apabila $a = \frac{\sqrt{2}}{3}$.
4 markah
37 markah
Hasil tambah digit bagi satu nombor yang mempunyai tiga digit, $xyz$, ialah 17, dengan keadaan $x$, $y$ dan $z$ masing-masing mewakili digit pada tempat ratus, puluh dan sa dalam nombor tersebut. Hasil tambah digit ratus dengan 2 kali digit puluh melebihi 2 kali digit sa sebanyak 4. Jika digit ratus saling tukar tempat dengan digit sa, nombor baharu itu adalah 79 kurang daripada 3 kali nombor asal, tunjukkan bahawa $97z = 299x + 20y - 79$. Kemudian, cari nombor tiga-digit yang asal itu.
7 markah
47 markah
a
Sebutan kedua, ketiga dan keenam suatu janjang aritmetik adalah tiga sebutan berturutan bagi suatu janjang geometri.
Cari nisbah sepunya bagi janjang geometri itu.
4 markah
b
Rylar ingin menyimpan wang untuk membeli hadiah bagi kawan baiknya yang berharga RM925. Rajah 2 menunjukkan simpanannya untuk 3 hari yang pertama. Dia meneruskan simpanannya dalam bentuk janjang aritmetik.
Cari jumlah wang yang disimpannya pada hari terakhir apabila jumlah simpanannya mencukupi untuk membeli hadiah tersebut.
3 markah
57 markah
Rajah 3 menunjukkan satu logo berbentuk heptagon seragam $ABCDEFG$ yang terterap dalam satu bulatan berjejari 5 cm yang berpusat di $O$. Untuk melengkapkan logo tersebut, tali ikatan berwarna hitam diperlukan untuk membuat bintang heptagon dan tiga lengkok bulatan tersebut.
Diberi $\pi = 3.142$.
a
Cari, dalam radian, sudut $AOB$.
1 markah
b
Tentukan sama ada tali ikatan hitam sepanjang 1 meter mencukupi untuk membuat logo tersebut.
4 markah
c
Tembereng $AG$, $BC$ dan $DE$ juga akan dicat dengan warna kuning.
Kira, dalam cm², luas kawasan yang perlu dicat.
2 markah
68 markah
Rajah 4 menunjukkan dua lengkung $y = x^2$ dan $y = -x^2 + 4$ bersilang pada titik $A$. Garis lurus $AB$ selari dengan paksi-$y$.
Cari
a
persamaan garis lurus $AB$,
2 markah
b
luas, dalam unit², bagi rantau berlorek,
3 markah
c
isi padu yang dijanakan apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $y = x^2$ dan lengkung $y = -x^2 + 4$ dikisarkan $180^\circ$ pada paksi-$y$.
3 markah
76 markah
a
Tunjukkan bahawa $\frac{2(\text{kot}\,x - \tan x)}{\text{sek}\,x\,\text{kosek}\,x} = 2\,\text{kos}\,2x$.
2 markah
b(i)
Kemudian, lakarkan graf $y = \frac{2(\text{kot}\,x - \tan x)}{\text{sek}\,x\,\text{kosek}\,x}$ bagi $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, nilai-nilai $x$ yang ditanda pada paksi-$x$ dan bilangan kitaran dalam julat itu.)*
3 markah
b(ii)
Tentukan julat bagi bilangan penyelesaian, $n$, kepada persamaan $\frac{2(\text{kot}\,x - \tan x)}{\text{sek}\,x\,\text{kosek}\,x} = p$, di mana $p$ ialah satu pemalar dan $-2 \leq p \leq 2$.
1 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Sebuah kotak mengandungi 2 jenis gula-gula, $A$ dan $B$, dalam nisbah $1 : 2$. Lima biji gula-gula dipilih secara rawak satu demi satu dengan pengembalian.
Hitung kebarangkalian bahawa
a(i)
tepat 4 biji gula-gula jenis $B$ yang dipilih,
2 markah
a(ii)
lebih daripada 2 biji gula-gula jenis $A$ yang dipilih.
3 markah
Panjang sejenis serangga bertaburan secara normal dengan min 2 cm dan varians 0.09 cm².
Cari
b(i)
peratusan serangga yang mempunyai panjang lebih daripada 2.28 cm,
2 markah
b(ii)
nilai $m$ jika 15% daripada serangga itu mempunyai panjang kurang daripada $m$ cm.
3 markah
910 markah
Guna kertas graf yang disediakan pada halaman 22 untuk menjawab soalan ini.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{16}{p^2}(x - q)^2$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.8281 | 2.8561 | 6.25 | 10.89 | 16.81 | 23.52 |
Jadual 1
a
Plot graf $\sqrt{y}$ melawan $x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.5 unit pada paksi-$\sqrt{y}$. Seterusnya, lukiskan garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $\sqrt{y}$ yang dikira bagi setiap nilai $x$, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
4 markah
Menggunakan graf di 9(a), cari
b(i)
nilai $p$ dan nilai $q$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan dan pintasan yang dibaca daripada graf anda.)*
5 markah
b(ii)
nilai $y$ apabila $x = 1.7$.
1 markah
1010 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 5 menunjukkan sebuah segi empat tepat $KLMN$. Diberi koordinat $K$, $L$, $M$ dan $N$ masing-masing ialah $(-10, q)$, $(p, -7)$, $(8, 2)$ dan $(2, 10)$.
a
Cari nilai $p$.
2 markah
b
Cari persamaan garis lurus $KL$ dan nilai $q$.
3 markah
c
Hitungkan luas, dalam unit², bagi segi empat tepat $KLMN$.
2 markah
d
Satu pagar dibina dengan syarat jarak antara pagar dengan titik $K$ dan $M$ adalah sentiasa dalam nisbah $3 : 2$.
Cari persamaan pagar itu.
3 markah
1110 markah
Diberi $f(x) = \frac{2x}{3 - \sqrt{x + 9}}$,
a(i)
cari $f(0)$.
1 markah
a(ii)
lengkapkan Jadual 2(i) dan Jadual 2(ii) yang diberi dalam ruang jawapan. Berikan jawapan anda betul kepada empat tempat perpuluhan.
| $x$ | −0.1 | −0.01 | −0.001 | −0.0001 | 0 |
|---|---|---|---|---|---|
| $f(x)$ | | | | | - |
Jadual 2(i)
| $x$ | 0.1 | 0.01 | 0.001 | 0.0001 | 0 |
|---|---|---|---|---|---|
| $f(x)$ | | | | | - |
Jadual 2(ii)
*(Tulis nilai $f(x)$ bagi setiap nilai $x$ dalam kedua-dua jadual.)*
2 markah
a(iii)
daripada jawapan dalam Jadual 2(i) dan Jadual 2(ii), nyatakan nilai bagi $\underset{x \to 0}{\text{had}}\ \frac{2x}{3 - \sqrt{x + 9}}$.
1 markah
b
Diberi $y = x(x^2 - 4)$, ungkapkan $x\frac{d^2y}{dx^2} + \frac{dy}{dx}$ dalam sebutan $x$.
Kemudian, carikan julat bagi nilai $x$ di mana $x\frac{d^2y}{dx^2} + \frac{dy}{dx} > 0$.
6 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 6 menunjukkan sebuah segi tiga $PQR$ dengan keadaan sudut $R$ ialah sudut cakah. Diberi $PQ = 7.2$ cm, $QR = 3.646$ cm dan $PR = 4.992$ cm.
a
Tanpa mencari sebarang sudut $P$, $Q$ atau $R$, hitung luas, dalam cm², bagi segi tiga $PQR$.
3 markah
b
Cari $\angle QPR$.
2 markah
Garis lurus $PR$ dipanjangkan ke titik $R'$ dengan syarat $QR = QR'$ dan $\angle QPR = \angle QPR'$.
c(i)
Lakarkan segi tiga $PQR'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $P$, $Q$, $R$ dan $R'$, sisi-sisi yang sama panjang dan jenis sudut $\angle QR'P$ (tirus atau cakah).)*
1 markah
c(ii)
Hitungkan $\angle PR'Q$.
2 markah
c(iii)
Cari jarak terdekat, dalam cm, dari $Q$ ke garis lurus $PR'$.
2 markah
1310 markah
Guna kertas graf yang disediakan pada halaman 33 untuk menjawab soalan ini.
Seorang penjual ikan membeli $x$ kg udang dan $y$ kg ikan pari daripada seorang pemborong. Harga udang dan ikan pari masing-masing ialah RM25 setiap kg dan RM20 setiap kg. Pembelian udang dan ikan pari adalah berdasarkan tiga kekangan, dua daripada kekangan itu adalah seperti berikut:
I Jisim ikan pari tidak boleh melebihi 3 kali jisim udang.
II Jumlah pembelian udang dan ikan pari adalah RM800 atau lebih.
Graf untuk Soalan 13(c)
a
Tulis dua ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi kedua-dua kekangan tersebut.
2 markah
b
Kekangan ketiga diwakili oleh rantau berwarna pada graf di halaman 33. Tulis dalam perkataan bagi kekangan itu.
1 markah
c
Gunakan graf pada halaman 33. Seterusnya, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf yang dibina di 13(c), cari
d(i)
jisim minimum udang yang dibeli jika 20 kg ikan pari dibeli,
1 markah
d(ii)
amaun wang maksimum yang boleh dibayar oleh penjual ikan itu.
3 markah
1410 markah
Sebiji bola snuker bergerak di sepanjang garis lurus dan melalui titik tetap $O$ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7. Halaju awalnya ialah $40\ \text{ms}^{-1}$. Pecutannya, $a\ \text{ms}^{-2}$, diberi oleh $a = 16t - 48$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$.
a
Nyatakan sesaran bola snuker itu dari $O$ apabila pecutannya ialah sifar.
4 markah
b
Cari masa apabila bola snuker itu menukar arah.
3 markah
c
Tunjukkan bola snuker bergerak ke arah kiri apabila pecutannya ialah $16\ \text{ms}^{-2}$.
3 markah
1510 markah
Jadual 3 menunjukkan indeks harga dan peratus penggunaan bagi empat komponen, $A$, $B$, $C$ dan $D$ dalam penghasilan sebuah kipas.
| Komponen | Indeks harga pada tahun 2021 berasaskan tahun 2019 | Peratus penggunaan (%) |
|---|---|---|
| $A$ | 138 | 10 |
| $B$ | $h$ | 30 |
| $C$ | 145 | 40 |
| $D$ | 108 | 20 |
Jadual 3
a
Hitung harga komponen $C$ pada tahun 2021 jika harganya pada tahun 2019 ialah RM75.
2 markah
b
Diberi indeks gubahan bagi kos penghasilan kipas pada tahun 2021 berasaskan tahun 2019 ialah 130, cari nilai $h$.
3 markah
Dari tahun 2021 ke tahun 2025, dijangka harga komponen $B$ meningkat 15%, harga komponen $D$ menyusut 10% dengan keadaan harga komponen $A$ dan $C$ akan kekal.
c(i)
Cari indeks gubahan bagi kos penghasilan kipas pada tahun 2025 berasaskan tahun 2019.
3 markah
c(ii)
Jika kos penghasilan sebuah kipas pada tahun 2019 ialah RM128, hitungkan kos penghasilan sebuah kipas yang sepadan pada tahun 2025.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini