Others Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 2 · SMKA
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 2 · SMKA
Percubaan SMKA · 2022
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
15 markah
Suatu janjang aritmetik mempunyai 12 sebutan. Hasil tambah bagi sebutan-sebutan ganjil ialah 114 dan hasil tambah bagi sebutan-sebutan genap ialah 132. Cari
a
beza sepunya,
3 markah
b
sebutan pertama.
2 markah
26 markah
Diberi fungsi $h(x) = \frac{3 + 2x}{5}$ dan $k(x) = \frac{5x - 3}{2}$.
a
Cari $hk(x)$ dan $kh(x)$.
4 markah
b
Seterusnya, sahkan kebenaran bahawa fungsi $h(x) = \frac{3 + 2x}{5}$ mempunyai fungsi songsang, $k(x) = \frac{5x - 3}{2}$.
2 markah
37 markah
Pak Ali ingin membina sebuah reban bagi meletakkan ayam dan itik kepunyaannya. Rajah 3 menunjukkan lakaran asas reban Pak Ali yang mempunyai pembahagi di tengah-tengahnya bagi memisahkan ayam dan itiknya. Pak Ali memperuntukkan seluas 54 m² tanahnya bagi membina reban tersebut dan beliau perlu memagari rebannya seperti dalam Rajah 3 dengan menggunakan pagar dawai sepanjang 36 m. Berapakah panjang dan lebar reban tersebut?
7 markah
47 markah
Rajah 4 menunjukkan lokasi empat buah lampu isyarat A, B, C dan D di atas satah Cartes.
Diberi bahawa $B(-3, p)$, $C(3, 4)$, dan $D(7, 6)$ adalah segaris dengan keadaan $BC : CD = m : n$.
a
Tentukan $m : n$.
3 markah
b
Seterusnya, cari nilai $p$.
2 markah
c
Cari luas, dalam unit², bagi $\Delta ABD$.
2 markah
59 markah
Diberi persamaan suatu lengkung ialah $y = x^4 - 4x^3 + 1$.
a
Cari titik-titik pegun bagi garis lengkung itu.
3 markah
b
Seterusnya, tentukan sifat setiap titik pegun tersebut dengan menggunakan kaedah lakaran tangen.
*(Huraikan lakaran tangen anda dalam perkataan: nilai-nilai $x$ yang dipilih di kiri dan di kanan titik pegun, nilai dan tanda $\frac{dy}{dx}$, arah tangen dan bentuk lengkung; kemudian nyatakan sifat setiap titik pegun.)*
6 markah
68 markah
Rajah 6 menunjukkan sektor sebuah bulatan berpusat O, berjejari 6 cm dan mempunyai sudut $AOB = \frac{2\pi}{3}$ radian.
a
Hitung panjang lengkok, perimeter dan luas bagi sektor tersebut.
4 markah
b
Seterusnya, cari panjang perentas AB dengan menggunakan petua kosinus dan berikan jawapan anda dalam bentuk $a\sqrt{b}$.
4 markah
78 markah
a
Lakarkan graf $y = \left|-\frac{3}{2}\,\text{kos}\,2x\right| - 1$ untuk $0 \leq x \leq \frac{3}{2}\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, bilangan kitaran dan nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$.)*
4 markah
b
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $3\pi\left|-\frac{3}{2}\,\text{kos}\,2x\right| - 4x = -2x$ untuk $0 \leq x \leq \frac{3}{2}\pi$. Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan garis lurus anda dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik hujungnya; kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
4 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Jadual menunjukkan nilai-nilai bagi dua pembolehubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pembolehubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = ab^{3x}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
| $x$ | 1 | 1.5 | 3 | 5 | 6 | 8 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 1.78 | 2.00 | 2.45 | 3.39 | 3.98 | 5.25 |
a
Berdasarkan jadual di atas, bina satu jadual bagi nilai-nilai $\log_{10} y$.
*(Tulis nilai $\log_{10} y$ bagi setiap nilai $x$.)*
1 markah
b
Plot $\log_{10} y$ melawan $x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} y$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Gunakan graf di (b) untuk mencari nilai
c(i)
$x$ apabila $y = 3.2$
1 markah
c(ii)
$b$
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
3 markah
c(iii)
$a$
*(Nyatakan nilai pintasan yang anda baca daripada graf.)*
2 markah
910 markah
Rajah 9 menunjukkan suatu lengkung $y = f(x)$ di mana $f(x) = -x^2 - 7x - 10$.
Hitung
a
jumlah luas kawasan berlorek,
6 markah
b
isipadu kisaran, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau berlorek A dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-x.
4 markah
1010 markah
Rajah 10 menunjukkan sebuah sisi empat PQRS.
Diberi bahawa $\overrightarrow{PK} = 2\underset{\sim}{x}$, $\overrightarrow{PQ} = 3\underset{\sim}{y}$, $PK : PS = 1 : 3$ dan $2QL = LS$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan/atau $\underset{\sim}{y}$:
a(i)
$\overrightarrow{SQ}$
1 markah
a(ii)
$\overrightarrow{PL}$
2 markah
Diberi bahawa $\overrightarrow{SR} = 2a\underset{\sim}{y} - 2\underset{\sim}{x}$ dan $\overrightarrow{PR} = \frac{1}{b}\overrightarrow{PL}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
Cari
b(i)
$\overrightarrow{SR}$ dalam sebutan $b$, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$,
2 markah
b(ii)
nilai $a$ dan $b$.
3 markah
c
Diberi luas segi tiga PQS adalah 120 unit², dan jarak serenjang dari Q ke PS ialah 5 unit, cari $|\underset{\sim}{x}|$.
2 markah
1110 markah
Dalam satu tinjauan yang dijalankan ke atas murid-murid di sebuah sekolah, didapati 6 daripada 10 orang murid memakai cermin mata. Jika 5 orang murid dipilih secara rawak, hitung kebarangkalian bahawa
a(i)
tepat 3 orang murid memakai cermin mata,
2 markah
a(ii)
lebih daripada 3 orang murid memakai cermin mata.
3 markah
Suatu pemeriksaan kesihatan dijalankan ke atas sekumpulan pekerja. Tekanan darah sekumpulan pekerja itu adalah mengikut taburan normal dengan min 130 mmHg dan sisihan piawai 16 mmHg. Bacaan tekanan darah yang melebihi 150 mmHg diklasifikasikan sebagai tekanan darah tinggi.
b(i)
Seorang pekerja dipilih secara rawak daripada kumpulan tersebut. Cari kebarangkalian bahawa pekerja itu mempunyai tekanan darah antara 110 mmHg dan 152 mmHg.
2 markah
b(ii)
Didapati bahawa 123 orang pekerja mempunyai tekanan darah tinggi. Cari jumlah pekerja dalam kumpulan itu.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Dua zarah, P dan Q, bergerak di sepanjang suatu garis lurus. Halaju zarah P, $v_P$ m s$^{-1}$, diberi oleh $v_P = 3t^2 - 15t + 18$, manakala halaju zarah Q, $v_Q$ m s$^{-1}$, diberi oleh $v_Q = 22 - 15t$ dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat, selepas kedua-dua zarah melalui titik tetap O.
Hitung
a
**[Bonus]** halaju maksimum, dalam m s$^{-1}$, zarah P,
3 markah
b(i)
masa, dalam saat, apabila zarah P dan Q berlanggar,
3 markah
b(ii)
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah P dalam 4 saat pertama.
4 markah
1310 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 13 menunjukkan sebuah sisi empat. Titik T ialah persilangan garis lurus PR dan garis lurus SQ.
Diberi bahawa panjang sisi PT adalah sama dengan panjang sisi TQ, PS = 5.1 cm, SR = 7.7 cm, ST = 5.6 cm dan TR = 3.3 cm.
Hitung
a(i)
$\angle PTQ$
2 markah
a(ii)
panjang, dalam cm, PT,
3 markah
a(iii)
panjang, dalam cm, PQ.
2 markah
b(i)
Lakar sebuah segi tiga $P'R'S'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga $PRS$ dengan keadaan $P'R' = PR$, $P'S' = PS$ dan $\angle P'R'S' = \angle PRS$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $P'$, $R'$ dan $S'$, panjang sisi yang ditanda dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
1 markah
b(ii)
Seterusnya, nyatakan saiz $\angle P'S'R'$.
2 markah
1410 markah
Jadual 14 menunjukkan maklumat berkaitan empat bahan utama yang digunakan oleh Melissa untuk menyediakan sejenis puding untuk dijual di pasar malam. Rajah 14 menunjukkan resipi yang digunakan.
| Bahan | Harga per kilogram (RM) Tahun 2019 | Harga per kilogram (RM) Tahun 2022 | Indeks harga pada tahun 2022 (2019 = 100) |
|---|---|---|---|
| P | 2.50 | 2.85 | 114 |
| Q | 6.00 | 7.80 | $a$ |
| R | 3.00 | $b$ | 150 |
| S | $c$ | 8.20 | 113 |
Jadual 14
**Resipi**
| Bahan | Kuantiti (gram) |
|---|---|
| P | $x$ |
| Q | 80 |
| R | 40 |
| S | 140 |
| JUMLAH | 1000 |
Rajah 14
a
Cari nilai $a$, nilai $b$ dan nilai $c$.
3 markah
b
Hitung indeks gubahan bagi kos membuat puding itu pada tahun 2022 berasaskan tahun 2019.
3 markah
c
Pada tahun 2019, Melissa menjual sebekas puding itu pada harga RM11.50 dengan keuntungan sebanyak 20%. Hitung harga jualan sebekas puding itu jika Melissa ingin mendapat keuntungan sebanyak 25% pada tahun 2022.
4 markah
1510 markah
Mutalib adalah seorang peniaga kedai runcit. Beliau membeli dua jenis makanan kucing untuk diletakkan di kedainya iaitu Whiskas pada RM 0.40 sebungkus dan Pro Diet pada RM 0.60 sebungkus. Mutalib mempunyai RM 15 dan merancang untuk membeli sekurang-kurangnya 30 bungkus semua sekali. Beliau memastikan nisbah makanan kucing jenis Pro Diet kepada jenis Whiskas adalah sekurang-kurangnya 1: 2. Beliau membeli $x$ bungkus Whiskas dan $y$ bungkus Pro Diet.
a
Tuliskan tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 bungkus pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau **R** yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di **15**(b) untuk menjawab soalan berikut:
c(i)
Mutalib mendapat keuntungan sebanyak RM 0.10 sebungkus untuk Whiskas dan RM 0.20 sebungkus untuk Pro Diet. Dengan andaian bahawa beliau boleh menjual semula kesemua bungkus makanan kucing tersebut, berapakah bungkus bagi setiap jenis makanan kucing yang patut beliau beli bagi mendapat untung yang maksimum dan kirakan untung tersebut.
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini