Puan Ramizah merancang untuk memasang pagar dawai yang panjangnya 112 m untuk menanam sayuran dengan tanah seluas 528 m² di kawasan taman sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 1. Cari nilai yang mungkin bagi $p$ dan nilai $q$ yang sepadan di mana $p$ dan $q$ ialah integer.
7 markah
26 markah
Rizuan diberi seutas dawai dengan panjang 4 meter. Dia memotong dawai itu kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian akan dibengkokkan untuk membentuk satu segi empat sama. Rajah 2 menunjukkan tiga buah segi empat sama yang pertama yang dibentuk oleh Rizuan. Cari
a
bilangan segi empat sama yang boleh dibentuk oleh Rizuan?
4 markah
b
panjang dawai bahagian terpanjang
2 markah
37 markah
Rajah 3 menunjukkan sebuah segiempat tepat $PQRS$. $T$ ialah titik yang terletak pada $QS$ dengan keadaan $QS = 4QT$.
Diberi $\overrightarrow{QP} = 15\boldsymbol{x}$ dan $\overrightarrow{QS} = 15\boldsymbol{x} + 7\boldsymbol{y}$, ungkapkan vektor yang berikut dalam sebutan $\boldsymbol{x}$ dan $\boldsymbol{y}$.
a(i)
$\overrightarrow{QT}$
1 markah
a(ii)
$\overrightarrow{PT}$
2 markah
b
Diberi garis lurus $PT$ dipanjangkan ke titik $U$ dengan keadaan $\overrightarrow{PU} = -9\boldsymbol{x} + k\boldsymbol{y}$. Cari nilai $k$.
4 markah
48 markah
a(i)
Buktikan bahawa $\text{kosek}^2 x - 2\sin^2 x - \text{kot}^2 x = \text{kos}\,2x$
2 markah
a(ii)
Seterusnya, selesaikan persamaan $\text{kosek}^2 x - 2\sin^2 x - \text{kot}^2 x + \frac{1}{4} = 0$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
3 markah
b
Lakar graf bagi $y = 3\,\text{kos}\,2x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum pada paksi-$y$, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan bilangan kitaran.)*
3 markah
56 markah
Rajah 5 menunjukkan sekeping jubin bercorak berbentuk segi empat sama $ABCD$. Diberi bahawa panjang sisi $AB$ ialah 14 cm. Keempat-empat rantau berlorek itu adalah serupa. $OPQ$ dan $BPQ$ adalah sektor masing-masing dengan pusat $O$ dan $B$.
Jika terdapat 150 keping jubin yang sama pada suatu lantai, cari luas yang dilitupi oleh rantau berlorek itu.
6 markah
68 markah
Rajah 6 menunjukkan lengkung bagi fungsi kuadratik $f(x) = -x^2 + px - 15$. Lengkung itu mempunyai titik maksimum pada $G(3, h)$ dan bersilang dengan paksi-$f(x)$ pada titik $F$.
a
Nyatakan koordinat $F$,
2 markah
b
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari nilai $h$.
4 markah
c
Tentukan julat nilai $x$ jika $f(x) > -7$
2 markah
78 markah
Diberi bahawa $x = 3^m$ dan $y = 3^n$. Ungkapkan
a
$\frac{27^{m+2n}}{9^m}$ dalam sebutan $x$ dan $y$.
3 markah
b
$\log_{81} \frac{243x}{y^2}$ dalam sebutan $m$ dan $n$.
5 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Jadual 8 di bawah menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada satu uji kaji. Pemboleh ubah $x$ dan $y$, dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{Q}{W^{x^2}}$, dengan keadaan $Q$ dan $W$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.0 | 2.0 | 2.5 | 3.0 | 3.5 | 4.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 2.51 | 4.78 | 8.20 | 14.21 | 27.54 | 63.10 |
Jadual 8
a
Bina sebuah jadual yang sesuai dan guna kertas graf untuk memplot graf $\log_{10} y$ melawan $x^2$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 2 unit pada paksi $x^2$, dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi $\log_{10} y$. Seterusnya lukis garis penyuaian terbaik.
*(Tulis jadual nilai $x^2$ dan $\log_{10} y$ anda, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
5 markah
Dengan menggunakan graf di 8(a), cari nilai bagi
b(i)
$Q$,
3 markah
b(ii)
$W$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
1 markah
b(iii)
$y$ apabila $x = 3.16$
*(Nyatakan nilai $\log_{10} y$ yang dibaca daripada graf anda.)*
1 markah
910 markah
Rajah 9 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = 2x^2 - 8$ dan garis lurus $y = 2x + 4$.
a
Hitung luas rantau berlorek.
6 markah
b
Rantau yang dibatasi oleh lengkung, paksi-$x$, paksi-$y$ dan garis lurus $y = h$ diputarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$y$. Cari isi padu kisaran, dalam sebutan $\pi$.
4 markah
1010 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala adalah **tidak** diterima.
Rajah 10 menunjukkan sebuah kebun mini yang diusahakan oleh Kelab Pertanian di sebuah sekolah yang berbentuk trapezium. Trapezium itu dilabel sebagai $PQRS$. Titik $P$ dan titik $S$ berada pada paksi-$y$ dan $PQ$ adalah selari dengan $RS$.
Diberi bahawa $PQ$ adalah berserenjang dengan $QR$ dan kecerunan $PQ$ ialah $\frac{3}{2}$.
a
cari persamaan $QR$
2 markah
b
cari koordinat titik $R$ dengan keadaan $ST : SR = 2 : 5$.
2 markah
c
cari luas dalam unit² bagi $OQRS$
2 markah
Titik $W(x, y)$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik $Q$ adalah sentiasa 10 unit.
d(i)
cari persamaan lokus bagi titik $W$.
2 markah
d(ii)
tentukan sama ada lokus itu berpintas dengan paksi-$y$ atau tidak.
2 markah
1110 markah
Dalam suatu kampung, didapati kebarangkalian belia ialah $p$. Diberi bahawa bilangan belia mempunyai min 40 dan varians 28.
a(i)
Cari nilai $p$.
2 markah
a(ii)
Jika 5 orang penduduk dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya 3 orang ialah belia.
3 markah
Jisim sebiji buah durian Musang King yang dihasilkan di sebuah kebun mempunyai taburan normal dengan min 3.8 kg dan sisihan piawai 700 g. Kira
b(i)
kebarangkalian bahawa sebiji durian yang dipilih secara rawak dari kebun itu mempunyai jisim melebihi 4.5 kg.
2 markah
b(ii)
nilai $m$ jika 68% daripada durian tersebut mempunyai jisim kurang $m$ kg.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Sesarannya, $s$ m, pada masa $t$ saat setelah melalui $O$ diberi oleh $s = 2t^2 - \frac{1}{3}t^3 + 21t$. Cari
a
halaju awal, dalam $\text{ms}^{-1}$, bagi zarah itu.
3 markah
b
halaju maksimum, dalam $\text{ms}^{-1}$, bagi zarah itu.
3 markah
c
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 7 saat yang pertama.
4 markah
1310 markah
Jadual 13 di bawah menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sebuku roti kelapa. Peratusan kenaikan harga barang dan peratusan penggunaan setiap bahan pada tahun 2018 berbanding tahun 2015 dalam menghasilkan sebuku roti kelapa masing-masing dinyatakan dalam lajur kedua dan ketiga.
| Bahan | Peratus kenaikan harga | Peratusan dalam setiap buku roti kelapa. |
|---|---|---|
| Tepung | 20 % | 70 |
| Gula | 10 % | $p$ |
| Yis | 25 % | $2p$ |
| Minyak | 15 % | $p$ |
| Kelapa | 25 % | $2p$ |
Jadual 13
a
Jika tahun 2015 diambil sebagai tahun asas, tulis indeks harga bagi setiap bahan itu pada tahun 2018.
1 markah
b(i)
Hitung indeks gubahan bagi kos pengeluaran roti tersebut pada tahun 2018 berasaskan tahun 2015.
3 markah
b(ii)
Seterusnya cari kos pengeluaran roti itu pada tahun 2015 jika kos pengeluarannya pada tahun 2018 ialah RM 23 320.
2 markah
c
Jika kos pengeluaran sebuku roti kelapa pada tahun 2015 ialah RM 1.50, hitung kenaikan dalam kos pengeluaran sebuku roti kelapa itu pada tahun 2018.
4 markah
1410 markah
Rajah 14 di bawah menunjukkan segi tiga $ABC$.
a
Kira panjang, dalam cm bagi $AC$
2 markah
b
Satu segiempat $ABCD$ dibina dengan $AC$ sebagai pepenjuru, sudut $ACD = 30^\circ$ dan $AD = 8.6$ cm. Hitung nilai-nilai yang mungkin bagi sudut $ADC$.
2 markah
Dengan menggunakan nilai sudut tirus $ADC$ dari (b), hitung
c(i)
panjang, dalam cm, bagi $CD$,
3 markah
c(ii)
seterusnya, cari luas, dalam cm², bagi segi empat $ABCD$
3 markah
1510 markah
Sebuah sekolah hendak membeli $x$ buah meja dan $y$ buah kerusi untuk dewan sekolahnya. Harga sebuah meja ialah RM50 dan sebuah kerusi ialah RM40. Dewan itu hanya boleh memuatkan 350 buah meja dan kerusi. Bilangan meja mesti tidak melebihi dua kali bilangan kerusi. Bilangan kerusi tidak boleh melebihi meja sebanyak 50.
a
Tuliskan tiga ketaksamaan selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua syarat-syarat di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 50 pada kedua-dua paksi, bina dan lorekkan rantau $R$ yang memuaskan semua syarat di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Berdasarkan graf anda, carikan :
c(i)
Berapakah peruntukan maksimum bagi pembelian meja dan kerusi.
*(Nyatakan titik dalam rantau $R$ yang anda gunakan.)*
3 markah
c(ii)
Julat bilangan kerusi yang dapat dibeli jika 150 buah meja telah dibeli.
1 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini