Others Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 1 · MRSM
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 1 · MRSM
Percubaan MRSM · 2022
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
14 markah
Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada suatu lengkung. Pembolehubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y^2 = \frac{p}{2}x + q$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
a
Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
3 markah
b
Seterusnya, lakarkan graf linear bagi $y^2$ melawan $x$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: jenis graf, paksi, pintasan dan kecerunannya.)*
1 markah
24 markah
Diberi bahawa $2\alpha$ dan $2\beta$ adalah punca-punca bagi persamaan kuadratik $x^2 + mx - 3 = 0$.
a
Cari nilai $m$ jika $\alpha + \beta = -2$.
2 markah
b
Seterusnya, bentukkan persamaan kuadratik dengan punca-punca $\alpha$ dan $\beta$.
2 markah
34 markah
Rajah 2 menunjukkan graf $y = f(x)$ dan $x = g(y)$.
a
Tentukan graf manakah yang mewakili suatu fungsi dan nyatakan alasan anda.
1 markah
Seterusnya, nyatakan
b(i)
domain,
1 markah
b(ii)
julat,
1 markah
b(iii)
tatatanda fungsi
bagi fungsi itu.
1 markah
46 markah
a
Diberi fungsi $g : x \to \frac{5 + 2x}{3}$ dan $gf : x \to \frac{2}{x} - 1, x \neq 0$, cari $f(3)$.
3 markah
Diberi bahawa fungsi songsang $h^{-1}(x) = 4x - 7$.
b(i)
Cari $h(x)$.
1 markah
b(ii)
Seterusnya, ungkapkan $p$ dalam sebutan $k$ jika $h^{-1}h(k + 5) = h(p)$.
2 markah
54 markah
a
Diberi $\log_{10} a < 0$, nyatakan julat bagi nilai $a$.
1 markah
b
Diberi $a = 7^x$ dan $b = 7^y$, permudahkan $49^{x+y} + 7^{x-y}$ dalam sebutan $a$ dan $b$.
3 markah
64 markah
Populasi bakteria A membiak mengikut fungsi $A_n = 200\,e^n$ dan kadar populasi bakteria B membiak mengikut fungsi $B_n = 20e^{n+1}$, dengan keadaan $n$ ialah bilangan hari.
a
Cari jumlah populasi bagi bakteria A pada hari ke-2.
1 markah
b
Selepas berapa harikah, jumlah populasi kedua-dua bakteria akan melebihi 800 000 ?
3 markah
76 markah
a
Berdasarkan kajian tentang perkhidmatan sistem penghantaran ekspres, 2% daripada bungkusan yang dipos melalui sesebuah syarikat tidak sampai ke destinasi dalam masa yang ditentukan.
Nyatakan jenis pembolehubah rawak yang terlibat dan berikan justifikasi anda.
1 markah
Dalam sebuah kedai barangan kemas, 2 daripada 7 pelanggan membeli barang kemas pada satu hari tertentu. Jika 10 pelanggan dari kedai itu dipilih secara rawak pada hari tersebut, hitung kebarangkalian bahawa
b(i)
tepat 4 orang membeli barang kemas,
2 markah
b(ii)
selebih-lebihnya 2 orang tidak membeli barang kemas.
3 markah
85 markah
a
Sebuah pasukan pertandingan kuiz Matematik sekolah terdiri daripada 15 orang peserta. Peserta-peserta ini dipilih daripada 8 orang lelaki dan 10 orang perempuan.
Hitung bilangan cara pasukan ini dapat dibentuk jika sekurang-kurangnya 8 perempuan dipilih.
3 markah
b
Terdapat 7 biji mutiara dan 6 butir manik berlainan warna yang akan disusun menggunakan cara yang berbeza. Semua mutiara disusun dalam bentuk bulatan untuk dijadikan gelang seperti contoh dalam Rajah 3($a$), manakala hanya 4 manik yang akan disusun pada sepit rambut seperti contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 3($b$).
Adakah bilangan cara berbeza untuk menyusun mutiara pada gelang adalah sama dengan bilangan cara berbeza untuk menyusun manik pada sepit rambut ? Sahkan jawapan anda dengan pengiraan.
2 markah
98 markah
Rajah 4 menunjukkan suatu garis lurus $PQ$.
a(i)
Diberi bahawa vektor unit dalam arah $\overline{PQ}$ ialah $\frac{k\mathbf{i} + 2\mathbf{j}}{\sqrt{29}}$.
Cari nilai bagi $n$.
3 markah
a(ii)
Seterusnya, ungkapkan $\overrightarrow{OQ}$ dalam bentuk vektor lajur.
1 markah
b
Rajah 5 menunjukkan sebuah sisi empat, $KLMN$.
Buktikan vektor $LM$ adalah selari dengan vektor $KN$.
4 markah
107 markah
a
Diberi bahawa $\sin\alpha = -\frac{3}{5}$ dan $\tan\beta = 2$, dengan keadaan sudut $\alpha$ dan $\beta$ berada dalam sukuan yang sama.
Jika $\cos(\alpha - \beta) = \frac{m\sqrt{5}}{5}$, cari nilai $m$.
3 markah
b
Diberi bahawa $\tan(\theta - 60^\circ) = -1$ dan $\tan\theta = k$.
Cari nilai $k$ dalam bentuk surd.
4 markah
114 markah
Garis normal kepada lengkung $y = ax^2 + \frac{b}{x}$ pada titik $(1, 5)$ adalah selari dengan garis lurus $x + y - 8 = 0$.
Cari nilai $a$ dan nilai $b$.
4 markah
128 markah
a
Pembolehubah $f$ dan $g$ dihubungkan oleh persamaan $\frac{1}{f} + \frac{1}{g} = \frac{1}{15}$.
Diberi $g$ meningkat dengan kadar 1.2 cm s$^{-1}$, cari kadar perubahan $f$, dalam cm s$^{-1}$, apabila $g = 20$ cm.
4 markah
Rajah 6 menunjukkan sebahagian lengkung $y = 1 - x^2$.
b(i)
Cari pembezaan peringkat pertama bagi $y$ terhadap $x$.
1 markah
b(ii)
Seterusnya, kira nilai hampir bagi $q$ dalam sebutan $p$ dan $k$.
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Jadual 1 menunjukkan jadual kadar sewaan bulanan sebuah rumah.
| Tempoh | Kadar sewa bulanan (RM) |
|---|---|
| Jan 2021 – Dis 2022 | 660 |
| Jan 2023 – Dis 2024 | 710 |
| Jan 2025 – Dis 2026 | 760 |
| Jan 2027 – Dis 2028 | 810 |
Jadual 1
Rizqi menyewa rumah tersebut dengan sewa bulanan RM660 pada 1 Januari 2021. Pemilik rumah akan menaikkan sewa bulanan secara tetap setiap 2 tahun.
a
Tentukan sama ada kadar sewa bulanan ini membentuk suatu janjang aritmetik atau janjang geometri. Sahkan jawapan anda dengan pengiraan.
2 markah
b
Bilakah sewa bulanan akan melebihi RM1 350 untuk pertama kali?
3 markah
c
Kirakan jumlah sewa yang telah dibayar kepada pemilik rumah untuk tahun 2028 hingga 2056.
3 markah
148 markah
Rajah 7 menunjukkan lengkung $x = y^3$ bersilang dengan lengkung $x = y^2$ pada titik-titik $O$ dan $B$.
Cari
a(i)
koordinat bagi titik $B$,
2 markah
a(ii)
luas rantau berlorek.
3 markah
b
Kira isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $x = y^2$, garis lurus $y = -x + 2$ dan paksi-$y$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$y$.
3 markah
158 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 8 menunjukkan satu permukaan dinding yang berbentuk segi empat tepat $PQSV$.
Anas ingin menandakan satu titik $A$ supaya kipas dinding dapat dipasang pada kedudukan itu dengan tepat. Suis kipas terletak pada titik $R$. Dia telah membuat ukuran dengan menggunakan dua utas tali lurus $PT$ dan $QU$.
[Guna $R$ sebagai titik asalan]
a
Nyatakan koordinat titik $A$.
1 markah
b
Cari jarak, dalam m, bagi $VU$ dan bagi $UT$ supaya dua utas tali lurus itu bersilang pada titik $A$. Seterusnya, nyatakan nisbah bagi $VU : UT$.
5 markah
c
Anas ingin menggantung sebuah bingkai gambar pada titik $B$ seperti dalam rajah. Dia menggunakan seutas tali lurus $PB$ untuk membuat ukuran.
Tunjukkan bahawa tali lurus itu tidak berserenjang dengan tali lurus $QU$.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini