Rajah 1 menunjukkan dua segiempat tepat $ABCD$ dan $PQRS$.
**[Bonus]** Diberi perimeter segiempat tepat $ABCD$ ialah 36 cm dan panjang pepenjuru $AC$ ialah $2\sqrt{13}$ cm.
Cari $AD + SR$.
7 markah
27 markah
a
Cari persamaan normal bagi lengkung $y = (2x - 3)^4$ pada titik $(1, -3)$.
3 markah
Suatu lengkung dengan fungsi kecerunan $3x - \frac{3}{x^2}$ mempunyai titik pusingan di $(m, 7)$
b(i)
Cari nilai $m$,
2 markah
b(ii)
Tentukan sama ada titik pusingan ini adalah titik maksimum atau titik minimum.
2 markah
38 markah
Rajah 3 menunjukkan garis lurus $AC$ dan garis lurus $CD$. Titik $B$ terletak pada garis lurus $AC$ manakala titik $C$ terletak pada persilangan garis lurus $AC$ dan $CD$. Arah utara adalah selari dengan paksi-$y$.
Jika bearing titik $A$ dari titik $B$ ialah $315^\circ$.
Cari,
a
persamaan garis lurus $AC$,
4 markah
b
persamaan garis lurus $CD$. Seterusnya, cari titik $C$.
3 markah
c
Nyatakan persamaan lokus yang jaraknya adalah sentiasa sama dari titik $B$ dan titik $D$.
1 markah
47 markah
Rajah 4 menunjukkan pemetaan bagi dua fungsi.
Diberi $h^{-1}(x) = x - 3$.
Cari,
a
nilai $p$.
3 markah
b(i)
$k^2(x)$,
2 markah
b(ii)
fungsi $k^n(x)$ dalam sebutan $n$ dan $x$.
2 markah
57 markah
a
Buktikan bahawa $\frac{1 + \text{kos}\,x}{\sin x} = \text{kot}\,\frac{x}{2}$.
3 markah
b
Lakar graf bagi $y = -2\,\text{kos}\,x + \frac{1}{2}$ untuk $-\pi \leq x \leq \pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$y$ dan paksi-$x$ (titik mula, titik akhir, nilai maksimum dan minimum serta di mana ia berlaku) dan bilangan kitaran.)*
4 markah
67 markah
Dua kuantiti $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{r}{tx} + \sqrt{r}$ dengan keadaan $r$ dan $t$ ialah pemalar. Jadual 6 menunjukkan nilai-nilai pemboleh ubah $x$ dan $xy$ ditukar kepada bentuk linear.
| $x$ | 1 | 2.5 | 3.2 | 4.5 | 5.5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $xy$ | 19 | 26 | 32 | 35.1 | 39.88 | 42 |
Jadual 6
a
Plot $xy$ melawan $x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$xy$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Gunakan graf yang dilukis di (a), cari
b(i)
nilai $r$ dan $t$,
*(Nyatakan kecerunan dan pintasan garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
3 markah
b(ii)
nilai $y$ yang betul jika satu daripada nilai-nilai $y$ tersalah catat semasa eksperimen itu
1 markah
77 markah
Rajah 7 menunjukkan sisi empat $OABC$ dengan keadaan $O$ ialah asalan. Titik $P$ terletak di atas garis $AB$ dengan keadaan $AP : AB = 3 : 4$ manakala titik $Q$ terletak di atas garis $OC$ dengan keadaan $OQ : OC = 2 : 3$.
Ungkapkan,
a(i)
$\overrightarrow{AP}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{u}$ dan $\underset{\sim}{v}$. Seterusnya tunjukkan bahawa $\overrightarrow{OP} = \frac{1}{4}\left(\underset{\sim}{u} + 3\underset{\sim}{v}\right)$,
3 markah
a(ii)
$\overrightarrow{PQ}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{u}$, $\underset{\sim}{v}$ dan $\underset{\sim}{w}$.
1 markah
b
Diberi $5\overrightarrow{PQ} = 6\overrightarrow{BC}$, cari $\underset{\sim}{w}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{u}$ dan $\underset{\sim}{v}$.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 8($a$) menunjukkan garis lengkung $y = x^3$ dan $y = -x^2 + 2$ yang bersilang pada titik $A$.
a(i)
Nyatakan lengkung yang manakah menghasilkan kecerunan $< 0$ di titik $A$. Tunjukkan pengiraan anda.
3 markah
a(ii)
Cari luas yang dibatasi oleh lengkung $y = x^3$, $y = -x^2 + 2$ dan paksi-$y$.
4 markah
b
Rajah 8($b$) menunjukkan lengkung $y^2 = 2x$ bersilang pada garis lurus $x = k$.
Cari nilai $k$ apabila isipadu janaan bagi rantau yang dibatasi oleh lengkung $y^2 = 2x$, $x = k$ dan paksi-$x$ dikisarkan $180^\circ$ pada paksi-$x$ ialah $9\pi$ unit$^3$.
3 markah
910 markah
Rajah 9 menunjukkan sebuah poligon sekata 12 sisi yang berpusat di $O$. $A$, $B$, $C$ dan $D$ adalah pusat bagi lengkok $PS$, $RU$, $TW$ dan $VQ$ masing-masing.
Diberi $OA$ ialah $r$ cm.
[ Guna $\pi = 3.142$]
a
Ungkapkan luas kawasan berlorek dalam sebutan $r$.
5 markah
b
Cari perimeter, dalam cm, kawasan berlorek jika $r = 10$ cm.
5 markah
1010 markah
Ali menunggang motosikal ke suatu tempat dari rumahnya dan berhenti di beberapa hentian. Jarak hentian yang pertama ialah 10 km dari rumahnya dan jarak antara setiap hentian adalah sama.
Jika hentian ketiga ialah 90 km dari hentian pertama.
Cari,
a
jarak Ali berhenti kali ke-20 dari hentian pertama.
4 markah
b
beza jarak Ali berhenti kali ke-20 dari hentian pertama dan hasil tambah jarak Ali berhenti kali ke-8.
2 markah
c
Diberi jarak perjalanannya ialah 850 km. Ali mempunyai wang tunai sebanyak RM250. Jika Ali membelanjakan RM10 setiap kali berhenti untuk berehat.
Adakah kos perbelanjaan mencukupi atau tidak? Tunjukkan pengiraan anda.
4 markah
1110 markah
Pembolehubah rawak $X \sim B(n, p)$ mempunyai min 5 dan varians 4.
a(i)
Cari nilai bagi $n$ dan $p$.
3 markah
a(ii)
Dengan menggunakan jawapan pada ($a$)(i), cari $P(X = 2)$.
2 markah
Sebuah ladang menghasilkan buah tembikai. Jadual 11 menunjukkan penggredan buah tembikai berdasarkan jisimnya.
| Gred | $A$ | $B$ | $C$ |
|---|---|---|---|
| Jisim, $X$ (kg) | $X > 6.5$ | $3.5 < X \leq 6.5$ | $m < X \leq 3.5$ |
Jadual 11
Diberi bahawa jisim buah tembikai yang dihasilkan oleh ladang ini bertabur secara normal dengan min 4.5 kg dan varians 1.21 kg$^2$.
b(i)
Jika buah tembikai diambil secara rawak, cari kebarangkalian bahawa buah tembikai itu ialah gred $B$.
2 markah
b(ii)
Jika 98% daripada buah tembikai boleh digredkan, cari nilai $m$.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 12 menunjukkan sebuah pepejal berbentuk prisma tegak dengan permukaan segi empat tepat mengufuk $EFGH$. Trapezium $ABFE$ ialah keratan rentas seragam prisma itu. Segi empat tepat $ADHE$ dan $BCGF$ adalah suatu satah mencancang manakala permukaan tapak $ABCD$ ialah satah condong.
Cari,
a(i)
$\angle BAF$
3 markah
a(ii)
$\angle DCG$
2 markah
a(iii)
luas, dalam cm$^2$, bagi segi tiga $DFG$ dengan menggunakan rumus *Heron*.
3 markah
b
Garis $FB$ dipanjangkan dengan keadaan $AB = AB'$, lakarkan segi tiga $ABB'$
Seterusnya nyatakan $\angle BAB'$
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A$, $B$ dan $B'$ serta panjang sisi dan sudut yang ditanda.)*
2 markah
1310 markah
Jadual 13 menunjukkan indeks harga dan perubahan indeks harga bagi empat jenis perbelanjaan utama sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rajah 13 menunjukkan sebuah carta pai yang mewakili pembahagian perbelanjaan yang digunakan sepanjang musim Perintah kawalan Pergerakan (PKP).
| Perbelanjaan | Indeks harga pada tahun 2021 berasaskan tahun 2020 | Perubahan indeks harga dari tahun 2021 ke tahun 2022 |
|---|---|---|
| Makanan | 120 | Berkurang sebanyak 10% |
| Sewa & Ansuran | $x$ | Tiada perubahan |
| Utiliti | 150 | Bertambah sebanyak 5% |
| Pelbagai | 108 | Tiada perubahan |
Jadual 13
a(i)
Hitung jumlah perbelanjaan untuk makanan pada tahun 2020 jika jumlah perbelanjaan makanan pada tahun 2021 ialah RM720.
2 markah
a(ii)
Indeks gubahan bagi jumlah perbelanjaan pada tahun 2021 berasaskan 2020 ialah 126.3.
Hitung $x$.
2 markah
b
Seterusnya, hitung indeks gubahan jumlah perbelanjaan pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020. Nyatakan tafsiran anda berkaitan nombor indeks gubahan yang diperoleh
4 markah
c
Hitung jumlah perbelanjaan pada tahun 2022 jika jumlah perbelanjaan yang sepadan pada tahun 2020 ialah RM4 000.
2 markah
1410 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v\ \text{m s}^{-1}$, diberi oleh $v = t^2 - 6t + 8$, dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat selepas melalui $O$.
[Anggap bahawa gerakan ke arah kanan ialah positif]
Cari,
a
halaju awal dalam $\text{ms}^{-1}$,
1 markah
b
halaju dalam $\text{ms}^{-1}$ zarah itu ketika halaju seragam,
3 markah
c
julat nilai $t$ ketika zarah bergerak ke arah kiri,
3 markah
d
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah dalam 4 saat pertama.
3 markah
1510 markah
Gunakan kertas graf yang disediakan untuk menjawab soalan ini.
SMK Taman Nilam ingin menghantar beberapa murid SPM dan STPM sesi 2022/2023 untuk menyertai suatu seminar teknik menjawab. Bilangan peserta SPM ialah $x$ orang dan peserta STPM ialah $y$ orang. Penyertaan murid adalah berdasarkan kekangan berikut:
I Jumlah peserta tidak melebihi 70 orang.
II Bilangan peserta SPM tidak melebihi dua kali bilangan peserta STPM.
III Bilangan peserta STPM mesti melebihi dua kali bilangan peserta SPM selebih-lebihnya 10 orang.
a
Tuliskan tiga ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 orang peserta pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Menggunakan graf yang dibina dalam di ($b$), cari,
c(i)
julat bilangan peserta STPM jika bilangan peserta SPM ialah 30,
1 markah
c(ii)
jumlah yuran maksimum yang perlu dibayar oleh sekolah jika yuran untuk setiap peserta SPM dan STPM masing-masing ialah RM10 dan RM20.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini