Selesaikan persamaan serentak yang berikut:
$$2y = -2x - 10 \quad \text{dan} \quad 2y^2 + x = 5$$
Others Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 2 · MRSM
- Percubaan MRSM · 2022
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
a
2 markah
Buktikan $\frac{\text{kot}^2 x}{1 + \text{kot}^2 x} = \text{kos}^2 x$.
b(i)
3 markah
Lakarkan graf $y = \frac{2}{\text{kos}\,x}\left(\frac{\text{kot}^2 x}{1 + \text{kot}^2 x}\right) + 1$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$ (titik mula, titik akhir, nilai maksimum dan minimum) dan bilangan kitaran.)*
b(ii)
3 markah
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakarkan satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\frac{2}{\text{kos}\,x}\left(\frac{\text{kot}^2 x}{1 + \text{kot}^2 x}\right) = \frac{x}{\pi} - 1$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan garis lurus yang anda lakar dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik yang dilaluinya; kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
a
3 markah
Diberi $\frac{d}{dx}\left(3x^2 - x\right) = f(x)$, cari nilai $\int_0^1 f(x)\,dx$.
b
3 markah
Fungsi kecerunan suatu lengkung adalah $3x - h$. Tangen kepada lengkung itu pada titik $(5, 7.5)$ memotong paksi-$x$ pada $x = 3.75$.
Cari persamaan lengkung itu.
Rajah 1(a) menunjukkan muka gelombang yang terbentuk selepas umpan dijatuhkan ke dalam sebuah sungai. Rajah 1(b) menunjukkan pandangan atas bagi muka gelombang yang terbentuk di atas permukaan air sungai tersebut. Kedua-dua jenis panjang muka gelombang membentuk suatu janjang geometri.
Diberi hasil tambah panjang gelombang dari sumber menuju ke air dalam ialah $S_n = \frac{5}{2} + 3\left(2^{n-1} - 1\right)$.
Cari
a(i)
2 markah
panjang gelombang yang pertama,
a(ii)
2 markah
nisbah sepunya janjang ini.
b
3 markah
Diberi bahawa $9T_4 = 10T_5$ dan panjang gelombang pertama dari sumber menuju ke tebing sungai ialah 1 cm, cari jumlah jarak panjang gelombang apabila muka gelombang berhenti terbentuk.
Rajah 2 menunjukkan satu titik $Q$ yang bergerak di sepanjang lilitan sebuah bulatan dengan pusat $S$. Garis lurus $2x = y - 3$ ialah tangen kepada bulatan itu pada titik $B$ dan bersilang pada paksi-$y$ di titik $A$.
a
4 markah
Titik $S$ ialah imej bagi titik $P$ di bawah satu pantulan pada garis $2x = y - 3$. Titik-titik $P$, $B$ dan $S$ adalah segaris.
Cari persamaan lokus bagi titik $Q$.
b
4 markah
Jika garis lurus $BS$ dipanjangkan kepada titik $N$, dengan keadaan $3BN = 4SN$, hitung luas sisi empat $OABN$.
Rajah 3 menunjukkan sebuah bulatan $ACP$ dengan pusat $O$ dan sebuah semibulatan $EAD$ dengan pusat $P$.
Garis lurus $BA$ adalah tangen kepada bulatan $ACP$ pada titik $A$. Bulatan $ACP$ dan semibulatan $EAD$ bersilang di titik $A$ dan titik $P$.
[Guna $\pi = 3.142$]
a
3 markah
Diberi bahawa $\angle AOP = 113.56^\circ$ dan $BO - BA = k$ cm.
Cari nilai $k$ dan nyatakan jawapan anda kepada dua tempat perpuluhan.
b
5 markah
Cari luas, dalam cm², kawasan berlorek.
Rajah 4 menunjukkan garis lurus $AB$ bersilang dengan garis lurus $CD$ pada titik $E$.
Persamaan garis lurus $CD$ ialah $-3x + \sqrt{2}y = 1$.
a
5 markah
Cari koordinat titik $E$ dalam bentuk $\left(p + q\sqrt{2},\ r + s\sqrt{2}\right)$.
b
3 markah
Diberi jarak antara titik $E$ dan titik $\left(-1 + m\sqrt{2},\ -\sqrt{2}\right)$ adalah $\sqrt{17}$.
Cari nilai-nilai $m$.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Didapati bahawa kebarangkalian seorang pesakit mengalami kesan sampingan apabila mengambil ubat-ubatan baharu ialah $p$.
a(i)
2 markah
Diberi bilangan pesakit yang mengalami kesan sampingan apabila mengambil ubat-ubatan mempunyai min 20 dan varians 16, cari nilai $p$.
a(ii)
2 markah
Jika 10 pesakit dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa 3 pesakit mengalami kesan sampingan.
Tekanan darah diastolik untuk seorang wanita di sebuah daerah tertentu adalah mengikut taburan normal dengan min $\mu$ mmHg dan sisihan piawai 50 mmHg. Jika seorang wanita dipilih secara rawak, didapati kebarangkalian tekanan darah diastolik kurang daripada 72 mmHg ialah 0.4364.
b(i)
3 markah
Cari nilai $\mu$.
b(ii)
1 markah
Rawatan khas akan diberikan kepada wanita yang mempunyai tekanan darah diastolik melebihi 144.1 mmHg. Cari kebarangkalian wanita yang layak mendapat rawatan khas.
b(iii)
2 markah
Seterusnya, jika terdapat 3500 wanita di daerah ini, cari jumlah kos rawatan sekiranya rawatan tersebut bernilai RM150 seorang.
Rajah 5 menunjukkan trapezium $ADEF$ dan segi tiga $ABC$.
a(i)
3 markah
Diberi bahawa $\overrightarrow{AD} = 8\mathbf{x}$, $\overrightarrow{BE} = 3\mathbf{y}$, $\overrightarrow{BE} = \frac{3}{5}\overrightarrow{BC}$ dan nisbah $AD : FE = 2 : 1$.
Ungkapkan $\overrightarrow{AC}$ dalam sebutan $\mathbf{x}$ dan/atau $\mathbf{y}$.
a(ii)
4 markah
Garis $FE$ dipanjangkan kepada titik $M$ dengan keadaan $\overrightarrow{FM} = \frac{8}{5}\overrightarrow{FE}$ dan $\overrightarrow{BM} = k\overrightarrow{AC}$.
Cari nilai $k$.
b
3 markah
Lapangan terbang Q terletak di utara lapangan terbang P dan di barat lapangan terbang R. Bearing lapangan terbang R dari lapangan terbang P ialah $036.87^\circ$. Sebuah kapal terbang bergerak dari lapangan terbang P ke lapangan terbang R dengan vektor kedudukan ialah $900\mathbf{i} + 1200\mathbf{j}$. Selepas itu, kapal terbang tersebut meneruskan perjalanan ke lapangan terbang S yang terletak 3000 km di utara lapangan terbang P dalam masa 2 jam.
Cari kelajuan, dalam km/j, bagi kapal terbang tersebut selepas bergerak dari lapangan terbang R.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pembolehubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pembolehubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{d}{2x - f}$, dengan keadaan $d$ dan $f$ ialah pemalar.
| $x$ | 4.4 | 6.4 | 8.6 | 12 | 14.9 | 16.4 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.9 | 0.5 | 0.34 | 0.23 | 0.18 | 0.16 |
Jadual 1
a
4 markah
Berdasarkan Jadual 1, plotkan $\frac{1}{y}$ melawan $x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$\frac{1}{y}$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $\frac{1}{y}$ yang dikira, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Dengan menggunakan graf di 10(*a*), cari nilai
b(i)
1 markah
$y$ apabila $x = 8$,
b(ii)
5 markah
$d$ dan $f$.
Amrin menyertai suatu bengkel membina model geometri. Dia diberi seutas dawai untuk membuat sebuah kerangka kotak berbentuk kuboid. Isipadu kotak itu ialah 375 cm³ dan panjang tapak kotak adalah dua kali ganda lebar tapaknya.
a
3 markah
Dengan mengambil lebar tapak kotak sebagai $x$, tunjukkan bahawa panjang dawai yang digunakan adalah $P = 12x + \frac{750}{x^2}$.
b(i)
3 markah
Cari nilai $x$, dalam cm, yang menjadikan nilai $P$ adalah terpendek.
b(ii)
2 markah
Seterusnya, kira nilai $P$ tersebut.
c
2 markah
Diberi bahawa harga untuk semeter wayar ialah RM 1.80, berapakah yang harus dibelanjakan oleh penganjur bengkel, dalam RM, untuk 30 orang peserta?
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Suatu zarah bergerak dalam satu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya $v$ m s⁻¹, diberi oleh $v = ht^2 + kt$, dengan keadaan $h$ dan $k$ adalah pemalar dan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$. Zarah tersebut berhenti seketika apabila $t = 3$ s dan pecutannya ialah $-3$ ms⁻² apabila $t = 1$ s.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
a
4 markah
Cari nilai bagi $h$ dan nilai $k$.
b
3 markah
Cari julat masa, dalam saat, apabila zarah bergerak ke kiri.
c
3 markah
Hitung jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah dari $t = 2$ hingga $t = 5$.
Sebuah nurseri mengeluarkan dua jenis baja organik, jenis A dan jenis B. Diberi bahawa nurseri tersebut mengeluarkan $x$ botol baja organik jenis A dan $y$ botol baja organik jenis B dalam sehari.
I Nisbah bilangan baja organik jenis A kepada bilangan baja organik jenis B adalah selebih-lebihnya 3:2.
II Jumlah bilangan baja organik jenis A dan jenis B yang dikeluarkan oleh nurseri tersebut tidak melebihi 80 botol.
III Bilangan baja organik jenis B melebihi bilangan baja organik jenis A selebih-lebihnya 40.
a
3 markah
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
b
3 markah
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 botol pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $\mathbf{R}$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
Gunakan graf yang dibina di 13 (*b*), untuk menjawab soalan-soalan berikut.
c(i)
1 markah
Pada suatu hari tertentu, hanya 50 botol baja organik jenis B boleh dikeluarkan. Tentukan bilangan minimum baja organik jenis A yang dikeluarkan pada hari itu.
c(ii)
3 markah
Seterusnya, cari kos maksimum, dalam RM, bagi pengeluaran baja organik pada hari tersebut jika kos pengeluaran sebotol baja jenis A dan jenis B masing-masing ialah RM20.00 dan RM30.00.
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 6 menunjukkan segitiga $PQR$ dengan keadaan $\angle PQR$ adalah sudut cakah. Garis lurus $PAB$ bersilang dengan garis lurus $AR$ pada titik $A$ dan $B$ merupakan titik tengah bagi $QR$.
Diberi $2PA = 3AB$ dan jarak terdekat dari titik $Q$ ke garis lurus $PR$ ialah 5.36 cm.
a
3 markah
Cari panjang, dalam cm, $PQ$.
b(i)
1 markah
Lakar sebuah segi tiga $P'Q'R'$ yang mempunyai bentuk yang berbeza daripada segi tiga $PQR$ dengan keadaan $P'Q' = PQ$, $Q'R' = QR$ dan $\angle Q'P'R' = \angle QPR$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $P'$, $Q'$ dan $R'$, panjang sisi dan sudut yang ditanda, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
b(ii)
1 markah
Seterusnya, nyatakan saiz $\angle P'R'Q'$.
b(iii)
2 markah
Cari $\angle QPR$.
c
3 markah
Cari luas, dalam cm², bagi segi tiga $ABR$.
Jadual 2 menunjukkan indeks harga bagi empat bahan dalam pembuatan sejenis barang kemas. Rajah 7 menunjukkan agihan penggunaan bahan bagi pembuatan barang kemas tersebut.
| Bahan | Harga (RM) per unit pada tahun 2019 | Harga (RM) per unit pada tahun 2020 | Indeks harga tahun 2020 berasaskan tahun 2019 |
|---|---|---|---|
| Mutiara | 2.50 | 2.70 | $p$ |
| Batu kristal | 2.00 | 2.40 | 120 |
| Tali nilon | 1.80 | $q$ | 145 |
| Cangkuk | 1.00 | 1.30 | 130 |
Jadual 2
a
3 markah
Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
b
2 markah
Harga cangkuk dijangka akan meningkat sebanyak 12.5% dari tahun 2020 ke tahun 2021.
Hitung indeks harga untuk cangkuk bagi tahun 2021 berasaskan tahun 2019.
c(i)
3 markah
Hitung indeks gubahan untuk kos pembuatan barang kemas tersebut pada tahun 2020 berasaskan tahun 2019.
c(ii)
2 markah
Kos bagi semua bahan meningkat sebanyak 10% dari tahun 2020 ke tahun 2021.
Jika kos untuk membuat barang kemas pada tahun 2020 adalah RM2.50 lebih murah dari tahun 2021, cari kos membuat barang kemas pada tahun 2021.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

